Friday, October 11, 2013

Setiap Jumaat adalah 'Good Day' kami

Tarikh: 08-10-2013
Masa: 2:00 petang 
Lokasi: Bilik mesyuarat
Agenda: Cuti pekerja

Hari terakhir boss bermesyuarat dengan kami sewaktu cuti Good Friday mereka. Oleh kerana kami semua bekerja jadi peluang dibuat untuk diadakan mesyuarat. Sejak hari tersebut hinggalah tarikh aku nyatakan di atas baru mereka datang lagi. Kali ini perbincangan banyak membincangkah berkaitan cuti. Cuti yang dimaksudkan termasuklah cuti am, cuti tahunan dan cuti sakit. 

Aku yang bagaikan CUEPAC (syarikat tempat aku bertugas tidak ada persatuan buruh) kenalah mempertahankan hak kami. Aku perlu bertegas apa yang pihak pekerja mahukan dengan harapan boss memahami dan menerima. Aku pun tahu batas-batas yang mana tidak melanggar etika dan keuntungan syarikat.

Boss: Jadi awak tidak mahu cuti pada 1 Januari?
Aku: Kalau hendak diberi mestilah kami suka tapi biasa negeri Johor menyambut awal Muharram (kalendar Islam). Boss aku akur dan memhami.
Boss: Bagimana dengan cuti Good Friday?
Aku: Buat kami setiap Jumaat adalah Good Day. Kami tidak ada Friday yang tidak good.

Spongebob - Gambar dari google

Boss aku senyum, tetapi apabila aku pembuat penjelasan mereka angguk tanda faham. Tahulah mereka mengapa aku perlu memberikan waktu rehat yang panjang kepada pekerja lelaki Islam setiap hari Jumaat. Namun ada juga permintaan aku yang ditolak. Boss tidak membenarkan baki cuti tahunan dibawa ke tahun berikutnya bermula tahun 2014. Namun sebagai ganti pihak syarikat akan membayar dengan duit. Sebenarnya buat kami untuk menghabiskan cuti tahunan biasanya tidak terhabis sehingga menginjak tahun berikutnya. Namun aku pun kena toleransi dalam hal ini dan akur dengan penjelasannya. Syarikat kami bukan ramai staff andai masing-masing mengumpul cuti untuk bercuti panjang pasti lambakan kerja akan terjadi. Namun permintaan aku agar semua cuti am perlu mengikut cuti yang telah diikrarkan oleh kerajaan negeri Johor diterima dengan hati terbuka. Mudah bagi kami yang mempunyai anak bersekolah dapat sama-sama bercuti pada hari tersebut.

~~ Walau siapa pun kita toleransi diperlukan untuk melancarkan sesebuah organisasi.~~


71 comments:

  1. Bagus la jika ada boss macam ni, walaupun berlainan agama masih ada teloransi dengan agama kita, semua hari Jumaat adalah hari yang berkat, Begitu banyak fadilat hari Jumaatkan.

    ReplyDelete
  2. ina suka jawapan kakak."setiap jumaat adalah good day.kami tidak ada friday yg tidak good." Mcm ni la bos yg kita nak..tolerasi itu sgt penting

    ReplyDelete
  3. suka baca entry ni.bos akak pun ada tolerate jugak dlm bab2 cuti ni ek.eventhough tak semua.keep up the good work kak!:-)

    ReplyDelete
  4. ye....setiap jumaat adalah good day kaN...suka2...best la dpt bos mcmtu...snang bwak bincangnya....

    ReplyDelete
  5. Tolerate..ini mesti ada antara pekerja dan boss kan kakzakie...jgn hanya sebelah majikan sahaja yg berhak utk katakan ya atau tidak...pendapat pekerja juga harus didengari...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. urusan dipermudahkanNYA.. syukur dapat bos yang memahami.

    ReplyDelete
  7. Bagus klw dpt pekerja mcm akk ni. Berani.

