Thursday, January 24, 2013

Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w

إنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzaab: 56).

Ababil telah menghancur tentera abarahah
kota Mekah  tenang dari tentera bergajah
bumi anbiaya' nan suci diusik gemersik tangisan bayi mulia
12 Rabiulawwal tahun gajah diambil sempena peristiwa
lahir bagai wira walau tanpa seorang bapa
Muhammad bin Abdullah kental berjuang demi agama tercinta
utusan Allah mengorak langkah tanpa goyah
mendokong ummah dan agama Allah
namun agama itu kain dirobek di sana-sini
akan ujud abablil lagikah untuk kembalikan aqidah umatmu Ya Rasulullah?

Ya rasulullah salamun 'alaik, Ya habiballah salamun 'alaik
walau dunia kian reput dan bongkok
sebagaimana telah kau khabarkan pada umatmu dulu
namun benar jangkaan dan firasatmu Ya Rasulullah
umatmu kini di sana-sini terus bercakaran
mengunyah iman tanpa kesudahan
melapah, meratah, memuntah segala iman, aqidah dan taqwa
suara ulamak yang sedikit dijadikan senda-gurauan
mukjizat suci didendang namun bagaikan irama gamelan
melihat bibir dengan zikrullah bagaikan kian tenggelam
sujud-sujud hanya bila telah tersungkur

Ya Rasulullah syaffa'atmu ku pohon selalu
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


~~ Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yg berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." - Hadith riwayat Ahmad, Nasai & Al-Hakim ~~



49 comments:

  1. selamat menyambut maulidur rasul kak...

    ReplyDelete
  2. salam maulidul rasul akak:D
    dah sarapan .. ;D

    ReplyDelete
  3. Salam maulidur Rasul yg kita cintai

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidurrasul kak. Semoga sunnah Nabi S.A.W menjadi gaya hidup kita semua.

    ReplyDelete
  5. salam KZ..
    setuju dgn tulisan yg bahagian akhir tu ..
    tang ibdadat kita terlalu mengikut sunnah dan hadis ..
    tp tang kehidupan ..
    kita terlaluuuu jauhhhh dari dari yg di gariskan oleh nabi saw ...
    bertautlah kembali umat pada tali allah utk kembalikan kekuatan ummah ..
    selamat menyambut Maulidur rasul .
    banyak selawat ke atas nabi saw ..

    ReplyDelete
  6. Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad

    ReplyDelete
  7. selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw...selamat bercuti yer kak..

    ReplyDelete
  8. Salam Kak..
    sesungguhnya hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Nabi kita. pun begitu adlh kewajipan kita untuk mengingati baginda dalam kehidupan harian kita sehingga ke liang lahad..berselawat jgk for forever hingga hjung nyawa...
    marilah kita semua mengingati baginda bukan untk stakat hari maulud sahaja..jadikan maulud azam untuk kita pertingkatkan lagi pertalian kita dgn sunnah..inshaallah

    ReplyDelete
  9. salam maulidurasul.. semoga kita sentiase diredhai dan diberkati Allah senantiase.. In sha Allah.. amin

    ReplyDelete
  10. salam maulidurrasul kak zakie.. rasulullah mmg syg sgt kt kita kan..

    ReplyDelete
  11. Salam maulidur rasul utk kak zakie sefamily..

    ReplyDelete
  12. Tazkirah ringkas yg sgt bermakna. Terima kasih kak.

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Selamat menyambut maulid KZ. Moga kita rajin berselawat. Tapi kdg syaitan menguasai kita. Selalu terbabas..

    ReplyDelete
  14. salam maulidurrasul akak zakie...semoga kita mendpt syfaat dari Baginda di akhirat kelak. Amin...

    ReplyDelete
  15. Peringatan sgt bermakna..

    jom selawat..

    ReplyDelete
  16. mari sama sama kita berseawat.... salam maulidurrasulll...

    ReplyDelete
  17. Salam Maulidul Rasul buat kakak sekeluarga....:)

    ReplyDelete
  18. Salam Maulidurrasul kzakie.....doa selawat utk junjungan kita. Mudah2an diberkati hidup kita.

    ReplyDelete
  19. Belajarlah untuk mencintai Rasulullah.,
    Selawat dan salam keatas junjungan mulia., Rasullullah saw
    Salam Maulidur Rasul

    ReplyDelete
  20. salam maulidur rasul kakzakie :)

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah kak..sama2 kita berselawat..

    salam Maulidur Rasul

    ReplyDelete
  22. salam maulidur rasul sis. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga ingatan kita terhadapnya takkan pernah terpadam, Insya Alah

    ReplyDelete
  23. Tia mentor yg terbaik buat umat Islam selain rasulullah s.a.w. Ingatan dan berselawat bukan sekadar semalam bersempena kelahiran baginda. Moga selain dari setiap 5 waktu solat adalah aktu-waktu lainutk kita terus berselawat. Sahafaat bagina kita harapkan. Amin

    Terima kasih semua yg memberi komen:-

    Aisy Nasiha, QasehnyaRania, mamawana, Cikli, aby, Knor, Puan Kutu, nik ros, Kasih Salina, Ummuaidan, Riedaffya ibrahim, Jna Mracello, Munnafendy, norh, Penjejak Mimpi, Aziela, Juhariah Johari, Juk Din, Angah, haryati Faizal, The Malay Male, Sal, Daddy Ziyyad, Ayu Azmir, azi, Zana Fahmi, Ummiazah Mz, Kancil 8349, Nor Salmi, Rapunzeel Cikilolo, boni kacak, KY dan RedRose.

    Terima kasih semua teman dan moga syafaat baginda dapat kita perolehi kelak. Amin..

    ReplyDelete
  24. Tidak lupa juga: -

    gadisBunga: Syok duduk bawah ketiak mak ye. Kakak kerja tau:)

    ReplyDelete
  25. salam maulidur rasul untie & keluarga

    ReplyDelete
  26. Allahu akbar...kadang tu malunya menjadi umat mu ya Rasulullah...kerana ada kalanya aku lupa berselawat ke atas mu...

    ReplyDelete
  27. Pagi di hari maulidur Rasul.. hujan lebat membasahi kawasan taman perumahan..

    ReplyDelete
  28. salam kak..
    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد....

    salam maulidur rasul juga buat akak... :)

    ReplyDelete
  29. tak lupa berselawat ...

    ReplyDelete
  30. Bersama kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. Moga kita mendapat syaffatnya kelak.

    Terima kasih juga buat:-

    Anna Mariana, KM SueQistina, Suraya Baharun, hainom OKje, Ros, Deqla Majew, aizamia (hujan rahmat tu ai), ♥ Cmª shIemª ♥, Kesuma Angsana dan Nur_nba.

    Teruskan berselawat dan salam walau Rabiulawwal berlalu. Jadikan ia amalan harian kita.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  31. Salam Maulidur Rasul buat kak zakie...rasanya x terlewat kot..:)

    ReplyDelete