Friday, November 15, 2013

Sejenak ke Kompleks Pekan Rabu

Membawa Mak Zah ke Kompleks Pekan Rabu hari minggu lepas. Sebenarnya ini kali pertama kami menjejaki kaki ke sini sebab tidak pernah ada tujuan. Sunyi sepi. Aku  rasa kalaulah tidak ada pejabat kastam immigresen di sini lagilah boleh jagi gajah putih sajalah bangunan tersebut. Tetapi kali ini pergi kami kerana mendengar iklan di radio berkenaan sakit kepala disebabkan resdung yang boleh diubati. Puas sudah berjumpa doktor kali ini kami mencuba cara tradisi moden.

Bilik pendaftaran  - Selepas mendaftar dan ambil nombor kena tunggu giliran

Bilik rawatan - Satu sessi hanya boleh memuatkan tiga orang pesakit.
Aku dan hubby tidak dibenarkan masuk kerana bilik rawatan tidak besar. Menurut Mak Zah sewaktu treatment, muka diurut seperti kita membuat facial sebaik diberi minum ubatnya. Kemudian direhatkan sebentar. Bila sudah bersin-bersin akan dibawa ke tempat untuk menundukkan kepala. Masa itulah semua sisa perkumuhan keluar dari hidung. Sampai merah-merah mata dan hidung Mak Zah sebaik keluar dari bilik itu. Begitu juga makcik yang membuat pemeriksaan sama di sebelah Mak Zah. 

Res-Dung Juice - RM150/- sebotol ini. Untuk seminggu ini kelihatan macam agak berkesan. Kalau betul kenalah diteruskan. Apa yang penting juice ini mendapat kelulusan yg tidak membimbangkan.

~~ Kita berusaha tetapi yang menyembuhkannya tetap Allah juga.~~


61 comments:

  1. mahal jugak jus tu ye. harap berkesan la

    ReplyDelete
  2. kak zakie, pekan rabu di kedah nun ke? semoga mak zah segera sembuh ya.

    ReplyDelete
  3. Mahalnya jus tuh kakak..harap2 berkesanlah..kalau tak tak berbaloi kan..
    ssh jugak nak berubat resdung kan..byk dengar yg tak menjadi jer..:)

    ReplyDelete
  4. pekan rabu kt johor sana mmg la sunyi sepi,klu pekan rabu kt alor setar meriah sgt kak zakie..tp kami org utara dh tak heran denan pekan rabu.hehe

    ReplyDelete
  5. Semoga mak zah sembuh dari resdung,mahal juga juice tu ya......

    ReplyDelete
  6. kat mana Pekan Rabu ni kak zakie? Kukup?

    ReplyDelete
  7. assalam..kak zakie..
    saya selalu gak singgah pekan rabu nie tapi tak perasan pulak kedai nie.

    ReplyDelete
  8. Boleh tahan jugak regenya ye, tapi kalau nampak kesan positif apa salahnya kan :D

    ReplyDelete
  9. pekan rabu kat kedah ke kak zakie? moga mak zah cpt sembuh..

    ReplyDelete
  10. nak tau jugak pekan rabu mana? kalau kat AS tak mungkin sunyi sepi. hehehe

    ReplyDelete
  11. boleh tahan gak regenya..harap berbaloi...:)

    ReplyDelete
  12. Pekan rabu mna ni kak...? Setau sy pekan rabu femes..kat kedah nun....

    ReplyDelete
  13. Bangunan Pekan Rabu tu, ctk. Tapi tataulah condition skg ni mcm ne. Mmg klu takde tmpt tumpuan, bangunan tu boleh terbiar kosong je kak...

    ReplyDelete
  14. tu le kan kak....perubatan tradisional pun kene cube gak....selalu tgk org buatrawatan resdung ni....berlendir2 keluar kat hidung....nak suruh husben lieya buat sbb die mmg ade resdung....

    ReplyDelete
  15. Salam Kak..klu Pekan Rabu kat Alor setaq tu pernah lah pegi..hehe..
    bagus rawatan resdung ni..harapnya berkesan lah kan..sini msh susah nak cari ubat2 utk resdung ni kak..

    ReplyDelete
  16. Bagus info ni Kakzakie, kalau menjadi dan berkesan rawatannya,boleh juga yang ada masalah yang sama mencuba.

    ReplyDelete
  17. pernah pergi pekan Rabu ...untuk beli ole-ole dari sana .....

    ReplyDelete
  18. Kat Kukup yer kak. Yang penting kita berusaha kan.

    ReplyDelete
  19. jauhnya ke pekan rabu kak...
    hope blh sembuh dan sihat :)

    ReplyDelete
  20. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya rasa kena resdung lah. Pagi2 dah pasti bersin dan mudah sgt hidung berair. Ingat nak juga mencari ubat yg bersesuaian...tapi Pekan Rabu, jauhnyaaa.
    Cuba cari dulu yg dekat2 sini...takut juga, rasa mcm makin teruk pula ni...

    ReplyDelete
  21. As-salam kak zakie..

