Monday, December 30, 2013

Puteri Habour & Hello Kitty Town

Menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah yang sedikit kami menjengah Puteri Habour dan Hello Kitty Town.
Kami - Berada di perkarangan menuju ke Hello Kitty. Masih tidak ada perubahan lagi. Apa yang berubah kerana dekorasi sempena perayaan Krismas yang baru lalu masih ada lagi.
Puteri Habour - Sebenarnya kedudukannya di belakang Hello Kitty saja.  Kepada mereka yang menginap di Hotel Trades pasti suka untuk bersantai di tepian Puteri Habour ini. Perkhidmatan feri untuk menuju ke Pulau Batam juga ada di sini.
Playdoh - Hello Kitty adik sudah banyak ditambah pula dengan harganya yang mahal kami tidak membeli mainan di Hello Kitty. Tetapi keluar pintu Hello Kitty di depan mata terpampang signboard ToysRUs apa lagi adik memang tidak melepas peluang.
Kek dan biskut - Kalah mama punya kek dan biskut. Adik punya sangat menarik dan memuaskan hatinya.
Cup-cakes - Pandang saja tapi tidak boleh dimakan. Namun kepuasannya tidak terkata.. Murah saja playdoh adik yang kali ini baru RM49.90/-.
Semalam Kak Yasmien sudah kami hantar balik ke asramanya. Hari ini adik selesai semua pembayaran peralatan tambahan di sekolah. Esok giliran Kak Nurienne pula akan pulang ke asrama juga. Pelajar yang sekolah bukan aliran agama biasa sementara menunggu keputusan SPM boleh santai-santai tetapi Kak Nurienne sudah memulakan untuk ke tingkatan 6 dan memulakan sessi alam persekolahan semula pada 1hb Januari, 2014 ini.

~~Mohon maaf sebenarnya aku masih dalam bercuti sejak hari Khamis lalu. Segala komen akan aku jejaki sebaik aku naik cuti. Terima kasih semua.~~

60 comments:

  1. hello kitty..kalau bawa mia nie..mau dia tapau semua..hahaha..

    ReplyDelete
  2. playdoh....mengiurkan tapi sayang hanya boleh di pandang...

    ReplyDelete
  3. Selamat bercuti2 Kak..
    seronok nya pegi Hello Kitty Town ni..kalau anak pompuan mmg teruja lah nak pegi kan Kak...:)

    ReplyDelete
  4. bagusnya anak akak..dah nak start Form 6..saya dulu lepas SPM, enjoy gila..lepas dpt result, baru masuk Form 6..

    playdoh - permainan yg baik utk kanak2, merangsang minda kreatif..have fun, adik..

    ReplyDelete
  5. playdoh tu memang nampak menawan. kalau terus ngap lepas siap laaaaagi la menawan. kan?

    ReplyDelete
  6. Semua tempat ni kat area mana sebenarnya? Nama semuanya dah macam kat London jer...hehe

    ReplyDelete
  7. kepingin sungguh nak ke johor bahru ni!

    ReplyDelete
  8. comel je tgk..tp sayangnya xleh makan..keh keh....

    ReplyDelete
  9. Amboi seronoknya dapat playdoh baru! Tu la kan.. sekejap jer masa berjalan.. dah nak sekolah! Nanti sunyi lagi la kakzakie! ;)

    ReplyDelete
  10. dah nak abis cuti skolah ye..mmm..
    suka tengok playdoh..

    ReplyDelete
  11. bestnya.. kami belum pernah sampai lagi

    ReplyDelete
  12. Salam,
    membaca kisah ni teringat zaman saya dgn anak2 kecil saya. Tak lama masa pun berlalu!

    ReplyDelete
  13. salam kak..
    kiteorang tak pernah sampai kesana lagi,,
    set cupcake tu sara pun ader comel sungguh..gegirl suka la kalo dapat set mainan ni kan kak...

    ReplyDelete
  14. Macam Sedapp jer nampak cup-cake adik tu.. ;D
    Selamat bercuti Kak Zakie..

