Walau belum pernah bersua muka. Namun jalinan ukhuwah melalui blog erat terasa. Bertambah lagi apabila mendapat email mahukan alamat aku bagi membolehkannya mengirimkan buku yang sangat baik sebagai panduan dan pembelajaran anak-anak yang sedang meniti ilmu. Siapa lagi teman atau sahabat itu kalau bukan Mila. Teman blogger yang membuat jualan buku ini.
Sampul kiriman - Tidak terucap dengan sekadar terima kasih buat Mila. Sungguh adik sangat gembira apa lagi mood mahu naik sekolah sudah ada sekarang. |
Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris - Inilah bukunya. Kini adik bukan saja ada beg sekolah, kasut dan baju baru tetapi juga ada buku baru yang tidak diduga dapatnya.Terima kasih adik buat auntie Mila. |
Buku 1 - Grammar (tatabahasa) & Latihan Pengukuhan. Sangat berguna buat anak-anak dari usia 6-12 tahun kalau mengikut pandangan aku. Namun kepada mereka yg agak lemah yang usia bawah 15 pun boleh saja. |
Kandungan buku 1 - Lihat kandungannya. Kepada ibu-bapa boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan asas ketika sama-sama duduk mengajar anak mengulangkaji pelajaran. |
Buku 2 - Vocabulary (Perbendaharaan Kata). Aku rasa anak yang berada di tadika pun boleh menggunakannya. Banyak perbendaharaan yang boleh diberikan tunjuk ajar buat anak-anak yang baru bertatih. Kepada anak yang sudah berada di sekolah rendah pula boleh dijadikan pengukuhan pembelajaran. |
Kandungan buku 2 - Lihatlah sendiri kandungan yg tercatat untuk kandungan buku 2. Sebagai penjaga seperti guru-guru tadika atau taska buku ini pada aku sangat baik dijadikan panduan. Tidak kurang yang berada di sekolah rendah boleh dijadikan rujukan. Buat ibu-bapa yang selalu duduk mengajar anak ketika mengulangkaji buku ini juga boleh membantu. |
2 dalam 1 - Sebenarnya buku ini dibuat dalam satu buku. Bukan syampu rambut saja ada 2 dalam 1. Buku ini juga dibuat begitu teliti. Beli satu dapat dua pembelajaran yang sangat baik. |
Bertemu muka entah bila
tetapi buku sudah diperolehi
Jzakallahu Khairan buat Mila
dari kami satu famili
Kepada sahabat semua samada mahu berkenalan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku ini silalah ke blog Mila atau boleh email my.milakamila@gmail.com. Moga tahun baru buku ini dapat membantu anak kita lebih cemerlang. Buat Mila sekali lagi terima kasih dari kakak.
~~ Buku yang baik sampai bila-bila pun boleh dimanfaatkan sebagai rujukan.~~
oh my engglish...bagus laa buku nih
ReplyDeleteBaguslah buku ni kakzakie... terima kasih kakzakie kongsikan disini, saya rasa nak beli jugak Mila ni... anak2 saya lemah jugak bahasa inggeris tambahan Nabilah darjah 6 tahun depan nak ambil UPSR kan.. Macamana nak hubungi mila ni kakzakie. Thanks again :)
ReplyDeleteseharusnya setiap rumah ada buku cam ni..sangat bagus..rasanya sura pun kena beli jugak sebab buku2 lama dah teruk..zaman along n angah kecik2 dulu..yg ni keluaran syarikat apa ya?..
ReplyDelete*untung kakzakie selalu dpt pemberian dari sahabat2 blog..:)
Salam kak..
ReplyDeleteMesti bagus buku ni utk anak2 belajar BI..
nanti nak terjah jg blog Mila lah..:)
alhamdulillah reeki adik
ReplyDeleteSalam kak. Best tau belajar vocab dengan grammar ni. Memang bagus buku ni.
ReplyDeleteSalam kak zakie...akak apa khabar? hari ni bekpes apa? wah best buku ni..ilmu yg bermanfaat...
ReplyDeleteMcm menarik jer buku ni. Murah rezeki ☺☺
ReplyDeleteDapat lagi...memang murah rezeki akak. Jeles pula...haha.
ReplyDeleteGurau jer...semoga ikatan ukhwah sesama blogger bertambah erat, orang berbudi kita berbahasa.
rezeki adik! alhamdulillah
ReplyDeletesaya dah beli buku dari mila ni...abang uwais suka..
