Tuesday, April 30, 2013

Bila batuk menyerang

Botak kepala hubby pun sudah panjang rambutnya tapi batuk aku tidak kebah lagi. (Hainom Okje kalau hendak tahu rambut lelaki botak cepat tumbuh balik tau, inikan pula sudah sebulan.) Tidur malam pun tidak lena dek gangguan batuk. Begitu juga di dalam pejabat sebentar-sebentar mesti akan ada suara batuk aku memecah kesunyian. Macam-macam cara sudah dibuat tapi tidak menunjukkan perubahan. Macam-macam petua diikut tapi tidak juga kebah.

Vitamin C - Redoxon ini aku beli di farmasi ketika di Mekah. Masih banyak berbaki tapi tidak juga lega. Ambil juga vitamin C dari Amway yang kakak aku jual juga tidak tercapai maksud.

Lemon + Madu - Ada petua kata minum ini aku buat juga tapi tidak jalan. Minum air buah semangkuk (buah yg macam buah kana bila rendam kembang) pun tidak baik. Minum madu+kayu manis pun sama juga tidak ada perkembangan.

Akhirnya - Tidak tahan lagi aku pergi ke klinik.  Kalau tidak kena akurlah mungkin telah tiba masanya suara ini berubah. Sebenarnya sebelum ini sudah pergi tetapi ubat yang lain. Ubat batuk yang mula-mula pergi coklat kali ini doktor bagi yang warna merah.

~~ Adik balik champing kena batuk dan selsema. Menghantar adik berjumpa doktor, aku pun mengambil kesempatan berjumpa doktor juga. Nampaknya sehari-dua ini bagaikan sudah berkurang. Mungkin hendak cukupkan sebulan batuk agaknya baru sembuh.~~

79 comments:

  1. ni yang kak zakie bagi tahu aritu? la lama betul ni...
    dah agk dah, akak tak pergi klinik ni... ni try lah berubat dengan ubat klinik pulak ye... semoga kakak zakie cat sembuh daripada batuk ni.. kesian kalau batuk lama.....

    ReplyDelete
  2. jiran saya kata,segala ubat batuk dia dah makan,yg petua org2 tua dah amalkan tp tak baik2 jugak batuknya..
    kalau saya,batuk..makan aiskrim hehe..lega rasa kerongkong..

    ReplyDelete
  3. kakzakie, la..alhamdulillah, batuk saya hampir sebulan dah beransur kurang sampai tak tahu ubat mana yg serasi cuma takleh kena aircon. hi goat pun saya minum. alahan tu kak..cuaca panas, kemudian sejuk, kemudian panas lagi. satu lagi ubat batuk jenis merah tu boleh lena dibuatnya.

    p/s tak pe kak, Allah nak bagi pahala kat kak.

    ReplyDelete
  4. tu la..kalo batuk/selsema dah menyerang..mmg lmbt nak baik..m3h pun xde petua nk di kongsi..cuma m3h kalo batuk..kerap minum air suam..xde minum air lain dah

    ReplyDelete
  5. assalam kakzakie..batuk 3 bulan orang kata.
    anak acik batuk sejak cuti sekolah dulu tak baik2 lagi..lepas tu doktor kta..sekarang tak boleh dah makan ubat batuk hitam bertambah batuk..tukar ubat batuk merah..kurang pulak batuknya..

    ReplyDelete
  6. Salam Kakzakie..

    Memang kadang-kadang ada jenis batuk yang lambat baik kan...Ummi harap ubat kali ni sesuai dengan Kakzakie, moga Allah memberi kesembuhan jua,insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Kadang2 batuk ni susah nak baik, ada sampai 2 bulan batuk dan macam2 ubat dok cuba. Insyaallah kita dah buat pelbagai usaha nanti jumpalah ubat yg serasi.

    ReplyDelete
  8. perubahan cuaca kat sini pun sama. bila berubah cuaca sejuk ke panas/panas ke sejuk mmg ramai yg sakit

    ReplyDelete
  9. cuaca skrg ni mmg semacam jer kan... kat tekak... makan madu tu mmg bgs.. amalkan pagi² x batuk pun amalkan... tu lah ada org kata campurkan lemon sikit.. x pernah lg sy buat...

    ReplyDelete
  10. sy x leh telan ubat batuk klinik...pahit sgt.....lebih rela beli sendiri kat farmasi yg ada perisa.....hehe....

