Tuesday, February 5, 2013

Melihat mereka yang hebat

Malam Ahad kami ke Mydin. Geram bila melihat laci tempat aku menyimpan setokin dari sehari ke sehari semakin susut. Setiap kali balik ke asrama mesti setokin mama mereka akan menjadi sasaran. Akibatnya yang tinggal setokin yang longgar belaka. Jadi sementara menemankan  bapak yang mahu membeli jubah, tali pinggang dan sebagainya aku pun mengambil peluang membeli setokin dan sarung lengan. Keluar dari Mydin singgah di sebelah bangunan banyak warung-warung yang menjual berbagai aneka pilihan makanan.

Beehoon sup - Atuk dan en hubby makan ini
Sate - Bapak suka sate dia lembut tapi sebab sudah makan beehoon sup sate ini dibungkus saja dan dibawa balik

Nasi goreng cina - Adik suka nasi goreng cina ini siap dengan sup. Pandai tuan empunya sebab kekurangan kakitangan semua makanan yang tidak berkuah menggunakan kertas minyak ini kemudian dimasukkan ke dalam bakul rotan begini.
Kwee-teow goreng - Aku punya pun sama menggunakan kertas dan masuk di dalam bakul rotan. Disamping dapat mencari jalan mengurangkan kos sabun dan tenaga pekerja mencuci pinggan menggunakan bakul ini kelihatan unik pula.
Makanan di atas kami lihat mereka ambil dari warung yang berbeza. Nasi goreng cina dan kweeteow dari tempat yang sama. Tapi kelihatan mereka sangat sepakat. Warung buat air hanya buat air saja. Pandai mereka bekerjasama. Order kalau tempat dia tidak ada dia order dari warung temannya. Itu yang kelihatan sangat baik kerjasama yang ditunjukkan.

~~ Melihat pelanggan yang datang tidak putus-putus dan kesibukan pekerjanya dapat aku bayangkan pendapatan mereka aku jangka boleh mencecah 5 angka besar pada setiap warung walaupun sekadar  menjual di tepi bangunan.~~


104 comments:

  1. Memang bagus letak makanan cam gitu je jimat tenaga nak basuh kan...unik dan kreatif pun yea gak

    ReplyDelete
  2. ylh kak, boleh guna idea ni kat umah, hihihi

    ReplyDelete
  3. bestnya makan tu..
    kat warung depan mayydin tu mesti makin meriah, pernah juga saya makan kat situ beberapa tahun dulu..

    ReplyDelete
  4. Bagusnya pakat-pakat begitu, untung sama dirasa,pelanggan pun selesa... yang dipesan semua ada!

    ReplyDelete
  5. sepakat membawa berkat :)
    bagus gitu..takde dengki2

    sihat kak?

    ReplyDelete
  6. salam kak,

    amboi...ceria dan telioqnya bila tenguk menu pilihan ni...
    sedap jugak pekena bihun sup....
    tapi nak cari yg sedap dan menenuhi citarasa yg susah..betul tak?

    ReplyDelete
  7. APa yg penting...kerjasama...hehehe...

    Terliur tgk makanan2 tu kak. Biasalah, pantang tgk kan...suma nampak sedap ^_^.

    ReplyDelete
  8. idea yang kreatif dan tidak memenatkan tangan membasuh hehe..

    eh enaknya nasi goreng cina..

    ReplyDelete
  9. mcm ni la bgus..tak berebut customer. sy rimas kalau masuk kt tmpt mknan pastu kena serbu dgn pelayan2 suh duduk kat meja diorg...pening..nak je kuar balik...huhu

    ReplyDelete
  10. kalau tak rebut2 tarik tangan kita pergi kedai dia memang ok. kalau tak serba salah nak makan mana. selalunya terus x jadi mkn kak...huhu

    ReplyDelete
  11. unik dan kreatif selain dapat jimatkan tenaga pekerja dan air.. ;)

    sepakat membawa muafakat..

    ReplyDelete
  12. suka semua lauk2 di atas kak..laparlah pulak ni..

    ReplyDelete
  13. sama mcm saya...tercari cari sarung tangan kat rumah tak berjumpa bila melawat anak kat asrama tgk bagus jer kat tangan dia...

    sedap makanan kat atas tu kak..

