Terjadinya kisah ini sewaktu cuti sekolah tempohari.
Akibat mendengar hasutan pihak ketiga akhirnya anak itu dipulangkan semula kepada ibu kandung. Kebaikan yang dilakukan untuk membesarkannya selama berbelas tahun berakhir dengan sia-sia. Kini menyesal bila keadaan rumah tidak terurus. Mula merenung kebaikan anak tersebut. Selama ini anak itulah yang membersihkan apa-apa juga dirumah tersebut, tetapi kini anak itu tiada lagi. Dari hal menyapu rumah hingga membersihkan bilik mandi anak itulah yang membantu. Anak yang dulu dilahirkan atas keterlanjuran si ibu yang naif dengan agama kini dikembalikan kepada ibunya semula.
Apa yang menyentap tangkai hati wanita bergelar ibu seperti aku bila anak itu akhirnya tahu dia adalah anak tidak sah taraf bukan sekadar anak angkat saja. Menangis hingga bengkak-bengkak mata bagaikan tidak ada siapa lagi tempat mahu mengadu. Jiwa kosong agaknya. Mujur ibu kandung menerimanya dengan baik. Bila timbuk kesedaran mahu diambil kembali si anak tetapi ibu kandung sudah tidak mahu melepaskannya lantaran si anak pun tidak mahu. Membayangkan mungkin anak akan menjadi sasaran maki-herdik-tamparan sebagainya itulah agaknya terasa berat mahu melepaskan. Namun dalam ramai anak-anak yang mengaji dengan aku dia salah seorang anak yang pandai tajwid berbanding yang lain-lain. Kini aku kehilangan satu anak mengaji yang pintar kerana dia tidak lagi tinggal di sini. Surau kami juga kehilangan bilal waktu zuhor kerana biasanya waktu zuhor di taman kami anak inilah yang melaungkan azan kerana majoriti kaum bapa bekerja.
Akibat mendengar hasutan pihak ketiga akhirnya anak itu dipulangkan semula kepada ibu kandung. Kebaikan yang dilakukan untuk membesarkannya selama berbelas tahun berakhir dengan sia-sia. Kini menyesal bila keadaan rumah tidak terurus. Mula merenung kebaikan anak tersebut. Selama ini anak itulah yang membersihkan apa-apa juga dirumah tersebut, tetapi kini anak itu tiada lagi. Dari hal menyapu rumah hingga membersihkan bilik mandi anak itulah yang membantu. Anak yang dulu dilahirkan atas keterlanjuran si ibu yang naif dengan agama kini dikembalikan kepada ibunya semula.
Apa yang menyentap tangkai hati wanita bergelar ibu seperti aku bila anak itu akhirnya tahu dia adalah anak tidak sah taraf bukan sekadar anak angkat saja. Menangis hingga bengkak-bengkak mata bagaikan tidak ada siapa lagi tempat mahu mengadu. Jiwa kosong agaknya. Mujur ibu kandung menerimanya dengan baik. Bila timbuk kesedaran mahu diambil kembali si anak tetapi ibu kandung sudah tidak mahu melepaskannya lantaran si anak pun tidak mahu. Membayangkan mungkin anak akan menjadi sasaran maki-herdik-tamparan sebagainya itulah agaknya terasa berat mahu melepaskan. Namun dalam ramai anak-anak yang mengaji dengan aku dia salah seorang anak yang pandai tajwid berbanding yang lain-lain. Kini aku kehilangan satu anak mengaji yang pintar kerana dia tidak lagi tinggal di sini. Surau kami juga kehilangan bilal waktu zuhor kerana biasanya waktu zuhor di taman kami anak inilah yang melaungkan azan kerana majoriti kaum bapa bekerja.
~~ Alangkah rugi andai berbelas tahun menabur jasa tapi tiada keikhlasan sia-sialah jadinya. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.~~
sedih lah baca kakak....apa lah fikirlah bilan nak buat sesuatu...kasihan kat budak tu..
ReplyDeletesebak saya rasa kak...