    ReplyDelete
  8. wahh..hebat kakzakie...mempertahankan hak pekerja...yg bess jawapan good friday tu la...very gud answer...hehehe

    ReplyDelete
  9. bestnyaaa dpt bos cm tu.bos rara so far ok jugak =)

    ReplyDelete
  10. betul kakZakie..sifat tolenrasi perlu ada dikedua dua belah pihak,barulah segalanya lancar..
    *untung ada bos yg faham..:)

    ReplyDelete
  11. Betul. Kena saling memahami dan ada toleransi baru harmoni :)

    ReplyDelete
  12. kat opis zee pon sama kak..cuti takleh bawak ke tahun berikutnya..pon takkan dibayar,kira burn gitu ler..

    ReplyDelete
  13. yeahh!!! friday is a good day...well actually we shld say everyday is a good day

    ReplyDelete
  14. bagus nyer ada bos yg nak mendengar & menerima mcm ni...

    ReplyDelete
  15. Kalo comp yg mempunyai sedikit staff, memang byk benda boleh ditoleransi kan.. bersyukur juga dapat bos yg boleh bertoleransi juga..

    ReplyDelete
  16. Perlu ada tolak ansur dalam beberapa perkara barulah keputusan dapat di buat dan memberi keadilan kpd kedua-dua belah pihak. Biasanya kita faham tetapi pasti ada orang yg kurang faham hal ini dan rasa tidak berpuas hati terutama pihak pekerja.
    Berat tanggungjawab akak nak explain, inilah bebannya bila menjadi orang tengah...huhu Tapi mesti seronok bila dapat membantu dan dihargai.

    ReplyDelete
  17. baguslah bos yg boleh bawa berunding..ehe..

    salam jumaat/...n salam aidiladhar kak

    ReplyDelete
  18. kakzakie lebih kurang hubby Nur...sering lantak beri pendapat...kalau Nur ikut sajalah

    dapat bos yang bukan melayu begitulah kan kak...nasib baik dia dengar pendapat kita...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah..dapat cuti bersama anak2 tu pun dah bersyukur kan kakzakie

    ReplyDelete
  20. Sib baik boss kakak yg jenis boleh tolerate..ade sstgh sykt kalaucuti tahunantak habe, tak lehbwkedepan dan burnlah kiranya lak..huhuhu..
    kdg adejgkjenis bos yg nak untung bgpihak sykt jer, pekerja takdpt kelebihan apa2 pun..cuti pun kena potong gaji..:)

    ReplyDelete
  21. Bagua juga bos kakak ya..memahami..harap2 nya ia membawa kebaikan pada semua staff...;)

    ReplyDelete
  22. ada give n take baru la happy nak kerja kan :)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,

    perlu ada ketua yg berani menyuarakan
    pendapat bawahan mcm akak ni

    tapi kalau bos org luar ...payah sikit
    depa nak fhm ...mcm bos2 ati dulu

    ReplyDelete
  24. bagusnya boss akak...klu la boss kita macam tu..gerenti nak keje lama kat sini

    ReplyDelete
  25. Kat tempat Aina cuti hanya boleh bawa ke tahun hadapan sehingga bulan Jun, dulu syarikat akan bayar cuti tapi sekarang tidak lagi. Kalau nak kumpul cuti bertahun2 mesti ada alasan munasabah dan isi borang selalunya kawan2 yang ada hajat menunaikan umrah dan haji memang akan kumpul cuti sehingga 30 hari. Tetapi syarikat tempat Aina kerja service 5 tahun cuti khas menunaikan haji akan di beri selama sebulan dan bergaji jadi campur cuti tahun dapatlah rehat lebih sikit lepas balik haji. Tapi cuti yang tu kena isi borang khaslah.

    ReplyDelete
  26. Klu cuti tak ley forward tp boleh digantikan dgn duit, sy rs itu dah cukup tolerate kak. Bestnya....

