Saturday, November 24, 2012

Jangan tangkap muat

Terjadinya ini pada 22hb November yang lalu bersempena menyambut keputeraan Sultan Johor. Yasmien ke rumah teman seusia yang menyambut ulangtahun kelahiran. Adik pula merengek mahu menonton wayang. Kami hantar dia ke IOI Mall bertemankan Kak Nurienne. Sebaik keduanya masuk panggung aku dan hubby bertolak ke Plaza Angsana. Tanpa anak-anak kami tidak kisah apa saja boleh dimakan sebagai memenuhi perut yang lapar. Menuju ke bawah Plaza Angsana macam-macam makanan boleh dibeli. 

Sebaik menyuap nasi ke mulut boleh pula mata aku tertumpu pada sepasang merpati. Si gadis punyalah cantik. Lengkap dan sedap mata memandang. Si lelaki biasa-biasa dan bagaikan tidak sepadan langsung. Berbaju-t yang lusuh, seluar jean pun aku rasa entah berapa tahun tidak bercuci. Selipar jepun pun sudah kelabu-berkeladak (maaf ini frasa keluarga aku). Duduk bersebelah meja dengan aku. Jelas perbualan mereka menerobos cuping telinga.

Lelaki: Nak makan apa Yang.
Gadis: Apa-apalah.
Lelaki: Air apa.
Gadis: Tak kisah janji sejuk.
Lelaki: Errr.... duit mana?
Gadis: Emm.... dia yang ajak kita makan tapi nak suruh kita bayar pulak?
Lelaki: Tak cukuplah Yang.

Gadis itu menghulur dompet duit pada lelaki. Walau menyuap makan dan mata tidak memandang tapi aku dapat rasa si gadis itu tidak ceria. Aku mendengar dengusan menandakan protesnya. Maklumlah kalau setakat makan di situ aku boleh pasti tidak lebih dari 20 ringggit sudah mencukupi.

~~ Anak-anak dan adik-adik semua berhati-hatilah memilih pasangan. Kalau baru dalam bercinta hendak makan sepinggan nasi pun tidak termampu bagaimana mahu menyara keluarga. Berhati-hatilah. Nasihat ini makcik/kakak tuju buat anak makcik juga.~~




65 comments:

  1. Setuju dengan kakzakie. Saya selalu menasihati anak2 buah saya yg sudah dewasa supaya berhati-hati memilih pasangan, apatah lagi bab poket. Saya katakan rupa bukan faktor penting kerana kalau rupa kacak sekalipun kedai tu tak aka bagi barang percuma!

    ReplyDelete
  2. betul kakzakie..budak2 skrg tak pk seblom wat keputusan memilih..

    ReplyDelete
  3. setuju sangat..berhati hati lah
    pertama dan terakhir..lepas ni jangan jumpa lagi..

    ReplyDelete
  4. Emmm...benda ni sering saya bgi nasihat kat anak2 saudara..sesekali x pe jgn selalu..sbb kdg2 konon cinta smpai buta bji mata dan hati...dh blaku dpn mata..astik nak guna duit pmpuan jek..pd saya klu awal2 dh tunjuk belang..lupakn jek...hihi

    ReplyDelete
  5. Salam. Kak Zakie, akak kerja ae hari Sabtu? Bagus nasihat akak ni.. tapi kadang2 cinta telah membutakan mata dan hati.. Semuanya indah waktu bercinta. Moga anak2 akak memilih calon yang terbaik bila dah tiba masanya nanti.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Zakie..
    Cerita kak zakie mengingatkan akan perndirian kakak saya yg berno.2, katanya aku takkan keluar dgn satu sen pen utk lelaki sblm jadi suamiku..btul tu, buat apa nak perabih utk bukan suami kita..blom kawen dan mintak duit, kalau dah kawen tak tahulah blh tanggung anak bini ker tak..

    ReplyDelete
  7. mak pun selalu pesan macam ni. kalau sesekali takpe kot mungkin si lelaki belum bergaji lagi ke, atau betul2 ada masalah kewangan....bersangka baik jelah. lagipun bab makan xpyh berkira sangatkan.


    tapi kalau selalu itu yg bahaya...boleh jadi berpasangan dengan lelaki pisau cukur?? huhu

    ReplyDelete
  8. stuju sangat kakzakie... si gadislah yang akan menjadi mangsanya sampai bila-bila


    ReplyDelete
  9. btl tu kak kena sentiasa brhati2..pilih yg btl..

