Monday, December 31, 2012

Kenduri akhir sebelum 2013 bermula

Jumaat petang kami sekeluarga sudah balik ke Batu Pahat kerana pada hari Sabtu ada kenduri di ruman abang en hubby. Majlis kenduri sempena anaknya yang ke dua mendapat segulung ijazah, suami pula telah dapat berpindah ke KLIA, anak bungsu selamat berkhatan dan cucu sulung menyambut ulangtahun kelahiran ke 2 tahun.
Rewang - Membungkus berkat di dapur. Dalam bekas tupprware ini ada jajan buat anak-anak bersempena ulangtahun kelahiran Ayra Adenin cucu abang ipar merangkap cucu saudara padaku. Sebanyak 150 bekas sahaja.

Selesai - Inilah berkat yang siap dibungkus.

Nasi bungkus - Ringkas dengan nasi putih, ikan  masin, ayam masak kicap dan sayur kobis.

Buat anak-anak - Inilah jajan yang diberikan buat anak-anak. Bekasnya boleh digunakan untuk membawa bekal ke sekolah.
Pulut kuning lapis - Tidak ada kek digantikan dengan pulut kuning lapis daging rendang.

Yasin, tahlil dan doa selamat - Sebahagian yang hadir pada majlis tersebut. Kehadaran orang kampung dalam lingkuangan 50-60 orang saja.
Si kecil yang disambut - Boleh dia tidak mahu dipegangkan pisau oleh si mamanya. Habis dikecahkan pulut kuning ini.
Hiasan - Ini dibeli dan dicacakkan di atas pulut kuning. Tetapi dicabut satu-satu oleh anak dara comel itu.
Aku punya - Lebih-kurang beginilah hidangan yang diberikan. Nasi putih, dalca, sayur kobis, ayam masak kicap, daging beryani, ikan masin dan sambal belacan. Ada ulam-ulam dan kuih-muih.

~~ Kalau jangkaan kiamat oleh manusia tidak terjadi pada tahun ini sebaiknya kita jadikan iktibar betapa ilmu manusia tidak boleh melangkaui kudroh Allah. Bersama kita merenung kekerdilan diri. Aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun 2013 yang akan menjelang esok. Moga tahun 2013 menjadikan kita insan lebih baik di sisiNya.~~


Saturday, December 29, 2012

Segmen: Bloglist Mama KayBee 2013

Tidak mahu tertinggal. 
Kena segera sebelum tarikh berakhir pada 31-12-2012
Sekiranya mahu tahu lebih lanjut sila klik di sini.
Marilah bersama kita meriahkah segmen ini.

Friday, December 28, 2012

Restoran Singgah Selalu menggamit lagi

Malam itu kami keluar lagi. Selagi masih cuti sekolah selagi itu kami penuhi kehendak anak-anak. Bila sudah sekolah makan apa saja yang mama masak. Apa lagi waktu itu bapak masih lagi bersama kami.

Aiskirm goreng - Boleh order di luar restoran sementara menanti makanan siap. Anak dara bertiga juga boleh membeli yogurt lagi. Setanding dengan tuti frutti juga rasanya.

Nasi goreng sea-food - Nurienne sudah tidak boleh menunggu order ini juga di bahagian luar restoran.

Sate - Bapak pun hubby orderkan sate di luar restoran. Berhenti makan  sate sebaik shark-fin sup sampai. Bapak suka sebab itu habis satu mangkuk setengah (mangkuk kecil) seperti gambar di atas.

Layan - jangan tak tahu biasa yang melayan kami makan kalau di restoran adalah papa bukan mama. Sebab kalau di rumah semua mama buat.

Alhamdulillah - Rezeki Allah berikan pada kita semua melimpah-ruah. Bersyukur masih diberi peluang untuk menikmati ini semua.
~~ Setiap kali makan kalau tidak habis biasa kami akan bungkus bawa balik rumah. Kami tidak malu apa lagi Restoran Singgah selalu ini sudah mengenali kami. Sebulan kalau tidak ke sini bagaikan tidak sah.~~



Thursday, December 27, 2012

Malam sebelum bapak ke rumah Mama Leha

Petang semalam Mak Zah menelefon aku di pejabat mengatakan Mama Leha iaitu kakak aku telah tiba di rumah. Pasti selepas ini bapak akan ke rumah dia pula. Di rumah masing-masing sedang menikmati bubur kacang durian hasil tangan Mak Zah. Selepas bersalam aku terus ke dapur menyediakan persiapan makan malam. Pasti selepas maghrib mereka akan bertolak pulang membawa bapak. 

