Friday, June 7, 2013

Malam Jumaat yang indah

Kenduri yaasin, tahlil dan doa selamat di rumah Mak Aji sebelah taman perumahan kami. Oleh kerana masih cuti sekolah tidak ramai yang hadir. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti dengan anak-anak. Namun malam Jumaat ini kami muslimah yang hadir tidak kurang dari 50 orang sudah cukup membahagiakan tuan rumah. Bersama-sama membasahkan bibir dan hati dengan ayat-ayat suci. Memohon semoga pahala dapat diinfakkan kepada yang telah pergi menemui Ilahi. Tidak kurang berdoa moga kami semua dapat dipertemukan Ramadhan yang kian hampir.

Muslimah - Sementara menanti yang belum tiba kami bersembang sebab jarang bertemu. Masing-masing bekerja dan tidak kurang walau tidak bekerja sibuk mengurus rumahtangga.
Selesai tahlil - Bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan.
Hidangan - Bila tidak habis tuan rumah biasa telah menyediakan plastik untuk dibawa pulang kepada jemaah yang mahu membawa pulang untuk anak-anak. Aku pula sebab ketika ini anak-anak di rumah atoknya tidaklah membungkus sama.
~~ Sana-sini kenduri tahlil sebab ramadhan yang kian hampir. Mohon juga moga kita semua diberi peluang dapat beribadah dibulan Ramadhan tahun ini.~~


76 comments:

  1. Salam Jumaat kak....bestnya duduk kat kawasan kejiranan akak ni yek...sama2 beribadah sama2 mendapat pahalanya....:D

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat kak..

    Lama sungguh tak hadiri majlis baca yassin cam kat johor. Kat perumahan sy tinggal takde, buat kat masjid saja.

    P/ s wah..pengantin baru, duduk berdua ajalah ngan cik abang di rumah. Anak2 takde...

    ReplyDelete
  3. lorong umah zila lum buat lagi..selalu nak dkt puasa ada la..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak...wahh...sesi mkn²...sodap!!!!...ramadhan dah hampir tiba...x sedaq pon masa tlalu pantas berlalu...x sabaq nak tunggu ramadhan...

    ReplyDelete
  5. Gulai nangka ke tu? Sedapnyaaa... :)

    ReplyDelete
  6. malam ni jiran depan rumah buat tahlil, malam esok sebelah rumahnya pulak buat bacaan yassin..
    kalau takde apa2 aral minggu depan turn kami pulak.. ;)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Semoga diperbanyakkan lagi aktiviti macam ni

    ReplyDelete
  8. nak ramadhan biasanya mcm tu.. ramai yg hadir ni pun dah bersyukur..

    bungkus² tak habis biasalah tu hhihihi

    ReplyDelete
  9. nak jadi jiran kakzakie la..heheh.. Akak saya nak tanya ni, kat jb kedai cake mana yang sedap..or ada kenal sesiapa amibil tempahan cake. Minggu depan nak balik jb. nak buat doa selamat umah FIL. saya jemput Kakzakie sekali...dekat je dengan kip mart.. :)

    ReplyDelete
  10. semoga kita semua diberi peluang utk sambut ramadhan. amin

    ReplyDelete
  11. sy suka majlis gini sbb dapat update kesihatan, cerita2 lain dgn jiran tetangga

    ReplyDelete
  12. Hajat hati utk mengadakan kenduri kesyukuran sempena "kehadiran dia" tak sempat diadakan..Mungkin lepas ni boleh diadakan tahlil pula..Insyaallah

    ReplyDelete
  13. Rindunya suasani kenduri tahlil begini..kat sini kalau ade pun lain benar,takder bacaan quran..
    baiknyer kan tuan rumah siap sedia plastik utk tapau lagi tu..tahlah membzir nanti..

    ReplyDelete
  14. Biasanya setiap tahun menjelang Ramadhan tok (nenek) kat kampung akan mengadakan tahlil juga kenduri menyambut Ramadhan. Tahun ini tidak tahu siapa bakal meneruskan tradisi kerana tok telah kembali kerahmatullah bulan April lalu.

