Monday, November 12, 2012

Penerapan tiga unsur di rumah

Cuba menerapkan tiga unsur dalam rumah sementara cuti sekolah yang panjang ini. Bila sekolah bermula masing-masing sudah balik ke asrama. Kalau tidak tinggal di asrama pun pada hari sekolah siang sehari suntuk di sekolah, malam pula mereka ke tuisyen. Hujung minggu pula ada kalanya kena menghadirkan diri ke sekolah kerana kegiatan ko-kurikulum seperti Bulan Sabit Merah, Teakwondo, Tunas Puteri dan sebagainya. Ambil peluang ini bersama.

Unsur Kehakiman - Bukan negera saja perlu ada badan kehakiman. Rumah kita pun boleh juga. Tidak salah rasanya kalau kita jegilkan mata, marah kerana suasana rumah yang kelam-kelibut dengan buku cerita bersepah-sepah. Tetapi sekiranya anak membantu seperti membersihkan halaman, mengemas bilik,  membaking kuih dan sebagainya selain memuji bolehlah ketika keluar berbelanja katakan padanya "Pilihlah nak buku mana. Ini hadiah sebab rajin tolong mama." Samalah bila mereka berjaya dalam sesuatu tidak salah rasanya memberikan hadiah sebagai penghargaan.

Unsur Sekolah - Walau bercuti ada juga anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Kena ada persefahaman sama-sama duduk belajar. Walau mungkin kita tidaklah pandai tetapi dengan adanya kita bersama memberi semangat untuk anak lebih rajin. Jangan ikut seperti aku. Oleh kerana anak akan menduduki peperiksaan SDKA (Sijil Darjah Khas Agama), Bahasa Arab manalah aku tahu, itu yang duduk muka pandang buku tetapi mata tertutup layu - mengantuk.

Unsur Masjid - Bukan bermakna kena pergi masjid. Tetapi jemaah bersama dalam banyak hal. Makan bersama, jogging bersama, menonton televisyen bersama, belanja sayur atau membeli pokok bunga pun tidak salah bersama-sama. Biarlah macam keretapi berderet yang penting ukhuwah kekeluargaan terjalin erat.

~~ Sekadar pandangan. Setiap kita pasti mengimpikan kebahagiaan keluarga di dunia dan akhirat.~~


61 comments:

  1. daripada masa terbuang begitu saja baik digunakan dengan sebaiknya kan kak.. ;)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk catatan ini.

    Semoga keluarga kita adalah keluarga yang sentiasa berada dalam keredhaan Ilahi. InsyaAllah.

    :)

    ReplyDelete
  3. walaupun saya tak kawen lagi, saya take note.. tq

    ReplyDelete
  4. rata-rata kalau cuti sekolah, buku pon cuti gak heheee :p

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan kakzakie....anak2 merupakan ladang pahala...orang2 yg 'mengaji' tentu faham apa maksudnya.

    ReplyDelete
  6. Suka dgn 3 unsur ni...bila cuti sek terisi dgn bnda2 baik insyaAllah anak2 pn akn jd baik n brguna...xde la masa trbuang sia2...

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera KZ

    Kita kena kontrol mereka wpun dah bear panjang mcm anak mama!

    ReplyDelete
  8. semoga mereka menjadi anak2 yg baik

    ReplyDelete
  9. Insyaallah kak..cuba mempraktikkan apa yang perlu di buat di rumah ...semoga masa mereka terisi dengan perkara yang berfaedah...

    ReplyDelete
  10. oh saya dah naik pening pagi2 mulut saya dah bising...biasa time cuti ni semua bangun lambatlah,malas nak buat kerja rumah lah...letih berleter...dapat praktik apa yang akak catat mungkin dapat sedikit je...

    ReplyDelete
  11. TQ kak..atas perkongsian...insyaallah..

    ReplyDelete
  12. thanks kakzakie..nak cuba terapkan kat anak anak jugak..dari kecik lagi bagus kan..

    ReplyDelete
  13. salam kak zakie..
    saya suka dan setju dengan semua unsur yg dinyatakan diatas..bermanfaat pd anak2..inilah yg perlu kita terapkan yer...

