Sewaktu bertolak pergi tidak ada tanda-tanda yang dia demam. Tetapi dalam perjalanan kelihatan bapak sudah ada tanda tidak sihat.Malam Jumaat itu terpaksalah kami bermalam di Batu Pahat, kampung hubby. Pagi sabtu bapak masuk bilik air pun sekadar cuci muka dan gosok gigi. Sarapan sudah tidak berselera tetapi kami terpaksa juga bertolak ke Muar sebab majlis Kak Uda pada hari itu. Kami sudah tidak dapat menghadirkan diri pada majlis akad nikah dan berinai malamnya jadi kalau boleh biarlah majlis resepsi itu kami dapat menghadirkan diri.
Tiba di Muar aku sudah sepakat dengan hubby yang bapak tidak boleh berada di rumah Kak Uda sebab pasti ramai tetamu. Kami menyewa homestay terdekat. Syukur hanya dua pintu jarak dari rumah Kak Uda. Tengahari selepas solat zuhor bapak masih mahu mengikut kami ke majlis persandingan. Masuk ke dewan bapak sudah tidak larat. Dengan bertemankan hubby bapak duduk saja di meja tetamu bukan yang dikhaskan buat keluarga kami. Sewaktu majlis berlangsung pun bapak kelihatan tidak seceria selalu. Selesai majlis lebih-kurang kami mohon beredar dulu.
Menjelang mahgrib bapak sudah kelihatan pucat tidak bermaya. Ubat yang ada kami berikan. Hubby urut seluruh badan sebab bapak tidak mahu orang lain mengurutnya. Mungkin sudah biasa dengan urutan tangan hubby. Abang, kakak-kakak, ipar-ipar aku semua kebingungan tapi buat aku, Mak Zah dan hubby sudah biasa sebab bapak kalau tidak sihat akan begitu sejak dia sembuh dari kemalangan dulu. Malam itu dari satu anak ke satu anak, dari satu cucu ke satu cucu menjaga bapak. Akhirnya bapak tidak mahu tidur di bilik sebaliknya di hall. Mudah bagi anak-cucu-cicitnya menjaga. Malam itu aku dan hubby tidak bersama bapak dan memberi peluang abang/kakak/ipar-ipar menjaga bapak. Ramai yang berkumpul di homestay yang aku sewa.
Esoknya bapak boleh berkata " Tak sama juga usop, zahrah dan zakie, bapak lagi selesa." Tersirap aku dan hubby dengan kata-kata bapak. Percayalah bapak bukan jenis yang begini. Bapak terlalu menjaga sensiviti anak-anak tapi pagi itu bapak boleh berkata begitu. Sebaik bapak terlena mungkin penangan ubat, Mak Zah bersuara "Bapak dah tua kena ingat, biarlah kita yang rasa kecik hati asal jangan dia yang kecik hati." Masing-masing akur. Aku sebagai adik diam tidak tahu mahu berkata apa.
~~ Kenapa bapak jadi begini? Adakah ini sindrom Alzheimer sebab arwah embah (atok) dulu ada penyakit itu. Aku takut tapi redha andai ianya terjadi pula pada anak embah iaitu bapak aku kini. Tapi doa kami adik-beradik moga bapak terus diberi kesihatan yang terbaik bagi memudahkan dia beribadat.~~
semoga diberi kesihatan yg baik
ReplyDeletesemoga bapak kakzakie sembuh seperti sediakala...mmg elok adik beradik kakzakie bergilir2 menjaganya...teringat kat arwah bapak noe :)
ReplyDeletebila usia meningkat ni mcm2 penyakit yg singgah... sabar jelah kak zakie... mungkin Allah nak beri kita pahala berlipat kali ganda dgn melayan kerenah ibu bapa tu...
ReplyDeletekadang2 kita terlepas pandang apa kehendak dan keperluan orang tua kita yg terpendam....kita sendiri kene faham dan tak perlu terasa hati... yg penting beri lah sedikit perhatian kpd mereka...sementara mereka masih ada...
ReplyDeleteAsSalam,
ReplyDeleteSemoga bapak KakZakie sihat.
Memang gitulah, rasa sedih bila nengok kesihatan orang tersayang terganggu.
Orang2 tua selalunya boleh jadi macam tuh kakak..mcm arwah nenek dulu pun ms dah dekat2 akhir hayat sll jgk menyebt2 nama orng dia paling sayang & selesa..mungkin bakap dah selesa ngan jagaan kakak sekeluarga sbb tuh lah cakap begitu dengan jujurnya..
