Tuesday, April 23, 2013

Majlis berlangsung sama tarikh penamaan calon PRU13

Sebagai menghargai jiran dan juga penyewa rumah yang sangat baik hati, sehari suntuk aku berada di rumahnya sepanjang majlis berlangsung.Tahniah kerana mendapat menantu lelaki pertama dalam keluarga. Puan Sabariah hanya mempunyai satu anak lelaki dan empat anak perempuan. Kali ini majlis perkahwinan anak keduanya Nurulakmar yang bertugas di Sekolah Senai.

Sedia - Tinggal menunggu tetamu yang dijemput.
Hidangan buat tetamu - Caterer yang menyediakan makanan juga kakak dari taman perumahan kami yang mengushakan restoran. Sedap dan sungguh tidak mengecewakan. Ada juga laksa, kuih-muih dan buah-buahan tetapi entah mengapa aku boleh lupa untuk mengambil gambar.
Posing - Atas adalah makanan dari pinggan aku dan bawah teman-teman jiran yang membantu sepanjang majlis berjalan. Duduk berdua itulah ibu-bapa pengantin.

Selamat pengantin baru  - Tahniah buat Akmar dan suami.
Tidak diduga kumpulan kompang yang dijemput memungkiri janji tidak dapat datang tanpa memberikan notis. Bila ditelefon baru memberitahu dia tidak dapat datang. Mahu menggunakan audio sistem pula tiba-tiba boleh rosak, tetapi sebaik pengantin duduk di atas pelamin baru sistem kembali pulih. Ujian buat pengantin.
Selesai - Lebih kurang jam 5 petang tetamu sudah semakin berkurang. Lihatlah kakak-kakak dan teman jiran aku sudah bersedia untuk berkemas. Letih tapi kami puas hati dapat membantu. Jam 5:15 petang kami semua beredar pulang.
Berkat - Inilah bungkusan yang diberikan kepada kami semua. Alhamdulillah rezeki.
~~ Majlis berlangsung pada hari penamaan calon untuk PRU13, jadi siapa saja yang memakai baju berwarna merah, biru, hijau atau yang sama warna dengan bendera yang berkibaran di simpang jalan pasti kena perli seolah-olah menjadi penyokong kuat. Kalau kami yang perempuan senyum saja tetapi para suami bila bergurau masing-masing ketawa mereka besar.~~


81 comments:

  1. Alhamdulillah.. selesai sudah majlis tersebut..
    Moga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

    ReplyDelete
  2. eemmm...pengantin purple heeee..cantik, sedap nampak lauk tu

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak makan lauk pengantin ni KZ.... kadang tu teringin jugak tekak ni nak makankan hehe....

    Alahai siannya ....kalau tak de kompang macam tak meriahkan KZ....rasa meremang bulu roma tu!

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru buat pasangan ♥

    ReplyDelete
  5. menu kenduri kawin paling sy suka.
    selamat pengantin baru buat pasangan.semoga panjang jodoh keakhir hayat.amen.

    ReplyDelete
  6. erk boleh plak orang kompang buat perangai macam tu. kesian keluarga pengantin. apa daa

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nampak masakan2 yg dihidangkan tuh kakak..banyak jenis kan..dah lah tuh dapat tapau lagi..mmg best..:)

    kakak pakai baju ikut parti jgk ker ari tuh...heheh

    ReplyDelete
  8. La nengok lauk pengantin ni dah teringin la pulak..huhu

    ReplyDelete
  9. bestnya ada kejiranan yang meriah macam ni. banyak kali saya bertandang ke blog akak ni, akak cerita kisah jiran akak.. kawasan dah lama tinggal dan jadi meriah, kan?

    kita sama sama meriahkan majlis orang, seronoknya kan? nampak gamabr yang ada pun dah saya tumpang seronok...

    saya tak pasti di selangor ni tak meriah macam johor ke ataau persekitaran rumah saya je macam ni... mulalah rindu johor kalau macam ni..