ReplyDeletewalopun tak tau kisah sebanr2 beanrnya..tapi faham la juga sedikit cerita...
dulu...saya penah terfikir sendiri,
kalo nak amik anak angkat kena betul2 ready, segalanya....
kalo x sedia jangan suka2 nak amik..
suatu realiti yg menjadi pengajaran buat kita semua..:)
ReplyDeletesedihnya.. semoga anak ini tak hadapi kesusahan di tempat baru dan semoga dia akhirnya berjaya dapat kehidupan yang lebih baik dan jadi orang berjaya bila dewasa.. kita yang memandang tak mampu nak tolong banyak, percaturan yang Allah sediakan insha Allah adalah yang terbaik..
ReplyDeletesayu je baca.. kesian pd anak2 yg x sah taraf ni.. lahirnya mereka atas kesilapan ibu bapa..
ReplyDeletetp selalunya byk kelebihan anak2 istimewa camni..
Sedih lah pulak kak membacanya. Semoga anak ini terus kuat utk menempuh hari2 yg mendatang.
ReplyDeleteanak2 ada kelebihan masing2....
ReplyDeletemungkin ada hikmah atas segala kejadian...walau di mana anak itu berada...semoga membesar mnjadi anak yg cemerlang...di dunia...juga diakhirat...insyallah....
beratnye ujian...
ReplyDelete:(
semoga Allah membantu perjalanan anak ini seterusnya.. moga moga dia tetap iman dan mendapat kebaikan atas apa yang berlaku.
ReplyDeletekak pasal air zam zam tu.. kak zakie duk di mana ya.. betul ke nak pos ni kak.. :') terharunya..
subhanallah...anak tu tak salah...sedihnya :(
ReplyDeleteSedihhhh...kerana keterlajuran ibubapa dia yg tidak berdosa menjadi mangsa...hrmmmm..semoga dia diberikan keimanan kekuatan dan ketabahan ALlah meneruskan kehidupan...
ReplyDeleteakak sedihnyer...kesian sianak...moga sianak terus tabah...
ReplyDeletesebak saya membaca....
ReplyDeleteini lah di katakan hidup bagaikan roda, sekejap di atas sekejap di bawah.. berpusing mengikut putaran.. :)
ReplyDeletesubhanallah.. kuasa allah.. semua ada hikmahnya.. :)
semoga anak itu terus dipelihara Allah
ReplyDeleteanak itu ibarat sehelai kain putih. Anak tidak sah taraf jika betul cara mencoraknya tidak mustahil menjadi lebih beriman dari anak yg sah tarafnya... saya berdoa semoga anak ini tidak kehilangan arah tujuan bila tiba2 dia tahu akan asal-usulnya... Ya Allah, peliharalah anak ini Ya Allah, Aminnnnnn.
ReplyDeleteSebak baca n3 Kakzakie ni,ummi cukup belas kesian kat anak2 yang dilayan dengan buruk, duk terbayangkan kalau anak kita sendiri yang kena macam tu.
ReplyDeleteMoga ada hikamh disebaliknya, moga anak dan ibu kandung dapat hidup dengan harmoni.
Sedih kak Zakie kite bacanye..
ReplyDeleteanak yg tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan ayah ibunya.. ape dosa n salah anak itu diperlakukan sedemikian rupa... sayang kalo disia2kan begitu saja...
sedihnya baca ni kak, moga Allah murahkan rezki anak tu..insha Allah
ReplyDeletesemoga anak itu bahagia bersama ibu kandungnya
ReplyDeleteanak yg dijaga dr kecil, apa lagi akalu berbudi tingi akan sentiasa menghormati ibu bapa walaupun bukan ibu bapa kandung, sedih akk KY baca, harao dia akan menjadi anak yg soleh
ReplyDeleteAnak tak sah taraf? Tak ada istilah tu kak. Malah hikmahnya lebih dr anak-anak biasa. Inshaa Allah, bahagia tu ada.
ReplyDeleteanak yang tidak berdosa jadi mangsa Kakzakie..
ReplyDeletekasih sayang disemai bertahun hilang begitu saja...sedihnya
keep the faith :)
ReplyDeleteBesar dugaan anak itu, semoga hasil didikan sebelum ini menjadikannya kuat dan tabah menghadapi ujian Allah. Dia tidak bersalah tapi terpaksa menanggung beban yg berat. kasihannya. Semoga sinar bahagia buat nya dan keluarga kandung mahupun keluarga angkatnya. Pasti ada hikmah disebalik kejadian...wallahualam
ReplyDeleteterharu baca..