    ReplyDelete
  10. teringat remaja yang makan mcd....nak belanja aweks tapi tak sedar duit belanja pon mak ayah bagi lagi..

    ReplyDelete
  11. bercinta mmg pakai duit. kalau blm mampu, lupakan jelah.

    ReplyDelete
  12. heheh..mcm2 perangai... minta dijauhkanlah anak2 & adik beradik & saudara berperangai & dpt org begini..heheh

    ReplyDelete
  13. kakak,
    keluarga saya jenis yg. tak memilih kebendaan bab memilih pasangan..tapi biarlah yg.mempunyai pekerjaan tetap dan bertangungjawab....macam kakak cerita, kalau makan setakat 20 ringgit pun suruh mak we belanja...macamana nanti nak beli susu anak, pampers...yg.bekerja dua orang macam saya ni pun cukup2 makan saja...:)

    ReplyDelete
  14. Perempuan mcm nilah yg xleh nak kata apa. Rasanya kalau kita tegur direct ttg kerelaannya pun, blm tentu dia nk dgr, walaupun mungkin dia merungut.

    ReplyDelete
  15. salam KZ

    Kdg bila dah cinta semuanya kelabu( keladak?)
    Ya Allah moga anak2 semua diberi pilihan terbaik. Amin.

    ReplyDelete
  16. Betul l tu kak. Klw dah ms bercinta dah nampak sengkeknya, baik putus je. Cari yg lain. Bukan nak yg kaya to at least mampu menyara keluarga klw dah ada family nanti. Nauzubillah minzalik kan kak..

    ReplyDelete
  17. kesiannya sengkek ye kak..

    kesian gadis tu..cari lain ajelah..:)

    menghabiskan beras aje..

    ReplyDelete
  18. eemmm..... jgn sampai cinta membutakan mata dan hati... kenelah pandai pilih pasangan.. kalau masa bercinta pun dah pandai mintak duit.. dah kawin x mustahil blh pukul pulak huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  19. Macam mana tu?
    Kisah teladan buat remaja,supaya bijak memilih pasangan.

    ReplyDelete
  20. yelah..
    kena bijak pilih pasangan...

    belum apa apa dah cam gitu dah gayanya.....

    masa depan cemana..?

    ReplyDelete
  21. moga anak2 kita mendapat pasangan yg bertanggungjawab di dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  22. as salam

    kesian pulak bila baca ni..maybe gaji dia tak masuk lagi kut..jgn dia takde keje sudey ler, jenuh lah dak pempuan tu nak support:)

    ReplyDelete
  23. sebab tu sy masih membujang sampai skang.. ahakz..

    ReplyDelete
  24. bukan soal materialistik..tapi kalau nak bayar makan pun mengharapkan dompet perempuan..that's not a good sign.

    mintak dijauhkan la..

    ReplyDelete
  25. kalau sebelah pihak je mengalah. tak boleh jugak.

    saya ada pakwe gak. selalu jugak belanja die makan. tapi hal-hal lain, die yang buat.

    so, kena sama-sama bincang la benda ni. kan?

    ReplyDelete
  26. sgt setuju dgn nasihat kak zakie... bukan niat suruh m'milih yg b'harta n kaya raya.. tp yg penting ada pegangan agama,pelajaran n pendapatan tetap...

    kasihannya pada 'gadis' tu...

    ReplyDelete
  27. nasiah terbaik kak! klau cinta & sayang pown berpada2lah

    ReplyDelete
  28. setuju tu kak..selama sya bercinta dgn asben dlu,dia xpernah minta duit sya satu sen pon bla keluar makan...tp kalo saya yg nak belanja,dia xtolak nye...ini cerita lain kan..hehehehe

    ReplyDelete
  29. Setengah lelaki ni tak boleh diberi muka dan manja. Dia ingat pompuan akan syg dia sampai mati. Sebenarnya kalau belum kahwin, elok dua2 pihak tidak membelanja sesiapa pun, sendiri2.

