Monday, June 24, 2013

Halaman comelku yang patriotik

Walau keadaan jerebu masih tidak ada perubahan tapi pokok-pokok aku terus juga kena jaga. Kasihan daun-daun bagai ditutupi debu-debu putih. Setiap pagi sebelum pergi kerja aku mandikan semuanya. Balik kerja sekali lagi aku siram bagi membersihkan debu-debu yang melekat. Kasih yang dicurah nampaknya telah dibalas. 

Merah - Hebat tidak mahu kalah kerana ini bunga kebangsaan negara. Istimewanya ia kerana pokok ini mempunyai bunga yang lebih besar saiznya  tidak seperti yang biasa.

Peach berlapis - Berbunga juga kau akhirnya setelah sekian lama menanti.

Oren dan merah - Walau setiap pokok baru mula menunjukkan kemampuan tetapi sudah mampu membuat aku tersenyum. Kelihatan ada kuntum-kuntum yang akan menyusul untuk berkembang tidak lama lagi.

Pink - Tidak kurang mahu menunjukkan kebolehannya menghasilkan bunga. Baru sekuntum yang mekar. Tapi yang pasti ada kuntum-kuntum menunggu giliran untuk berkembang juga.

Setia - Inilah salah satu pokok yang sentiasa setia berbunga. Tidak pernah culas walau bunganya tidak semegah dengan rakan seangkatan yang berlapis-lapis dan besar kelopaknya.
Si putih - Sekarang kian rancak kuntum-kuntumannya menanti untuk kembang, Suka aku melihatnya.

Bukan kuntum - Bunga raya ini jenis bunga raya malu-malu tetapi tidak pernah berhenti dari berbunga. Memang beginilah bunganya tidak kembang.
~~ Sedang menyemai satu lagi jenis bunga raya yang besar bunganya sama saiz piring kuih berlapis kelopaknya berwarna merah dan ditepinya berwarna kuning. Harap bolehlah ia subur dan menjadi seperti yang lain-lain.~~


91 comments:

  1. cantiknya berbagai spesis bunga raya...yg bestnya bunga ni amat senang dijaga,kan...tak cerewet..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah cantiknya kak,dh lama tak tgok bunga raya pelbagai warna macam ni.jgn kaata pelbagai warna yg warna merah ni pun dh ssh nak jumpa in real..dulu2 kt kmpg byk..skang dh macam pupus..takde dah org tanam

    ReplyDelete
  3. wahhh cantik2nya bunga di halaman akak, segar mata melihat gambar bunga2 pagi ni biarpun di luar jerebu semakin teruk

    ReplyDelete
  4. Mmg patriotik...heheh..pelbagai warna lagi tuh..mesti berseri2 kan laman kakak ngan bunga raya yg mcm2 warna ngan btk nie...suka tengok yg kaler pink tuh..ceria warnanya...bunga raya senang nak jaga kan..

    ReplyDelete
  5. patriotik sungguh kak...!
    ada try tanam hri tu....tp mati sudahnya....skrng ada bby x de masa nak tgk2 pokok...bnyk yg matinya....huhuhu

    ReplyDelete
  6. Ya Allah hebat taman dia...
    mama memang agak kalah dengan bunga2,tak pernah lagi tanam bunga raya.
    Ni nak ke pasar nak ke nurseri!

    ReplyDelete
  7. mak saya pon minat tanam bunga ni. tapi sayangnya lately orang yang bela kambing lembu ni main lepas je binatang dia, habis di makannya bunga2 mak. nasib baik orkid kita gantung, kalau tak, dengan orkid2 jadi menu diorang kak. huhu

    ReplyDelete
  8. cantiknye kak..bunga raya tu..rajin akk ek..

    ReplyDelete
  9. susah nak jumpa bunga raya putih skrg kan, kira betuah akak ada tanam pokok ni...

    ReplyDelete
  10. suka tengok orang tanam tapi kalau ai yang tanam.. hehehe.. tinggal rangka jelah pokok bunga tu..

