Petang semalam Mak Zah menelefon aku di pejabat mengatakan Mama Leha iaitu kakak aku telah tiba di rumah. Pasti selepas ini bapak akan ke rumah dia pula. Di rumah masing-masing sedang menikmati bubur kacang durian hasil tangan Mak Zah. Selepas bersalam aku terus ke dapur menyediakan persiapan makan malam. Pasti selepas maghrib mereka akan bertolak pulang membawa bapak.
Selepas solat maghrib anak-anak pula datang mahu mengaji. Terpaksa minta Mak Zah dan anak-anak menghidang makan buat tetamu sementara aku mengajar anak-anak mengaji. Habis mengaji mereka sudah habis makan. Minta hubby layankan anak yang terakhir mengaji untuk makan bersama.
|
Makan bersila - Selepas habis mengaji aku ajak dua anak ini makan bersama apa yang ada kerana sebahagian mereka sudah selesai makan |
|
Hidangan - Aku sekadar menyediakan sambal tumis lokan, sayur nangka, ayam goreng, sayur campur (kacang+suuhun+carrot+kobis). Mak Zah ada goreng beehoon juga. Hati masak ungkep baki tenghari ada lagi. Balik dari kerja oleh kerana ada pasar malam aku ada membeli kwee-teow goreng. Itu saja hidangan malam tadi. |
Selepas makan sebelum solat Isyak lagi bapak sudah dibawa oleh kakak aku. Menurutnya mungkin pada 6hb Januari dia kena balik ke kampung sebab pada 7hb Januari bapak perlu membayar gaji pekerjanya.
~~ Baru satu malam bapak tidak ada aku sudah mula terasa lain. Terdengar-dengar suara dia berzikir di sofa panjang tempat dia selalu berbaring.~~