Nasib baik tarikh segmen ini dilanjutkan lagi.
sesiapa yang mahu turut serta kliklah
di sini
'aku' di dalam N3 ini bukan merujuk diri sendiri
tetapi Kakcik Seroja penganjur segmen ini
|
Mouse - Seharian memujuk suami untuk memberikan aku kebenaran untuk mengikuti percutian bersama teman blogger. Sebaik encik suami memberikan kebenaran segera berita ini aku khabarkan kepada Puan Doktor Singa, Cik Puan Lawa dan Iyra Si Reben Merah. Tidak ketinggalan sewaktu bercuti mouse ini turut menjadi peneman aku sepanjang percutian tersebut. Jauh di sudut hati mahu segala aktiviti dikhabarkan pada semua teman-teman blogger |
|
Menara - Sebaik nampak menara ini aku lihat masing-masing mengacu kamera. Aku pun apa lagi turut mengambil gambar. Apa tidaknya semua yang menjadi pengapit kanan dan kiri sepanjang percutian adalah pakar mengambil gambar. Tanpa sedar aku pun bagaikan pakar juga pada hari itu. Senyum aku sendirian melihat hasil bedekan kamera ku. |
|
Kubah - "Mak tangkap gambar kubah pulak mak" Itu jeritan dari anakanda Iyra. Melihat ketiga-tiga mereka iaitu Puan Doktor Singa, Cik Puan Lawa dan Iyra mendongak-dongak mengacu camera aku pun turut serta. "Bravo!!" itu yang terkeluar dari anak-anak itu. Aku sengih lagi. Bangga juga bila melihat hasilnya tidak ada beza dengan apa yang ada di dalam kamera canggih mereka. |
|
Menggapai - Menyusuri perjalanan bila tiba di satu lokasi arca seorang budak yang tidak dapat menggapai apa yang dihajati sayu terasa di hati. "Tak apa mak jangan sayu hati, biar saya yang tolong gapaikan" itu yang terkeluar dari mulut salah seorang insan peneman perjalanan waktu itu. Bagi memuaskan hati sekali lagi kamera aku acukan. Puas rasa di hati. Moga apa yang digapai ini mengubat hati yang sayu. |
|
Letih - Perjalanan bersama anak-anak muda yang bertenaga membuatkan aku mohon pada mereka untuk berehat seketika. Aku biarkan mereka semua mengulek kamera. Doktor Singa, Cik Puan Lawa dan tidak ketinggalan Iyra masing-masing leka bermain dengan kamera. Aku biarkan mereka dengan dunianya. Dalam pada itu sempat juga aku membedek satu dari tingkah-laku dia. Seketika itulah minda cepat saja menerawang teringat adik 'mata sepet' yang di rumah. Begitulah bila sudah bergelar ibu bila rehat seketika pun rumah juga yang menerjah ke dalam minda. |
|
Pulang - Walau sejauh mana pun perjalanan dan percutian akhirnya aku dan semuanya terbang balik menuju destinasi yang dirindui. En suami, anak-anak dan rumah yang ditinggalkan tetap tidak boleh aku lupakan. Betapa tinggi pun aku terbang pasti akan mendarat ke tanah juga tempat aku kini meneruskan sisa-sisa tanggungjawab dan kewajipan yang diamanahkan. Mungkinkah akan aku jejaki destinasi itu lagi masih belum ada perancangan buat masa ini. |
|
|
~~ Sesekali berlagak menjadi kakcik seronok juga:) Inilah penyertaan dari Titisan Nurani buat segmen anjuran Kakcik Seroja.~~
Wahhh...da mcm penulisan k.cik aje bnyinya k.zakie...:-)
ReplyDeleteBila masa pulak kakcik buat segmen ni.... semoga kak zakie terpilih sbg pemenang
ReplyDeleteselamat bersegmen kak
ReplyDeletekak zakie kratif,Insyaallah boleh menang..:)
ReplyDeletewahhh hebatnye karangan makk., leh menang ni..,iHHks
ReplyDeletesalam........jenguk jenguk sekejap
ReplyDeleteSelamat bersegmen di hari cuti, kakzakie... :)
ReplyDeleteAssalam kazakie..menjadi kakcik.he he semoga berjaya
ReplyDeletehihihi..