ReplyDeleterealiti kehidupan..:(
ReplyDeletebetul kak..niat penentu segala..ikhlas ke tidak tu hanya Allah saja yg tau..tak nampak dek mata kasar kita.
ReplyDeletenamun, ada hikmah yang kita tak sedari....
sudah payah dan kebaikan si ibu angkat ( walaupun mungkin tanpa kasihsayang, dia sihatkan kak, tak cacat di dera) diberi makan minum, menghantar mengaji dan segala2nya dari kecil hingga belasan tahun tu, hanya Allah saja yang membalasnya..
masyaAllah, mungkin pulangnya si anak kembali ke pangkuan ibu kandungnya mampu mengubah kehidupan/kerohanian ibunya sendiri. Allah yang atur semuanya kan, kakzakie..
sedih ayu baca..mcm mna pn ank itu dia tak bersalah kan..moga dia kuat..
ReplyDeletebetul tu kak,terlajak kat ni buruk padahnya..walaupon anak tu tak sah taraf tapi dia tak berdosa..
ReplyDeletetak dapat bayangkan saat2 anak tu tahu kebenaran..
sedih kancil membacanya
ReplyDeletekak zakie,nk alamat blh tak?nnti email kat sy ye alfidah83@gmail.com
ReplyDeletemoga dia kuat dan tabah dalam mengharungi ujian dariNYA.. moga dia sabar hendakNYA..
ReplyDeleteBiasalah insan yg baik, bila tiada baru dirindu, kan kanda apatah lagi dia yg banyak menolong serba serbi kpd ibu angkat tadi...
ReplyDeleteKanda pun terbabit sedih samalah yeh ... hilang seorang murid!
banyak hikmahnya ni.... selamat menyambut ramadhan... dari kami sekeluarga...
ReplyDeleteKadang2 kita buat keputusan dengan emosi, bila bertenang baru menggunakan akal. Masa tu menyesal pun dah tak berguna.
ReplyDeleteBerbelas tahun menjaga, disayang2 boleh pulang balik ye kak, kalau Aina tak sampai hatilah.
Assalamu'alaikum kakZakie
ReplyDeleteSedih membacanya, semoga anak itu tabah menjalani kehidupannya. Berat mata memndang berat lagi bahunya yang memikul.
syukur alhamdulillah siibu menerimanya kembali...pengajaran buat kita kan kak..
ReplyDeletesedih pula nisah bacanya kak..
ReplyDeletesemoga anak Soleh itu membesar menjadi khalifah yang baik2..
sebak =(
ReplyDeleteHmmm...mcm conditional love kan..tergugat jgk keihkhlasan ibu angkat tuh yer..apapun ade hikmahnya tuh kakak ngan kembalinya dia pd ibu kandung..kita doakan yg terbaik..amin..
ReplyDeletesedih mmbaca cerita akak ni. apa pun moga dia dapat kehidupan yg lebih baik di masa depan. Masa depan dia lebih pjng lagi.
ReplyDeletex sanggup nk bc la kak. tgk komen sume nye sedih2 belaka.
ReplyDeletekak, nanti email alamat akak ye.
Sedihnya cerita ni
ReplyDeletekesianya...smoga adik ni mbesar jd ank yg soleh..dia tak bersalah pn..
ReplyDeleteSedih pulak baca cerita ni pulak kak....pengajaran untuk kita semua
ReplyDeleteApa pun kena redha krn ini SEMUA Allah sudah tentukan...
ReplyDeletesedih saya baca kak...pe la dose anak tuh...alhamdulillah walaupun die bukan anak sah taraf tapi die jd insan yg berguna...
ReplyDeletesedihnya rasa....besar dugaannya..
ReplyDeleteKisah ni berlaku di tmn kakzakie ke... sian pula membacanya...
ReplyDeletesy ikuti kisah adik ni jadi sy mmg tersentuh baca..kita dokan yg terbik buat beliau
ReplyDeleteharap budak tuh tabah menanti pelbagai dugaan yang menantinya...
ReplyDeleteKakak..