    ReplyDelete
  11. batuk nih kalu tak sesuai ngn ubat nyer mmg tak berenti2 kan... kadang tu sampai tak larat dh nk btk, dana klau batuk teruk tu batuk yg sekali ngn asthma mmg seksa...

    ReplyDelete
  12. Salam, hadiah balik umrah tu kak.. he he, susah la nak mengajar mengaji macam tu.. tak boleh tarik suara.. Insyaallah, alon-alon yo..

    ReplyDelete
  13. Alahai sian akak...lieya ni pun baru baik batuk kak..2 bulan tu x baik2...amik ubat tradisional mcm akak laa mule2nye....madu lah lemon laa kicap laa....pastu kawan2 takutkan lieya ckp ade tibi terus pi klinik hehehehe doktor bagi antibiotik ngan ubat batuk power terus baik kak...aduhhhh.....

    Moga akak cpt sembuh key...

    ReplyDelete
  14. kesiannya.. batuk ni kalau dah kena mmg susah nak buang.. kalau time tido tu mmg tak lena di buatnya.. moga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  15. Moga cpt sembuh kak... Kalau esok x sembuh g klinik lagi ye sbb takut kuman masuk paru2. Adik dah kena dah aritu.

    ReplyDelete
  16. ada pendapat yang nisah baca, layar bawang putih ke atas api, pastu tumbuk kasar, campurkan dengan minyak. then sapukan pada tekak. Nisah tidak pernah cuba, tapi pernah terbaca. Ubat Batuk ni kadang-kadang nisah tak tahan sebab mengantuk, biasanya nisah banyakkan minum air suam yg panas2 sikit.

    apepun,semoga kakak cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  17. as salam kak..
    cuba kak minum minyak habbatussawda plak... in shaa Allah...

    ReplyDelete
  18. sis, kalo nak hilangkan selsema dengan cepat cmna ek?
    rimas dah anna...

    ReplyDelete
  19. lama tu...memang tak selesa kalau batuk berterusan ni kan kak..

    ReplyDelete
  20. mak saya dulu kak berbulan bulan batuknya. makan madu campur limau. alhamdulillah baik.

    moga cepat sembuh ye kak.

    ReplyDelete
  21. semoga batuk akak berkurang cepat ye. amie dulu tak tahan betul kalau batuk tapi amie minum kicap campur limau baru kurang sket kak. ubat semua tak jalan. yg tak laratnya sebab batuk tak dapat tidur lena. asik terjaga aje

    ReplyDelete
  22. Sebulan tuh lamanya kakak batuk tuh..hmmm kadang madu tuh amekms jgk nak mujarab kan..ummu sll kalau batuk takleh tido cepat2 jer gie amek ubat ngan doktor..cepat sketlah surut..inshaallah..

    ReplyDelete
  23. akak batuk ka?aritu ayu batuk jgk mmg dkt 2 mgu tak ilang last2 mak bg ubt bji kcik ja..kna kulum ja..br mkn 2 bji dh ok..alhamdulillah serasi kot kn..

    ReplyDelete
  24. Assalam kak...
    lamanya batuk, selalunya kena makan antibiotik dah tu sbb takut ada jangkitan kuman...
    Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  25. Ckp pasal batuk, sorang anak sedara saya kena tahan seminggu kat wad pontian sbb disyaki TB. Ni dh keluar, tp masih dlm pemantauan.

    ReplyDelete
  26. Sekarang nie mmg musim kan kakak... Semoga cpt sembuh ya.. Amin

    ReplyDelete
  27. semoga cepat sembuh ya kak. aqil pun batuk. sbb sejuk tido malam takmo berselimut. saya letak hirisan bawang besar kat tempat tido dia ngan campuran bawang besar+madu. alhamdulillah da makin reda..tapi kipas pun kurangkan jugak.

    macam2 petua ada. tapi kena tengok yg mana serasi jugak kan..

    ReplyDelete
  28. Salam kz,
    Nmpak gayanya kena sntiasa kulum Hack atau gula2 Vick selalu. Rara lega kerengkong tu. Apepn semoga kak cepat semboh

    ReplyDelete
  29. salam kak zakie, sekarang ni mmg musim demam kan, perubahan cuaca...anak2 Liza pun semua kena, sekarang berjangkit kat umi dia pulak, dah la umi dia ni liat nk g klinik....hihihi

    ReplyDelete
  30. Assalam
    Moga cepat sembuh..ingatlah..ubat hanya alat, yg menyembuhkan Allah..

