Meluangkan masa bersama-sama penduduk taman untuk majlis Yasiin dan tahlil. Sana-sini ada saja yang membuat majlis doa kesyukuran dan doa selamat. Namun yang sedihnya rata-rata yang hadir hanyalah makcik-makcik dan nenek-nenek sahaja. Golongan muda mungkin penat kerana siangnya bekerja. Tetapi majlis sebenarnya bermula dalam jam lapan dan belum pun jam sepuluh malam kami semua sudah beransur pulang. Menjadi masalah golongan muda bila anak-anak masih kecil mahu ditinggal tiada yang menjaga, itulah yang menjadi kekangan kemungkinannya.
|
Menunggu majlis bermula - Lihatlah yang hadir kebanyakan adalah makcik dan nenek |
|
Suroh Yasiin - Naskah disediakan buat semua yang hadir. |
|
Berselawat - Selesai majlis kami berselawat dan salam buat junjungan kita baginda Nabi Muhammad saw. Maulidurrasul pun akan kita raikan esok. |
~~ Walau ada yang mengatakan membaca yasiin, tahlil dan maulidurrasul ini bid'ah tetapi sebaiknya kita bezakan di antara bid'ah hasanah dan dholalah.~~
kat tempat sy pun klu majls ni dibuat mesti dipenuhi orang tua... alhamdulillah, walaupun ada yang mengatakan majls ni bdaah tp skurang2nya tak melanggar hukum.. lg baik majls ni dari konsert hiburan kan kan hehe
ReplyDeleteseronok kalu dapat joint..
ReplyDeletesalam pagi isnin akak..
ReplyDeletepuratanya memang macam tulah akak,kebanyakkan mak2 jer yg rajin pi kemajlis macam ni..maybe penat lah tu kann..
turn kat rumah sy setahun sekali jer dapat buat majlis membaca yasin ni :)ramai pengikutnya...
betulla tu kak..kdng nak angkut sekali karang tak jd dah majlis ilmu nya. dh jd majlis kejar anak sana sini ataupun majlis mententeramkan anak. adui, kalau ikutkan hati amie mmng nk selalu ke majlis ilmu atau majlis2 macam ni kak. tp kdng ada jugak sekali sekala babahnya angkut semua sekali. tp selalunya balik lebih awal dr org lain sbb masing2 tidur awal, sblum tidur pulak mesti nak cranky ngamuk2 dlu. tp insyaAllah bila dh besa sket boleh je bawak sekali ni. bagi tertib sikit..hehehe
ReplyDeleteKY suka ke majlis begina dan bawa anak2
ReplyDeleteMana2 tmpt falsya tgk kalau majlis2 gini mmg yg dtg tuh makcik2 yg berumur tau kakak..
ReplyDeleteMerapatkan hubungan juga majlis2 mcm ni kak...
ReplyDeletemerapatkan ukhwah :)
ReplyDeletebida'ah tak bida'ah, kalau baca dapat pahala dan hati tenang, terus kan aje pembacaan itu.
ReplyDeleteadamke yg ckp cm u kak.bukan baca yasin tu bagus ke?
ReplyDeletekalau tak de halngan insyaallah cheqna akan cuba hadiri majlis2 sebegini...
ReplyDeletecheqna suka mendekatkan diri dengan orang2 tua..banyak ilmu yang cheqna dapat =)
Saya teringin nak gi majlis² mcm ni. Tapi tu lah...dgn anak2 kecik ni agak membataskan.
ReplyDeletekalau asyik bid'ah tak bacalah jwabnya..
ReplyDeleteyg baik2 ikut apa salahnya..kn kak..
assalamualaikum kakak...sy esok join perhimpunan antara semua jabatan...pastu kat kuarters pon ada perarakan setiap komuniti..best kannn, merapatkan silaturrahim sesama jiran..
ReplyDeleteramainya....best kalau jiran memahami.....bila di undang nak je datang....
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletemerapatkan silaturahim dan kenalan
Memandangkan kawasan perumahan saya kawasan baru maka kebanyakkan darinya adalah muda.. bila ada majlis macam ni Alhamdulillah ramai yang bagi kerjasama..
ReplyDeleteSeronoknya ada majlis sebegini....berprasangka yg baik2 saja mcm kakzakie ni kan...brgkali yg lebih muda ada komitment lain...selalunya ada anak2 yg kecil..yg difirkan kalau dibawa akan menggangu majlis dgn tangis mereka...
ReplyDeletemak saya masih meriah beryassin setiap bulan..tapi nampak gayanya cuma orang yg veteran je join.. anak anak tak berapa..risau takut bila veteran dah tak ada nanti dah tak ada buat beryassin ni..
ReplyDeletePerkara baik dan lakukan demi mengeratkan silaturrahim sesama ahli komuniti. Biasalah akak...bersangka baiklah pd yg muda2 ni :)
ReplyDeleteRietta sndiri dah lamer xberkesempatan ke majlis sebegini...dikejiranan rietta jrg benar ada majlis sebegini....rietta lebih suka dikampung, sntiasa ada majlis majlis sebegini...
ReplyDeletemmg jarang sgt dah dikala skrg ni nak nampak org2 muda join majlis tahlil sebegini.. kecuali kenduri2 dirumah keluarga sendiri.
ReplyDeletesalam kak..kalo saya masih minat untuk join majlis camni..orang muda bawa la anak sekali..tp pastikan anak tu tak merengek..tp anak saya alhamdulillah boleh dibawa ke majlis camni..