    ReplyDelete
  15. cantiknya puteri harbour tu ye kak..amie teringin nak lepak2 depan laut mcm tu..rasa mcm cantik tenanggg je hati..

    ReplyDelete
  16. mesti seronok sangat adik tu kan Kakzakie, hello Kitty lagi, playdoh lagi, wow memang meriah.
    Puteri Harbour tu cantiklah Kakzakie..suka ummi kalau dapat merenung laut hihi..

    ReplyDelete
  17. wah menarik play doh tu. bleh main2 buat kek biskut. saya yang dah beso ni pon teruja plak haha

    ReplyDelete
  18. semoga semua urusan kakak sekeluarga berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  19. cuti panjangler ni.. bestnyer kita tak sampai lagi hello kitty.. mungkin next yearler kot.. memang play dohni best sesangat budak2 suka tapi tuler kalua anak kecik lagi habis berterabur...

    ReplyDelete
  20. Wah bestnya Hello Kitty... ini Nabilah dan Najeeha mesti suka, kalau bawa cuti2 ke tempat ni kakzakie... :)

    ReplyDelete
  21. lamanya cuti kak...syok tu..
    takpe cuti puas2 dulu..hehheee

    ReplyDelete
  22. Kak...agak2nya adik bagi pinjam tak penerap playdoh tu untuk buat cookies yang boleh di makan? Macam menarikkkk jer kak...hehehehe

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum kakzakie...mmg nyaman dok berjalan-jalan ke sana...semuanya dekat2 aja...:)

    ReplyDelete
  24. Ank ank sy suka sgt plastisin ni kak. Sy yg x bg beli.

    ReplyDelete
  25. lahai.sonoknya.bila lah rara nk g pulak ni.

    ReplyDelete
  26. skrg nama puteri harbour yek kak... dulu2 kan org panggil tanjung puteri... lama dana tak jln2 situ... kalu balik johor kejenyer memerap kt kg je... nk pg skudai jenguk kwn2 pun dh mls... kene cuti lama2 kalu nk pusing2 jb

    ReplyDelete
  27. Best btul kak....lama cutinya tu...😊

    ReplyDelete
  28. Bestnya last2 minit cuti2 gi jalan2.. gini.. Seronok laa anak2 kan.. :)

    ReplyDelete
  29. yup kak zakie,semua barang kat hello kity town tu mahal segalanya..tang makanan pon sama juga,beli kat luar boleh dapat dua brg dengan hrga sama kat hello kity twon tu huhuu
    selamat bercuti akak :)

    ReplyDelete
  30. kalau Aleesya tengok ni mesti dia suke!!

    ReplyDelete
  31. selamat bercuti dan selamat menyambut tahun baru ..

    ReplyDelete
  32. abg syuk dngan kakak ipar buat sesi foto kat sana :D

    ReplyDelete
  33. tak pernah smpai kat hello kitty lg la
    selamat bercuti kakak

    ReplyDelete
  34. Masih ada baki cuti, jangan disia-siakan...seronok bila dapat berjalan2 dengan keluarga kan kak... :D

    ReplyDelete
  35. sempat lagi adik pau mama play doh...
    hasil kerja adik pun cantik....

    ReplyDelete
  36. 2 abdul saya pun masih membeli permainan kakzakie..
    masih belum jejak lagi mana2 toys ur us..agaknya boleh terbeliak biji mata kalau p sana..

    ReplyDelete
  37. salam bakyuku
    Hello kitty.. Kesukaan perawan cilik ku.
    Sui bget ta orak mampir..ngapuro yo bakyu..igik ruet iki.ngurus key makku kambek motor ku.

    ReplyDelete
  38. selamat bercuti kakzakie dan selamat tahun baru...

    ReplyDelete
  39. pandai adik buat cupcake tu.hehe..slmt bercuti akk..dan slmt thn baru

    ReplyDelete
  40. salam k.zakie..

    tak pernah lagi sampai. sini.. cuci2 mata aje tgk pic2 akak.. hihi..
    peminat hello kitty mesti teruja masuk hello kitty town ni kan?

    tgk cake playdoh adik tu rasa mcm nk mkn je.. hihi..