ReplyDeletekita sebagai manusia,macam tulah, selalu bertindak dahulu , lepas tu baru berfikir salah atau tidak tindakan kita itu..sedih saya baca cerita ni kakak..:(
Sedihnya kak Zai baca...anak tu tak bersalah kenapa dia jadi mangsa. Sekarang siapa yang susah. Semoga anak itu diberikan kehidupan yang baik.
ReplyDeletesebaknyer KA baca.. apapun anak itu x berdosa apapun... hanya dapat doakan yg terbaik untuk dier yer kak !
ReplyDeletesedihnya kak...harap anak itu tabah hadapi dugaan hidup ini...
ReplyDeletealahaiii.. nape sampai jadik macam tuh sekali.. sedihnye~
ReplyDeleteterharu plak. Ini cerita budak2 yg dtg mengaji dan tak dibenarkan berjumpa ayahnya tu ke kak.. ingat2 lupa dah.
ReplyDeleteApa pun, moga itulah yg terbaik untuk anak tersebut, dan moga dia membesar jadi anak yg soleh...
Kenapalah jd mcm tu. Kesian anak tu. Apa pun semoga dia terus di asuh dgn baik oleh ibu kandungnya. Kalau saya tak sanggup buat mcm tu. Dah anggap iman mcm anak kandung. Tak sanggup berpisah.
ReplyDeletekesianya kat budak tu..
ReplyDeletedia tak salah pon..huhu..
walaupun bagaiman pun..Alhamdulillah telah kembali bersam ibukandung
ReplyDeletekesian anak itu,
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeletekita tk atau apa yg tersirat ..
mana tau kepulangan budak tu dapat membimbing ibu kandungnya ke jalan yg diredai nanti ..
apapun semoga budak tu akan dijaga dengan sempurna ..
semuanya sudah terlanjur berlaku, mau di putar kembali agak mustahil, semoga ada sinar utk anak itu bersama keluarganya
ReplyDeleteBerbelas tahun menjaga masih tiasa kasih? Kesian ank itu....mesti dia diungkit asal usulnye....sedey...anak tu xbersalah....
ReplyDeletesukarnya membayangkan perasaan anak itu kak zakie, kita doakan yg terbaik buat dirinya... moga hidupnya lebih dipermudahkan oleh Allah lepas ni.
ReplyDeleteya Allah...sedihnya kak...
ReplyDeletemoga kisah ni jadi pengajaran untuk semua...
anak ini tak bersalah..anak ini menjadi mangsa keadaan..yang dia sendiri tak minta untuk lahir kedunia ini...
ReplyDeletekalau sy jd anak itu sy pun sedih kak. tapi mungkin akan lebih baik lepas jumpa mak sendiri. kasih sayang mak membawa ke syurga
ReplyDeleteYa akak, bila kurangnya keikhlasan, tiada bersangka baik, kurang keyakinan.... segalanya menjadi sia-sia
ReplyDeleteSemoga anak tersebut di bawah lindungan & dipermudahkan segala olehNYA... kita semua juga
sbb tu lah dosa menfitnah itu besar sgt, gini lah kalu jd kan... kalu kite terlalu cpt percaya ngn fitnah org, akhirnya diri sndiri yg menyesal...
ReplyDeletekesian anak itu, semoga dia ngn ibu kandungnya semakin bahagia
seperti sebuah kisah drama ye,kak.itulah pahit manis sebuah kehidupan.menguji hamba-Nya tanpa mengira usia.semoga anak itu sentiasa diberkati kehidupannya.dan dipermudahkan segala urusannya amin..
ReplyDeletesebaiknya selidik dulu.. sesal kemudian dah xde gunanya.. kesian budak yg x bersalah tu jadi mangsa..kalo kta di tmptnya, mampu ke kita nk hadap smua ni.. ? moga budak tu trs tabah..
ReplyDeletetambahan skrg bulan puasa.. apalah nasib budak tu.. sedih bila baca kisah hidupnya
ReplyDeletesedihnya baca entry akak yang ini...macam cerita yg selalu tengok kat tv...harap2 penghujung yang baik2 mudah-mudahan
ReplyDeleteSalam K.Zakie..
ReplyDeletewalaupun cma tak beberapa tahu kisah sepenuhnya..mendoakan agar anak soleh ini dipermudahkan segala urusanya..
sayu rasanya..
ReplyDelete