    ReplyDelete
  15. amboiiii...mewahnyaaa makanannnnnnn.....semua nampak sedap2.....

    ReplyDelete
  16. Makchaq pun jarang keluaq rumah lepas balik kerja, bila masa kenduri baru dapat sembang2 dengan jiran2..
    Semoga kita semua dapat menyambut Ramadhan yang akan datang tak lama lagi..

    ReplyDelete
  17. org jawa kata berkat...bungkus tu berkat..ye kak

    ReplyDelete
  18. bestnye tmn perumahan akak... siap ada yg tahlilnyer perempuan sume ek, time mlm lak tu... kalu kt kg mmg ada yasinan tahlil utk lelaki n perempuan, laki mlm jumaat, perempuan jumaat siang

    ReplyDelete
  19. seronok tengok keakraban orang di sana.. yalah ramadhan hamper sampai...

    ReplyDelete
  20. meriah alhamdulillah kan masih ada lg suasana mcm ni kan..

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah.. antara bulan2 yang dinanti rejab syaaban dan ramadhan..

    salam jumaat kak zakie. rindu dah lama tak bw.. huhuhu

    ReplyDelete
  22. betul tu kakzakie..bila dah masuk bulan shaaban pulak..sampai berebut setiap malam sampai 2..3 rumah

    ReplyDelete
  23. musim kenduri di mana2 je...menu yg best2 gitu....

    ReplyDelete
  24. Macam tu le bila tinggal di kawasan perumahan, time cuti panjang.. taman jadi lengang. Kalau buat aktiviti, kehadiran kurang.. eh, kak ada buat kutipan tabung ke utk aktiviti wanita di situ?

    ReplyDelete
  25. syoknya kalau buat kenduri ni. ni masak sendiri ke katering kak.

    ReplyDelete
  26. Meriahnyerr..

    Moga kita semua sampai ke Ramadhan.. Aminnn

    ReplyDelete
  27. salam jumaat kak..alhamdulillah..eratkan silaturahim kan kak..pahala pun dapat..amin..

    ReplyDelete
  28. Seronok ada jiran2 gini..kan.. Tgk makanan pun sedap2 plak tuh.. :)

    ReplyDelete
  29. skrg ni mmg dah start la kenduri tahlil sana sini.. kenyang la mkn berkat mcm ni.. ;)

    ReplyDelete
  30. sekejap sahaja ms blalu.

    ayu ari2 attend kenduri doa selamat dikejiranan. bukan nak makan2 tapi ikhlas kejiranan

    ReplyDelete
  31. Bestnye akk..masih terasa sayunya hati bila semalam kedegaran dr jauh sambutan israk mikraj di surau kampung seberang.....kenapa politik menjadi penghalang, surau, masjid dan jemaah bersatu....

    ReplyDelete
  32. dh makin dekat dengan ramadhan kan kak...rindunyaaa dgn ramadhan..

    ReplyDelete
  33. Salam Jumaat kakzakie,
    Bagus aktiviti sebegini, bukan sahaja mencari ganjaran dan keberkatan tapi dapat juga mengeratkan silaturrahim...

    ReplyDelete
  34. kedatangan ramadhan saat yang ditunggu-tunggu...
    moga mendapat keberkatan dan diredhai oleh Allah...

    alhamdulillah, seronok tengok menu yang dijamu untuk yang hadir Kakzakie...

    ReplyDelete
  35. tak sabar tunggu ramadhan tapi tahun ni ada anak kecik nampaknya kena terawikh kt rumah la nampaknya..huhuhu

    ReplyDelete
  36. salam jumaat kakzakie.

    alhamdulillah...meriah juga kenduri tahlil kat sana. musim cuti ni kenduri saja2 kan...rezeki.

    ReplyDelete
  37. Seronok jugakkan kanda dapat bertemu jiran sebelah menyebelah.... kat taman dinda ni jarang ada cam tu....
    Eh... kanda tinggal berdua ngan cik abelah yeh....seronoklah tu kanda hehe

    ReplyDelete
  38. seronok dapat sama hadir dlm majlis2 sebegini kan kak !