ReplyDeleteSemoga bapak kak zakie diberikan kesihatan yang baik...Betul kata Mak zah, bila orang dah berumur ni biar kita yang kecik ati jgn dia kecik ati..sabar ye kak..
ReplyDeleteSemoga bapa kakak pulih cepat.....rasanya orang tua mmg begitu...dia akan cakap apa saja yang ada di hatinya....kita sebagai anak jgnlah pula berkecil hati.....
ReplyDeleteSemoga bapak akan terus dikurniakan dengan kesihatan yang baik oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiinnn...
ReplyDeletehmmm semoga atok cepat sembuh...
ReplyDeletehmm.. org tua mmg camtu, kita pon xleh terus kecik hati.. kena faham keadaan dia kan...
sabar ye kak dgn ujian dariNya
ReplyDeleteBetul kata mak zah.. waktu2 begini ada sahaja yg tidak kena.... mudahan anak2 memahami....
ReplyDeletesemoga kakak tabah menjaga .. kerana perlukan kesabaran....pernah merasa dan menjaga bapak yg sakit pada usia 12-16 tahun...
Assalam
ReplyDeleteMudah2an terhindar dari segala yg merungsingkan..
Kata org menjaga ayah dan ibu yg sudah tua ni lebih rumit dari menjaga anak kecil....meraka mudah tersentuh, kecil hati, cepat merajuk dan kdgkala langsung tidak memikirkan hati anak2...Allah menguji kesabaran akk dan suami...Semoga akk diberikan kesabaran dan kekuatan menjaganya sehingga akhir ke akhir hayatnya...
ReplyDeletenenek saya dulu pun mcm tu kak..masa dia sihat km tanya sapa yg dia plg syg? dia akan jawab semua sama..
ReplyDeletetapi bila dia dah kembali ke perangai kanak2, dia cakap anak yg dia plg syg mak yana, cucu plk sepupu yana yg dia bela dari kecik..
tp km smua faham dah :)
bila dah sampai umur seperti bapak ni Kakzakie perhatian amat diperlukan...
ReplyDeletedari situlah bapak nampak keikhlasan
dalam menjaganya...
pengalaman hubby yang punyai atuk usia 85thn...atuk yusuf
bila borak mesti kutuk sana sini...kami diam dan dengar saja...
jangan ada yang berkecil hati sudah...kan Kakzakie
berapa umur bapak kak zakie?semoga bapak cepat sembuh...
ReplyDeleteinsya Allah..doa kami juga buat bapak.
ReplyDeletesalam kak zakie..
ReplyDeletedgn org tua mmg kita kena pandai2 untuk jaga hati sendiri agar kita tak menguris hati mereka.. semoga bapak akak cepat sembuh..
kesian baca..teringat ayahda sendiri kat kg
ReplyDeletebiarlah hati kita terguris tapi bukan mereka..
ReplyDeletemoga bapak akak kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)
Biasalah tu kak bila usia dah mcm bapak ni. Semoga bapak akk diberi kesihatan yg baik.
ReplyDeletebetul cakap mak zah tu
ReplyDeletebtul lah kak zakie..biar kita yg kecik hati, jgn bapak...
ReplyDeletebila kakzakie bercerita pasal bapak kak zakie, amie betul2 teringat dengan mak di kampung. mak sihat aje, sgt sihat. tapi dia kadang2 brcakap benda yg bukan2 dn tak wujud juga. dah tua kak, dr kata dia bukan alzheimer, tp saraf otak terjejas (saraf otak mati) sebab byk kali terjatuh kepala terhantuk. lgpun pernah kena strok. dr kata kalau alzheimer dia tak ingat dah siapa kita. bapak akak amie rasa cuma brterus terang aje. kdng emosi org yg sakit memang akan camtu. memang dah selesa duduk dengan akak sekeluarga.
ReplyDeletemungkin dia terlalu pnt n dh terbiasa sgt ngn akak sefamly, betul kata mak zah, biarlah kite anak2 mengalah kalu terasa ati skit...
ReplyDeletesemoga ayah akak ttp kuat n sihat
semoga bapak terus kuat dan sihat utk menempuh hari2 mendatang.