    ReplyDelete
  30. Cinta membuat mata dan hati buta,kalau dah makan digerai pun tak mampu macamana nak menyara isteri dan anak dikemudian hari.

    ReplyDelete
  31. betul tu kak....
    duit takde tapi hati besar nak bercinta...selalu camtu lah...kekadang wanita senang menyerah kepada lelaki macam tu...padahal...dia boleh dapat yg lebih baik...tu belum kawen...dah kawen nanti...semua nak kena tanggung.....

    ReplyDelete
  32. Itulah yang org panggil cinta itu buta kan kak....awal2 lg dah tak tunjuk ciri2 nk bertanggung jawab...mcmana...

    ReplyDelete
  33. Masa bercinta pun pompuan nak kene jadi tukang sponsor, payah.
    Kalu cari yang kaya, orang kata mata duitan pula. Serba tak kena.
    Tapi sebaiknya, biarlah sederhana dan tidak menyusahkan. Tanggungjawab tu kena faham betul-betul.

    kan?

    ReplyDelete
  34. betul tu kakzakie.... kalau awal dah rupa tu fikirlah banyak kali untuk teruskan... ^_~

    ReplyDelete
  35. Apa la agaknya istemewanya lelaki tu dimata gadis tersebut..alahai...kasihan

    ReplyDelete
  36. Betui kakzakie..memang kena pilih2 jugak..
    Nak berkeluarga bukan cukup dengan cinta saja..sekurang2nya kenalah berkemampuan untuk menyara keluarga..

    ReplyDelete
  37. kesian budak tu kan.. demi cinta sanggup menjadi hamba..

    ReplyDelete
  38. hmmm... lelaki tu macam tak ok je.... huhuhu entahlah kak zakie. kalau mia pergi angsana ada je, pasangan yang macam ni. bukannya apa, kita kesian yang perempuan tu...

    ReplyDelete
  39. Hish lelaki zaman sekarang ni mmg jenis mengikis duit pompuan....tp perempuan mesti la kena pndai memilih lelaki yg betul2 berguna..bkn xberguna...

    ReplyDelete
  40. a'aa betoi tu kak... kne pandai memilih.. ada jugak bf yg nak pinjam duit pasangan tp xbyr balik..

    mmglah gf xkisah sgt kan.. tp bila kita dah guna 'title' pinjam.. paham2 je lah kan...

    harap2 ank gadis skrg jgnlah pilih psgn yg hanya mulut manis je... tp pilih pasangan nilailah untuk 'jangka panjang'

    ReplyDelete
  41. betoi tu kak belum apap2 lagi dah kena tanggung nanti camner... sayang biar berpada

    ReplyDelete
  42. kak, laki tu tak gentle. hehe. patut dia lah belanja awek dia. baru romantik. hehe. yerp, kena pilih betul2 yg sesuai. jgn tangkap muat

    ReplyDelete
  43. Dulu PM pun pernah sengkek masa couple2 dulu, kdg2 masa makan awek iaitu wife PM skrg belanja, time dia sengkek PM lak belanja,hehe tapi dengan kerelaan la, xde la masam2 muka..;-)

    awek yg akak citer nih masam muka mmg dah selalu kene belanja je kot,hehe

    ReplyDelete
  44. betul sy setuju kak,belum kawen pun dh tak mampu bayar makan, klu dh kawen semua bina tanggung cmna?hehe..

    klu nak carik bf biar yg sanggup berhabis sikit utk perempuan baru la gentle.hoho (tp pmpuan jgn amik kesmpatan n jadik pisau cukur plak)

    ReplyDelete
  45. Pada kakak tak salah kalau saling berkongsi. Kakak pun dulu sama. Kalau kakak yg ajak makan kakak bayar tapi kalau abang yg ajak abanglah yg bayar. Tapi sebab dari riak marah dan mengomel gadis itu tahulah kakak yg dia tidak happy. Kalau dia tak tunjuk pasti kakak tak tahu.