    ReplyDelete
  10. Selamat penganrin baru buat pasangan mempelai....
    sedap tengo lauk pauk kenduri tu, tiba2 teringin pulak kak..hehe

    ReplyDelete
  11. saya suker dapat berkat. hehehe

    ReplyDelete
  12. Selamat pengantin baru buat akmar n suami. tgk lauk2 kenduri tu terus rasa dah lama tak pegi kenduri kawen kak zakie.

    ReplyDelete
  13. Seronok kan kenduri macam ni..berkumpul jiran2, kawan, sedara..

    Sekarang ni dah jarang orang buat kenduri kat rumah (kat tempat makchaq la). Last beberapa tahun lepas.. seronok...

    ReplyDelete
  14. tahniah buat pasangan pengantin baru...

    ReplyDelete
  15. tahniah kpd pasangan pengantin.. dah lama rasanya tak menghadiri kenduri kahwin... ;)

    ReplyDelete
  16. HIDUP BJIRAN MESTI LA SAMA2 membantukan...

    ujian buat pgntin..mesti ada sedikit perasaan kecewa kan bila apa y dirancang x mnjadi.. tp mujurla last minute audio system tu ok

    ReplyDelete
  17. thniah pengantin baru...

    ReplyDelete
  18. Mujur berlangsung masa penamaan calon kak..ada kawan sepejabat azwa tu hari langsungnya pada hari mengundi..terpaksalah dia ubah tarikh diawalkan seminggu..hehehemujur buat kat kampung..kalau dewan yg ditempah kan ker haru..

    apapun selamat pengantin baru pada pengantin..lauk nampak sungguh menyelerakan..

    ReplyDelete
  19. Seronok bila dpt bergotong royong ramai2 macam tu. Lauk2 nampak sedap je kak.

    ReplyDelete
  20. syukur.. seronok kejiranan di situ yerk masih mengamalkan gotong royong walaupun ada kateringkan..
    ala tak nampak muka kak zakie... sepupu suami kawen nanti masa hari mengundi...

    ReplyDelete
  21. hehee kak Zakie, teringat saya pd 5thn yg lepas.. saya kawen seminggu sblm pilihanraya..calon2 siap dtg umah..heee

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..semua nya berjalan lancar ye Kak walau pun tiada kompang..semangat kejiranan masih kuat..syukur kerja2 kenduri msh dilakukan bersama..:)

    ReplyDelete
  23. Seronoknya...... Dah lama tak makan nasi kenduri..

    ReplyDelete
  24. Kumpulan kompang gi berkompang kat hari penamaan calon kot kak ☺☺. Alhamdulillah...majlis berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  25. Meriahnya....bertuah dpt tuan rmah cam akk....berkat? Suka sgt...kt sni xde dh org amalkan kasi berkat nie....

    ReplyDelete
  26. Salam K.Zakie..

    hihi.. cma suka g kenduri kawin & rewang.. nk menyibukkkk je..tak tau pesaipa.. :P
    nmpk sedap menu2 tu..hiasan pun cantik2..
    tahniah buat pasangan pengantin... mabruk!

    tahniah juga buat akak jiran2 yg mmbantu...

    ReplyDelete
  27. begitulah semangat kejiranan dan tolong menolong bila kenduri..seronok..masa nilah boleh berbual,bergurau..sedang dihari lain masing2 sibuk dgn urusan sendiri

    ReplyDelete
  28. tgk lauk pengantin lapar terus.. dh lm x g knduri kwen hihi

    ReplyDelete
  29. Hehehe~ cantiknya baju pengantin perempuan tuh!!!

    ReplyDelete
  30. Ya Allah cantik betul kedua2 mempelai...
    Makanan tgk pun menyelerakan...
    Bgus lah leh eratkan silaturrahim :D

    ReplyDelete
  31. betul la tu kak..dah sambil2 menyokong tu boleh la singgah kenduri pulak..huhu

    ReplyDelete
  32. akk lauk semua sedap2 tue..:) pgantin pun comel jew..dah lama x dapat bunga telur..h ehhee

    ReplyDelete
  33. nasib baik masih masa penamaan calon kak.. tapi adik saya masa mengundi pulak... aduhai.. harap ramailah tetamu yang datang.

    ReplyDelete
  34. smpainya hati kumpulan kompang tu mungkir janji...kalau retis yg kawen dh lama kena saman ni..

