Petang hari Rabu baru-baru ini bila aku balik kerja kelihatan adik sudah siap mandi dan solat asar tidak seperti biasa. Tiada yang istimewa untuk ditanya sekadar bertanya papanya belum balik lagi. Aku pun menjawab mungkin papa sibuk. Seperti biasa aku terus ke dapur menuju peti sejuk mengeluarkan sayur, ikan, udang dan paru-paru untuk dimasak buat makan malam.
Aku pendikkan kisah selepas anak-anak balik mengaji malam itu baru adik menunjukkan buku pinjaman yang baru diterima untuk kegunaan tahun hadapan. Kemudian memberitahu keputusan peperiksaan. Terkejut aku bila adik memberitahu keputusan peperiksaan akhir tahun adik mendapat nombor 15! Bila melihat semua kertas jawapan peperiksaan jelas memang patutlah itu keputusannnya. Begitulah walau satu-dua markah duduk di kelas adik sangat mencabar. Kena akur walau sedikit sebanyak membuat kami terpempan. Dua angka yang banyak dan tidak pernah diperolehi sebelum ini oleh kakak-kakak dan dia juga. Adik pecahkan rekod keluarga. Sedih dan kesal bercampur baur. Adik sudah mengalirkan airmata sebab takut kena turun kelas ke dua itu yang ada dalam fikiran. Belum ada lagi kalangan kakak dan dia sendiri pun belum pernah kena duduk di kelas ke dua.
Buku tahun ini - Kira semua jumlah untuk sedia dipulangkan semula kepada pihak sekolah |
Peperiksaan akhir tahun adik jalani sebaik naik dari cuti Hari Raya Aidiladha tempohari. Masa adik belajar itulah mama dan papa sibuk melayan tetamu yang tidak berhenti. Adik pula bila mama tidak ada di sebelah pastinya belajar sambil sekejap ke dapurlah, sekejap menjenguk mama, sekejap ke bilik air dan ada saja helahnya. Akibatnya inilah keputusan yang terpaksa di terima.
Susun - Buku lama sudah dipualngkan dan buku baru pun sudah diterima semalam. |
Nyata adik masih lagi memerlukan pemantauan mama sewaktu belajar. Andai tidak beginilah akibat yang akan diterima. Nombor 15 dari jumlah 36 murid bayangkan betapa jatuh merudumnya keputusan yang diperolehi. Mendapat keputusan ini langsung tidak berbunyi untuk bertanya bila mahu ke kedai buku. Biasa sebaik lepas mendapat keputusan pasti ada novel yang jadi sasaran. Tapi kini dek kerana pecah rekod paling teruk adik mendiamkan diri. Moga ini menjadi pengajaran buat kami.
~~ Malam itulah kami bermotivasi. Ketika bersalam untuk tidur pun pipi adik masih basah dengan airmata. Aku lagi sebak bila membaca suroh Al-Insyirah di ubun-ubunnya pun bagaikan ada yang tersengkang di kerongkong. Sedih.~~
Adik duduk dikelas terpandai competition pun tunggi kalau tak struggle betul2 memang boleh jadi ketengah nombornya..mungkin no.15 tak turun kelas lagi kot kakak..skurang2nya adik nyer attitude sangat bagus, dia kisah akan kedudukan numbornya tak spt kebykkan budak2..goodnextyear dik, usaha lagi..:)
ReplyDeleteAah kak.. betul cakap kak Ummuaidan tu kak..
ReplyDeleteDuduk di kelas pandai mcm tu la kak.. akak kene bagi adik semangat kak.. Utk dia usaha lagi...
Akak jgn sedey2 yer kak..
Masih ada masa buat adik...
ReplyDeleteBuat Adik,
ReplyDeleteKegagalan bukan bermakna perlu kecewa selamanya. Kegagalan memberi pengajaran yg berguna utk bangkit lebih berjaya dan cemerlang. Kegagalan menyedarkan akan kekhilafan dan keselesaan kerana kejayaan tidak semudah yang disangka. Terimalah dengan redha dan positif.