    ReplyDelete
  31. Nur cukup takut kalau batuk ni Kakzakie, cepat saja suara bertukar jadi rock...alahai

    moga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  32. Kak Zakie, kalau batuk ni lama2memnag tak selesa betul....adakala macam mengganggu solat jugak tapi saya doakan batuk akak cepat sembuh

    ReplyDelete
  33. kak zakie...lamanya batuk....semoga cepat sembuh...mujib pun baru2 dia batuk2...kami balik johor minggu...hihi...selamat mengundi ye...

    ReplyDelete
  34. moga kakzakie dan adik cepat sembuh hendakNYA..

    ReplyDelete
  35. mia pun tengah batuk juga ni kak zakie..

    ReplyDelete
  36. mia pun tengah batuk juga ni kak zakie..

    ReplyDelete
  37. ALhamdulillah batuk Akak dah beransur baik...harap2 lepas ni sembuh sepenuhnya. sy jarang batuk, tapi bila batuk kekadang lama jg br sembuh...

    ReplyDelete
  38. masa zura batuk haitu blogger Daddy ziyyad suh amalkan kan teh lemon suam dan minum air masak byk2.. elok~ menjadik ngan zura..:)

    ReplyDelete
  39. semoga akak cepat sembuh ye... yati klu sakit camtu mkn masa nak baik tu yg tak suke tu...

    ReplyDelete
  40. dah lama akak batuk ye...... semoga cepat sembuh.........
    minum air banyak2 ye kak.....

    ReplyDelete
  41. SEMOGA CPT SEMBUH YE KAK..KNOR PUN SAKIT TIGA SERANGKAI LA NI...APA PUN TAK BOLEH...SATU BDN SAKIT

    ReplyDelete
  42. Smoga batuk akak cepat sembuh. MEmang perit kalo batuk ni. Nak tido malam pon tak boleh.

    ReplyDelete
  43. get well soon kak. buat adik pun sama cepat sembuh ye~

    ReplyDelete
  44. Salam Kak Zakie...
    Lama tu akak batuk...suami akak yg botak balik umrah pun dah tumbuh rambut..:)

    Ada sesak2 nafas ke kak?
    Petua( selain ubat) saya: minu teh o suam perah lemon.

    Kalau takde improvement lepas start antibiotic, better buat blood test( WBC count), KIV for chest xray.

    ReplyDelete
  45. hehe...gitu eh rambut lelaki...
    lelaki come le jugak kepala botak...kalau pompuan? hehe....
    Hari tu Anim pun batuk jugakkan KZ....mungkin boleh ambik petua dia kalau masih belum kebah....

    Biasalah tekak tu KZ, tak rasi ngan klinik kat Mekah hehe, dia nak jugak bagi rezeki klinik kat sini...

    ReplyDelete
  46. sekarang ni musim kan kak batuk selsema ni...saya kalo batuk makan ubat batuk hurix...

    ReplyDelete
  47. mmg musim sakit kan skang ni..moga cpt smbuh yer kak...

    ReplyDelete
  48. mmg musim sakit kan skang ni..moga cpt smbuh yer kak...

    ReplyDelete
  49. saya pun batuk jugak..dah 2 minggu

    ReplyDelete
  50. siannyer akak... kalau KA semua ubat dah tak jalan minum air rendaman taugeh yang dicampur gula batu (petua di blog KA) in shaa allah so far mmg menjadi ! take care ye kak !

    ReplyDelete
  51. batuk memang mcm tu kak, susha nak baik, sama jga mcm selsema..sakit habis urat2 kalau batuk, hope.akak cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  52. salam K.Zakie..
    dah sebulan ke batuknya tu??
    lamanya? klu x reda jgk batuknya elokla berjumpa doc di hospt..

    batuk mmg memeritkan perut..semoga adik & kak zakie cpt sembuh..
    cma pun tak beberapa tahu lain2 petua utk reda kan batuk..

    ReplyDelete
  53. saya penah minum teh honey lemon, sedap sungguh rasa tekak ni..mo ga cepat sembuh k..insha Allah

    ReplyDelete
  54. nory kalau batuk, memang tak pantang, nory minum je air sejuk, ais semua...hehehhe...