Selepas solat maghrib anak-anak pula datang mahu mengaji. Terpaksa minta Mak Zah dan anak-anak menghidang makan buat tetamu sementara aku mengajar anak-anak mengaji. Habis mengaji mereka sudah habis makan. Minta hubby layankan anak yang terakhir mengaji untuk makan bersama.

Makan bersila - Selepas habis mengaji aku ajak dua anak ini makan bersama apa yang ada kerana sebahagian mereka sudah selesai makan
Hidangan - Aku sekadar menyediakan sambal tumis lokan, sayur nangka, ayam goreng, sayur campur (kacang+suuhun+carrot+kobis). Mak Zah ada goreng beehoon juga. Hati masak ungkep baki tenghari ada lagi. Balik dari kerja oleh kerana ada pasar malam aku ada membeli kwee-teow goreng. Itu saja hidangan malam tadi.
Selepas makan sebelum solat Isyak lagi bapak sudah dibawa oleh kakak aku. Menurutnya mungkin pada 6hb Januari dia kena balik ke kampung sebab pada 7hb Januari bapak perlu membayar gaji pekerjanya.

~~ Baru satu malam bapak tidak ada aku sudah mula terasa lain. Terdengar-dengar suara dia berzikir di sofa panjang tempat dia selalu berbaring.~~

Monday, December 24, 2012

Makan bersama bapak

Bapak kini akur untuk tinggal bersama dengan anak-anak. Tidak kiralah dengan siapa dia hendak pergi anak-anak menurut sahaja. Buat masa ini masih lagi betah bersama aku. Segala urusan kebun di kampung kami serahkan pada supervisor bapak yang dilantik. Malam itu kami membawa bapak keluar makan bersama-sama kami.

Minuman - Aneka jenis pilihan kami tetapi bapak pastinya air teh tarik menjadi pilihannya
Cucuk lici - Udang butter restoran ini lain macam. Selalu yang kami beli melingkar kali ini tegak kena cucuk lidilah pula.
Satu dish - Lupalah pula apa ini tapi macam ada mee dan carrot. Entah siapa punya aku pun tak ingat.

Akhir sekali - Lupalah ini apa. Tapi ada sotong, udang, ayam dan sayur-sayur.
Bapak - Walau hidangan pilihan kami mengikut selera dia tapi nasi di pinggan bapak tidak terhabis. Bapak tidak boleh makan banyak. Sedikit- sedikit tetapi berulang.
Alhamdulillah - Kenyang. Kami masih makan tapi bapak sudah berpaling menonton tv. Masa ini ada perlawanan bola luar negara aku pun tidak tahu pasukan apa.
Sayur pilihan - Bapak suka kangkung dan kacang bendi jadi kami pun pilih ini. Kiranya malam itu kami order mengikut selera bapak.
Sup daging  - Ini pun bapak suka juga.
Tomyam campur - Bukan bapak saja suka kami pun suka juga.  Keturunan bapak sukalah makan tomyam. Lagi pedas lagi kami suka. Tapi yang ini kami kurangkan pedas bimbang bapak sakit perut dan adik juga tidak tahan pedas.
Siakap masam-manis - Ikan ini juga pilihan bapak. Kalau ikut selera kami suka stim tapi demi bapak kami order ini. Sesekali tukar selera. Licin juga.




Restoran Kemangi - Inilah restoran yang kami kunjungi. Berada di bandar Pontian.
~~ Sekadar menghibur hati bapak seketika. Sebab bila berada di rumah sendiri menonton tv pun dia malas. Asyik berbaring sambil berzikir sampai tertidur. Memang bagus tapi hati dia tidaklah kami tahu.~~

Saturday, December 22, 2012

Tabung duit bapak

Selepas kenduri arwah bibik kami mengemas bilik bapak. Tiba-tiba bapak menghulur dua tabung pada hubby untuk dikira. Cucu-cucu masing-masing sudah bising. "Atok kenapa bagi papa, bagi pada kita oranglah" Atuk mereka senyum saja. "Tunggu papa tukar dulu" Itu saja jawapan bapak. Oleh kerana malas untuk mengira sebaik balik ke JB hubby  terus ke bank. Duit tersebut hubby masukkan  ke dalam akaun tetapi hubby ganti balik pada bapak dengan duit hubby.

Selonggok - Hasil dari satu tabung yang semuanya siling 50 sen.

Tabung - Arnab berisi siling 50 sen dan unta penuh dengan siling 20 sen dan 10 sen. Tabung ini kini berada di rumah aku kerana bapak sudah tidak mahu menabung lagi katanya.