    ReplyDelete
  39. Betul tu kakak, sekarang ni banyak jemputan untuk bacaan yasin ...Ramadan pun tak lama lagi...keluarga kami, insyaalah, minggu depan...:)

    ReplyDelete
  40. salam jumaat kakak.. rindunya menanti ramadhan pada kali ini..

    ReplyDelete
  41. selalunya org lelaki yang kenduri malam kalau di kampung saya..kaum ibu selalu jumaat petang ^_^

    ReplyDelete
  42. dh semakin menghampiri ramadhan nih memang ramai yg buat kenduri tahlil & doa selamat nih kan kak..

    ReplyDelete
  43. meriahnya. memang sekarang banyak kenduri lagi-lagi nak menjelang Ramadhan kan kak

    ReplyDelete
  44. Salam K.Zakie..
    Kat jiran tetangga umah cma pun ade buat majlis mcm ni skrg.. cuma cma masih tak dpt turut serta sbb kekangan urusan dunia..

    seronok bla ada majlis2 mcm ni..

    alhamdulillah..insyaallah..tak sabar menanti ramadhan :)

    ReplyDelete
  45. Aktiviti cam ni mmg dpt eratkn silaturrahim...terima kasih kak atas pandangan akak...betul mmg kita kena pantau dorang blaja sama2 kak...bg ya senang je...nak ank berjaya kita pun kena usaha sama2...jgn asyik nk salahkn guru kt sekolah..kdg2 sian tgk cikgu lya tu...mcm2 hal budak n family dtg ngadu2 pasal anak...

    ReplyDelete
  46. seronok klu pergi majlis tahlil macam ni sbb meriah dengan makanan.haha tp ini bukan faktor utama ye..sebenarnya terliur tgok tembikai tu.buah peberet sy..:)

    ReplyDelete
  47. Salam kak zakie..

    nampak meriah majlisnya.. bila ramadhan hampir tiba, majlis sebegini akan lebih kerap diadakan..

    ReplyDelete
  48. zila pun slalu join aktiviti camne..tp smnjak mngandung nie agak slow dah ..pergi umah jiran yg dekat2 jew..masakan semuanya mantap2 tue kak zakie..he hhee

    ReplyDelete
  49. bagusnya... sronok la dduk dlm komuniti camni :)

    ReplyDelete
  50. seronok dapat sertai majlis macam tuh kan kak~ boleh kenal dengan jiran tetangga~

    ReplyDelete
  51. bagus macam tu ye.. kawasan saya ni muslimat tak macam ni.. takut gak kalau ada kematian ke apa ke.. evvery body too busy finding money kak.. kengkadang kami tak kenal sangat. i hv been living here for almost 9 years.. tapi tak berapa kenal neighbors...kebanyakan org kaya2 dan datin2.. tu yg saya pun kureng sikit berrcampur..

    ReplyDelete
  52. alhamdulillah, seronok tengok meriah :)

    ReplyDelete
  53. dah nak dekat Ramadhan nampaknya kita ye kak...

    ReplyDelete
  54. Tak lama da kita nak sambut ramdhan.. Seronoknya hadiri majlis mcm ni..tenang je rasa :)

    ReplyDelete
  55. Iyerlah kak..... Bila ada majlis macam nielah baru nak bertemu mesra.

    ReplyDelete
  56. aamiin ya rabaal alaamii...

    Alhamdulillah..majlisnya berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  57. seronok bila sekali sekala jiran berkumpul mcm ni. riuh

    ReplyDelete
  58. salam kak zakie..lama tak singgah baca coretan akak..sebab sy lama tk update blog sbnarnya..hehe..meriah kan klu ada yasin or kenduri tahlil kat johor ni..sy duk johor br rasa suasananya..

    ReplyDelete
  59. terliur tgk tembikai yg merah tu..

    besok depan rumah saya ada kenduri tahlil jgk..

    ReplyDelete
  60. mungkin dah gaya orang johor . boleh tapau bawa balik . saya pun org johor juga . inshaa Allah dipanjangkan umur utk bertemu ramadhan lagi ...