    ReplyDelete
  55. kes akk nie mcm zila jgk..aritu batuk x ilang2 naik risau jadinya..segala petua dh diikut..last2 ilang sendiri..agaknye dia dh fadup kot..he hhe

    ReplyDelete
  56. Salam KakZakie..

    kasihannya batuk belum kebah2 lagi ya..

    teringat Kawan Azwa yang baru balik naik Haji beberapa tahun lepas. Lama juga selepas balik dari Mekah batuknya tak pandai nak sembuh.. sampai sakit dada katanya. Last2 doktor bagi sejenis ubat, nama tak ingat dah tapi kaler hitam pekat..barulah batuk dia beransur sembuh.

    Semoga akak pun akan cepat sembuh batuknya dengan izin Allah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  57. Tidur terganggu tu yg tak best tu. Kadang2 sampai sakitt dada bila batuk kan kak. Tapi dah ada ubatnya tu, oklah tu. Insya Allah.

    ReplyDelete
  58. batuk ni dengar mcm biasa jer tapi kalo saya terkena mau sampai tenkencing dlm suar kak..huhuu smoga cepat sembuh yer kak

    ReplyDelete
  59. saya pernah batuk sampai dua tiga bulan baru nak sembuh. memang kadang2 batuk ni melarat. apa pun..ikhtiar jangan putus ye kak.
    bawak bersabar. in shaa allah. saya doakan batuk akak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  60. Kesian kakzakie...kak Zai doakan semoga batuk kakzakie cepat sembuh.

    ReplyDelete
  61. Ramai pula yg mengadu batuk berpanjangan ni. Mungkin cuaca dan udara yg kurang bersih. Sabarlah...teruskan berusaha dgn apa cara sekali pun dan jgn lupa berdoa, insyaalllah...sembuhlah nanti tu.

    ReplyDelete
  62. As-Salam..
    Belum diizin kan tuk sembuh kan kakzakie....berikhtiar selagi daya yer kak..InsyaAllah..masa jd penentu...

    ReplyDelete
  63. batuk..kalau izan tgg baik sendiri jee..jenuh telan ubat mmg tak jalan...err suara dah ok ker kak sbb kalau batuk..soara pun bertukar

    ReplyDelete
  64. salam kak zakie...atie aritu dekat 2 mfggu lbh batuk,mmg seksa rasanya bila batuk ni kak.
    Atie doakn akak & anak cepat sembuh ya.Aamiin


    Betui tu kak zakie..klu sapa yg berminat dgn PEMANGGANG AJAIB..time atie promosi ni..elok cpt2 grab.

    ReplyDelete
  65. salam Kak Zakie - Abg sulung saya yang pergi Umrah awal dari akak, pun masih ada lagi kesan batuk2....huhu..

    ReplyDelete
  66. Kak, lama nak baik batuknya..

    Saya setahun skali ada kena batuk susah nak baik camni..batuk kering.. sakit sangat, bila terbatuk tu, sampai pegang2, tekan2 dada,huhu

    ReplyDelete
  67. semoga cepat sembuh ya kak... in sha Allah.. mudah2an ya.. penyakit penghapus dosa...

    ReplyDelete
  68. Kesian. Lama juga batuknya. Kdg ada juga batuk yg degil. Sebenarnya dah imun dgn apa yg kita ambil. Saya cuba petua kulum bunga cengkih dr blog MJ. Alhamdulillah menjadi. Moga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  69. batuk memang menyiksakan apatah lagi didiringi sakit tekak..semoga cpt sembuh ye kak..

    ReplyDelete
  70. boleh sakit segala tulang belulang kalau batuk terlalu lama..saya jarang kena batuk..pling lama pun seminggu jer..

    ReplyDelete
  71. boleh sakit seluruh bdn kalau batuk tak hilang.. cuba minum air gamat.

    ReplyDelete
  72. salam KZ, bunda pun kalu dapat batuk mmg jarang keklinik..makan bahan2 petua yg ada dulu.. tak sembuh jgk baru gi doktor..

    ReplyDelete
  73. salam bakyu ku
    Di paringi gelis warah yo..walah kok melas temen watok2.
    Selamat hari pekerja bakyu ku

    ReplyDelete
  74. kesianyya kak zakie.memang lama kalau batuk..intan dulu dgn husbnd batuk mmg lama nak sembuh..sampai intan geram sgt, intan makan je aiskrim bagai.

    ReplyDelete
  75. hadoiii kak zakie? dah okay belom batuk tue? madu tu perah limau pown tak jalan jugak....? huhuhu.... jelom ubun2 kepala tu selalu, baca selawat, in-sha-Allah

    ReplyDelete
  76. semoga cepat sembuh ye kak :)
    dan selamat mengundi

    ReplyDelete