Tuesday, November 19, 2013

Rezeki bila tiba musim cuti sekolah

Bila cuti sekolah saja, akan bermulalah majlis bertunang, majlis menikah, majlis kenduri-kendara atau apa juga majlis yang melibatkan saudara-mara dapat berkumpul bersama-sama untuk meraikan majlis yang dirancang.

Hari pertama cuti sekolah akhir tahun 2013 - Majlis pertunangan anak kakak yang menyewa rumah kami
Bila ada majis pertunangan atau pengantin pula pasti ada gubahan. Gubahan pula mengikut kretiviti masing-masing. Ada yang hasil tangan sendiri. Tidak kurang juga ada yang sanggup menempah hingga ribuan ringgit semata-mata untuk mendapat kepuasan di hati.

Cantik - Semuanya hasil gubahan sendiri.
Apa yang pasti, mereka yang menjana pendapatan yang berkaitan dengan musim cuti sekolah pasti dapat imbuhan yang berlipat-kali ganda. Mak andam, Pak andam, syarikat membuat gubahan, syarikat catering, pembuat kek/coklat, sewa-beli khemah, kedai peralatan pengantin dan sebagainya semuanya senyum lebar.

Menggoda mata - Ferraro Roche yang sedap tu:)
Begitulah indah dan seronoknya hidup dalam kelompok bangsa Melayu, sehinggakan mereka yang bukan Melayu pun sudah pandai bahkan ada yang lebih maju perniagaan mereka dengan menjadi pembekal barangan untuk kegunaan komuniti masyarakat Melayu. Bahan membuat kek/coklat, alat membuat bunga, perencah masakan semua rahsia telah mereka tahu. 
Tersusun - Sebelah kiri dari perempuan untuk lelaki dan kanan dari lelaki untuk pihak perempuan. Selamat bertunang buat mereka. Jaga pergaulan moga kekal hingga disatukan tahun hadapan.
~~ Melimpah-ruah rezeki bila cuti sekolah Allah berikan dengan berbagai bentuk dan cara.~~

79 comments:

  1. dah berderet kad jemputan kakzakie..
    rezeki juga buat tuan rumah dan pengantin kan kakzakie..
    salam keruk, hihi:-))

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kakzie..
    suma gubahan tuh akak ke yg gubah?..kreatif sunggoh yee..

    ReplyDelete
  3. Bagi yang kreatif, kraf tangan halus elok buat sendiri jer. Jimat dan lebih puas hati.

    ReplyDelete
  4. Bagi yang kreatif, kraf tangan halus elok buat sendiri jer. Jimat dan lebih puas hati.

    ReplyDelete
  5. Saya ni risau la...tak pandai nak gubah2 ni..anak dara dah la ramai..

    ReplyDelete
  6. hai... nampak gayanya kena belajar mengubah ni, maklum le anak2 makin membesar..

    ReplyDelete
  7. kreatif = penjimatan dalam membina gubahan...

    ReplyDelete
  8. salam akak.
    akak ke yang buat gubahan tu..cantik..

    ReplyDelete
  9. akk banyak kenduri ke kena hadir kak.selamat berkenduri ye kak.hehehe

    ReplyDelete
  10. cantik betul semua hantaran tuh kak zakie....sonok yer

    ReplyDelete
  11. seronoknya tengok hantaran yang cantik2 ni..segar mata..:)

    ReplyDelete
  12. Salam Kak..
    musim cuti sekolah ni lah mmg byk majlis perkhawinan, pertunangan dll..bertambah2 rezeki org yg menjana pendapatan drpd hasil itu...ALhamdulillah!... cantik2 gubahan tu Kak...:)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah...thn ni, berderet gak wedding invitation. Mak buyung ni teringin nak makan nasi kenduri, kak...hahahah!

    ReplyDelete
  14. saya perati..mmg lebih ramai org cina yg meniaga brg hantaran org kita ni kan. tau je diorang ni...

    ReplyDelete
  15. Akan tetiap mnggu ler gantung periuk belanga....off msak...mkn nasi minyak....:-)

    ReplyDelete
  16. time cuti sekolah jer, weekend jalan jem kan hihi.. kendurilah.. bercuti lah.. mcm2

    ReplyDelete
  17. banyak la tempahan musim cuti ni kak. ramai yang naik pelamin / tunang

    ReplyDelete
  18. Inilah bulan mak2 pak2 andam dan katering mendapat imbuhan rezeki berganda...jgn ambil kesempatan naikkan harga sudah...