    ReplyDelete
  11. Byknye akk...semuanya chantek chantek belaka....

    ReplyDelete
  12. byknya akk.,kt kg ader juga bunga raya nih, tapi kan tak terjaga pon..hehee

    ReplyDelete
  13. berseri-serilah halaman rumah kakak

    ReplyDelete
  14. Tapi kak, JB rasanya skg dah ok sket kan?

    Cantiklah bunga raya tu. Suka tgk...

    ReplyDelete
  15. Cantiknya semua bunga raya kakak...memang sejuk tangan ni...semua sedang galak berbunga . Bunga raya putih tu saya selalu gunakan untuk "jelum" kepala kalau demam...:)

    ReplyDelete
  16. cantiknya bunga raya..pelbagai warna.

    ReplyDelete
  17. banyaknya bunga raya...seronok tengok

    ReplyDelete
  18. wahh...canteknya kak...suka tauu saya dgn bunga raya nie...

    ReplyDelete
  19. Kak...sy mcm dah lama rasanya tak tgk bunga raya depan mata..hehe..
    dulu msa kecik2 ada jg tanam depan rumah..:)

    ReplyDelete
  20. wahhhh kagumnyer saya.... warna-warni c bunga raya...

    ReplyDelete
  21. semuanya cantik Kak....kat tempat Yan tak boleh tanam pokok bunga raya nie...habis mati kepanasan akibat bena yg putih tu....

    ReplyDelete
  22. Cantik2 nyer Kakzakie..ada pelbagai spesis bunga raya rupanya...berkelopak bagai...

    ReplyDelete
  23. cantik2 nya bunga raya ni kak...subhanallah...besor2 pulak tu ye

    ReplyDelete
  24. dulu mak saya memang bela pokok Bunga rayani.. macam2 bentuk bunga raya... kaler pun macam2.. dah jadi taman bunga raya gitu... tapi tuler sekarangni dah kurang ler sikit...

    ReplyDelete
  25. dana kalu balik kg mmg tercari2 org yg tnm pokok bunga raya nih, sbb kt umah pun pokoknyer dh pupus... syg betul, skrg nih dh ada banyak jenis terutama yg besar2

    ReplyDelete
  26. Wahh...boleh booking kebun kanda ni kalau nak buat dokumentari pasal bunga kebangsaan hehe
    Macam macam jenis dan warna rupanya yeh Kanda....

    ReplyDelete
  27. bunga patriotik. :)
    pandai akak tanam :)

    ReplyDelete
  28. salam kak..wah..rajin betul akak..dah jarang jumpa bunga raya nie ditanam kan...suka putih tu.cantik...

    ReplyDelete
  29. sejuk je tengok bunga2 di laman akak ni..semuanya cantik, ada 1 jenis bunga raya yang jarang nak jumpa. kelopak die banyak dan berlubang. saiz kecik sikit dari yang biasa

    ReplyDelete
  30. banyak jenis juga yang Kakzakie tanam...bangga kerna ia bunga kebangsaan kita..

    ReplyDelete
  31. salam kak cantik-zcantik semua bunga raya..akak memang tangan sejuk..kemain subur lagi pokok bunga tu...saya pernah juga tanam bunga raya warna pink tu beli kat cameron seminggu jer hidup...

    akak adik kesekolah ker tak?

    ReplyDelete
  32. Ya Allah, cantiknya kak!subhanallah!suka tengok bunga yang mekar dan pelbagai warna.
    sy dah follow blog akak ni hehe

    ReplyDelete
  33. indahnya taman akak...colourfull

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum kakzakie...wah !! cantik2 la color nyer menarik sungguh...;)

    ReplyDelete
  35. paling suka tengok bunga raya klasik merah tu..