Ada lagi - Masukkan plastik hantar bank untuk di kira.
~~ Bukan anak-anak saja suka menabung bapak juga suka. Tetapi tabung bapak bila telah dikira akan jatuh ke tangan cucu-cucu. Sebenarnya bapak tidak menggunakan siling baki selepas berbelanja.~~

Friday, December 21, 2012

Nasi Arab Al-Yamani di Pontian

Balik dari urusan pembayaran keperluan anak kedua di sekolahnya. Pembayaran yuran, asrama dan buku-buku untuk tahun hadapan yang tinggal beberapa hari lagi. 

Kaunter penyambut - Terhidang berjenis air ini membuat aku teringat ketika berada di Mekah dan Madinah. Lihat ada shisha sebagai hiasan diatas cabinet yang melekat di dinding.

Menu - Sekadar melihat beberapa menu yang ada

Lagi - Menu juga tapi yang ini dikatakan yang ringan.

Satu lagi - sambungan menu ringan yang ada restoran ini.

Air oren+carrot - Air ini kami minum  bertiga tidak habis siap bawa balik dengan botol-botol sekali.

Tuang air - Anak dara aku yg ke dua jadi waiter mama-papanya. Kakak dan adik tidak ada masa ini sebab kami baru balik dari sekolahnya atas urusan pembayaran segala keperluan.

Ro alif nun ya - Inilah label botol tersebut. Rani.

Nasi Arab Al-Yamani - Chicken pilihan Yasmien

Satu lagi - Mama dan papa pilih Mutton cuma papa punya nasi lebih sikit.

Yasmien punya - Entah roti apa ini tapi licin semuanya masuk perut Yasmien. Dia mahu suap mama dia tapi aku sudah tidak tertelan sebab kekenyangan yang amat sangat.

Restorannya - Terletak di kawasan perindustrian Pontian berhampiran dengan pantai Pontian.

~~ Sejak akhir-akhir  ini kami asyik berulang-alik balik ke kampung kerana tidak mahu bapak kesunyian. Itulah kami ambil peluang merasa masakan di restoran ini. Semalam negeri Johor bercuti sempena Hari Hol Almarhum sultan.~~

Tuesday, December 18, 2012

Detik itu telah berlalu

Berada di kampung untuk berkumpul detik bergembira sama sekali tidak sama dengan suasana berkumpul ketika majoritinya mengalirkan airmata. Puas memujuk hati untuk merelakan dan redha tapi mulut sahaja yang mampu berkata namun hati tetap terasa hiba.

Kenduri bacaan yasiin dan tahlil kami jalani seperti biasa. Bahkan doa kami anak-anak sentiasa meniti hati dan bibir kami setiap kali selesai solat sebagaimana yang kami titipkan buat arwah mak yang telah pergi lebih  20 tahun dulu. Biasanya bila ada majlis bibik menjadi rujukan kami setelah emak kembali ke rahmatullah. Tapi malam itu kami tiada siapa lagi untuk dijadikan tempat merujuk.

Hari itu kami bergotong-royang memasak mengikut petua yang bapak berikan. Ketika kerja masak-memasak banyakkan berselawat dan bacalah suroh Al-Kauthar - berharap moga makanan yang dihidangkan menepati selera mereka yang datang. Membaca suroh Al-Quraisy ketika menyenduk makanan sebelum dihidang - berharap semoga makanan yang dihidang mencukupi semua jemaah yang hadir dan tidak membazir  . Tidak perlu bimbang tidak cukup makanan.

Membaca Yaasiin - Berkumpul di masjid sementara menanti ketibaan jenazah dari hospital
Sebelum solat Asar - Adik pun tidak mahu ketinggalan sama
Persediaan awal - Gelas lama dan baru semua keluar sebab ramai penduduk kampung yang datang.
Persediaan lagi - Semua anak-anak turut kena bekerjasama walau masing-masing dalam berduka
Persiapan asas - Tomato, tempe, kari, santan, kacang panjang, kobis, tauhu, terung, nenas, timun, bawang-bawang, rempah tumis, cili dan segalanya aku beli dulu sebelum aku menjengah pejabat seketika. Ayam dan udang abang yang membeli pula pada waktu pagi esoknya.
Berada di ruang tengah dapur - Sepupu-sepupu dan anak-anak saudara kami yang kehilangan emak dan nenek mereka. Tapi ia juga mak kami adik-beradik sebab telah menjadi isteri bapak juga. Kaum lelaki menjamu selepas bertahlil dan yasiin di ruang tamu. (tidak ada gambar)
Alif - Cucu terkecil allahyarhamah bibik buat masa ini. Tidak mahu makan.
~~ Walau bibik dan arwah mak telah berada di alam berlainan doa kami tidak pernah putus buat mereka. Moga roh mereka dicucuri rahmat.~~