    ReplyDelete
  19. sy takat ni dah kumpul 6 card jemputan bermula majlis hujung minggu ni...musim kenduri datang lagi....suka jugk buat persiapan majlis ni seronok!

    ReplyDelete
  20. Assalam Kakzakie..
    hurmm asal musim cuti sekolah je dah pasti jemputan kenduri kahwin sana sini yer kak.. :)

    ReplyDelete
  21. Musim cuti sekolah musim orang berkenduri kendara yer kakak..mmg orang yg pandai boleh buat duit dgn adenya majlis2 gini..
    kat sini cuti sekolah dalam seminggu lebih lagi, so far takder jemputan kenduri 1 pun lg..heheh, takder org nak kawen kot..:)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah kak..bt tambah pendapatan..utk org mcm knor yg tak pandai ni..

    belajar tk tinggi mana pun...syukur dgn limpahan kurnia dr Allah

    ReplyDelete
  23. Betul tu kakak, bila tiba musim cuti sekolah mamang meraka ni dapat banyak tempahan, rezeki masing-masing. Boleh tumpang gembira dengan musim perkahwinan ini.boleh lihat orang bahagia.

    ReplyDelete
  24. Biasalah kan kak zakie, musim cuti mmg berebut org nk buat majlis. Sampai kan nk bercuti pun kena tarik tarikh ke sana sini x jumpa ruang sbb byk kenduri

    ReplyDelete
  25. kalau duk umah mak ni confirm ada orang tempah utk buat hantaran..kita suka jugak hias2 hantaran ni..hihi..

    ReplyDelete
  26. musim cuti sekolah musim penyatuan dua keluarga

    ReplyDelete
  27. tu la kak..kira ni jenis bisnes yang bermusim jugak..cuti sekolah mesti ramai yang buat kenduri kan..
    zee takat ni blom lagi ada jemputan..heheheee..kalo kat kampung dah berderet la..kat sini nan hado..

    ReplyDelete
  28. Kakzakie..ummi bila duduk jauh ni, jarang dah dapat menghadiri majlis kenduri-kendara, bila teringat memang seronok dan meriah dapat jumpa saudara mara yang lama tak jumpa.

    ReplyDelete
  29. Betullah kanda.... rasa dan dan ni jugak nak kursus kraftangan nak bukak bisnes gubahan pengantin kanda hehe..
    Nampaknya sama cita rasa dengan kanda...BILUUUS

    ReplyDelete
  30. Kalau kat KL ni gi je Nilai 3 semuanya ada siap duit je kak.

    ReplyDelete
  31. Bila cuti skolah ni mmg byklah majlis kan kakak..
    Cantik gubahan kakak buat tu.. :)

    ReplyDelete
  32. kak zakie...
    byk ke jemputannya?
    teringat zaman2 sebelum kawen dulu...eh...tetiba...

    ReplyDelete
  33. cantik dan kreatif gubahannya :)

    ReplyDelete
  34. senang lah kalau boleh hias sendiri..nnt anak2 kawen sume buat sendiri

    ReplyDelete
  35. Amboii akak... pandai yer buat gubahan... :D
    Ermm.. kalau idah mau hancur semua barang tu jadinya.. hik3x...

    ReplyDelete
  36. Assalammualaikum kak..meriah dengan undangan majlis kak..belum lagi masuk pun tahun 2014..tapi undangan majlis perkahwinan dan sedia menanti..kak sirih junjung tu cantiklah..:)

    ReplyDelete
  37. Setakat ni saya baru terima 3 kad jemputan...:) Saya tangan kaku tak berseni nak gubah2

    ReplyDelete
  38. memang betul bila cuti sekolah..kenduri kawen sana sini...
    seronoknya kalau dapat gubah sendiri kan kakzaie...1 kepuasan juga

    ReplyDelete
  39. kita sebelum cuti sekolah dah busyjer ngan kenduri kawen.. cuti sekolahni nanti mesti lagi bestkan..

    betoiler yang menjual secara besar2an bangsa dia gak yerk.. kitani buat bisnes kecil2anjer...walhal berkaitan ngan adat dan budaya kitakan..