Teruskan bersemangat dan berusaha. Kembali menggapai impian dan bila berjaya ianya akan menjadi saat terbaik dan terindah yg akan adik nikmati, percayalah...
Adik...Jgn putus asa! Jgn bersedih lagi! Ayoh!!! mulakan langkah baru! Semoga adik berjaya... :)
Sebak pula mmbacanya....myb x trun kelas dik...sebab no di pertengahan...usaha lebih lagi tahun depan....
ReplyDeleteAda hikmah atas segala yg berlaku kak...
Alahaii.. sebak plak baca citer akak haini. Takpe Adik. masa ada masa untuk tingkat kan balik pencapaian adik. kena bekerja keras lah lepas nih.
ReplyDeleteTak pe...sesekali kena ada result mcm tu..supaya jdi pengajarn pd adik..
ReplyDeleteitu sbb nor selalu pesan pd anak2...jgn cpt berpuas hati..bygkn 95 kebwh mmg tk dpt pujian dr saya n suami pun..tmbh sekolh tmpt az, adi, imn bljar, mmg kbnykan semua dpt 100 peratus..
Cabaran sungguh sek di sini...
lps ni rajin la adik ye..takut sudah mguasai diri...tak apa usaha berganda yer dik...
kak,ada masa lagi tuk adik..nanti catch up balik yer adik..takmo sedih2 sangat..insya'allah tak turun kelas bawah..
ReplyDeleteAssalammualaikum kak..tidak mudah menggalas tanggungjawab menjadi ibu bapa dan bukan senang juga menjadi anak..dua pihak mesti saling bekerjasama..saling membantu..kadangkala dugaan yang menimpa insan lain turut boleh jadikan iktibar untuk kita..akak dan suami mesti lebih..lebih dan lebih kuatkan semangat untuk refresh adik semula..dan adik kena bertabah hati..ada hikmahnya..trust kak..ada hikmahnya..bila adik meniti remaja dan dewasa kelak..kisah ini menjadi memory buatnya..aunty jua always doakan ADIK..
ReplyDeleteAda pengajaran disebalik kejadian ini kakzakie untuk terus Muhasabah diri.. InshaALLAH tahun depan Adik akan beroleh kejayaan...
ReplyDeletealaa..sedihnya..
ReplyDeletejgn putus asa adik..gagal kali ni tak bermakna gagal selamanya..
mesti adik dah buat yang terbaik..doa byk2 moga tak turun kelas..
insyaAllah..tahun depan adik boleh buat yang lebih baik..:)
perlu jatuh..untuk bangun kembali..tak pernah jatuh..nanti tak tau perasaan orang yang jatuh...
ReplyDeleteKena bg semangat kat Adik ni agar dier tk terus down, serupa anak KA, takut sgt kalau diturunkan ke kelas ke 2, berusaha & berhempas pulas dier mentelaah utk make sure dpt no yg bagus & maintain di kelas 1. Tpi mmg sengit persaingan di kelas i ni, bersaing dengan anak2 cikgu/guru yang rata2 di kelas tu. Yang penting terus bagi sokongan pada Adik yer kak. Sama2 kita doakan anak2 kita kejayaan didunia & akhirat. Kerana perjalanan hidup mereka masih terlalu pjg lagikan.. Doakan yg terbaik utk Adik,cuba lagi tahun depan yer !
ReplyDeletealahai...takpe dik...bnyk mase lagi utk berusaha lagi ye..