    Semoga rawatan itu berkesan hendaknya.. semoga terus diberikan kesembuhan.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  22. Kita kena berusaha kan kak..selebihnya kerja ALLAH..anak saya yg sulung dan suami ada resdung ni..bila sejuk2 atau tidue beraircond...bersin dan automatik kene selsema....

    ReplyDelete
  23. tak pernah jejak kaki ke sna,,saya pun ada resdung..tapi bukan resdung di hidung..tetapi di muka..

    ReplyDelete
  24. Muga Mak Zah cepat sembuh. Kalau beli ubat mahal2, lepas tu sembuh ok juga. Rasa berbaloi. Tapi kalau sebaliknya.. pasti kecewa sedikit sebanyak.. Apa pun, kita hanya berusaha.. tapi Allah yang maha berkuasa dalam segala2nya..

    ReplyDelete
  25. Pekan Rabu ni di Kedah tu ke? Eh, kat JB takda namanya Pekan Rabu, kan. Apa-apa pun semoga Mak Zah cepat sembuh resdungnya.

    ReplyDelete
  26. rm150? boleh tahan jugak harganya ye kak! hope bagus lah utk akk.

    ReplyDelete
  27. Makchaq pun ada masalah resdung.. kalau berkesan ubat tu nak jugak mencuba...
    dulu pernah buat yg guna lilin tu.. bertahan lama jugak.. sekarang dah jadi balik..

    ReplyDelete
  28. aiza pun resdung teruk.. setiap pagi mesti bersin.. jauh pula nak ke johor tu kakak.. takde ke cawangan dekat-dekat KL?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum kak.. Ros pun tak pernah masuk Pekan Rabu tu.. tak tahu pun ada apa kat dalam tu.. cuma waktu malam je, pernah pergi kat kawasan tu ada ala-ala bazar karat kan?..

    ReplyDelete
  30. Semoga rawatan kali ni berkesa buat kakak..

    ReplyDelete
  31. semoga mak zah cepat sembuh kak..

    ternampak periuk noxxa di belakang tu.. hehe..

    ReplyDelete
  32. betul tu kak, kalau dah ke dr pun x nampak ape kena cuba jugalah rawatan alternatif nyer kan.... x salah mencuba & tq berkongsi yer !

    ReplyDelete
  33. Ingat kat kedah je je ada Pekan Rabu.

    ReplyDelete
  34. resdung ni tak boleh mkn seafood...tambah udang,belacan dn yg sewaktu dgnnya...

    cara terbaik berbekam..setahu nor le..

    ReplyDelete
  35. kesiannya selalunya kak SA tgok yang jenis asap2 kat hidung tuh pas tu kuar ulat2 tuh..yang jenis mcm ni x pernah jumpa lagi...

    ReplyDelete
  36. mahalnye juice...

    ni mesti super mujarab ni...

    ReplyDelete
  37. as-salam
    salam jumaat dari saya
    lama tak kemari.kakak sihat?

    mahal kalau ok alhamdulillah.semoga cepat sembuh buat mak zah

    ReplyDelete
  38. kat johor pun ada pekan rabu...sempoi

    ReplyDelete
  39. Anak sulong saya dulu resdung juga..sekarang nampak macam dah OK.. kalau tak asik gosok hidung aje.. Mudah2an Mak Zah cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  40. Akak tolong bagi feedback makzah seterusnya yea sebab suami saya resdung agak teruk gak...kalau boleh nak buat treatment cam gini gak..

    ReplyDelete
  41. jauh pergi berubat kakzakie...bahaya juga resdung ni...dari teruk baik kita berubat...moga Mak Zah cepat sembuh...

    ReplyDelete
  42. jauhnya smp ke kedah nun... dulu miza pun ada resdung.. skrg ni alhamdulillah dh ok... guna sabun jer.. ;)

    ReplyDelete
  43. betul tu klu nak beli sebarang ubat kn ada kelulusan, klu tak nanti ada je yg tak kena..sapa nak tanggung?

    ReplyDelete
  44. RM150 jus tu? botol besar mana? mahal gak eh..tp kalo bagus xpelah.

    ReplyDelete
  45. Mudahan dapat menyembuhkan dan merawat..insyaallah

    ReplyDelete
  46. Sha ada resdung gak kak... teruk.. Mudah-mudahan berkesan..

    ReplyDelete
  47. Moga rawatan ni sesuai dengan Mak Zah

    ReplyDelete
  48. Uish terkjeut tengo harga jus tu, tapi kalau berkesan apa salahnya melabur sikit, tu la kita usaha, Allah yg menentukan.

    ReplyDelete
  49. Assalammualaikum kak..asalkan kita dah berusaha..selebihnya serahkan pada Allah..kuasa penyembuhan itu hak NYA..amin..moga mak zah segera sembuh..

    ReplyDelete
  50. johor pun ada pekan rabu rupanya. ingatkan kat aloq staq kedah saja ada pekan rabu.

    mahal jus tu. mudah2an berkesan. saya pun ada sinus jugak. macam-macam dah ikhtiarkan. sekarang ambik alfalfa pulak.

    ReplyDelete
  51. Kombinasi perubatan moden dan tradisional moden..InsyaAllah, mujarab..usaha, doa dan tawakkal..