    ReplyDelete
  14. kreatif..dpt kurangkan kos n dpt kurangkan tenaga kerja..pandai tauke kedai nie.hehe..

    ReplyDelete
  15. hehe barang yg selalu hilang kat rumah mama- brooch dan stokin, jadi kalau beli byk2--hehe lepas tu hilang lagi...

    MAMA pun ada jumpa pekedai yg bekerjasama ni, siap tolong2 angkat lagi.Ada 1/2 pekedai kerusi pun tak boleh share. macam2kan?

    ReplyDelete
  16. hehe barang yg selalu hilang kat rumah mama- brooch dan stokin, jadi kalau beli byk2--hehe lepas tu hilang lagi...

    MAMA pun ada jumpa pekedai yg bekerjasama ni, siap tolong2 angkat lagi.Ada 1/2 pekedai kerusi pun tak boleh share. macam2kan?

    ReplyDelete
  17. Sepakat macam tukan bagus. Sama2 cari rezeki. Aina pernah makan di Melaka tapi tak ingat mungkin pekan Alor Gajah kot. Kedai sebelah2 tak bertegur sapa. Kita oder sampai kesudah tak hantar2. Last2 kena tengking dengan suami Aina free je.

    ReplyDelete
  18. Bagus jugak idea mrk berniaga sepakat tu kan kak..dptlah berkongsi pelanggan..taklah selfish sangat..makanan yg dihaodangkan pun kelihatan sangat menyelerakan

    ReplyDelete
  19. hihihi sama saiz ngan mamanya jadi stokin mamanyalah yg jadi mangsa ya kakak :D
    Wah..sedapnya ns grg cina tu...

    ReplyDelete
  20. Assalamu'alaikum kakzakie

    Dulu dua orang cucu kak selalu nyanyi lagu wonderpet tu.. apa yg penting kerjasama..hehe

    Semua makanan ini membuat kak terliur..

    ReplyDelete
  21. nasi grg cina dan ktw tu nampak sedap je....nyumnyum..


    waaaaaaaaaaah jimat dan memudahkan keja mcm nie...xperlu basuh2...dulu pernah makan kat wong solo alor star..nasi ayam penyet nya di alas dengan daun pisang..so pinggan xperlu basuh..hehe

    ReplyDelete
  22. Salam kak..selamat pagi..manusia ni bila bersepakat nampak sangat kuat dan hebat kan…bukan setakat peniaga yang sepakat ini saja, malah tukang sapu sampah pekerja2 binaan semuanya hebat ..kalau tiada mereka susah juga kan..jadi apa juga pekerjaan kita mesti pandang mereka dengan rasa bangga..kerja yg halal le ..kekekekek..kan kak

    ReplyDelete
  23. Jeles la kakzakie pergi Mydin, sabah mana ada. Beli stok stokin satu bundle, senang bila habis.

    ReplyDelete
  24. Makanan kat tempat macam ni jauh lebih sedap dari restoran mahal2..:)

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. bagus berniaga macam ni.. kena la saling bantu membantu..baru tambah maju..kalau masing masing nak dengki je..sama sama rugi..

    ReplyDelete
  27. Bagusnya bila berniaga bersepakat.. selalunya saling dengki mendengki..
    Itu agaknya murah rezeki depa dan ramai pelanggan datang..

    ReplyDelete
  28. wah...sate..dh lama x makan...

    hari ni entry kita pasal makanan ^_^

    ReplyDelete
  29. sedapnya sate kak...balik ni nak carik sate la...


    mcm ni la bagus kan kak, kerjasama antara peniaga tu kan bagus...selalu dgr kat berita, sesama peniaga pun boleh gaduh...huhu...

    ReplyDelete
  30. sehebat manapun mereka (peniaga makanan tu...), hebat lagi orang yang sabar kehilangan setokin-setokinnya....

    ReplyDelete
  31. salam kak zakie..

    bila anak2 dah sama saiz ni mmg banyak brg mama yang menyusut kan.. saya pun selalu seronok tgk peniaga yang bersatu hati macam tu.. semoga mereka terus maju dan dimurahkan rezeki hendaknya..