ReplyDeletemungkin dia adalah 15 orang yang terbaik kak..insyallah...mana tau satu hari nanti dia pecahkan rekod menjadi orang yg pertama pulak...alhamdulillah
ReplyDeleteInsyaAllah nti adik akan bangkit semula kak..harap2nya no 15 tu akan memberi semangat utk lbh berusaha thn hadapan...amin! :)
ReplyDeleteterharu dengan kegigihan adik wpun adik ada rasa kecewa sikit.. tapi auntie percaya adik dah mmg buat yg terbaik.. chayokkkk adik boleh & yakin boleh ;)
ReplyDeletePasti Boleh DIK...ini juga ingatan buat kita ibubapakan kakzakie..terlalai sedikit dan tiada guide yg sepenuhnya dari kita ibubapa...jatuh merudum keputusan anak2...saya pun sering terlalai mengajar Yana kak..harapkan dua kakaknya saja utk tengok2kan kerja sekolah Yana...
ReplyDeletebuat itu sebagai pemangkin buat adik lebih memberi tumpuan kepada pelajaran dan tak culas2 lagi, adik pasti dapat buat lebih baik lagi selepas ini :)
ReplyDeletemasih banyak masa dik, berusaha lagi gigih untuk masa mendatang
ReplyDeleteinsyaAllah adik boleh catch up balik.
ReplyDeletemasih ada masa lagi untuk dia
jangan risau sangat ye kak :)
Setiap kejadian itu pasti ada hkmahnya..Kita memandang kemerosoton adik ini sebagai teguran supaya adik jgn alpa..
ReplyDeleteKdg kdg bila kita selalu dlm keadaan selesa kita lupa utk perbaiki diri..
Insha Allah, cub alagi lain klai yer dik :) Kak Zakie pun jgn la sedeh2 sgt..
InsyaAllah, berusaha lebih gigih lagi untuk tahun depan..perkara yg lepas, jadikan motivasi utk melonjak lebih tinggi..
ReplyDeletesetiap yg berlaku ada hikmah..takpe dik lepas ni usaha tekun lagi..jgn biar sejarah berulang.sekali kita jatuh tak bererti kita tewas..jadikan kegagalan yg sekali ni sebagai semangat utk memeperoleh keputusan yg lebih cemerlang dari sebelum ni. Insyaallah adik bijak budaknya, adik pasti boleh!
ReplyDeleteXpe dik,masih ada masa lg buat adik berusaha lebih baik dari yg ini.
ReplyDeleteOklah tu kak, yang penting Allah tau n nampak kita berusaha kak..tak apa, rezeki Allah tu pasti ada kak..amin
ReplyDeleteBukan Main Lagi Mak Shakira
masih 15 bukan 36....mungkin adalah sbb tuu
ReplyDeletelumrah kehidupan pasti ada kejayaan dan kegagalan.. semoga adik bermuhasabah dan terus bangkit untuk mendapatkan kejayaan itu..
ReplyDeleteBetul tu Kakzakie, kadang-kadang ada perkara yang membuat kita terpempan, umpama sedikit teguran untuk kita memperbaiki mana yang kurang atau terlalai. Ummi suka dengan sikap adik, insyaAllah airmata adik tidak sia-sia,teruskan usaha jangan putus asa ye adik.
ReplyDeleteTak ada apa-apa sgtlah tu. Taklah teruk mana. Inshaa-Allah, perjalanan adik masih jauh. Mana tau, rekod tak best nilah in future akan jdk the best of the best.
ReplyDeleteAdik, teruskan berusaha. Study smart ok? Jgn disebabkan terlampau nak bersaing untuk jdk yg the best, kite study hard smpi abaikan diri sendiri.
macam aiman anak sulung nur baru ni..bawa balik kertas exam sekolah agama...banyak yang gagal...tanya apa patut papa buat...rotan katanya terus hubby nur rotan bahagian kaki kak...berbelang-belang kiri/kanan...ini mungkin pengajaran buatnya...belajar sambil lewa....
ReplyDeletesekolah kebangsaan tak tahu dapat no. berapa pulak...
adik...masih ada harapan untuk berjaya tau...cuba lagi untuk tahun depan
sabar ye adik. janga n berputus asa.. terus berusaha,..