    ReplyDelete
  14. Noted. Thanks kak. Bley terapkan unsur ni kat anak2 even dorang masih kecik ☺☺

    ReplyDelete
  15. bagusnya akak kongsi unsur tersebut.mmg sgt bermanfaat.cuti semlam dok kemas2 buku dan bilik anak.

    ReplyDelete
  16. nice. thanks for sharing kak..nnt anak2 dh besar kena terap nilai2 gini

    ReplyDelete
  17. Tq Kakak..nak cuba kaedah nielah pd anak2.. :D

    ReplyDelete
  18. thanks for the reminder kak. anak sulong sy dah start darjah satu next yr.. yg second start tadika. good time utk sediakan dorang dari skrg. kena disiplin :)

    ReplyDelete
  19. As Salam kakak...

    Thumbs up!
    Moga kakak Dan keluarga sentiasa bahagia bersama selamanya. Insyaallah !
    Walaupun suatu hari nanti mereka akan berjauhan.. Tapi di hati dekat selalu kerana itu kasih sayang Dari rumah itu sangat berharta.

    Happy rainbow Monday kakak..:)

    ReplyDelete
  20. hehehe. bestnye pendekatan ni.

    ReplyDelete
  21. saya setuju dgn ketiga tiga Unsur tu kak Zakie...masa cuti ni lah kita nak terapkan semua tu..lebih2 lagi yg tinggal di asrama

    ReplyDelete
  22. Bgus cdangan akak...rietta bleh praktik masa reult upsr nnti...kedai buku mmg tmpat pling rietta suka....

    ReplyDelete
  23. Salam, hai 3 je ke kak Zakie.. nak tambah satu lagi khas untuk anak lelaki.. unsur PENJARA.. ha ha cuma keluar rumah pada waktu tertentu saja..

    ReplyDelete
  24. terima kasih kak zakie...sebak sy baca. sy teringin sgt nk serap nilai2 mcm nih tp...

    ahhhh abaikan lah tapi2 nih.


    mesti kuatkan hati kan kak zakie? :(

    ReplyDelete
  25. salam kZ ..
    3 unsur yg baik ..
    cuma masaalhnya masa cuti2 ni ..
    sindrom bangun lewat menjadi jadi ..apatah klu mak pak tiada dirumah d sebabkan berkerja ..

    ReplyDelete
  26. Salam..
    Saya masih baru dlm alam rumahtangga. Thun depan sorg anak akan start sekolah..ini adalah tips yg bagus..

    ReplyDelete
  27. Bagus sgt idea akak ni! Suka & setuju.
    Adanya 3 unsur ni..takle bdk2 boring lps tu buat benda tak berfaedah.

    ReplyDelete
  28. kakak..
    terima kasih beri tip yang berguna ini...

    p/s betul kakak, semua kita impikan kebahagian yang berkekalan, dan anak-anak yang boleh doakan kita dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  29. InsyaAllah kak.. tq atas perkongsian yg cukup bermakna ni.. :)

    ReplyDelete
  30. Salam kak zakie..

    mmg perlu ada ketiga unsur2 yg baik tu.. terima kasih kerana berkongsi di sini.. dapat juga saya perbaiki mana yg kurang ketika di rumah nnt.. insyaALLAH..

    ReplyDelete
  31. Salam jengah Kak zakie..setuju dgn kesemua 3 unsur tu!

    ReplyDelete
  32. Bila kita amalkan 3 unsur macam ni, insyaAllah aman dan bahagia... ;)

    ReplyDelete
  33. manfaatkan masa yg ada dengan 3 unsur begini...terbaik kakak. boleh jadi panduan buat yg lain.. :D

    ReplyDelete
  34. amboi kakzakie ada juga je 3 unsur tu !

    ReplyDelete
  35. segalanya bermula dr rumah dan keluarga...

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah, memang bagus ketiga2 unsur tu Kakzakie, terima kasih berkongsi idea.

    ReplyDelete
  37. Kih3... Siap ada 3 unsur lagi tu ye kak... Ingatkan bumi je ada unsur air, tanah, udara dll. Dekat rumah pun ada unsur jugak tu. Tapi yang tak tahan tu unsur kehakiman.

    ReplyDelete
  38. yeah, ema setuju terapkan unsur yang akak katakan ini..