    ReplyDelete
  32. sedapnye tengok gambar makanan tu.. hmm.. memang bagus r kalau ade kerjasama macam tu kan.. same2 berniaga, same2 cari rezeki.. =)

    ReplyDelete
  33. Sedap2 nampak makanan tu Kak..
    bagus bila para peniaga tu saling membantu.. tak perlu lah nak dengki klu satu2 gerai tu ramai pelanggan..erm, org meniaga ni mmg untung kan Kak..:)

    ReplyDelete
  34. semua lauk pauk di atas mmg mengujakan.lapar lak rasa

    ReplyDelete
  35. Kakzakie..
    memang susah nak dapat semangat kerjasama macam tu...ada setengah kedia, kalau kita tak order semua makanan kat tempat depa, depa tak bagi tempat duduk....

    p/s semua makanan tu saya paling suka keoyteow goreng, memang kegemaran saya...:)

    ReplyDelete
  36. sedapnye bihun sup ngan KT tuh kak..terliur dh falsya

    ReplyDelete
  37. kak, saya kalau ke mydin memang rambang mata, rasa macam semua nak beli, ada masa rasa macam barang kat mydin ni berbaloi juga murahnya..

    ReplyDelete
  38. bekerjasama macam tu, rezeki secupak boleh jadi segantang kan kak zakie.

    Sedap nampak kuew teow goreng akak tu, feveret saya tu...:)

    ReplyDelete
  39. Sedapnya tengok makanan tu, terutamanya kuew teow goreng tu....

    ReplyDelete
  40. jimat dan ringkas kan macam tu..yang penting rasa makanan tu sedap dan kebersihannya dijaga..

    ReplyDelete
  41. hmmmm memang boleh diterima gak dek akal gak yerk ideani... baguih gak tu...

    ReplyDelete
  42. bila hidup saling bekerjasama insyaallah allah akan permudahkan rezeki kita..

    ReplyDelete
  43. Mmg kreatiflah kak. Jimat tenaga, jimat kos. Boleh jdk contoh la klu mcm ni....

    ReplyDelete
  44. Di sebalik kejayaan diorang terselit seribu cerita yang kita tak tahu akak..masing2 pernah alami keperitan utk capai apa yang dia ada sekarang..:)

    ReplyDelete
  45. betul tu kakzakie...yg meniaga tepi jalan ni yg selalunya untung besar..kos menjalankan bisnes kecik...income mahsyuk :)

    ReplyDelete
  46. org melayu nie kalau berniaga bagus2 betul .. tapi kalau tiba dia berdengki tuu sampai buat2 kan kak huhuh

    ReplyDelete
  47. Nampak sedap kuey Teaw ngan nasi goreng cina tu KZ...

    Tulah seronok bila tengok orang meniaga makan yang ramai pelanggannya ... macam untung jekan KZ...srasa teringin pulak nak meniaga... tapi bila tengok peniaga yang tiada pelanggan ....seram pulak nak mencuba.... huhu

    ReplyDelete
  48. jimat tenaga pekerja di situ... :)

    ReplyDelete
  49. assalam kakzakie..acik pernah jugak pi kedai yang macam ni...sepakat..kita order apa saja boleh dan dia orang akan orderkan pulak diwarung yang ada amaknan yang kita nak

    ReplyDelete
  50. assalam kakzakie..acik pernah jugak pi kedai yang macam ni...sepakat..kita order apa saja boleh dan dia orang akan orderkan pulak diwarung yang ada amaknan yang kita nak

    ReplyDelete
  51. kak, dorg meniaga cmtu lagi byk dr kita yg keje makan gaji ni kan kak..rzki masing2 kn kak..

    ReplyDelete
  52. kadang2 makanan kt gerai lg sedap dr restoren 5bintang kak, sikap bekerjasama, muafakat tu yg jd kan gerai tu lebih menarik agaknyer... bgs betul cara tokey kedai tuh... tak perlu cuci pinggan bile guna kertas minyak tp ttp ada style letak dlm bakul...

    ReplyDelete
  53. best makan tempat mcm ni kan..sy lebih selesa makan tempat mcm ni..lebih mudah buat oder..

    ReplyDelete
  54. sedapnya kak, melihat menu2 tu buat saya terliur, emm untung kalau pandai masak biasanya kakau masakan sedap mmg ramai pelanggan yg berpusu

    ReplyDelete
  55. kalau semua peniaga kita sepakat mcm ni mmg sangat bagus kan kak.. mmg ada sesetengah tempat berniaga makanan amalkan komsep mcm ni kak.. dan yg pastinya mmg tempat tu akan meriah dan ramai org yg dtg makan..