ReplyDeletestill ok lg rasenye..x turun kelas rasenye...x pe..usaha lg..dun give up ye adik =)
ReplyDeleteMenjadi yang terbaik itu mudah. Namun, mengekalkan kedudukan sebagai yang terbaik, itulah cabarannya. :)
ReplyDeletetakpe adik tahun depan usaha lagi k. jangan putus asa =)
ReplyDeleteSedih plak membacanya kak. Tak per adik. Boleh usaha lagi tu. Jangan putus asa.
ReplyDeletekak..takpela kak, lain kali adik kena usaha lebih je. kadang markah je yg berbeza sikit. nombor tu tak kisah berapa...kena motivasikan adik ni kak supaya dia tak terbawa dengan emosi sedih smp ke sudah.
ReplyDeletetakpe tahun depan bley usaha lagi...jan putus asa...
ReplyDeleteSalam kenal,
ReplyDeleteKeputusan anak saya pun merundum sikit berbanding yang lalu. Saya tak kisah tentang nombor tetapi peratusan kesemua tu yang saya ambil kisah.
Tak mengapalah. Mungkin ini pengajaran buat Adik kerana memecahkan rekod keluarga.
Kanda.....TLBD bukan pecah rekod lagi memang biasa dah dapat no banyak masa duk kelas atas....dia relax je hehe....
ReplyDeleteIngat nak masukkan tuitionlah kanda tahun depan ....dia lemah Matematik....kalau maknya yg ngajar sendiri susah dia nak disiplin
pengajaran bagi adik..mungkin adik leka sedikit..tapi dia dah belajar dari pengalaman..lepas ni mesti adik dah tekad..akak berikanlah dia lebih semangat..anak lelaki sura yg darjah 3 lagi best..tak ambik kisah langsung..kakak2nya dulu..bila tahap 2.mesti masuk kelas no satu..tp dia rileks jer duk kelas no 2.. kakak2nya selalu mengata dia..dia memang buat tak tahu jer..:(
ReplyDeleteJangan sedih adik...sekali gagal tak bermakna gagal selamanya... ada orang lebih teruk dari itu...
ReplyDeleteTakpe dik..sesekali gagal..baru kita tau erti kejayaan..
ReplyDeleteakak kene bg motivasi kat dia blk.. supaya dia jadikan pengajaran kan.. cian kat adik.. xpelah kak.. mungkin ada hikmahnya tu..
ReplyDeleteSalam kz,
ReplyDeletePodo karo farish ku. Keputusan perikso nay okeh merosot. Akibat kurang pemantauan seko bapak ea seng amban dino sibuk. Orak reti meneh entok no piro. Harap2 orak medok klas no 2 la. Taon ngarep UPSR.
Apepun kak, esok masih ada, sama2 kita prbaiki pmbelajaran anak kita
nombor tak penting.. yang penting markah kertas peperiksaan tu.. markah keseluruhan.. kalau banding dengan kelas ke due markah tu.. mungkin die nombor awal2..
ReplyDeletePada saya nombor yang adik dapat tu dah bagus sangat dah coz duduk kelas yang pertama kan..anak saya bila dok kelas pertama pun susah nak dapat antara 10 yang terbaik...
ReplyDeletekedudukan no 15 di kelas pertama.. x jadi masalah bg deqla.. melainkan kalo di kelas terakhir.. tp xpe adik, nanti cuba lagi.. pecut utk dptkan no 1 ye dik.. usaha lagi.. in shaa Allah..
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.
ReplyDeleteKesiannya anak2 sekarang... baru sekolah rendah dah stress sebab keputusan periksa... huhuhuhu...
family saya dan anak2 murid saya pun macam tu... huhuhu.
kadang2 stress sangat, muka tu hilang seri cerianya...
apapun perjalanan hidup jauh lagi. jangan stress sangat. ada masa lagi untuk tambah baik... caiyok caiyokkkk...