    ReplyDelete
  40. cantik hasil gubahan tu kakak.. lebih jimat dan puas hati jika buat sendiri..

    ReplyDelete
  41. cntik hntrn..

    byk jmputan cuti skolah ni kan..

    ReplyDelete
  42. Sayangnya tak ramai Melayu yang berani berniaga.

    ReplyDelete
  43. adik lelaki zura pon kawen Jumaat haitu. hehhe. semua gubahan hantaran buat sendirik jer.

    ReplyDelete
  44. tu dier kak... dah bermula cerita pengantin2 ni bila cuti sekolah. KA pun gemar buat2 hantaran mcm ni !

    ReplyDelete
  45. musim cuti sekolah.. musim buat duit & musim belanja duit juga kak... hehehe

    ReplyDelete
  46. Moga jodoh mereka berkekalan hendakNYA.

    ReplyDelete
  47. cuti sekolah musim kenduri kendara ...

    ReplyDelete
  48. Lepas nie tiap2 minggulah ada majlis kahwin....

    ReplyDelete
  49. Musim cuti skolah sinonim dengan kenduri kawen kan :)

    Alhamdulillah rezeki dari Allah juga kan :D

    ReplyDelete
  50. Musim cuti sekolah ni memang banyaklah jemputannya. Seronok juga bila dapat berjumpa dalam satu majlis. Memang betul sekarang ni bukan Melayu pun dah pandai membuat gubahan untuk majlis kahwin kita.

    ReplyDelete
  51. Seronok buat gubahan nih kak.. sha suka... hik3

    Kak sha pun tak taw mcm mn nak solve problem yg gambo no entry tu..

    ReplyDelete
  52. musim ct sekolah sinonim sgt musim org kawen nak bertunang kan

    ReplyDelete
  53. betul kakzakie..jemputan pun dah berderet menunggu untuk dipenuhi..

    ReplyDelete
  54. Hujung-hujung tahun ni macam biasalah, akan tiba musim cinta. Cewah!

    Haha.

    Time-time macam ni kalau ada kemahiran bersangkut dengan majlis perkahwinan memang tak menang tangan terima tempahan macam-macam.

    ReplyDelete
  55. cuti2 skolah la ramai yg berkenduri kendara.. deqla pun bakal tolong akak buat hantaran..tp utk abg kandung sendiri la..hihi..bln dpn in shaa Allah deqla follow rombongan merisik bagi pihak abg.. ;)

    ReplyDelete
  56. Musim cuti sekolah vs musim orang kahwin tak dpt dipisahkan.

    Akk buat ker gubahan tu.

    ReplyDelete
  57. Tu la kan kak zakie...
    Last2 cina yg conquer bisnes peralatan kawin Melayu! nasib la kita kena makan makanan yg halal...agak agaknya kalau tak, catering kawin pun cina yg conquer!

    ReplyDelete
  58. Wah boleh gantung periuk kuali ni kakzakie... banyak undangan yg diterima tu :)

    ReplyDelete
  59. ya betul tu kak, dah mula dah kenduri kendara ni...syok jugak klu join sama2

    ReplyDelete
  60. Suka tgk gubahan. Cantik cantik. Tpnx pandai nak buat

    ReplyDelete
  61. Masa budak2 suka sangat kalau dapat rasa kuih2 hantaran ni.. walaupun cuma kuih baulu, bangkit, putu dan agar2/puding..

    Musim raya, musim kawin memang bangsa cina yang banyak buat duit..

    ReplyDelete
  62. Salam kak.. kenduri hujung tahun ni memang banyak, moga-moga cuaca menyebelahi mereka ya kak..

    p/s : jom tengok blog kita..ada entri lain sikiiit..

    ReplyDelete
  63. salam.
    catik. org melayu memang terkenal dgn kreatifnya.

    ReplyDelete
  64. seronok la kalau amongs the family boleh buat gubahan sendiri.. tak payah nak bayar mahal2 kat orang lain :D

    ReplyDelete
  65. Kan..dorang mmg pantas dan cekap ambil peluang berniaga apa pun, satu yg saya respek dorang boleh lebih maju sebab dorang rajin.

