Sedikit terpempan..
Slot memotivasikan diri menusuk hati
Mencari-cari kedudukan diri sendiri
Motif berblog untuk apa?
Untuk menunjuk apa yang ada?
Untuk memberitahu kegiatan diri?
Ada rasa bangga?
Riak?
Ujub?
Masya-Allah!!
Berani tunjuk muka bangun tidur?
Bimbang dikata tidak cantik?
Takut dikata tidak kacak?
Paparan semua indah belaka
Sembunyikan semua yang duka lara
Tutup segala yang hodoh
Hipokritkah itu?
Astaghfirullah!!
Sejenak memikir
Ke mana hala-tuju
Mahu berkongsi kisah?
Dikata menjaja cerita
Mahu dikenali?
Tidak terlintas walau sekali
Mahu dipandang hebat?
Belum terlintas di hati
Untuk apa semua ini?
Allahu-Akbar!!
~~Aku termangu seketika~~
salam bakyu
ReplyDeleteJeru maksud keyei..
Mugo di paringi waras..sak kabehhan ney..
Ono bakat terpendem juga bakyu ku keye.
salam sabtu kak..
ReplyDeletesama2 kita kerja yer..
kadang terpikir gitu jgk kakak...motif utama berblog nie..kdg risau, tp bila seronok menulis..lupa lak kerisauan tu..
ReplyDeletetp kalau utk mncr nama atau dikenali tuh tidak sekali lah...mungkin sbg sedikit pengisian ms n menjana minda tuk menulis...
Sama dengan Shakira, kadang2 terfikir juga.. :)
ReplyDeleteMacam Cantik Je..Macam Comel Je..
Tapi zura selalu dapat ilmu dan muhasabah diri di blog akak~
ReplyDeleteInsyaAllah, bermanfaat jugak untuk orang lain.
Kak, terima kasih yer. atas penerangan untuk fakta pertama n3 zura haini. memang mengharap akak yang bagi penjelasan untuk fakta itu. hehehehe.
Sy sebab suka menulis..InsyaAllah tak terpesong dr niat tu..bila berblog ni dpt jg timba ilmu..belajar apa yg patut dlm usaha sy memperbaiki diri....moga dijauhkan dr sifat riak atau pn berbangga diri.. tq kak sbb sntiasa mengingatkan..
ReplyDeletesaya berblog sebab mau platform untuk bercerita je. sama ada dengan gambar atau tulisan.
ReplyDeleterisau taruk gambo muka time hodoh? tak...sebab muka time tak cantik saya ada je kat blog orang lain. takpe je. sebab memang dah gitu rupa saya. heheh.
Sama2 kita fikirkan kak zakie
ReplyDeleteyer kak... byk kali terfikir.. risau diri terbabas.. dan pernah tersentak malu bila berbicara ngan teman yg bc blog sy.. rasa serba salah dan malu sgt...
ReplyDeleteApa yang kakzakie kata tu memang betul....yang penting keiklasan.
ReplyDeleteuntuk apa? haha..entah. lost kadang2..
ReplyDeletesalam sabtu kakak.. betul tu kakak.. aiza pun terfikir juga..
ReplyDeleteSemalam tengok halaqah tv9... terfikir juga kak... tapi dalam diri selalu untuk mengelakkan rasa untuk menunjuk2 atau bangga diri.. mungkin kita tak rasa begitu tapi coretan kita menampakkan kita begitu atau begini.. walaupun tujuan kita untuk lain.. ermm...
ReplyDeleteUmmi pun selalu juga terfikir begitu Kakzakie, sebab tu bila buat n3 kadang2 berkali2 perbaiki, takut ayat2 disalah tafsir.
ReplyDeleteSama2 kita berlapang dada, anggaplah blog sebagai tempat perkongsian rasa, penjalin ukhwah sesama kita, jika tidak berblog mana mungkin berkenalan dengan Kakzakie dan lain-lain teman blogger. Jika Kakzakie menyepi, pasti hilang seorang teman maya yang sangat disayangi.
Blog juga tempat ramai mencari rezeki sampingan, penjana ekonomi bagi umat Islam secara kecil-kecilan. InsyaAllah moga ada keberkatan.
ps:ummi pun ada niat nak berhenti berblog ni, lately ni sibuk memanjang, hehe..
Assalammualaikum kak..betul kak jua selalu juga terlintas macam tu..bila nampak follower bertambah senyum..sedangkan azan asar sedang berkumandang..kufur nikmat ke aku ni..lebih banyak jua bercakap takut makin banyak jua buat silap..biasanya macam tukan..owh sangat takut..takut buat orang terasa..itu pun dosa juga..kecilkan hati orang..apa pun kita berbalik pada niat kan kak..moga Allah restu apa yang kita lakukan..
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan tu Kak....alhamdulillah setakat ni belum terpesong daripada tujuan asal berblog... :D
ReplyDeleteTepuk dada tanya selera...