    ReplyDelete
  36. salam bakyu ku.
    Kabare.?
    Lawatan sejap ja

    ReplyDelete
  37. Peminat bunga raya...bagus! Pokoknya senang di jaga tapi kadangkala pemalas nak berbunga.

    ReplyDelete
  38. rajin aka bercucuk tanam yer...samalah macam mak dan mak mertua saya...hehe

    ReplyDelete
  39. Cantiknya kak...dah lama tak nampak bunga raya pelbagai jenis macam ni... :D

    ReplyDelete
  40. Subhanallah, cantiknya bunga-bunga tu Kakzakie, pelbagai warna, setiap kali tengok pasti menjadi terapi minda.

    ReplyDelete
  41. assalam..salam kenal..cantik2 semuanya...

    ReplyDelete
  42. wah byk jenis bunga raya yang ditanam yer kak!. cantik2 pulak tu !

    ReplyDelete
  43. semua bunga2 akak nampak cantik..kalo kite berjiran kak, sy da mintak kerat da..nak tanam kat rumah..pandai akak jaga

    ReplyDelete
  44. rumah ieja x de pkk bunga raya ni kecuali kat kg..mcm2 warna ada..tp sejak peninggalan arwah mak pkk bunga sume dah semakin x terjaga..ieja suka yg berlapis2 kelopaknya..nmpak lebih menarik...rajinnya akk kan..sempat lg berkebun

    ReplyDelete
  45. sukanya tengok bunga2 ni kak...cantik sgt2...kalau umah akak kat sebelah umah sy, memang sy dh dtg jenguk dah...siap gi hari-hari lagi...hehe...

    ReplyDelete
  46. macam2 jenis wrna ada.
    mmg semangat patriotik la kakak :)

    jaga kesihatan ye kakak .kt jb teruk tak jerebu?

    ReplyDelete
  47. wahhh..besh nyer..byk sugguh bunga raya..umh aiza ade 1 jerk..tp berkenan jiran nye pokok bunga raya..kelopak nye mcm berlapis..hehehehe..

    ReplyDelete
  48. wah memang patriotik akak ye...

    ReplyDelete
  49. waahhh..macam2 jenis bunga raya kak zakie tanam..
    rajin la..bagus2..

    sy mmg jenis takleh tanam pokok..asal tanam je mesti mati..mak kata tangan panas..tapi saya memang teringin sgt nak menanam..huhu..

    ReplyDelete
  50. Bunga pun tahu membalas jasa tuannya yg menjaganya sebaik mungkin kan kak zakie..:)

    ReplyDelete
  51. Memang patriotik, berbaloi kan bila tengok bunga2 kembang mekar di taman cececeh. Kak, kat sini ada jual bunga raya ni, kecik2 ada bunga cantik, mahal pun mahal. Saya terlintas nak beli tapi risau takut tak tahan lama sebab bunga ni tak nak dalam rumah kan. Tapi semangat patriotik berkobar kot setiap kali nampak bunga raya ni.

    ReplyDelete
  52. Salam Kakzakie..teringat kat kampung pulak bila tengok bunga raya ni..kat halaman rumah mama memang banyaklah bunga raya..kalau kat sini pulak rasanya payah nak jumpa bunga raya kat bandar besar ni..

    ReplyDelete
  53. Peminat bunga raya ya? Mcm2 warna akak ada..cantik!

    ReplyDelete
  54. tu dia..penuh dgn bunga raya

    ReplyDelete
  55. bunga raya bunga kebangsaan kita...hihi.. cantik2.. dulu masa dok sentul, sng nk tgk bunga raya ...tp skng ssh nk cari.. hrp tgk kat blog akak ni je la...huhu

    ReplyDelete
  56. segar jer bunga tu kak..pandai akak menjaganya

    ReplyDelete
  57. Memang sungguh patriotic kakzakie ni... suka yg warna peach tu ;)

    ReplyDelete
  58. oh hooo... duk kl ni, saya rasa dah bertahun xnampak bunga raya... huhu sedih rasa..mcm dah x kenal bunga raya plak saya ni.. ngeeee

    ReplyDelete
  59. Wah rajinnya kakak tanam pokok.. hidup subur pulak.. teringat masa kecil tanam pokok bunga raya menjadi.. hehehe seronok pulak..