    ReplyDelete
  66. lbh baik beli bakul hiasan yg dah siap drp gubah sendiri sbb kosnya lbh krg jer . tu la yg saya nampak masa abg kawin dulu ...

    ReplyDelete
  67. musim nasi minyak kak..
    barakallah untuk semua pasangan baru!

    ReplyDelete
  68. Musim cuti sekolah, musim kenduri kendara...hehe

    ReplyDelete
  69. aduhhhhh..orang sekarang ...majlis bertunang pun dah macam majlis nak kawin...tapi kan..alangkah indahnya kalau buat ikut yang disyariatkan..tiada pembaziran..macam Diana Amir tu...

    ReplyDelete
  70. Menghadirkan diri atas undangan yg kita terima adalah satu kewajipan sebenarnya. Namun sekiranya ada yg membuatkan kita terhalang kewajiapan itu terjatuh serta-merta. Oleh itu selagi mampu dan boleh kenalah kita menghadirkan diri undangan/jemputan yg kita terima.

    Gubahan semua itu bukan kakak yg buat. Adik-beradik kakak yg menyewa rumah kakak yg membuatnya.

    Terima kasih semua yg sudi memberikan komen:-
    Anim, Cik PUan Fadli, azieazah (betul Azie), Sarah Talib (tapi ramai sanak-saudara biasa boleh membantu jgn bimbang), umi alya, lia, redza, Kisah Si Dairy (taklah Eda), Cik Puan Rara, Umi Qi, Sura Mohd, aTieYusof Family, faraherda.razalan (puas makan nasi minyak baby dlm tu Fara), :: Mrs.Eady ::, Ujie (betul Ujie, mereka dah pandai), asyifa mustaffa, Mila@Rimbun, Fazleyatul Aini, Eye_nee, nadia rashid, ZazaMyMoon, ummuaidan, Knor (macam Nor salah satu yg dpt menjana lebih kan cuti sekolah ni - syukurlah Nor), Pokok Manggis Depan Rumah, Lydia Miza, mama_ka0ri, Mimie_Zatun, Zee Suhaini, ummiross, hainom OKje (boleh dinda pelan-pelan), JunAina, Ratu Hatiku (bukan kakak buat sayang), azian, C.M.A @ CikMoonAdnan, Zuraidah Butang, acik idah, PeRdU cINta (pandai mereka buat kan), Nurulhuda Abdul Latip (akan bertamabha kad tu Huda), Qhaifa Nur, Cho Zila, ,Mizz Aiza (Dunia Kecil), Kniedaz, nuyui a.k.a miss YUI, Aziela (kalau ada pun tak sehebat org dia kan Ziela), Nafira usof, Kesuma Angsana, Queen Teratai, aizamia3, Masya, Nazayiena Ayiena, Myra Jay, Mummydearie, mysha, izan mama mia, Acik Erna, Sylarius Yusof, Deqla Manjew, Fiza Rahman, Daddy Ziyyad (nasib baik tak pada catering ye hihi...), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), wanariahamiza, Haryati Faizal, Rai Ourkizuna, Ibu Lala, makchaq, che mid (CM pun busy dgn sound system ye), Juhariah Johari, Time Traveller, Nastyna, harumankasehvee (diaorg buat bakul sendiri dari suratkhabar vee, siap varnish lagi - berbaloi cuma modal varnish sebotol tak sampai 10 ringgit), dhiera, Mia Kassim.

    Buat semua terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  71. ramai kwn2 dkna kawen musim cuti nie..

    ReplyDelete
  72. Betul tu kak..bila bermulanya cuti sekolah mmg bnyak majlis kenduri terutama sekali jemputan kahwin..saya sejak pindah ni kemain banyak jemputan kahwin dapat...suka tau mkn lauk kenduri...

    ReplyDelete
  73. salam k.zakie..

    btl2.. cma ada 4 jemputan kahwin utk bulan ni.. belum bulan depan lagi..

    hehe.. cma uska menyibuk bwk dulang hantaran...sbb ada mcm2 terhias cantik :)

    ReplyDelete
  74. Rezeki cuti sekolah. Gantung kuali la nampaknya!

    ReplyDelete