Saturday, October 26, 2013

Si Hitam pembuka selera keluarga

Usah dirindu merak kayangan 
punah pengabdian tanpa diduga 
sudah bertemu juadah hidangan 
rempah pemberian teman blogger 

Rempah - Sungguh tidak menjangka, akhirnya dapat juga aku merasa resepi izan mama mia ini
Pada hari Sabtu lepas, sedang aku membersihkah porch dengan adik dan hubby, ada pula posmen datang menghulur surat. Bungkusan dari teman blogger izan mama mia. Tiada isyarat diberi tiba-tiba aku mendapat rezeki. Tengahari itu juga aku olah daripada rempah yang diberi memandangkan bahan diperlukan semuanya telah sedia ada.
Resepi - Ikut saja resepi disertakan, tidak salah jika membuat sedikit penambahan. Aku masak separuh saja, sekadar ingin merasa. Boleh masak lagi bila si kakak-kakak balik kelak. Tambahan pula baru beberapa hari lepas daging telah menjadi hidangan kami.
Tradisi - Tumbuk menggunakan lesung lagi nikmat, barulah sedap rasa terangkat.
Aku juga ada masukkan sedikit lada hitam,  tumbuk bersama bawang-bawang dan halia. Tumis semua kemudian masukkan serai yang telah dititik. Tumisan masak masukkanlah daging yang telah diperap dengan rempah tadi, kemudian masukkan pula kicap. Tutup periuk, set anggaran masa biasa daging empok.. 

Dalam periuk - Walau hitam tapi menawan, rasa pula boleh tahan.
20 minit - Dalam pressure cooker sekejap saja, buka penutup masaklah ia.
Bila pressure cooker sudah berbunyi 'ting!', keluarkan wap dan buka penutup. Masukkan bawang besar yang telah dipotong-potong bulat. Kacau-kacau dan tidak perlu setting masa lagi sebab pressure cooker bila baru dibuka masih menggelegak dan mendidih lagi walau tutupnya dibuka. Apabila bawang sudah masak tuang dalam mangkuk hidangan. Hias dengan carrot yang separuh masak (aku buat sekali untuk berkongsi dengan sup) dan daun sup. Sedia untuk dimakan.
Sedia - Lobak dan daun sup sebagai penyeri, makanlah apa tunggu lagi.
Sup bebola - Makan pun ada padanannya, sebagai membuka lebih selera. Perlukan kuah ketika makan
Bungkus nasi dengan daun pisang - Bungkus begini sedap juga, sebaik dibuka semerbak aromanya. Masukkan ke dalam pinggan makanlah dengan lauk yang di hidangkan tadi.
Burung selasih hinggap di tangga
niat menuju ke tanah rata
terima kasih tidak terhingga
buat Izan yang jauh dimata

~~ Ingin bersahabat atau membeli rempah masak hitam ini silalah berhubung dengan izan di sini.~~

79 comments:

  1. Rezeki lg tu...alhamdulillah....
    Presure cooker amway tu kak....kenal sngt2....hehe...mmg mudah nak memasak kan...:-)

    ReplyDelete
  2. Rezeki tu dapat rempah homemade dari rakan blogger. Rasanya, sekarang ni dah tak ramai surirumah yang rajin nak buat rempah homemade ni. Biasa nak senang, terus beli yang dah siap je.

    Tapi part rasanya, awesome lagi rempah homemade dari yang dijual di kedai-kedai :)

    ReplyDelete
  3. Sedap tu kakzakie, zana pun plan nak masak daging hari ni.
    Sape potong karot tu? rajin bebeno..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....!
    Sedap nyer sup ayam kak...

    ReplyDelete
  5. waduh..terliur saya kat sini kak.feveret ni.hehehe

    ReplyDelete
  6. Mengancam menu akak ni.. sedap betul.. rempah tu saya pun pernah beli..sedap kan kak? Akak dapat sebagai hadiah, lagilah best....

    Sesuailah semua menu akak masak ni ..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dpt merasa rempah msk hitam kan kakak...sedap tuh makan dengansup bebola..boleh bertambah2 nasik jadinya..hheehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..rezeki kan Kak..
    sama lah sy, ada jg dpt rempah hitam ni..tapi blm cuba masak lg kak...:)

    ReplyDelete
  9. sedapnyaa...nanti nak pegi umah akaklah..akak masak sedap2 camni tau..hehehe:)

    ReplyDelete
  10. sedapnye masak kicap...

    mesti rasa pedas-pedas kan?