Takper, kalau no 15 tapi keputusan yang lain ok tak pe kan..Adik boleh cuba lagi, jadikan ini pengajaran dan moga lebih berusaha..Saya pun tak tau keputusan anak saya macamana..Sebab diaorang pun main2..Kalau teruk (biasanya saya nengok %) memang teruk jugaklah cuti sekolah ni diaorang kena belajar..Tapi kalau Zarif n Zara buat tak baik saya rasa saya yang bersalah sebab tak bersungguh pantau diaorang dan kekurangan masa serta kurang bagi perhatian..
ReplyDeleteTakper dik..lepas ni adik kena lebih lagi usahanyer yer..jangan sedih2 yer sayang...
ReplyDeleteadik.. boleh jadikan ini sebagai batu loncatan untuk berjaya di masa akan datang... percayalah. selalunya yang berjaya itu suatu ketika pernah jatuh dulu..
ReplyDeletepssst.. baru sempat nak terjah blog kak zakie..
kalo duk kelas pandai memang saingan tggi kak..insyaAllah lpas nih kne berusaha keras lg
ReplyDeleteYa allah sedihnya bca.. Insyaallah ade rezeki adik duk kelas pertama nnt... :)
ReplyDeleteTakpelah dik, lepas ni kena lipat gandakan lagi usaha, gagal sekarang bukan bererti gagal untuk selamanya....:D
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...usaha tangga kejayaan sabar yer adik...:)
ReplyDeleteSalam Kakzakie,
ReplyDeleteBegitulah anak-anak kita kan. Ada masa naik ada masa merosot sikit tapi tak aperlah. Nombor tu tak boleh diambik kira, markah yang perlu dijaga.
Itu pendapat kak anilah.
Assalam kakzakie
ReplyDeleteKita amat tahu kan, kakzakie, dalam pemeringkatan pencapaian, mesti ada yang di atas, ada yang di bawah. Akhirnya, pembangunan keseluruhan insan itu yang lebih penting. Bila anak-anak bergraduat, hatta sampai ijazah phd pun, kita sebenarnya risau sama ada dia boleh "dhadhi wong" atau tidak.
kalau duduk di kelas depan mesti kena usaha utk dpt markah tertinggi. tak apa jadikan pengajaran buat adik utk lebih rajin.
ReplyDeletesedih pula bila masuk skolah menegah tak dpt pinjaman buku teks.
takpelah kak zakie. kalau kecik3 dia dah perasan nanti boleh perbaiki. takde nak menyesal kemudian lagi. :)
ReplyDeletemmg sedih kak tp tgk pula markah yang adik perolehi, jika semua memuaskan hati itu sudah pastinya yang terbaik, sebab skrg makin ramai anak2 yang cerdik mindanya kan kak, takpe adik boleh berusaha lagi
ReplyDeleteDuduk kls no 1 mmg mncabar.mcm ank zila jgk.asal jgn turun kelas kn..klu dh kelas no 2 smgat cikgu yg mngjar pun dh lain nnt..hrap adik dpt terus kekalkn.10 terbaik.
ReplyDeleteKakak mulakan ucapan terima kasih buat semua yg memberikan komen membina ini. Alhamdulillah adik tidak kena turun kelas. Namun kesan tercalar dari kemerosotan ini moga dijadikan iktibar.