    ReplyDelete
  56. padahal dah beli 3 pasang sorang stokin sekolah untuk anak...baru 2 bulan sekolah hilang entah kemana...

    manalah taukeh gerai ni tak untung Kakzakie..dahlah jual murah, sedap..sure ramai yang makan...

    ReplyDelete
  57. sedapnye kak. terliur tgk makanan ni sume. tak lunch lagi ni..

    ReplyDelete
  58. Sedapnya akak. mesti berselera bila makan makanan ni.

    ReplyDelete
  59. mcm sama lak kita, saya pun g mydin ahad lps sbb nak cari stokin. dah longgar2 sume.

    mknn tu menggamit betullah kak..

    ReplyDelete
  60. huwaaa... tgh lapar ni, semua benda nampak sedap dan semua benda nak rasa!!!

    ReplyDelete
  61. Salam singgah. 1st time singgah blogwalking kt sini. nice blog entry :)

    jemput singgah blog saya juga..

    http://semuasihatselalu.blogspot.com

    ReplyDelete
  62. suka tengok kalau warung2 macam tu. kerjasama

    ReplyDelete
  63. sesekali makan diluiar ni best juga ye kak.. satay tu nampak sedap !

    ReplyDelete
  64. salam kak zakie..
    hihih..mcm cma la kaedahnye..selalu hilangkan setokin mak! alih2 ajak mak g beli setokin dia semula..hihih..

    bagus kedai mkn tu.. jimat segalanya2..tp yg penting bersih & sdap kan.. :)

    ReplyDelete
  65. Mereka bersepakat, tiada cemburu dan iri hati, sama2 menaikkan business. Maknanya dalam social life pun mereka begitu. Ciri2 orang yang berjaya.

    Saya tak berapa suka nasi goreng cina sebab x pedas. Tapi, nasi goreng cina akak nie nampak sedap la pulak...

    ReplyDelete
  66. kalau pelanggan tak putus2 macam tu, bermakna income dorang memang superb :)

    ReplyDelete
  67. salam,

    biasanya peniaga kecil kecilan begini incomenya lebih tingig, kalau di jerteh ni, pernah tengok , ada yang pakai banglo 3 tingkat. padahal jual tepi jalan je. kata orang rezeki berkat..

    mmg jimat kos, tak payah upah pekerja basuh pingan, kertas pun murah je harganya.

    ReplyDelete
  68. Salam kz,
    Stokin molor jer yg tinggal, aby plak klu yg hilang dr dapur adalah tin2 sardin. D ngowo balik anak sulong

    ReplyDelete
  69. PM ada kenalan yang hanya berniaga mee goreng sehari minimum dia boleh dapat 1k kak...hebat kan...jika lokasi strategik dan servis bagus, pasti banyak repeat customer...

    ReplyDelete
  70. ini yang kita mau. kerjasama dan bukan dengki mendenggi. hehheee sedapnyer sedapnyer.

    ReplyDelete
  71. bila sepakat gini.. sgt bagus.. dan byk laa variety makanan kan.. sama2 cari rezeki.. bila dah maju dpt ler byk ongkosnyaa.. :)

    ReplyDelete
  72. wow..semuanya sedap2..lapar perut tengok gambar..hehe..:-)

    ReplyDelete
  73. masakan di gerai memang sedap cuma kita pastikan kebersihan dlm penyediaan mknnan itu. sy pun selalu mkn di luar aje sbb malas n x sempat nak masak...

    ReplyDelete
  74. Bila bekerjasama, badan jadi kuat, duit makin lebat...yeeeee...wonderpet..
    Heee...kakzakie, kalau berkongsi rezeki, bukan makin rugi...tambah untung ada. Kalau kat SP, masih ada nilai2 begitu. Contoh kita cari barang kat kedai A, dah habis stok atau tak jual, dia boleh rekomen kedai B pulak...
    Kalau bandar besar, tak taulah pulak..

    P/s kak ada anak perempuan bolehlah tuding jari kat anak, heee...saya ni 2 Abdul, tak dapat nak share tapi salah sendiri. Susut dan asyik beli baru sebab tak cukup pasangan. Yg pelik, masa membasuh dan menyidai ada, bila melipat..tak au mana menyorok

    ReplyDelete
  75. tapi kak kan... gambar akak tu nampak betul2 sedap. hehe..