ReplyDeleteSemoga bapak kakak akan terus dikurniakan kesihatan yang baik. Amin
ReplyDeletemoga bapak sentiasa sihat...bila baca cerita akak ni teringat arwah ayah saya....
ReplyDeleteUmi Qaiser turut doakan semoga bapak terus sihat dan kuat...ia betul tuh, biar kita org muda berkecil hati, tp jgn sekali2 kecik kan hati org tua yg kita sayangi...tanpa mereka siapalah kita kan dear...tq kak kasi tips tadi..sgt hargai :)
ReplyDeleteBapak mertua saya skrg nie berusia 86 tahun..masih sihat tapi kdg2 ada juga pelupanyaa.. jadi mmg biasa laa.. dah tuh mmg cepat sensetipnya..
ReplyDeleteSekarang ni bapak dah baik ke belum KZ?
ReplyDeleteDalam maksudnya tu KZ... dia lebih selesa dgn KZ tu...
Bersyukur... bapak masih boleh menguruskan diri sendiri, sekurang2nya kita hanya membantu mengurus makan minum aje...
Menjaga orang tua ni besar pahalanyakan KZ...
Allahuakbar...melihat orang lain teringat kpd diri sendiri yg juga masih mempunyai orang tua...
Kita doakan yg terbaik kak.moga atok cepat sehat.
ReplyDeletebetul kata mak zah tu..yelah kak byk ujian yg di tggung bapak..lps satu satukan..kita tak tahu perasaannya.mcm2 yg dia tempuh.
ReplyDeletealhamdulillah di kelilingi anak2 yg baik2
Semoga bapak akak bertambah sihat.
ReplyDeleteberkat jaga ibu ayah kita.
insyaAllah bapak kakak tidak ada apa2. mungkin dia penat kot
ReplyDeletekasihan bapak. Ragam dan hati orang tua kita tak tahu, kak. Mungkin kalau kita di tempat mereka kita pun akan berkata begitu. Setiap orang ada tahap selesanya masing-masing. Saya percaya Kakzakie dan lainnya tidak menyimpan dalam hati, kan.. semoga bapak cepat sembuh dan ceria seperti dulu... insyaAllah.
ReplyDeleteIni waktu kita untuk menjaga beliau! Semoga tabah!
ReplyDeletesemoga bapak sihat-sihat sentiasa..
ReplyDeletegie pernah terdengar yang habatussauda boleh ubati alzheimer
ReplyDeleteusia yang semakin tua tu memang begitulah kan.. kita yang anak memang kena lebih berikan perhatian pada dia...
ReplyDeleteSemoga bapak akak diberi kesihatan yg baik, dan anak2 yg sabar melayan.
ReplyDeleteSemoga bapak akak diberi kesihatan yg baik, dan anak2 yg sabar melayan.
ReplyDeletebertuah bapak akak dapat anak anak yg baik dan memahami... =)
ReplyDeletesemoga bapak akak cepat sembuh. =)
Moga bapak akk cepat sihat.
ReplyDeleteAlhamdulillah, bapak mempunyai anak2 yang baik yang sentiasa bersedia untuk menjaga. Mungkin bapak lebih selesa dengan Kakzakie.
ReplyDeleteMoga bapak beransur sembuh dan sihat sokmo.
usia dh makin meningkat begitulah biasanyer kak.. kena selalu tgk2kan tu bapak !
ReplyDeleteperubahan seiring penignkatan usia biasalah tu.yg paling penting anak cucu cicit semuanya menjaga bapak dengan baik.hati org tua paling penting jgn biar terluka
ReplyDeleteTetiba teringat arwah tok...rindu pulak rasa...insyaallah doa banyak2 moga bapak akak dikurnikan kesihatan yg baik...
Deletemoga bapak akak cepat sembuh ya..moga tiada apa2..
ReplyDeleteharapanya akk dan keluarga bertabah lah yea....rietta setuju dengan kata kata itu...biar kita yang berkecil hati...jangan orang tua yang berkcil hati dengan kita...