    ReplyDelete
  52. saya pun resdung, cuma kontrol makan jela, tak makan sea food..


    kzakie..saya dah sambung cerita tu..datangla yea

    ReplyDelete
  53. Bila kakak menumis baidanya Mak Zah tak berhenti akan bersin-bersin dan bersin. Itulah salah satu tanda dia ada resdung. Sudah puas ke KPJ tapi tak juga sembuh. Adalah baik sekejap tapi banyak benda alahan. Dia memberitahu ada iklan dalam radio dan itulah kakak dan abang bawa dia ke situ.

    Kompleks Pekan Rabu ini terletak di Johor Bahru ye kawan-kawan. Bukan nun di Kedah sana. Tak sanggup kakak pergi jauh benar hihi..

    Terima kasih semua yg sudi membaca dan memberikan komen:-

    Fazleyatul Aini, KakNi, redza, ummuaidan, Puan Kutu (memang tak samalah sebab ini bangunan bukan pekan), Nazayiena Ayiena, Daddy Ziyyad (hihi... org Johor pun tak tahu ke? Sebelum sampai Angsana bangunannya doc. Tempat org buat passport juga tau, bukan Kukup), Be Simple Beb(BSB) - threeQ (ini di JB BSB bukan di Kedah sana), Myra Jay, mama_ka0ri (bukanlah tapi di sini tempat kakak juga), mala (ini bangunan bukan pekan tapi nama dia Kompleks Pekan Rabu), Sura Mohd, Fiza Rahman, asyifa mustaffa (hihi... kesian Pekan Rabu Johor org tak tahu ye), faraherda.razalan (betullah fara, sunyi sepi kalau tak ada pasar malam), lieyalatif (cubalah Lieya bila balik Johor boleh pergi sini, tapi kena buat appointment dulu), aTieYusof Family (ini di JB Atie), ummiross (kenalah berusaha dulu ummiross, harap berkesan), Sukma Haron (kakak tak boleh komen blog Sukma tau - sedih), Aziela (bukan di Kukup Ziela, tapi di JB dkat dengan Plaza Angsana), Cik Ecah (eh... ini dekat aje dgn rumah kakak tak sampai 15 minit bukan yg di Kedah sana), Bin Muhammad (betullah itulah simptom dia BM), Hanis Azla, Eye_nee (memang org resdung macam itulah Eye_nee - kesian kan), Kisah Si Dairy (Eda cubalah pergi dekat aje kan. Tapi call dulu utk buat appointment), Penjejak Mimpi, Mummydearie (Hihi... ini di JBlah MD), Cik Puan Rara (sama juga ke specialist lagi berganda-ganda Rara tapi tak sembuh juga), makchaq (biasa Makzah ke KPJ atau klinik aje makchaq, tapi nak cuba yg ini pulak), Mizz Aiza (Dunia Kecil)(kakak tak tahulah kalau ada cawangan di KL Aiza), ros_reeza (yelah kalau ada pasar malam ala-ala bazar karat, tapi hari minggu lengang sunyi sepi Ros), Ratu Hatiku, Rai Ourkizuna (dah bertahun dah berjasa Noxxa tu Rai), Kesuma Angsana, JunAina (ini bangunannya bernama Kompleks Pekan Rabu), Knor (betul Nor, kena banyak pantang - tak pernah berbekam lagilah), Amanda Suria (yg asap-asap tu tak pernah buat lagi SA), Rapunzel Cikilolo, QasehnyaRania, Sarah Talib, ZalinZalina, Nurulhuda Abdul Latip (boleh cubalah Huda, dtg JB. kalau dari Batu Pahat sebelum tiba Plaza Angsana ambil lane kiri sekali akan nampak bangunan tu), Qhaifa Nur (ini dekat JBlah Nur), Queen Teratai (bukan kedahlah Miza, tapi di JB aje), Haryati Faizal, BUNDA a.k.a KN (hihi... ini di JB KN), Deqla Manjew (lebih murah berbanding kalau ke KPJ macam-macam pil dan treatment tapi tak sembuh juga), aine ainun, mysha (berubatlah Sha), umi alya, Nastyna, PeRdU cINta, Murni Alfathunnisa (bangunan dia diberi nama itu Murni), nohas, Nor Azimah (kakak dah baca dan komen pun Azi).

    Buat semua terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  54. Betul selagi terdaya kita berusaha ajelah kan kanda, yg menyembuhkan tetap Allah... Moga Mak Zah baik lepas ni

    ReplyDelete
  55. Moga mak zah cepat sembuh...rsau juga dgn resdung nie...mcm mcm kesan sampingan dia...

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum kakzakie...oh yer ke ada sbb jarang singgah ke pekan rabu ni...:)

    ReplyDelete
  57. resdung ni mmg kna cara berubat baru sembuh...satu yg tak tahan dengan resdung ni, bersin la..moga mak zah cepat sembuh yek...

    ReplyDelete
  58. salam K.Zie..

    klu kat tempat cma kitorang panggil GHURAH.
    semoga semakin smbuh resdungnya

    ReplyDelete