    ReplyDelete
  11. sedap nya..nak2 masak dalam pressure cooker mcm ni..jimat masa...tp yg lebih seronoknya dpt rempah tu...

    ReplyDelete
  12. fuhh kak.. tgk lauk hitam tu teringat org kawin.. hehe

    ReplyDelete
  13. Alhamdullillah rezeki,

    sedapnya tgk hasilnya bila dh siap dimasak..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah..rezeki dari Allah. daging masak hitam sedap tu makan dgn nasi panas2.

    ReplyDelete
  15. berangkai rezeki kak zakie,Alhamdulillah..org memberi kita merasa kan..sng ye masak guna teknologi canggih.hehe

    ReplyDelete
  16. penuh berpantun.. cayalah kak
    dah tue, menu plak sedap2 belaka...

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum..daging korban ye kak..ermm makan dengan nasi panas pun sedap tu kak..tambah petai..terliur kak..inilah kemanisan ukhwahkan kak..kadangkala tidak terjangka..

    ReplyDelete
  18. yana pon dh cuba rempah kak izan... memang terbaik!! sedap bangat.. hehehh

    ReplyDelete
  19. puitis sungguh akak...daging masak itam tu sedapnyer kak...

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah rezeki. Terus mencuba pasti pengirim tersenyum ceria. Bila lah nak beli dari izan :)

    ReplyDelete
  21. wah saya sgt suka masak hitam. bleh order lah gini =)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..rezeki murah kak zakie..

    feberet hubby kita tu daging masak hitam..:)

    ReplyDelete
  23. baru dapat makan kat rumah org kenduri..tapi yg ni nmpak meriah..

    ReplyDelete
  24. Alahai kak sedapnya...Saya pun suka tumbuk bahan dengan lesung batu baru best dari blender

    ReplyDelete
  25. sedap masak dalam pressure cooker ni kak.. rasanya kekal manis.. carrot kentang..sedapp..

    saya pun suka guna lesung batu.. bab ni ngikut mak saya..hehe.

    ReplyDelete
  26. sedap tu kakak.. alhamdulillah murah rezeki kakak.. :D

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah rezeki kakzakie..
    tentu sedap menu kakzakie hari tu kan

    ReplyDelete
  28. Assalamu'alaikum kakzakie

    Alhamdulillah..dan semua masakan tu tentu sedap..erm, kak terliur meat ball sop tu.

    ReplyDelete
  29. Daging masak hitam ni sedap tapi Aina tak reti nak memasaknya kak. Nampaknya lepas ni boleh sahaja oder dan masak je bila2 masa.

    ReplyDelete
  30. Nasi berbungkus daun pisang tu beli ke buat sendiri kanda? Dinda nak investigate ni hehe...

    Dinda pun pernah dapat dan beli ...mmg sedapkan....

    ReplyDelete
  31. hehehe.. saya macam biasa.. kalau nak makan ni request kat chef hubby.. ;)

    ReplyDelete
  32. sedapnya kakzakie...
    alhamdulillah...dapat rezeki lagi

    ReplyDelete
  33. Assalam kak.. nani kalau gi pasar malam gi cari nasi lemak.daun pisang utk anak2 ,, diorang makan sebungkus tak cukup.,kurang pun nak sorang dua bungkus tau.. berseri2 nampak daging masak hitam tu dengan hiasan carot.. sedapnya.

    ReplyDelete
  34. Ermm.. menariknya tengok daging kakak tu.. terliur tengok.. :D
    Cantek lobak merah tu potong cenggitu.. Kalau akak dok dekat umah.. mau nyer saya pi jenguk.. hehehe..

    ReplyDelete
  35. selalu jugak nmpk orang jual rempah masak hitam ni kat FB tapi tak pernah merasa lagi lauk masak hitam ni. tak tau nak agak mcmana rasa dia.