    ReplyDelete
  35. Geram jugak dgn org kompang tu kan..buat kecewa org je. Tak baik betul.

    ReplyDelete
  36. selamat pengantin baru...
    lain benar rasanya tiada pukulan kompang..sunyi kejap..

    ReplyDelete
  37. Sedapnya tgk lauk pauk tu kakzakie...Alhamdulillah..jiran sepakat membawa berkat kan kak....

    ReplyDelete
  38. mesti rasa puas hati dapat bantu jiran tetangga

    ReplyDelete
  39. semoga berbahagia... kt kampung yati tanjong karang, masih amalkan bagi berkat ni jugak kat tetamu...

    ReplyDelete
  40. lauk2 tu mmg nmpk sedap..kalau sy, maunya tambah nasi...hehe...

    sy kawin dulu pun xde kompang gak...:)

    ReplyDelete
  41. salam Kz ..
    sekurang2 nya pasangan ni boleh bercerita kt anak cucu dia nanti yg hari perkahwinan nya bersamaan penamaan calon PRU 13

    ReplyDelete
  42. meriah laukk... tahniah pada pasangan mempelai.. semoga berkekalan hendaknya..

    ReplyDelete
  43. selamat penganti baru buat mereka~

    sedapnye lauk kenduri~ lama x makan kenduri nih~

    ReplyDelete
  44. selamat pengantin baru...buat mempelai...
    rindu nak makan nasi kenduri...

    ReplyDelete
  45. moga bahagia keduanya hingga akhir hayat.

    aminnn

    tarikh tu ayu tak cukup tgn.. ramai sgt planggan.. hehehhe

    ReplyDelete
  46. Salam Kakzakie, nampak meriah sungguh, tentu seronok walaupun penat.

    ReplyDelete
  47. nasib baik sama ngan penamaan...kalau sama dengan tarikh undi...kene tukar tarikh..hehe

    ReplyDelete
  48. assalam kakzakie..masa dok tanjung karang..acik memang ternanti2ka berkat ni he he.rasa sedap pulak bila makan tu

    ReplyDelete
  49. mesti ada bungkus bawa balikkan..murah rezeki..adat org jawa ye..berkat

    ReplyDelete
  50. wahhh wak tengok oghang kawen pon sonok jugakk..,ahhHKs

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum kak,

    bila majlis beginilah dapat kita bertemu
    dan bermesra jiran2kan...

    kalau tidak nampak rumah dan kereta saja...hehe

    ReplyDelete
  52. as salam mama zakie..sihat?
    amboiii...makanan nampak sedap...
    bonjrott byknyaa....hihihi

    ReplyDelete
  53. Selamat pengantin baru.

    Nampak lauk pauknya sedap2.

    ReplyDelete
  54. comel pengantin ..
    baju cantik !
    purple nie memang menarik ..

    meriah .. dlm sebuk2 penamaan calon kan .. diri kan masjid lagi bagus ekeke ;)

    ReplyDelete
  55. dulu kat kg saya jugak masalah kompang ni.. iyalah berebut² sana nak sanding pakai kompang sini.. nak pakai.. tp skrg dah ada 2 pilihan kumpulan kompang senang.. kalau x cukup jgk pakai kaset hihihihihihi

    ReplyDelete
  56. seronok kalau dapt sama2 membantu & memeriahkan majlsi kenduri kendara ni kan kak~

    ReplyDelete
  57. bila tengok lauk pauk dan bunga telur tu tiba-tiba terasa...lamanya tak makan kenduri..lauk pengantin...adess...undangan hari sabtu ni tak dapat pulak nak pi.

    ReplyDelete
  58. kalo duk berjiran macam ni le adatnye kan..kene saling membntu..

    ReplyDelete
  59. Alhamdullillah majlis berjalan lancar walaupun diduga masalah kecil..gitu..

    Cantik kedua mempelai.. :)

    ReplyDelete
  60. kenduri kendara kat johor ni mmg meriahkan kak zakie. bontrot tu yg paling masyukkkk

    ReplyDelete
  61. baju warna apa agaknya yg kakzakie pakai dimajlis tu..huhuhu....

    p/s bagus tuanrumah buat kenduri bukan waktu cuti sekolah..sure ramai yg datang sebab tak bersaing hari

    ReplyDelete
  62. Akak pakai baju kaler apa yer..ehemm ehemmm..

    lauk kenduri tu mengancam betul lah kak..terliur saya..