    ReplyDelete
  61. Salam Jumaat kak, kejap jer kan dah nak Ramadhan lagi.

    ReplyDelete
  62. sesekali bertemu dan berkumpul di Majlis begini memang seronok ye kak, selain dari dapat bertemu dapat jugak di kumpul sedikit pahala berjemaah & menziarahi....

    ReplyDelete
  63. Walau pun ada yang mengatakan kenduri tahlil ini bid'ah namun kalau bid'ah yg tergolong kepada bid'ah hasanah rasanya utk kebaikan bukan bid'ah dholalah yg sebaliknya.

    Terima kasih kepada semua yg sudi memberikan komen N3 kakak ini:-

    Mia Kassim, ANIM Kalau di Johor dah macam jadi kebiasaan), Norzila Zakaria, Cik Puan Fadli, Kakcik (A'ah kakcik, sedap mak aji tu masak),aizamia3 (samalah musim kenduri kan), Qashmere, Masya, Pn.bayu (kenal dengan Seri Kandi tanah Jauhar temab blogger kita tu pandai buat kek tau - cubalah tapi kalau kakak memang ke secret receipe aje - dekat kipmart pun ada jual kek), redza, :: Mrs.Eady ::, lia, Lynn, ummuaidan, JunAina, azian, makchaq, Knor (betullah tu Nor - berkat), norhidana miswan (tak boleh buat siang sebab yg bekerja tak dapat datang Dana), Cho Zila, are_lin@yu, Cikda, Acik Erna (biasa tempat kakak kena bincang agar tak bertembung harinya), yan's cottage, -Sara-, che mid (Memang ada tabung kalau ada tiga taman ada tiga tabunglah), Ibu Lala, Siti Haslinda Sadiken, Mila@Rimbun, PeRdU cINta, Rinna, QueeN TerataI, rinduan citarasa, HeNRieTTa JoSe, amirah, Bin Muhammad, Qhaifa Nur, Eliss Mie, Murni Alfathunnisa, hainom OKje (tapi bila anak tak ada sunyi kan), Kesuma Angsana, azi, Mizz Aiza, Kniedaz, ct rahani, Fyna Ahmad, ♥ Cmª shIemª ♥ (sesekali cari masa join Cma - baa anak dara dan hero Cma sekali buat teman utk pertama kali pergi), Ya ALya, Puan Kutu, Hanis Azla, zila norazila, aizu's life, Nafira usof, Azian Elias (Yan boleh mulakan dengan jemput beberapa teman dulu - tak kisah 7-8 org tapi cuba war-war ketika di surau tempat Yan tinggal, dulu kakak buat macam inilah. Kakak yg mulakan), Tihara, My Little Diary, wahida, ♥ ROS ♥, Aziela, KY, hana hadi, Sutera Syifa, zulaikha megat, harumanvee, Nastyna dan Nisah Idham.

    Semua yg kita harap pahala dapat diinfakkan kepada yg telah pergi.
    Terima kasih semuanya sekali lagi:)

    ReplyDelete
  64. Alhamdulillah seronok dpt kumpul sama2

    ReplyDelete
  65. Tahlil buffet ni satu idea hebat.

    ReplyDelete
  66. Seronok ada majlis mcm ni. Masa ni baru dot jumpa jiran :)

    ReplyDelete
  67. salam syaaban kak..tak lama lg dh nak berpuasa

    ReplyDelete
  68. Terima kasih juga kepada teman berikut sudi berkunjung dan memberi komen: -

    elly nadyra, ikli, KM Sue/Qis, Ummi Iman dan Amanina Mads.

    Terima kasih semua:D

    ReplyDelete
  69. memang meriah dan ukhuwah di kejiranan akak sgt bagus ...moga segala yang dijalankan mendapat berkat..ameen

    ReplyDelete
  70. wahhh meriahnya... nmpk sgt jiran tetangga semuanya ramah tamah dan saling berkejasama... terbaik kak..

    ReplyDelete
  71. kakzakie..tq.. tapi kalau free jemputlah datang yer jumaat malam sabtu.

    ReplyDelete