    Kak, bukan ke Awal Muharram tu mmg cuti umum utk nationwide? Pengganti cuti tahun baru bg negeri johor, apa sbnrnya ya?

    ReplyDelete
  27. Seb baik dapat bos camni. Tak tau tapi cuba memahami cara kita. Bertimbang rasa.

    ReplyDelete
  28. Oklah tu dapat bos yang memahami... :)

    ReplyDelete
  29. Bagus juga bila ada yang berani bersuara macam kakzakie untuk pertahankan hak pekerja...

    ReplyDelete
  30. Seronok dpt bos yang memahami.. Mcm bos asben suma xdak cuti, klu cuti pun dia ganti sabtu.. Raya pun kna ganti tmbh lg cuti merdeka ke apa ke.. Sobssob.. Tp setiap jumaat adalah hari bhagia sbb nk weekend.. Nak jejalan..hahhaha

    ReplyDelete
  31. Beruntung Kakzakie dan rakan-rakan, dapat bos yang memahami dan bersedia berbincang, tentu pekerja pun senang hati dan dapat bekerja dengan lebih bermotivasi.

    Hehe..jawapan Kakzakie tentang Hari Jumaat tu, memang terbaiklah!!

    ReplyDelete
  32. kerja lebih mudah bila saling memahami

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum kak..perkara yang mudah akan bertambah mudah andai ada toleransi..yang mudah menjadi sukar andai masing-masing berkeras hati...yup Friday always good day...

    ReplyDelete
  34. pandai akak explain kat bos...
    best kalo bos memahami pekerjanya...

    ReplyDelete
  35. bagusnye boss akak~
    bertuah dapat boss yang boleh tolak ansur cam tuh.
    rasanye ok jugak balance cuti di bayar semula kepada pekerja. kalo kampeni zura boleh bawa ke tahun hadapan sebanyak 5 hari jer. selebihnye burn. tapi zura x pernah bawa ketahun depan. tetapi setiap tahun hutang cuti.. hahahahaha. nasib big boss tak tolak gaji.. tolak dr cuti tahun depan jer.. hahahaha

    ReplyDelete
  36. Wah hebat KZ. Baguskan dpr boss bos mcm tu.

    ReplyDelete
  37. idop kakak!! heheh..
    betul tu.. toleransi tu penting.. baru la organisasi kite tu kukuh :)

    ReplyDelete
  38. Kalau bos yang bersikap toleransi ni lah yg best, harapkan bos nani kat sini, sampai cuti anan sakit pun boleh bergaduh besar tau. Bukan takat hari2 friday.

    ReplyDelete
  39. sgt setuju.. untunglah sbb boss masih nk berdiskusi dgn pekerja tntg hal ni.

    ReplyDelete
  40. Bagus boss kakzakie, cuti dibayar, tmpt kerja saya cuti tak dibayar jika tak habis huhuhu :(

    ReplyDelete
  41. bos betul bos akak... sgt bertoleransi... bt kite senang nk berkerja ngn dia... mudah utk kerjasama

    ReplyDelete
  42. Bagus juga majikan kak zakie, sudi mendengar pendapat pekerja

    ReplyDelete
  43. Untunglah kakzakie dapat boss yg boleh bertolak ansur. Ada boss yang tak abgi pekerjanya solat junaat.

    P/S Alangkah bagusnya kalau diselaraskan semua negeri cuti Jumaat kan kakzakie. Pengalaman duduk utara, rasa lain benar cuti Jumaat dengan cuti Ahad. Lagi satu, cuti raya hajji. Walhal raya haji tu sepatutnya lebih diutamakan. Allah sendiri hanya larang hambaNya puasa pd 1 Syawal saja. Tapi kalau raya Haji, diharamkan puasa pada i10 zulhijah dan 3 hari tasyrik. Duk kedah ni, kami diberi cuti raya haji dan 3 hari tasyrik:-))

    ReplyDelete
  44. Kalau bukan kanda yg nk mempertahankan mereka siapa lagikan kanda....
    Mcm Sabah Sarawak pulakkan kanda ....nk cuti good friday hehe

    ReplyDelete
  45. bagusnya bos kakak.. bertolak ansur begitu..