    ReplyDelete
  63. alhamdulillah. tahniah buat mereka berdua.hehehe

    ReplyDelete
  64. Alhamdulillah dantahniah buat pengantin baru..

    ReplyDelete
  65. selamat pengantin barutk akmar dan suami..

    kesian jg pengantin..servis kurang memuaskan dr kumpulan kompang itu..

    ReplyDelete
  66. selamat pengantin barutk akmar dan suami..

    kesian jg pengantin..servis kurang memuaskan dr kumpulan kompang itu..

    ReplyDelete
  67. Best nya dapat tolong majlis nikah kahwin ni, saya dah lama jugak tak menolong, even masa kat Malaysia dulu pun selalunya jadi tetamu jer hihi.

    Selamat pengantin baru to pengantin, nasib baik dapat jugak audio nyer, kalau tak ramai2 la kena kompang mulut hehe.

    ReplyDelete
  68. selamat pengantin baru untuk pasangan....

    ReplyDelete
  69. Bertambah meriah taman kakak duduk kira belum ramai yg membuat majlis menikahkan anak. Kebanyakan anak masih sekolah dan kecik lagi. Sebab itulah bila ada satu-dua ini memang ramai yg membantu.

    Terima kasih kakak ucapkan pada semua yg memberikan komen:-

    aizamia3, KY, hainom OKje, NinaAz, Mummyharraz, Lya Colours, ummuaidan, Nurulhuda Abd Latip, Aisy nasiha (tengok tempat jugalah Aisy agaknya), Mia Kassim, NM03, Izan Ishak, Makchaq, Cik Puan Fadli, Queen Teratal, intanfirdauz247, Lyafrina, Mokcik Azwa, Rapunzeel Cikilolo, JunAina, Cho Zila, Muja, Atie Yusof, Aziela, Fiza Rahman, Henrietta Jose, ♥ Cmª shIemª ♥, Mrs Velentine, Kamsiah, Bert, NoorVictory, With Julia, amirah, zila norazila, redza, Ratu Kebaya, Ujie, Munnafendy (betul Munn, ramai yg kata begintu juga), Qhaifa Nur, Eye_nee, Noesuhaimi, Haryati Faizal, aanie, aby, Rai Ourkizuna, Nafiraa usop, Lizz@Haslizalizz, rinduan citarasa, ummiross, Zuraidah Butanag, Acik Erna, Knor, Wak Gelas, Ati masrif, azian (rindu dgn MU3), Zaitun, ieda immi, Masya, Kesuma Angsana, Murni Alfathunnisa, Riedaffya ibrahim, Rinna, Cinta Misteri, Anim (tapi bersaing dgn pencalonan PRU pulak), elly nadyra, Zulaikha Megat, Arelan, Myra Jay, Mama Rey, Nastyna dan MyStoryPic.

    Buat semua terima kasih sekali lagi:)

    ReplyDelete
  70. Tahniah selamat pengantin baru yer..

    ReplyDelete
  71. selamat pengantin baru buat mempelai... owhh kenduri ni la ina blogger intan berlian dtg ?? best la dpt jumpa.. ;)

    ReplyDelete
  72. wah.. meriah juga majlisnya... mg pengantin aman makmur hingga akhir usia

    ReplyDelete
  73. lamanya tak ada gotong-royong majlis kahwin. Rindu suasana macam tu

    ReplyDelete
  74. Terima kasih juga:-

    Xiiinam@ckLah (dia guna telur masin pulaklah cikgu), Zie, Deqla manjew (bukanlah Deala ini di JB itu di Perak), izan mama mia dan sudipVSsenduk.

    Terima kasih sekali lagi:)

    ReplyDelete
  75. Wah skrg kurg dh nak mcm ni.. Semua modern dh... :(

    ReplyDelete
  76. Moga jodoh pengantin kekal hingga ke jannah

    ReplyDelete