ReplyDeletebakat terpendam neh kak Zakie..
best2 baca citer neh..
macam luahan hati mak (kakcik seroja) pulak...
*moga menang... *
Peh! saling tak tumpah...
ReplyDeleteTerima kasih Zakie kerana sudi turut serta. :)
ReplyDeleteMenarik cerita ini...
keluarga tetap di ingatan ye kak :)
ReplyDeleteAkak sangat berbakat dalam penulisan, mampu memberi penceritaan yg amat baik...sungguh asyik dan teruja membacanya. Semoga berjaya!
ReplyDeleteMenarik. Tak tau pula kakcik buat segmen ;) good luck
ReplyDeletemula-mula saya ingatkan kakzakie pun ikut sekali...rupa-rupanya,kakzakie jadi 'suara latar' kakcik..hehe...seronok pulak baca entry ni. ni baru tau rupanya kakcik buat segmen camni...
ReplyDeleteoh masuk kontes ye. mendoakan yg terbaik ye
ReplyDeletesalam singgah ;)
semoga berjaya kakak.. menarik cerita kakak.. :D
ReplyDeletesemoga berjaya akak....rietta xpndai nk ungkapakan cerita....tgk gambar pndai la ngomel dalam hati saja rietta ini...hehehe...
ReplyDeleteMural begitu banyak terdapat di Pulau Pinang sekarang ini. Kerajaan PP amat menggalakkan lukisan mural seperti ini.
ReplyDeletemenarik kan segmen macam ni, good luck kakak :)
ReplyDeletegud luck kakak
ReplyDeletesalam K.Zakie..
ReplyDeletehehe..lain benar membacanya..rupanya entri utk kcs.
good luck tau kak :)
Semoga berjaya kak !
ReplyDeletePemenang kedua selepas wak gelas ni... saya tak sempat nak buat yg baru hehehe ;)
ReplyDeletegood luck kak zakie..!!!
ReplyDeletewah kak zakie. semoga berjaya :D
ReplyDeleteSaya ni tengah perah idea...camnalah kakzakie boleh keluar ayat panjang cam tu...heeee
ReplyDeleteKreatip jugak akak ni, saya mmg tak reti nak karang.
ReplyDeleteGd luck ya kak!
Hebatlah KZ ni.
ReplyDeletewah hebatnya 'tiru gaya kakcik ni'
ReplyDeletetahniah kakzakie... leh menang ni
Waa bestnya Kakzakie, kreatif Kakzakie mengembangkan cerita berdasarkan gambar tu,good luck!
ReplyDeleteAmboi kanda mengalahkan penglipurlara nampak! Hehe.... nampaknya dinda tak de chance nak menang ni!
ReplyDeleteamboi...hebatla kak..membuat huraian bersadarkan gambar....terbaik!!!
ReplyDeleteGood luck kak.. Pasal kertas Trial tu nanti Nur kumpulkan.. Dah selesai, Nur sms akak ye..
ReplyDeletehari tu dah singgah kat blog kakcik pasal segmen ni tapi takdan nak join. padat dengan aktiviti luaran :(
ReplyDeletemg berjaya.pandai akak mengolah cerita
ReplyDeletebijak kak
ReplyDeletewahhhh...seronok baca n3, rasa mcm kakzakie pergi sekali, kami pown ala2 tumpang sekaki.