    Moga jadi iktibar buat kita semua. Terima kasih kakak pada: -

    Norhaizan Hakim, Saharifah Nadzarah, al-lavendari, Acik Erna, Sisdee, Umialya, Nur_nba, Ummuaidan, Aien Alien, ibuIntan, zila norazila, Dkna Abza, Ujie, Maya amir, azi, Aisy Nasiha, Mama Ju, Ibu Lala, Knor, Masya, Kak Mahh, Hidayah, mulan, Tihara, Penjejak Mimpi (eh... jgn pulak sampai tak kawen kena berhati-hati aje), Murni Alfathunnisa, Rapunzeel Cikilolo, Mamamya, Kesuma Angsana, Yatzakie, zana@pb, Zaitun, norh, Remy Hazza, Suri Solehah, azieazah, Liya Hanif, ckLah@xiinam, Fadilah Aziz, Makchaq, Mia Liana, nrina, Call Me Betty, Intan Berlian, Beb, Syiela, Mohd Raziq, Papa Mifz, Puan Kutu dan Anim.

    Bersama kita renungkan. Bukan menghina tapi sebagai panduan sebab ada kalanya lalai dek hanya kerana cinta. Maaf dari kakak.


    ReplyDelete
  46. Dulu pun masa saya bercintan cintun..saya mmg tak akan 100% bg suami saya bayar..kalau pi tgk wayang...tiket wayang saya bayar..makan2 dia pula yg bayar..kita sama2 tau yg gaji masing2 kecik...tp kalau mcm ni...pikirlah 2 3 kali tuk jdkan dia special.....

    ReplyDelete
  47. sy setuju dgn nasihat bagus dari akak. sengkek memalukan kaum jer depa tu..

    ReplyDelete
  48. PSSS....kuar pown atas urusan kje jugak akak....x dpt bercuti pown....

    ReplyDelete
  49. Kesian dengan si gadis, harap dia tahu dan kenal apa yang terbaik untuk dirinya

    ReplyDelete
  50. setuju kak..kalo sy dh lame sy tglkn lelaki tuh. dr situ kita tahu lelaki nih jenis mcm mane...kalo die yg ajak kite mkn mstilah die yg belanja kan...blum de ape2 ikatan dah brni buat mcm tuh...len la kalo dah khwin n jd suami isteri...tak kisahlah....

    ReplyDelete
  51. kesiaannn..... hmmm. :(

    tu la.. berhati hati lah.. *ingatkan diri sendiri*

    ReplyDelete
  52. Saya sendiri terasa malu kalau yang membayar makanan adalah perempuan. Seboleh-boleh biarlah lelaki yang membayar. Mungkin sebelum2 ni lelaki tu dah selalu bayar kot. Hehe

    ReplyDelete
  53. Yelah....selagi ada peluang pilihlah yg boleh menyara hidup kita...bukan nenyusahkan....

    ReplyDelete
  54. Sekadar renungan bersama. Kakak jadikan N3 sebab melihat si gadis bagaikan tidak rela mengeluarkan duit, ditambah lagi penampilan si teruna yg menyebabkan kaka membuat telahan ianya tidak ada kemampuan.

    Terima kasih kakak juga pada: -

    Eye_nee, PCL, Henrietta Jose, Myra Jay, PinkUmmi, Hazmin dan hainomOKje.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  55. setuju dengan akak :D
    betul tu..
    pilihlah yang terbaik sbb pasti ada kan :D

    morning akak :D
    dah sarapan ke?

    ReplyDelete
  56. setuju dengan kak zakie. Kalau pun belum bekerja dan berduit, kurang2 bayar makanan untuk diri sendiri. Teringat dulu2 zaman masih di uni, keluar makan dengan SRD, kadang2 dia bayarkan, tp kalau time tu mmg hujung2, tahu duit elaun dia belum masuk, yus lebih rela bayar sendiri makanan yus...., kalau rasa terlebih je baru kita yang belanja...:)

    ReplyDelete
  57. setuju dengan kak...baru berkawan dah mcm tu..belum kawin lagi...bukan nak cakap apa lah kan...tak salah berkawan tapi kena tengok juga lah kan...untuk masa depan juga..

    ReplyDelete
  58. hadoi kesian bdk pompuan tu..sanggup jd hamba cinta...dunia skang ni mcm2 la

    ReplyDelete
  59. hmm...jelas budak perempuan tu tak puas hati...maknanya..tak lama la tu..

    harap budak perempuan tu cepat sedar..jgn sampai dipergunakan.. :)

    ReplyDelete