ReplyDeleteSegalanya datang dari hati. Jika niat kita baik dan ikhlas...Insyaallah baik juga dapatnya. Perlu tahu garis sempadan agar tidak sebaliknya pula yang kita dapat...
Wallahualam...Allah jua maha mengetahui.
sama la kite...
ReplyDeleteterfikir adekah perkongsian ni skdr untuk menunjuk-nunjuk atau memberi manfaat pada orang lain.
terima kaseh atas renungan...
InsyaAllah, byk ilmu dunia dan akhirat boleh diperolehi dr blog. Teruskan menulis, kak..kdg2 pengalaman org lain menjadi pedoman, motivasi, panduan bagi orang lain..keep up a good work..
ReplyDeleteselamat berhujung minggu kak..3-4 kali jugak sy baca entry ini untuk paham betul2 apa yang akak cuba sampaikan..tq sebab ingat mengingati kak.. :)
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
biasanya kita tidak mampu hendak memuaskan hati semua pihak...
ReplyDeletesalam ziarah hujung minggu sambil baca entri akak. :)
ReplyDeleteKadang bila terlalu teruja untuk berkongsi cerita, lupa akan impak penulisan itu. Draft saya hampir sama banyak dengan posted entry sebab tulis2 tapi risau nak publish, so simpan jer la situ.
ReplyDeleteIkut niat..juga kata hati kita kan kak....kdang...ada je sy tepikir mcm tu...terpulang juga pada orng yg menerimanya....
ReplyDeletebetul kak..kadang nak menulis pun datang rasa takut-takut timbul rasa riak...contoh macam sy..dulu suka lah share apa2 yang dimasak sendiri di FB..mungkin terlalu kerap memasak mungkin..ada yang menyindir...entah lah...terpulang lah pada niat kan..dan terpulang pada penerimaan...wallahualam
ReplyDeleteItu terpulanglah pada niat masing masing..mungkin ada yg dapt mmngambil iktibar atau panduan dari blog kita...janji jgnlah kita mendabek dada..seolah olah semua kita tahu...nekcik suka kongsi pengalaman sendiri dansekurang kurangnya mengaktifkan minda...terpulanglah cara kita mengendalikan nya..Allah berikan kita aqal dan fikiran..so gunakan lah sebaik mungkin...ilmu pun tak semestinya ilmu ugama..setakat sepinggan nasi goreng yang di ajarkn jugak ilmu!!
ReplyDeleteSaya menulis sekadar suka2 & untuk tatapan anak2 di masa akan datang, langsung tiada riak & mahu menonjolkan diri di khalayak ramai tapi sebagai seorang insan biasa, mungkin ada juga salah silapnya, itulah amat mengharapkan teman2 alam maya perbetulkan @ sila beri teguran sewajarnya..
ReplyDeleteAkak sama mcm nor...selalu berfikir begitu..betul kta2 ummiros tu...
ReplyDeletesuami selalu jadi rujukan saya..dia selalu pesan ...boleh berblog...tapi bermanfaat dn yg paling penting Allah redha.
IM menulis kerana suka menulis. Kerana mahu mengabadikan kisah-kisah hidup IM dalam bentuk tulisan supaya boleh dibaca oleh oleh anak cucu nanti. Kerana merasakan tulisan IM ini akan menjadi berharga setelah 20, 30 atau 50 tahun nanti..
ReplyDeleteAgaknya....
ikut pada niat masing2 kak..moga kita dijauhi dari perasaan riak dan ujub... kadang2 terlajak dan terfikir juga apa yang saya buat tu betul ke...
ReplyDeleteKak, dunia ini penuh dengan macam-macam orang. Yang riak dengan rupa, yang riak dengan harta benda, yang riak dengan pangkat, yang riak dengan anak-anak pun ada. Saya jadikan puisi akak ni sebagai peringatan untuk diri sendiri, agar membuang jauh rasa riak dan sombong dalam dunia blog ini. Terima kasih kak
ReplyDeleters terkedu sekejap bila baca entry akak tu..bila pikir2 kembali rsnya berblog ni sj sekadar nk coretkan pengalaman seolah2 diari..tiada lgsg nk bermegah atau berbesar diri :)
ReplyDeleteselamat hari minggu kak :)
bermula amal itu dengan niat...maksud hadis
ReplyDeletekita minta dengan Allah agar pelihara hati kita selalu..kerana kita bukan siapa-siapa...
renungan yg simple tp mendalam =)
ReplyDeleteSalam K.Zakie..
ReplyDeletetersirat makna disebalik kata2.
sebulan blog cma kosong tanpa entri..memikirkan apa motif cma menaip kat sini..skrg cma dah tau :)
cma sendiri akui. kadang2,bila share pengalaman diri ada yg kata penulisan kita seakan menunjuk.terpulang pada allah yg maha mengetahui :)
thanks akak mengingatkan cma..
salam weekend bt akak sekeluarga :)
apa pun yg kita tulis , jgn sampai " menelanjangkan " diri serta ahli keluarga kita ...
ReplyDeleteWalau apapun tujuan berblog, kita perlu tentukan niat di hati kita bertujuan ke arah kebaikan terlebih dahulu.