    ReplyDelete
  60. baka pokok dari mana tu kak, CH ke? cantik2 lah..

    ReplyDelete
  61. Rajinnya Kak Zakie.. macam2 warna ada.. Tentu berseri-seri halaman rumah akak bila semua bunga ni berkembang mekar..

    ReplyDelete
  62. akak yang tanam sendiri ke ni..rajin lah akak

    ReplyDelete
  63. Cantik nya kak...banyak sungguh bunga raya ye...suka pulak sy tgk..umah sy pulak je banyak bunga frangipani.

    ReplyDelete
  64. bunga raya warna pitch memang cantik...

    ReplyDelete
  65. Cantiknya...berlapis2...kalau kak Zai dengan bunga orkid, kakzakie pula dengan bunga raya...

    ReplyDelete
  66. Assalam KAKZAKIE
    Yang ada bunga raya banyak saja yang boleh beraya setiap tahun, hihihi. Subur-subur dan cantik-cantiknya pelbagai spesis bunga raya tu. Memang amat bagus jika kakzakie berhasrat menambah koleksi dengan jenis-jenis lain. Yang tak kembang itu arwah ibu Pak Temuk panggil bunga "kanthil" sebab bunganya "terkanthil-kanthil" atau tergayut-gayut.

    ReplyDelete
  67. Assalammualaikum kak..sihat..cantik bunga raya akak..macam mama saya..dan ibu mertua saya..fanatik bunga raya..pelbagai warna bentuk..begitu juga sebalinya punya kisah tersendiri.. :)

    ReplyDelete
  68. Meriahnya raya ;) cantik. Suka tgk. Skrg susah juga nak jumpa bunga raya berbanding dulu zaman kecil.

    ReplyDelete
  69. sukanya aiza tengok pelbagai jenis bunga raya tu.. semuanya cantik-cantik belaka.. kasihan jika terdedah dengan jerebu..

    ReplyDelete
  70. cantiknya..macam2 jenis ada...
    Suka tengok...

    ReplyDelete
  71. dulu saya suka bunga raya.. sebab bunga neh glemer..
    hehe.. tapi lepas kawan2 cerita mitos tentang bunga raya neh adalah jadian hantu raya.. terus saya takut kalo lalu tepi bunga raya.. sbb saya ingat hantu raya tgh tido dlm bunga tuh..

    ok ngade2 penakut sangat kan.. hehehe :p

    ReplyDelete
  72. Salam K.Zakie..
    Banyaknya koleksi bunga raya..
    teruja cma tgk, ade bermcm2 jenis & kaler..
    klu dah tgk pic akak post ni pun dah buat cma rasa teruja..apetah lagi puan empunya yg membajanya..

    seronok tgk kuntum2 mekar kelopaknya..
    *tiba2rasa mcm terbau bunga raya*

    hihi.. :)

    ReplyDelete
  73. ala...akak, cantik lah yg warna pink tu, KY pun suka menanam, tapi bab penjagaan serah kat suami heeee

    ReplyDelete
  74. Sebenarnya kalau ikutkan kakak suka pada bunga orkid tetapi tangan kakak kurang serasi menanam bunga orkid (susah berbunga). Itulah sebabnya kakak menukar arah menanam bunga raya demi mahu melihat taman secoet kakak ada bunga.