    ReplyDelete
  36. Salam bertamu dan bertemu kembali Kakzakie..
    Waa semuanya mengancam selera lauk-pauk tu Kakzakie. Ummi pun pernah try rempah hitam izan mama Mia tu, memang sedap!!. Nasi berbubgkus daun pisang, olala!!, bestnya!!

    ReplyDelete
  37. sedapnya...ada jugak tengok kat blog mama izan tu..kak..thanks mengikuti kisah saya...sayang akak...

    ReplyDelete
  38. sedapp nya haiii, tambah tengahari hujan nii lapar nyaaaa

    ReplyDelete
  39. senang je masak bila dah ada rempah siap mcm ni...

    rajinnya kakak siap buat carrot bentuk bunga lagi...hehe..

    ReplyDelete
  40. Senangnya membuat rendang hitam ni. Boleh cuba...rasanya sedap tak jika mengikut tekak akak la?

    ReplyDelete
  41. oklertu dah rasakan ... kitajer yang belumnyer... nampak pun sedap...

    ReplyDelete
  42. ermm nak kn try jugaklah...semua yang beli kata sedap...

    ReplyDelete
  43. Aduh mak! Sedapnya tgk lauk akak tu. Yummeh! Kat umah ade lg dagingnya. Tk dikerjakan lg. Ntah bile nak msk.

    ReplyDelete
  44. wahhh dah cuba ye rempah hitam kak izan.. mesti sdp kan...

    ReplyDelete
  45. As-salam Kak Zakie..

    Alhamdulillah.. murah rezeki.. bagusnya ada kawan yg baik budi.. sedapnya masak hitam tu.. presentation masakan kak zakie pun sungguh menggoda selera..

    ReplyDelete
  46. cepat mudah dan sedappp
    hehe rajin akak bungkus nasi guna daun pisang tuu ;)

    ReplyDelete
  47. waduhh..mengoderrr la kak...mesti sedap nie..

    ReplyDelete
  48. Alahaiiii...sedapnya tgk. Murah rejeki.

    ReplyDelete
  49. si hitam yg nampak memikat...stok daging masih banyak ye kak..

    ReplyDelete
  50. sedapnya tgk kak.. murah rezeki akak..

    ReplyDelete
  51. Tak pernah cuba resepi ni..murah rezeki kakzakie :)

    ReplyDelete
  52. "Cantiknya Merak Bagaikan Puteri
    Singgah mari tepian Istana
    Baik sungguh teman blogger Kak Zakie
    Begitulah indahnya dunia maya"

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum kakzakie....rezeki tu n pasti seronok dpt hadiah dr teman blogger...:)

    ReplyDelete
  54. nasi bungkus daun pisang..
    wah..tak tertahan melihatnya..
    cepat bebenor memasaknya kakzakie..
    tu yg paling best

    ReplyDelete
  55. salam kz ..
    baca doa makan dulu sebelum makan tu yer ...
    nampak menyelerakan sungguh ..

    ReplyDelete
  56. kakak memang pengguna amway ek. saya belum mampu lagi nak beli pressure cooker tu.

    nampak sedap daging kakak masak siap bungkus daun pisang lagi naik...

    ReplyDelete
  57. Tengukpun dah nampak sedap, apa lagi klu merasa...

    ReplyDelete
  58. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah blogger nampak kat dapurnya..

    ReplyDelete
  59. mmg sedap kak..lya pon pnh beli dulu

    ReplyDelete
  60. Assalam, KN pernah juga order rempah ini dari izan, memang sedap...

    ReplyDelete
  61. wah rajinnya kakzakie, siap bungkus nasi dalam daun pisang :)

    ReplyDelete
  62. Kalau bangsa kakak memanggil resepi masa hitam ini sebagai semur. Sebab bila kakak makan rasanya tidak lari dari resepi tersebut. Sedap dan menyelerakan kami sekeluarga.