ReplyDeleteAssalam, pernah juga berfikir begitu...banyak kebenarannya ..bila difikir2kan balik tujuan asal terlibat dialam maya ini hanya suka2 dan mengisi masa lapang, hanya untuk berkongsi info dan pengalaman juga meramaikan kenalan...bukan untuk berlumba2 mencari populariti..
ReplyDeleteMaka tiada tekanan di situ..... menulis sekadar ada idea dan info untuk berkongsi...tanpa mejurus terlalu taksub dan membawa kearah lalai dan alpa...
Dan masih berpijak dibumi nyata , dialam realiti... InsyaAllah...
Assalamualaikum kak.. selamat pagi..Ros pun menulis blog sekadar untuk dijadikan kenangan, panduan diri Ros sendiri... tak terniat nak membangga atau menunjuk.. Apa pun, smeuanya bergantung kepada niat masing-masing.. akan ada yang suka, dan akan ada yang kurang gemar...
ReplyDeleteHarapan kita semua moga entri-entri kita tidak disalah-anggap. Apa yg kita tulis sebagai perkongsian. Mana yg baik jadikan teladan yg tidak baik jadikan sempadan.
ReplyDeleteTerima kasih semua yg sudi menitip komen di sini:-
TiranaAduka, Zee Suhaini, ummuaidan, NURSHAKIRA ABDUL HALIM, Nafira usof, aTieYusof Family, gadisBunga™, Puan Kutu, mama maman aka yana, Sarah Talib, Chot, Mizz Aiza (Dunia Kecil), acik idah (kakak terpanggil buat ini sebeb tengok halaqah itulah Idah apa yg Prof Muhaya katakan), ummiross (kalau yg jadila blog sebagai bizz totally tak samalah ummiross), PeRdU cINta, Mia Kassim, Bin Muhammad, Rapunzel Cikilolo, nohas, Azlan Strider, Papa Mifz, wanariahamiza, Nastyna, asyifa mustaffa, nadia rashid, NEKCIK, umi alya, Knor, insan marhaen, BERT, memmetlenggeng, Cik Aini, Nor Azimah, mummY daniSha, ♥ Cmª shIemª ♥, harumankasehvee, Sylarius Yusof, BUNDA a.k.a KN, ros_reeza.
Bersama kita jadikan medium blog sebagai berkongsi. Andai terlajak harapnya segeralah kita berpatah balik sedarkan diri kita.
Maaf dan terima kasih sekali lagi dari kakak.
semua bergantung kepada niat dan motif masing-masing...kita sendiri mencorakkan halatuju apa yang kita lakukan
ReplyDeleteRenungan bersama..
ReplyDeleteTQ kak :D
menulis perkara-perkara yang baik, yg boleh org jadikan panduan, insyaallah dapat pahala sedekah jariah
ReplyDeleteSalam Kak,
ReplyDeleteSaya langsung tak punyai motif berbelog...
Saya berbelog sebab boring di opis kerana kat opis hanya boleh buka blogspot, website lain semua dah diblock.
blog sy juga tak punya pengisian... saya hanya update berkenaan hobi saya je. :D
bukan untuk menunjuk2 tp sebahagian dr hobi, dan apa yang diceritakan kat blog pun sekadar tuk simpanan esok2...
ReplyDeleteInsyaAllah selagi niat kite betul..yg pnting ikhlas...
ReplyDeleteyg penting kita ikhlas berkongsi apa yg terbaikkan !
ReplyDeleteapa yang kita niatkan, itu yang kita dapat..
ReplyDeletesaya berpegang pada prinsip itu. saya pernah nak stop blogging.sampai ke mekah saya bawa doa saya supaya Allah tunjukkan jalan:-))
Asalnya rietta berblog, utk catatan diari peribadi...semuanya private sahaja....tpi selepas rakan rakan asik mohon gmbar yg rietta ambil...rietta upload di nlog, dan mnta dorg download sndiri....dan selepas itu, mula bw dan berjumpa rakan rakan....rietta menjadi sronok bertemu rakan baru...walau hanya secara maya....tiada niat nk menunjuk nunjuk ataw cr publisiti...cuma utk berkongsi cerita dengan rakan rakan....moga tiada yg berkecil ht dengan rietta....
ReplyDeleteEmmm....
ReplyDeleteMoga perkongsian cerita kita langsung tidak ada niat sekelumit pun untuk meraih murka Allahkan kanda...
Astaghfirullahalazim...
nauzubillah.. mudah-mudahan kita dijauhkan dari sifat mcm tu.. deqla pun kdg2 byk kali fikir kak.. contoh nak buat entri penghargaan terima hadiah apa2 tanda terima kasih pun risau dikata riak..dikatakan nak tayang2.. hmm.. apapun tanggapan org, yg penting hati kita x mcm tu kan kak..yg penting nawaitu.
ReplyDeleteSaya lebih selesa entry yang santai tanpa mengusutkan fikiran..
ReplyDelete