    ReplyDelete
  39. Info yang menarik..kak.. setuju apa yg diperkatakan itu.. :)

    ReplyDelete
  40. untungnya anak akak dapat mak macam akak ni.. menarik 3 unsur ni..

    ReplyDelete
  41. setuju ngan pandangan akak tu...

    ReplyDelete
  42. boleh ikut tip2 akak ni..sgt baguss.

    saya dah bermula dgn hafazan kak..azhan kena hafaz sepuluh ayat satu hari..dan dua jam buat latihan mate setipa hari..adibah belum lagi..tgh exam.
    iman kena buat buku latihan semua mata pelajaran..terutama mate.mmg saya akan lebihkan mata pelajarn mate.muhammad kena pastikan lancar membaca dan solat.

    ReplyDelete
  43. hmmm..saya sangat2 setuju dengan unsur2 tu semua.. paling penting unsur masjid tu.. itulah yang menjadikan sesuatu keluarga tu bahagia..

    ReplyDelete
  44. salam kak..betol cakap akak..insyallah akan saya praktik kan bila ank dah sekolah nanti.huhu..

    ReplyDelete
  45. salamm kakak ... suke2 , semua saya setuju .. ;)

    ReplyDelete
  46. Kita mungkin sudah pernah baca pesanan serupa ini, tapi entri kali ini berbeza cara dan persembahan. Menarik. Thanks!

    ReplyDelete
  47. kagum la saya dengan akak.saya pun amalkan segala yang di atas..tapi tak terkategori la semua tu sebagai unsur kehakiman,sekolah dan masjid..cuma kami berusaha buat yang terbaik untuk keluarga

    ReplyDelete
  48. yelah..setuju dengan entry kakzakie ni..especially tang unsur masjid tu. buat apa saja secara berjemaah..biar la apa orang nak kata..yang penting 'togetherness' :-)

    ReplyDelete
  49. sangat stuju :) kena bagi balance ketiga2 nya..cuma kadang2 unsur kehakiman terlebih hehehe

    ReplyDelete
  50. trm ksh ats perkongsian bermenafaat ini

    ReplyDelete
  51. betul tu... jgn sekolah cuti... rumah pun cuti gak.... :p

    ReplyDelete
  52. Bagus tips ni.. Ibu bapa pun kena juga luangkan sedikit masa bawa anak2 bercuti, balik kg atau jalan2 sekitar bandar.

    ReplyDelete
  53. unsur2 yg bagus ni.... unsur sek tu yg sy rs xsabar nak buat... yela, spt kata akak, teman mereka study.. :-)

    ReplyDelete
  54. Begitulah bila cuti sekolah baisa ibu-bapa punya cara masing-masing utk menjadikan situasi dlm rumah lebih teratur.

    Terima kasih buat semua: -

    aizamaia3, Kakcik Nur, norh, Dkna Abza, Norhaizan Hakim, izzah, mama ju, redza, nurazzah8, Ummiarissah, Sharifah nadzarah, Rai Ourkizuna, Ummuaidan, Fiza, inazamri, amirah, Ratu Hatiku, ibuhebat, Mummy Akmar, Deru Ombak, Rapunzeel Cikilolo, PinkUmmi, Daddy Ziyyad, Henrietta Jose, CHe Mid (masa kita kerja mereka memang dah kena penjara CM), Munnafendy, aby, Rosidah Binti Muhamad, Ujie, azi, Sara, ct rahani, Hanis Azla, Anim, Myra Jay, Aien Alien, Kesuma Angsana, Masya, Ummiross, Hazmin, Man, Ema Blog, Ayu, Haryati Faizal, Knor (begus cara Nor tu), Boni Kacak, Kasih Salina, ieda, azieazah, Yaya Azura, Murni Alfathunnisa, adyna, Pokok Manggis DR, Azlina Wahidin, Nora Karim, Nur-nba dan IntanBerlian (tunggu Alisha 4 tahun dah mulalah Ina).

    Terima kasih semuanya sekali lagi.

    ReplyDelete
  55. betoi jugakkan.....bila ada tiga unsur ni insyaallah teratur je hidup anak2 masa cuti sekolah.xde la sesuka ati je...

    ReplyDelete
  56. setuju tu kak..Insyaallah akan simpan baik2pendekatan ni utk anak2 sek nanti

    ReplyDelete