    Terima kasih kepada semua yg memberikan komen N3 kakak ini:-

    asyifa mustaffa, Sylarius Yusof (rempah ini berbentuk serbuk bukan paste itu yg sedap dik), zana fahmi (carrot tu sebenarnya utk sup tapi kakak ambil sikit sebagai hiasan nak bagi seri sikit hihi...), :: Mrs.Eady ::, ct shah, Aisy Nasiha, ummuaidan, aTieYusof Family, Sura Mohd, Rapunzel Cikilolo, Eye_nee (kakak tiap hari gunakan periuk ini sebab nak cepat masak tak kiralah sayur pun sebab cepat panas Eye_nee), cheqna, ZazaMyMoon, Sweetmama, Sarah Talib, Puan Kutu, ::NureeN::, PeRdU cINta (ye PC daging korban rumah kakak banyak lagi), yana aina, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Ummi Iman, Fazleyatul Aini (boleh hubungi izan dari link yg kakak beri itu Lya), mama_ka0ri, redza, nohas, Nurulhuda Abdul Latip (dgn lesung tak perlu tambah air kan Huda itu yg kakak suka), Rai Ourkizuna (lama kakak guna ni Rai bertahun-tahun dah, steamernya pun bagus), Mizz Aiza (Dunia Kecil), Acik Erna, Werdah (hubby dan anak kakak makan mesti nak berkuah Kak Werdah), C.M.A @ CikMoonAdnan, JunAina (order aje dari izan senang Aina), hainom OKje (nasi aje yg di daun pisang sebab nakkan aromanya), aizamia3 (fahamlah kakak Ai ada chef di rumah), Qhaifa Nur, wanariahamiza, JaSSNaNi (nasi putih biasa pun kalau bungkus daun pisang sedap Nani, sebab ada aroma special, makan dgn lauk yg kita masak), acik idah, mala (sedap mala, boleh cuba belilah dari izan), ummiross (lama Ummiross bercuti ke manalah ye baru timbul ni), Kisah Si Dairy (sama-sama eda), S..U..D..@..I..S, Ako Si AiN, aanie, Bin Muhammad (kalau ikut tekak family kakak sedap sebab anak dgn hubby kakak suka masakan berkicap), Cho Zila, Haryati Faizal, faraherda.razalan, Deqla Manjew, Hanis Azla (rempah izan tu memang sedap Hanis), Cik Ecah (sebab nak aroma daun pisan Ecah), Haslinda Sadiken, Fiza Rahman, Riedaffya ibrahim (yelah ffya ini daging korbanlah ni), ~aYu~, ZalinZalina, umi alya, Miss Mirror a.k.a Sam, Mas Zull, ANIM (kakak memang guna periuk ini tiap hari sebab balik dah petang nak cepat gunakan ini. Sayur kalau masak tak sampai 3 minit dah siap Anim), aby (dah habis pun aby), eira eixora (ye kakak pengguna amway eira), Juhariah Johari, insan marhaen (alhamdulillah IM), LYAfrina, BUNDA a.k.a KN (dah merasa tahulah rasanya KN) dan Nor Azimah (bukan rajin Azi, tapi nak sedapkan tekak hihi...).

    Buat semua sekali lagi terima kasih dari kakak. Berkeinginan nak mencuba hubungi aje link yg kakak berikan itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  63. bilalah dapat merasa masakan Kakzakie, hihihi

    ReplyDelete
  64. tq kakak zakie... sudi mencuba... lega kali ni pos sampai...sblm raya dl ntah pergi kemana yer..huhu..

    wah mmg cantik warna masak hitam akak tuu,...

    ReplyDelete
  65. nampak berselera lebih-lebih lagi sup itu..:D

    ReplyDelete
  66. wah nampak sedap betul la...saya tak pernah beli lagi dari kak izan..teringin jugak nak try ni...

    ReplyDelete
  67. Sedapnya tengok especially tang sup tu.. :)

    ReplyDelete
  68. Bestnya kak bungkus ns lemk cam gitu. Nmpk berselera. Akk ni hebat la berpantun. Ada je idea.

    Kak karot tu menarik. Sy pun suka buat gini gk klw ke dapo.

    ReplyDelete
  69. sup bebola tu menggodalah kak zakie.

    hmmm.. terbau2 keharuman nasi yg dibungkus daun pisang tu kak.

    ReplyDelete
  70. Mmg sedap kan KA pun dah pernah buat !

    ReplyDelete
  71. Mmg sedap kan KA pun dah pernah buat !

    ReplyDelete
  72. sy dapat jgk rempah hitam ni... x pernah cuba masak lg.. padahal daging ada jer.. tgh amik mood..

    terima kasih akak selalu mendoakan kesihatan anak saya... terharu..

    ReplyDelete