ReplyDeleteohh bagus nie..alhamdulillah!
ReplyDeletehuhuhu.
ReplyDeletesemoga adik cepat pandai.
:)
Wahhh... untungnya adik! ALhamdulillah.. berkat berkawan kerana ALLAH kan kak! <3
ReplyDeletenampak bagus bukunya.. menarik tu..
ReplyDeleteBertuah adik, dapat buku yang bagus tu, semangat berkobar ye adik..semua serba baru, tentu tak sabar nak kembali ke sekolah.
ReplyDeletebanyak tu sekali dapat..untung adik..sentiasa murah rezeki..
ReplyDeletemurah rezeki untuk adik
ReplyDeleteMenarik la buku nie. Adam tak berapa suka membaca, so dia tak dapat mahirkan bahasa nya. Buku ni bagus untuk kanak2 macam Adam rasanya.
ReplyDeleteoh my english...
ReplyDeletekak, buku2 mcm ni bkn saja baik buat anak2.
ReplyDeleteMak pak pun leh guna gak.. Belajar sama ngan anak2 mesti lagi best kan.. Nak beli jugak
alhamdulillah murah rezeki adik ....seronoknye dpt bahan ilmiah gini kak...byk manfaatnyer...jgn kate adik tapi satu rumah boleh menggunakannye.....
ReplyDeletemudah-mudahan adik mendapat manfaat dari buku2 ini....
bestnya adik dapat banyak buku...semoga ukhwah di dunia maya ni berkekalan yer kak..
ReplyDeletewaa....bestnya adik. murah rezeki adik. semua dpt baru nak masuk sekolah. mesti semangat berkobar2
ReplyDeletealhamdulillah rezeki adik.. :D
ReplyDeleteRezeki Kakzakie dan adik lagi...best! Sy pun smpi la ni tak bape mahir dlm grammar. Huhuhuhu!
ReplyDeletesalam singgah. bagusnya perkongsian kakzakie. boleh buat hadiah jugak ni untuk adik atau anak-anak. adik ku sudah ke matriks pun boleh ku kasi jugak ni. hehehhehee
ReplyDeletewah wah wah..nampak best je buku ni. untung anak kakzakie dpt free..
ReplyDeletebagus buku ni kak, kak mila jual ke buku tu
ReplyDeleteKak.. knape tak tunjuk contoh isinya.. nak juga tengok.. :(
ReplyDeleteRasanya bukan anak je boleh guna ni kak kalau Aina beli dgn mak sekali guna.
ReplyDeletesalam kak.. sihat? lama x jenguk ke sini.. wah.. best la adik dpt buku ni..
ReplyDeleteTahniah Kakak~
ReplyDeleterezeki kan~ kawan2 blog semua baik2.
Boleh intai2 jugak buku nih untuk Anis.. :)
minat untuk meguasai bahasa lain terutamanya BI, ..bagus suatu usaha yg perlu dijadikan contoh buat anak2.., anak sy pon suka dgn subjek BI...selalu cari bahan beli kat kedai buku je..kalau ada online mcm ni laaagi bagus. t.kasih berkongsi info kak.
ReplyDeletebagus buku ni..siap ada latihan lagi, betullah 2 in 1..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki di awal persekolahan.Petua kak Zai banyak membaca buku2 inggeris dan selalu bercakap bahasa inggeris.
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt sst yg berfaedah tuk pembelajaran adik..semga dpt manfaat sepenuhnya..
ReplyDeleterezki kakak mmg sentiasa tidak putus kan..:)
Budi yang baik, pasti dikenang juaa...
ReplyDeletesalam kak zakie
ReplyDeletewah bestnya adik dapat buku mudahnya belajar bahasa inggeris dari auntie mila ea..ni kena usaha sampai berjaya speak inggeris,buktikan kat auntie mila..tanda timekasih adik kat dia hehe..gudluck :)
mesti lepas nih semakin fasih adik berbahasa inggeris...=)
ReplyDeletebagus buku ni, kalau ada anak or anak sedara bleh beli kat mila :)
ReplyDeletetambah lagi koleksi nampaknya.
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie....bertuah adik ada yg sudi bagi buku2 yg baik ni...:)
ReplyDeletealhamdulillah rezeki adik.. nmpk menariklah buku2 tu..