ReplyDeleteTerima kasih juga kakak ucapkan kepada semua yg sudi memberikan semangat untuk adik terus gigih dan menebus kekalahan ini:-
Blogger ummuaidan, mysha, Kakcik, Bin Muhammad, asyifa mustaff, Nafira usof, Knor, Zee Suhaini, PeRdU cINta (sewaktu bermotivasi kami dah sama-sama janji utk tebus kesilapan ini), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), mama_ka0ri, Nor Azimah (harap jatuh yg ini sebagi pemangkin Azi), Kesuma Angsana, :: Mrs.Eady ::, Kisah Si Dairy (menurut adik tidak ada yg kena turun kelas), aTieYusof Family, ZazaMyMoon, Eye_nee, Ann Ishak, Angah, Acu Sayang, Muja.., nohas, Puan Kutu )kami pun harap ianya tak akan berulang lagi),Nazayiena Ayiena, NURSHAKIRA ABDUL HALIM, izan mama mia, Mizz Aiza (Dunia Kecil), ummiross (dia boleh sebenarnya kalau belajar ummiross tapi hariitu memang dia sedikit lalai), faraherda.razalan (adik belajar bukan lama tapi yg penting dia kena belajar sebeb dia mudah ingat, masa nak periksa hari itu memang dia sedikit loalai sebab kakak sibuk dgn tetamu), Qhaifa Nur (keluarga kakak memang tak pukul anak Nur, kesianlah mesti sakit kan. Nasihat ajelah), ros_reeza, mummY daniSha, wanariahamiza, Fazleyatul Aini, Fiza Rahman, amirah, Haryati Faizal, Mummydearie (kalau tiap tahun ambil hadiah rasa terkilan bila tahun ini tak dapat naik pentas), hainom OKje (adik dari tahun 3 dah tuisyen dinda), Sura Mohd (adik sekarang dah tahap dua Sura, tahun depan dah darjah 5), BUNDA a.k.a KN, NEKCIK, Masya, aby (sebbenere kito pun silap jugak sebab orak njegong koro ndea moso belajar. Adik taon ngarep darjah limo), Fifi Nadhrah, ZalinZalina, Deqla Manjew, nhhas (sebeb dia paling takut turun kelas, apa lagi terpisah dgn kawan-kawan yg dah mesra dari ahun 1-4), Nurulhuda Abdul Latip (kalau nombor dah banyak tu konfom tak ada peluang nak naik pentaslah Huda), (Lizz) http://haslizalizz.com/, Mia Liana, Mimi Azirah, ♥ ROS ♥ (syukur Ros tak turun kelas katanya), Mia Kassim, Mas Zull, Mak Long a.k.a Kunang-kunang, Temuk (betul Pak temuk yg penting juga mesti nak jadi 'orang' tapi ilmu pun kena ada sebab adik masih mentah lagi), Amanina Mads, syuk shusuke, Aju Mohit, zila norazila (syukur Zila nasib baik adik pun tak turun kelas).
Buat semua terima kasih sekali lagi dan selamat bercuti.
Jgn sedey ye...in shaa allah kegagalan sekali akan mendidik kita agar tidak terleka dan mengulangi kesalahan yg sama nanti.mungkin adik dah biasa di zon selesa n dah confident.in sha allah...koga adik masih di kelas pertama tahun dpn n terys berusaha ye.jgn putus asa
ReplyDeletesemoga apa yang berlaku akan buat adik ingat dan berusaha bersungguh2 lagi, kadang2 apa yang kita gagal nak dapatkan kejayaan yang luar biasa menanti. InsyaAllah!
ReplyDeletesalam akak.. dah lama xjenguk blog akak... huhuhu... buat adik bnyakkn brsabar adat pelajar.. klu kita tekun inshaaAllah berjaya.. nomborn bkn segalanya.. asalkan ilmu yg kita dapat itu boleh digunakan sepanjang hayat... moga adik sentiasa berniat menimba ilmu untuk kegunaan sepanjang hayat dan bukannya untuk lulus periksa sahaja jika niat untuk lulus periksa ilmu yg dpt 2 hanya sampai stu jer.... huhuhuhu
ReplyDeletesalam k.zakie..
ReplyDeletealhamdulillah utk keputusan adik kali ini..walau agak kecewa dan sedih.
berusaha lagi utk yg akan datang.. adik pasti boleh!
tak pe adik... jgn frust... alhamdulillah syukur dengan keputusan tu... next time in sha Allah buat yang terbaik k?!
ReplyDelete