ReplyDeletebravo2 kakzakie, yuk kita pergi bercuti
Good luck kak zakie, gmbr menggapai tu cantik sgt
ReplyDeleteselamat bersegmen kak
ReplyDeletewah gaya penulisan kak zakie dh jd kakcik hihi
Usaha yang gitu pasti membuahkan hasil yang padu..insyaAllah kak.. :)
ReplyDeletesalam kak
ReplyDeletecerita yang kreatif dan menarik, kalau dah kreatif memang sukar nak di sembunyikan lagi ;)
p/s: kak, hemm,, kalau jiran2 memang syira tutup pintu je,sebab budget dah,mulut orang.. tapi kalau babitkan mil and sil mmg sakit sikit. nak lari mcm mn, dah kalau tak balik rumah sian kat suami lak, nasib baik suami memahami, dialah yang banyak sabarkan, syira pun sedar, syurga suami bawah tapak kaki ibu, selagi mampu syira senyum je..
menarik ayat2 akk ..hihi
ReplyDeleteKakak...
ReplyDeleteTahniah pertama dari saya sebab suka sangat baca karangan kakak...:)
Kakak...
ReplyDeleteTahniah pertama dari saya sebab suka sangat baca karangan kakak...:)
akak boleh jadi pencerita yang baik...semoga menang!
ReplyDeleteSalam Kak
ReplyDeletecerita ceriti
terhibur sekali
Have a great Sunday dear
Kira2 luahan ketika brcuti tnpa d temani suami yer. Bojo ku kadang2 cuti neng luar karo nad. Aku orak melo. Agaknya mcm tu kot luahan hatinya. Apapun, selamat brjaya
ReplyDeleteselamat bersegmen KZ semoga berjaya..
ReplyDeletemcm baca novel pulak
ReplyDeleteSebenarnya kakak suka juga menulis dulu-dulu disebabkan mahu mencari duit lebih. Lahir dari keluarga miskin waktu belajar dulu kena usaha sedikit utk mencari duit kocek membeli buku atau duit jajan. Sebab itu bila ada segmen seperti kakcik ini kakak suka. Tambahan kakcik merupakan salah satu teman blogger yg awal menjadi follower kakak.
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua pengomen N3 ini. Ianya lahir kerana segmen Kakcik itu:-
Asyifa Mustaffa, KakNi, redza, Puan Kutu, Wak Gelas™, Panglima Muda, Penjejak Mimpi, Acik Erna, *SiRibenMerah (MAAFLAH NAMA IYRA TERKAIT SAMA DALAM N3 INI), Seri Kandi Tanah Jauhar, Kakcik (INILAH SAJIAN DARI KAKAK BUAT SEGMEN KAKCIK, MOHON MAAF JADI KAKCIK PULAK KAKAK YE..), Ann Ishak, Bin Muhammad, Ummi Iman, Murni Alfathunnisa, Umi Nazrah, Mizz Aiza (Dunia Kecil), HeNRieTTa JoSe, insan marhaen, Tihara, eira eixora, ♥ Cmª shIemª ♥, Mia Kassim, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), m.u.l.a.n, syuk shusuke, ANIM, Ujie, Juhariah Johari, ibuintan, ummiross, hainom OKje, YATZAKIE, Nur-nba (terima kasih Nur, kakak tunggu smsnya), aizamia3, izan mama mia, Knor, Cinta Misteri, Lydia Miza, Wanieys a.k.a IbuQalief, PeRdU cINta, Syira Qahira (tanamkan dlm hati Allah itu ada Syira), nuyui a.k.a miss YUI, azi, Angah, Hazmin Hamudin, Umi Azizan, aby, BUNDA a.k.a KN, Tetamu Istimewa (terima kasih sudi ke teratak kakak yg tak seumpama ini), MystoryPic (hihi... macam aje kan...).
Buat semua terima kasih sekali lagi:)
menarik jugak...good luck kakzakie..
ReplyDeletehahhahahaaa!!
ReplyDeletepatutlah saya tersedak tadi kak!!!
alhamdulillah.. sempat join kan.. indahnya bait kata2.. good luck kak.. =)
ReplyDeleteGUd Luck ye KAk...
ReplyDeleteselamat bersegmen kak
ReplyDeleteterbaik ni kak.. moga berjaya !
ReplyDeletetahniah kak...mcm penulis da pon..gud luck tau..dapat hadiah kene share ni,...hihi
ReplyDeleteakak datang penang ke...lukisan kat dinding tu :)
ReplyDeletegood luck akak...moga berjaya