ReplyDeletemenjaga org tua,menjaga hati dan perasaan mereka...betul kata kak zakie..biar kita yg terasa ati..jgn dia yg terasa...mungkin panjang rajuknya nati
ReplyDeletesedih org bace pasal ni.. moga bapak dikurniakan kesihatan yg baek.. dh tiba masanya anak2 tumpukan perhatian kat dia.. harap akak tabah ye.. insyaallah smuanya ok :')
ReplyDeleteTak boleh juga nak kata ianya Alzheimer kaka zakie...too early...kena perhatikan simptom2 lain lepas ni
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie....semoga diberikan kesihatan yg baik hendaknya...:)
ReplyDeletesedih lak baca kisah akak ni. moga di permudahkan yea.moga ayah akak di beri kesihatan yg baik.
ReplyDeleteteringat arwah nenek lak bila baca ni
semoga bapak akak cepat sembuh yer..jgn pikir bukan2 yer..hhuhu..
ReplyDeletememang memacam kerenah kita mmg kena byk bersabar... mana yg kecik2 yg buat keta marah @ kecik ati.. pejam mata ajelah...
ReplyDeletemak saya menjaga arwah atuk yang mengidap alzhemier kakzakie..dia memang tak ingat apa2 dah.
ReplyDeletemaklah yang menjaganya (nenek pun tak ada). saya dapat rasakan kesabaran emak yg membuatkan dia selesa bersama anak sulongnya (emak) hingga ke akhir hayat. "tangan" orang takkan sama kak..walaupun sama ibu dan sama ayah..
dulu kita masih kecil.. kini, kita telah dewasa.. tidak mustahil, akan sampai satu masa, kita kembali menjadi anak kecil.. perlukan lebih banyak perhatian dan kasih sayang.. kerana pada ketika itu, harta benda yg banyak dan makanan yg enak, sudah kurang membahagiakan...
ReplyDeleteApa sahaja yang berlaku yang terjadi pada beliau, kita terima dengan ikhlas kan kak. Yang penting, kita yang masih waras ini yang menjaga segalanya. Nenek saya pun macam tu. Soalan yang sama berulang kali di tanya walau sudah diberi jawapan. Tapi kitalah yang harus sabar melayannya.
ReplyDeletetulah kak.. org tua kan.. kita ni tak tau cam ne kita nanti. mak abah saya pun selesa dgn saya and family..
ReplyDeleteharap2 ayah akak ok2 je.. dua'a for the best ye kak..
semoga bapak sentiasa sihat hendak-Nya...amin...
ReplyDeletesemoga bapak akak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteinsha allah bukan alzhiemer kot..berdoalah bersama sama utk kesihtan bapak kak zakie...
ReplyDeleteAssalam, kakzakie
ReplyDeleteAllah yang menentukan segala-galanya. Kita redha dengan kehendak-Nya, namun tetap sentiasa mengharapkan yang terbaik dari-Nya. Kita rakan-rakan maya, sama-sama berdoa, semoga bapa kakzakie diberi kesihatan dan ke'afiatan oleh Allah.
semoga cepat sembuh..mungkin sebab demam bapak akak jadi mcm tu..doa yang terbaik..insha Allah..take care kakak
ReplyDeleteassalam KZ..semuga Allah permudahkan segala2nya & semuga bapak diberikan kesihatan yg baik..amin..
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeletedalam menjaga bapak biar la kita layan sebaik mungkin .. ikut jer kehendak dia .. sbb org yg dah lanjut usia sensitif nya juga kuat .. jgan sampai dia terasa hati dengan kita ..
sayangi mereka seperti mereka menyayangi kita semasa kita kecil dahulu
bukan tanda2 alzheimer tu kakzakie...jgn risau k:)
ReplyDeleteBile seseorang tu sudah meningkat usia dia akan jadi lebih sensitive dan kadang2 perangai pun beransur berubah. tidak sama seperti dulu2... Jangan risau k selagi takde tanda2 yang serius. Yang penting sebagai ahli keluarga kena pandai dan jaga hati diorng:) Jangan kite pulak yg cepat sensitive dgn diorang ni...hehe
semoga ayah akak diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan.InsyaAllah..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebarangkali...
doakan semoga kesihatan bapak akan baik sentiasa...
Semoga ayah akak cepat sembuh..Amin..
ReplyDeletemoga kesihatan ayah akak kembali pulih..kadangkala apa yang mereka perkatakan itu bukan disegajakan namun itulah hakikatnya yang tersirat di sanubarinya..tulus dan halus..
ReplyDeleteBerhadapan dengan situasi mcm ni mmg kena memahami apa yg dialami oleh bapak. Bila tak sihat kita mudah kecil hati. Itu yg saya selalu tengok. Semoga bapak cepat sembuh.