ReplyDeleteakak, sha pun nak beli la buku nih.. utk sha... ehehhehee mak terjah la sat g blog nih.. tq akak share..
ReplyDeletebertuahnya adik..semua dapat..semalam dapat mak mertua..arini dapat buku...hihi..gurau je
ReplyDeleteKalau kat M'sia, mesti saya pun order buku tu.. duk jer negara omputih, tapi grammar masih tunggang langgang.... hihihi
ReplyDeleteboleh juga nor belajar ni...
ReplyDeleteTgk dlm fb pun Ada org gtau buku ni
ReplyDeleteBagus , belum beli lg, blh la perbaiki speaking ;)
barang yang elok mestiler disokongkan.. tapi tuler kalua membacani tak berapa nak jadi kena masuk kelas gak baru mudah...
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki dari kenalan ye kak...adik pun tumpang seronok...:)
ReplyDeleteLps nie adik leh spiking la kn..ilmu harus dicari hingga ke akhir hayat kn kak
ReplyDeletenampaknya saya pun kena cari satu set untuk ajar anak2 tadika saya, thnks kzakie sharing.
ReplyDeleteMila bukan saja seorg blogger tetapi juga seorg ibu dan isteri, pekerja dan yang paling mengagumkan soal jahit-menjahit beliau sangatlah professional. Mintalah jahit apa pasti menjadi dah hasilnya sangat memuaskan. Itulah sebabnya kakak suka ke blog beliau.
ReplyDeleteKepada yang mahu membeli buku yang kakak perkatakan ini atau menempah telekung atau apa juga jenis jahitan seperti sarung bantal, cadar dan sebagainya silalah ke link yang kakak berikan di atas.
Apa pun terima kasih semua yg sudi memberikan komen N3 kakak ini:-
izan mama mia, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(Yati klik link yang kakak bagi itu ye), Sura Mohd (apa susah Sura beli aje dari Mila - kakak dah bagi linknya), aTieYusof Family, umi alya, t.a.t.a, intanfirdaus247, Fiza Rahman, Bin Muhammad, redza, (Lizz) http://haslizalizz.com/, :: Mrs.Eady ::, Rapunzel Cikilolo, YUS, Rai Ourkizuna, ummiross, Zee Suhaini, Ema Johari, Aziela, Eyriqazz, Muja.., lieyalatif, Amanda Suria, amirah, Mizz Aiza (Dunia Kecil), faraherda.razalan, Umi Nazrah, Sherwieyna Muzzawer, Ann Ishak, acik idah (Idah silalah ke blog Mila ada tunjuk), JunAina (betul Aina kita pun boleh guna jadikan rujukan), Queen Teratai, Nafira usof, PakcikLie PCL, nohas, Zaitun, ummuaidan, azieazah, Roha, Papa Mifz, Tihara, Juhariah Johari, Mas Zull, Deqla Manjew, mysha (silalah Sha... buku ini kita pun boleh guna Sha), Cheq Kaq (hahaha....), nurbijen (bukan bahasa ibunda kita Nur), Knor, adyna, Cho Zila, asyifa mustaffa, zila norazila, Nor Azimah (betullah Azi, buku ini baik utk kita mengajar anak-anak).
Buat semua terima kasih sekali lagi dari kakak. Jgn lupa klik ke link yg kakak berikan kepada yg berhajat:)
Terharu dengan komen akak.. terima kasih kerana review buku tuh, moga bermanfaat buat adik dan akak sekeluarga
ReplyDeleteAlhamdulillah...sahabat yang baik selamanya
ReplyDeleterezeki untuk dak Adik..
ReplyDeleteSalam K.Zakie..
ReplyDeletealhamdulillah.. adik ada buku baru..
cma sendiri ni pn grammar tunggang terbalik lagi.. eheh..:p
tahniah akak :)
wah bagusnyer dapat buku2 ilmu macam ni kak! seronoklah adik !
ReplyDeletealhamdulillah. rezeki anak anak
ReplyDeleteRezeki buat Adik untuk menyambut tahun persekolahan yang baru. Bolehlah belajar BI dengan lebih tekun lagi.
ReplyDeleteYa Allah kanda TLBD langsung tak baca buku cuti sekolah ni....relax sokmolah dia tu...mula mula cuti dulu mcm mcm nak buatnya...sampai sudah apa pun takde!
ReplyDelete