    ReplyDelete
  76. Alhamdulillah, tiada perassan dengki dan dapat bekerjasama, berkat rezekinya.

    ReplyDelete
  77. dah byk jugak tmt makan yg buat camtu skarang ni, mereka saling bekerjasama... satu warung satu dua menu saja, servis pun cepat, kita pun taklah lama sangat dok menunggu

    ReplyDelete
  78. bagus kalau ada sikp kerjasama macam tu.. kadang kadang sesetengah kedai, kalau kita order kat kedai dia, tapi kedai dia tak ada, terus je dia cakap tak ada.. huhu.. tak nak pun gi order kedai sebelah...

    ReplyDelete
  79. ni y dikatakan sama bantu membantu dlm bisnes...

    ReplyDelete
  80. Macam mana cerita stoking, tiba-tiba jadi gambar-gambar makanan yang melelehkan liuq ni kak. Ini kelebihan Kak Zakie.

    ReplyDelete
  81. Boleh tiru idea ni kalau malas basuh pinggan kt umah

    ReplyDelete
  82. Bila etika berniaga ketnal dalam diri disamping ingin sama-sama memajukan bangsa dan agama tidak mustahil semakin banyak senario seperti N3 kakak ini akan terjadi.

    Terima kasih kepada semua yg memberikan komen:-

    Nurulhuda, Be Simple Beb, umialya, Aisy nasiha, Amie, Irfa, Ainhany, Fiza Rahman, Mrs Eady, Mokcik Azwa, Munnafendy, redza, amirah, Aimiza3, Knor, Zulaikha megat, Puan Kutu, Juhariah Johari, Zuliana Abuas, Are_linayu, JunAina, Ummuaidan, Suraya Baharun, Ratu Hatiku, Werdah, Adish.Shida, Intanfirdaus247, zana fahmi, ct norarizah, Rai Ourkizuna, makchaq, Cikgu Ma, Wahida, ahmad humairi, KY, Nory Zoulkefle, Yan's cottage, Hanis Azla, Kay_are, atie yusof, wan nurul hezrina, azi (samalah kita), Falsya, Fadilah Aziz, Yus, Mia Kassim, Perdu Cinta, Cho Zila, Liya Hanif, Faraherda.Razalan, Cheqkaq, Daddy Ziyyad, ieda immi, hainom OKje (macam kakak pun rasa begitu tau teringin nak berniaga tapi takut), CMA @ CikMoonAdnan, Acik Erna, Sara, norhidana, Mam Rey, Aju Mohit, Queen Teratal, Qhaifa Nur, Ibu Lala, Pokok Manggis DR, Ujie, NM03, lydzar DN, hana hadi, Kesuma Angsana,♥ Cmª shlemª ♥ Aziela, boni kakcak, Syira Qahirah, aby (angger molor wes orak penak dienggo), Papa Mifs, Nastyna, Rinna, Noor Liyana, Juk Din, Anim (ada cara tak mahu hilang masa angkat dari ampai terus jadikan satu Anim), the malay male, Maria Menado, Rohayu Osman, Ummiross, Azieazah, ibuintan, ros_reeza, Lyafrina, Cikli, Azian Elias dan Elly nadyra.

    Buat semua bersama kita jadikan renungan. Sekali lagi kakak ucapkan terima kasih.

    ReplyDelete
  83. sedapnye sate kak....dh lame xmkn

    ReplyDelete
  84. Assalammualaikum..

    jalan2 singgah blok akak. Kalau sedap dan service pun bagus memang ramai pelanggan sebab kawan akan recommend kan?. :)

    ReplyDelete
  85. sedapnya semua mkanan. bagus kan cara tu.jimat gak . senanh tak yah susah2 basuh pinggan.

    ReplyDelete
  86. makanan kalau dia masak sedap...kat celah lorong pun org pi...janji memikat selera.....

    ReplyDelete
  87. kreatif2!hehe....

    *jmput singgah ke blog sy juge ye;)

    ReplyDelete
  88. Berniaga neh klu kena gaya dan mendpt butan memang untung besar...tu lah bestnya kalau dapat pluang nak plak dpt jnis yg kerjasama cam neh..kan?

    ReplyDelete
  89. a'a la bagus cara mcm tu...jimat itu penting hihi

    ReplyDelete