    Terima kasih kepada semua yg memberikan komen:-

    ❤Kamsiah❤, Puan Kutu, Aju Mohit, ummuaidan (betul ummu tanam pun mudah bila dah bertunas), Asyifa Mustaffa, duniafana, Juhariah Johari, Fazleyatul Aini (tangkap kambing tu sembelih aje Lya hihi...), fairus mohamad noor, Masya, aizamia3, HeNRieTTa JoSe, Deq's Qienz, :: Mrs.Eady ::, redza, faraherda.razalan, azi, Shaiful Zaidi, Kniedaz, Cik Puan Fadli, aTieYusof Family, lia, yan's cottage, Eye_nee, amirah, are_lin@yu, Cho Zila, norhidana miswan, hainom OKje, syuk shusuke, ahmad humairi, Siti Rohaida Yusof, BungaTulip, Fiza Rahman, Qhaifa Nur, (Lizz) http://haslizalizz.com (mula tanam tak boleh kena panas Lizz, bila dah besar dah ok. Adik sekolah Lizz), Tuan Juhaida, Knor, Mas Zull, Sue Bee, TiranaAduka, Bin Muhammad (betul tu BM), Papa Mifz, Mia Kassim, ummiross (kakak mememng suka pokok bunga ummi), paridah, Kesuma Angsana, Riedaffya ibrahim, ieja amieja, izzah, QasehnyaRania, Aiza Hamdan (jerebu kian menipis nampaknya sekarang Aiza), Angah, mama_ka0ri, Daddy Ziyyad, Nastyna (bunga raya memang tak tahan lama Nas), MOKCIK AZWA, Ujie, fieda, Deqla Manjew, Ema Johari, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), C.M.A @ CikMoonAdnan (kata bunga kebangsaan tapi bandar pun tak nak tanam ye), Sayangku Zie, PakcikLie PCL (kakak tak boleh komen kotak baru PCLlah), Nur-nba, MaMa Rey, Azian Elias (frangipani tu macamana Yan?), Rapunzeel Cikilolo, Zaitun, Temuk (oh ye ke Pak Temuk kanthil hihi... macam gelihati pulak namanya), PeRdU cINta, Ummi Iman, Mizz Aiza, MulutPayau, *SiRibenMerah (tak pernah pulak kakak dengar Iyra)dan ♥ Cmª shIemª ♥ (bunga raya tak ada baulah sayang. Tak macam bunga ros wangi).

    Buat semua sekali lagi terima kasih dari kakak ye:)

    ReplyDelete
  75. Meriahnyer halaman rumah kak zakie

    ReplyDelete
  76. BANYAK KAK TANAM BUNGA RAYA..PATRIOTIK BETUL NIH...

    ReplyDelete
  77. Sgt cantikkkk....x sangka akak pandai menanam....cayalah kak zakie...nk tips penanaman yg subur...mana tahu umi Qi tergerak hati nk menanam mcm kak zakie :) my mentor

    ReplyDelete
  78. Tetap segar berkembang, walau alam bersuram tp bunga tetap 'tersenyum' :)

    ReplyDelete
  79. wahhh cantekkkknyaaa... segar segar semuanya

    ReplyDelete
  80. Terima kasih juga:-

    mila@rimbun, Sara, With Julia (bunga raya senang hidup Ju, potong batang dia cacak dan siram selalu itu aje), Myra Jay dan adzairdawati makdara.

    Sekali lagi terima kasih:)

    ReplyDelete
  81. akkkkkk suka la tgk buga ry akak tu....

    ReplyDelete
  82. Cantiknya... pandai akak jaga pokok...

    ReplyDelete
  83. wah bunga kebangsaan kita, sangat patriotik

    ReplyDelete
  84. subur2 bunga raya nya..

    salam.. teman datang curi2 masa kunjungbalas tuan tanah disini.. thanx sudi singgah n baca entri teman yea.. jangan lupa singgah selalu yea.. heee.. salam meriah..

    ReplyDelete
  85. kat rumah mak eliss tanam bunga raya yang warna peach tu jugak dan satu lagi, yang jenis macam dikoyak2 gitu kelopaknya.

    ReplyDelete
  86. ingatkan letak bendera malaysia kat halaman tadi...hehe. BUnga raya bunga kebangsaan:)

    ReplyDelete