    ReplyDelete
  41. Jejalan ye kak..bestnya..x byk prubhn lg tmpt tu kn..klu siap spnuhnya lg best kn

    ReplyDelete
  42. kembali sunyilah rumah akak..anak-anak dah masuk asrama...

    ReplyDelete
  43. mahalnye mainan kanak2.. huhuhu.. nanti lady nk bawa baby lady mian pasir kt pantai jelah.. hihihi

    p/s: ibu kedekut.. :P

    ReplyDelete
  44. Cuti sekolah adalah waktu untuk gembira kan hati anak2 yer kakak.
    lagi pon waktu cuti sekolah lah senang nak bercuti or jalan2 tanpa perlu ganggu waktu sekolah dorang. cumanyeeeee.. kalo nak menginap di hotel perlu bayar mahal sket.. hehehehe

    ReplyDelete
  45. bagus permainan macam playdoh ni kak.. tapi yg tak tahannya bila doh tu dah bercampur warna.. kalau nak jimat sikit boleh buat sendiri guna tepung dan pewarna je.. hehehe..

    ReplyDelete
  46. Biarlah di orang enjoy bermain ..nanti akan jadi memori indah di kala tua!!

    ReplyDelete
  47. Kak Zakie, minta maaf sbb terperasan gmbr yg no 2 tu akak tulis 'zakoepurvit'.... heheheh.... tahun baru 2014 dah selmt tiba kak....

    ReplyDelete
  48. Hari ini kakak pasti ramai yang bercuti. Selamat menyambut tahun 2014 buat semua. Hari ini Johor tidak bercuti. Anak-anak juga sudah memulakan sessi persekolahan untuk tahun 2014 hari ini.

    Terima kasih kepada semua yg memberikan komen N3 kakak ini.

    izan mama mia, Knor, Cik Puan, redza, aTieYusof Family, nohas, t.a.t.a, Bin Muhammad (aduhai BM semua ini di JB aje), :: Mrs.Eady ::, CikMoon Adnan, YUS, Mar Mansor, Rizziela, Juhariah Johari, (Lizz) http://haslizalizz.com/, acik idah, amirah, Kisah Si Dairy, ummiross, Fazleyatul Aini, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Cho Zila, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), intanfirdaus247, Zee Suhaini, Aziela (boleh aje Ziela hihi...), Mas Zull, Ibu Lala, Cik Puan Rara, norhidana miswan (bukan Tg. Puteri Dana. Tg Puteri tu dekat Danga ini di Gelang Patah), asyifa mustaffa, Rinna, Roha, mama_ka0ri, ❤Kamsiah❤, aby, syuk shusuke, QasehnyaRania, Mia Kassim, nurbijen, ANIM, TiranaAduka (diparengi sabar seng okeh yo TA), BUNDA a.k.a KN, Sarah Talib, adrianna syaz (mold dah sedia ada tinggal terap aje anna), ♥ Cmª shIemª ♥, zila norazila, Ema Johari (mood pun merudum bila anak-anak dah balik asrama Ema), LadyBird (yg adik beli ini yg murah Lady), said...
    Nafira usof, Rai Ourkizuna, NEKCIK, Haryati Faizal, KakNi Sihat Cantik (kakak perasan KakNi tapi malas dan ubah dah sebab guna handset dah tu tengah cuti biarkan ajelah hihi...).

    Buat semua terima kasih sekali lagi. Akan kakak jejaki selepas ini dan selamat tahun baru buat semua.

    ReplyDelete
  49. Salam dan selamat tahun baru 2014 untuk kakzakie sekeluarga.

    Ibubapa yang ada anak sekolah mesti sebok kan.

    ReplyDelete
  50. Kalaulah kita dapat jumpa masa sesi terjah Johor hati tukan best

    ReplyDelete
  51. Nasib baik anak-anak saya lelaki, takdalah terhairan pun mereka bila melihat Hello Kitty ni. Tapi tang Toys'R'us tu janganlah buat main. Mahu tak nak keluar nanti.

    ReplyDelete
  52. tentu seronok anak2 akak time cuti skolah umi walid bawak jln2..

    ReplyDelete