    ReplyDelete
  46. baguslah zakie berani beri pendapat dan pertahan hak, boss pun baik nak dengar pendapat anak buahnya..

    ReplyDelete
  47. amin.. mudah mudahn dapat lah nak bercuti dgn anak2 tu :D

    ReplyDelete
  48. betul tu kak. bertolak ansur antara majikan dgn pekerja itulah yg terbaik.. tidak merugikan sapa2 pun..

    ReplyDelete
  49. Bagus bila majikan n pekerja dpt berbincang baik2,toleransi dan saling memahami...barulah seronok bkerja!

    ReplyDelete
  50. selalulah kita menjadi insan yg menyenangkan insan yg lain. inshaAllah hidup kita di berkati. kami pun suka Friday, sebab weekend kat sini :-)

    ReplyDelete
  51. Kadang2 non-Muslim ni faham dan kita sebagai pekerja kena tunjuk imej/akhlak Muslim yg baik..bekerja satu ibadah..

    A good boss is hard to find..

    ReplyDelete
  52. bagus kakak. berani meluahkan pendapat.

    ReplyDelete
  53. nasib juga ada boss yg boleh toleransi dalam hal2 macam ni.boss akk ni Chinese ke?

    ReplyDelete
  54. perlu ada toleransi , baru dapat bekerja dalam suasana yang harmoni...

    ReplyDelete
  55. ye bagus..suka sgt2..dpt yg memahami ok

    ReplyDelete
  56. Indeed, toleransi dan komunikasi adalah sangat penting.

    ReplyDelete
  57. Ahamdulillah akak dpt bos yg boleh bertoleransi :-)...cuti am mmg patut cuti dpt juga quality time dgn family

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum Hjh,

    Sepatutnya Cuti Mingguan di Negeri Johor dah sepatutnya balik ke hari cuti mingguan yang asal JUMAAT......

    ReplyDelete
  59. Bagus la...byk yg diterima oleh boss...eeehhh, hr jumaat lelaki xbleh ke masjid ke? Harap tidak begitu la yea....kat png...1 januari cuti, 1 muharram pown cuti...

    Pss....Selamat Hari Raya Aidiladha akk...

    ReplyDelete
  60. alhamdulillah dapat bos yang paham walaupon bukan seagama.. bukan semua org agama lain boleh paham.. kadang yang seagama pon buat2 tak paham..

    ReplyDelete
  61. selamat menyambut hari raya aidil adha...moga gembira dan sejahtera selalu terutama ketika berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai...

    ReplyDelete
  62. mesti zana yg last komen kan? cerita dah basi baru dpt baca, sibuklah kakzakie, nak pindah rumah ni...
    Sabah ada Good Friday dan masa tu KK akan sesak kerana semua cuti.

    p/s: masa kerja dulu, hari jumaatlah yg kami nantikan...

    ReplyDelete
  63. 0o..bagus la kalau mcm tu kak..tmpt lama sy dulu pon mcm nie jgk..xsume cuti am diorang cuti..kena pilih nk cuti yg mana..nasib baek kat sini sume cuti am pon cuti..hehe

    ReplyDelete
  64. betul..kn ada sikap toleransi antara bos dan staff

    ReplyDelete
  65. dapat bos yg memahami xpe kak...kalo yg jenis x faham tu susah...jumaat adalah hari yg baik kan..

    ReplyDelete
  66. bagusnya kalau dpt bos yg memahami.. segala kerja dan masalah dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  67. setuju dgn jawapan akak tu... setiap jumaat adalah hari yg baik.. penghulu segala hari.. kan kak...

    ReplyDelete
  68. betul tu kak. bagi kita memang setiap jumaat tu baik. penghulu segala hari

    ReplyDelete