ReplyDeleteSalam k.zakie..
ReplyDeleteHuhu..mcm mn dgn keadaan bpk hari ni? semoga beliau makin sihat..
hmm..mungkin krn demam & tidak sihat yg mmbuat bpk berkata begitu..
tp btllah..biar anak2 yg merasa kecil hati..jgn org tua..
semoga sihat2 semuanya.. :)
salam kak..
ReplyDeleteala sian nya dgn keadaan bapak kak..mudahan2 bapak akak akan bertambah sihat yer..amin
salam kak..
ReplyDeleteala sian nya dgn keadaan bapak kak..mudahan2 bapak akak akan bertambah sihat yer..amin
Semoga yang baik baik saja.
ReplyDeletesemoga bapak kak zakie sentiasa sihat ye...
ReplyDeletesemoga atuk okey...dah lama tak jenguk atuk...
ReplyDeleteApa khabar zakie...
ReplyDeletememang sesekali Org tua kita meragam..mula2 janggal..lelama nanti akan faham...
moga Allah beri kita kesabaran dan sifat kasih sayang yg tinggi bersama bapa...amin
moga bapak diberi kesihatan yang baik
ReplyDeletedalam menjaga ibu bapa yg dah berumur begini, anak2 memang sering terasa hati tapi bak kata Mak Zah tu ... takpe kita yg terasa hati tp jgn mereka, banyakkan sabar
semoga bapak kak zakie cepat sembuh ya... myb jugak dia tgh tak sihat... sbb tue dia kata begitu.... tak pelah kak.. kita doakan yg terbaik untuknya.. semoga diberi kesihatan serta senantiase dilindungi serta diberkati Allah.. In shaa Allah.. amin...
ReplyDeleteMaaf... kakak agak sibuk sejak Jumaat petang kakak berkimpul bersama keluarga sekali lagi di rumah kakak yg ke 5 juga majlis resepsi anak. Tapi kali ini anak perempuan mestilah laaagi meriah.
ReplyDeleteAlhamdulillah bapak sudah sihat dan kini kembali semula ke rumah kakak.
Terima kasih atas segala nasihat, renungan, panduan, ingatan dan apa juga komen yang kakak terima daripada: -
abah Khalisa, noesuhaimi, nrina, Bunda aka KN, Marine Monroe @ Nanie, ummuaidan, Nurulhuda, Mia Kassim, Kakcik Nur, CMA @ CikMoonAdnan, redza, Zie, Ummiazah Mz, Eye_nee, Yana_feehily, Qhaifa Nur, Fadilah Aziz, PCL, Hanis Azla, izan mama mia, aizamaia3, Lya Colurs, Fiza Rahman, Amirah, Munnafendy, norhidana miswan, NM03, Ratu hatiku, Lizz@haslizalizz, With Julia, hainom OKje, Rinna, NiniD, Knor, Pokok Manggis DR, Seri Kandi Tanah Jauhar, eira eixora, Unclef, Mrs Eady, Fauziah Mohamad, Ujie, Cho Zila, Maria Menado, Ibu Lala, ummiross, Kesuma Angsana, Puan Kutu, SumeSakan, Are-Linayu, Henrietta Jose, Kamsiah, aizu's life, Daddy Ziyyad, Mas Zull, nik ros, Cheq Kaq, Mayang Abd azak, Anim, fuad ansari, Aziela, Azian Elias, Papa Mifz, Dhiera, Zulaikha Megat, Temuk, Tihara, mama nor lara, aby, PinkCat, Dkna Abza, Syira Qahira, Cik Nurul Siezuka, Ummi Iman, Perdu Cinta, ♥ Cmª shlemª ♥, wanie amarie, azieazah, haryati Faizal, gadisBunga (bapak pun ada tanya lama GB tak dtg rumah), Sal, ibuintan dan Rohau Osman.
Buat semua terima kasih tidak terhingga sebab semua ini membantu utk kakak jadikan panduan. Terima kasih.
org tua....takpelah klu terasa sikit...moga ayah ye diberi kesihatan yg baik agar trus dpt beribadat :)
ReplyDelete@ ayut: Begitulah harapan kami semua ayut..
ReplyDeletesemoga bapak akak sentiasa diberikan kesihatan yg baik yer
ReplyDeletesemoga bapak akak terus diberikan kesihatan yg baik
ReplyDelete