ReplyDeleteKak kaw. Munna tiap2 minggu ada bacaan yassin... Biasanya bergilir setiap rumah ahli.... Alhamdulillah dah berhenti kerja jadi bolehlah ikut mak munna pergi majlis macam ni selalu
ReplyDeleteAlhamdulillah..majlis-majlis macam ni, bagus sekali
ReplyDeletebg miza.. selagi perkara itu membawa kebaikan tak salah rasanya utk kita teruskan... lgpun kita berselawat ke atas nabi.. sedekah yassin & tahlil kpd yang telah tiada kan amalan yg bagus tu... kalau perkara begini tak diamalkan makin lama makin suram makin jauh tali silaturrahim kita..
ReplyDeleteKadang2, banyak sangat pendapat2 dan fatwa baru yang timbul di laman sosial. Sebaiknya, kita tidak terus meloncat. Apalah salahnya majlis yaasin... Niat itu baik. Jelas dan nyata, bacaan Al-Qur'an untuk Allah, maka pahalanya pada yang membacanya...
ReplyDeletebiasanya kalau ada yg buat majlis begini...kalau jumpa yg muda2 pasti dari saudara mara...
ReplyDeletekalau jiran tetangga..agak susah sikit nk jumpa.. :)
Betullah, Kak. Kalau ada majlis begini memang jarang ada orang muda. Mungkin orang muda ada banyak kengkangannya yang membuatkan tak dapat hadir ke majlis2 begini.
ReplyDeletekat sini pun beriya sambutan mauludnya hari nie sbb ramai golongan miladun kat sini..
ReplyDeletekadang kita pikir elok jgk memperingati spy kita tidak lupa ..cuma cara kita menyambutnyalah ygperlu ikut sunnah serta kena pada tempat..perbarisan semua tuhrsnya tak perlulah..(pd saya)..
Situasi yang mana2 pun macam tu... kalau ada pun mungkin sebahagian kecil sahaja orang muda yg ingin menyertainya...
ReplyDeleteSalam K.Zakie..
ReplyDeleteterus terang, cma dah sekian lama tak menghadirkan diri dlm majlis bacaan yassin mcm ni..
mlm ni ada tahlil.. insyaallah, usahakan pegi..
bidaah hasanah..boleh je buat. cuma masih ada yg anggap macam wajib. Tu yg perlu diperbetulkan.
ReplyDeleteKalau buat bacaan yasin weekdays memang saya tak pergi kakzakie, tapi kalau weekend saya usahakan untuk pergi... :)
ReplyDeleteelok ke majlis begini membawa anak-anak. budak-budak ni perlu diajar untuk bermasyarakat sejak kecil..
ReplyDeletexpela kakak, at least majlis tu majlis yg baik.. x kisahlah ape pndpt org lain pun.. pasal golongan muda tu, mmg xleh nk sangkal. hehe
ReplyDeleteMajlis2 macam ni sebenarnya boleh merapatkan lagi tali persaudaraan sesama muslim kak....:D
ReplyDeletebida'ah ke tak tu allah je yg tau kan..yang penting nawaitu kite kan kak..
ReplyDeletesaya akui 100% mmg benar susah nk tgk yg muda2 ni join sama...
ReplyDeletejarang jumpe golongan mude.. fifi tak pernah dapat jemputan.. tapi kalau di KL ni.. pukul 7lebih baru sampai rumah macam tak sempat nak pergi kak..
ReplyDeletebetul sgt tu kak, bila KA join majlis2 sebegini, yg ramainya glgn makcik2 lah ..maaflah lama x menjgk, leps baik sakit mood berblog turut jatuh merundum lah ! !
ReplyDeletekadnag2 anak2 muda segan nak ikut mak ayah pergi tahlil..hehehee.. katanya orang tua2 jer ramai..
ReplyDeletealhamdullillah... selawat ke atas junjungan kita nabi muhammad s.a.w.
ReplyDeleteseronok dapat ke majlis camni.. teringat waktu cukur jambul fiyya.. majlis di buat secara kampung.. seronok ramai yg sambil berselawat sambil menggunting rambut fiyya.. alhamdullillah..
alhamdullillah... selawat ke atas junjungan kita nabi muhammad s.a.w.
ReplyDeleteseronok dapat ke majlis camni.. teringat waktu cukur jambul fiyya.. majlis di buat secara kampung.. seronok ramai yg sambil berselawat sambil menggunting rambut fiyya.. alhamdullillah..
Alhamdulillah! sy suka nak join klu ada majlis2 mcm ni kak, tapi ntah lah taman tmpt kmi duduk ni mmg jarang buat. Sedih! dok baca yasin sorang2 lah kt umah..Pae lah peneman..
ReplyDeletesyukur..kalo lebih ramai anak muda yang dapat join aktivit mcm ni,lebih bagus kan kak.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletejom singgah blog saya. saya orang baharu dalam dunia blog ini. sempena pembukaan blog saya. pelbagai hadiah menarik saya sediakan. siapa cepat dia dapat. cepat sebelum terlambat www.detikilham.blogspot.com
Kalau kat kampung pun sama kak ramai makcik2 ja yg penuhi majlis...
ReplyDeletealhamdulillah...bagusnya kalau bley join camni kat taman perumahan... dpt jugak eratkan tali persaudaraan
ReplyDeleterindu plak suasana begini. masa kat kg dulu, setiap minggu akan ade majlis bacaan yasin. setiap minggu akan tukar2 rumah yang menjadik tempat bacaan yasin tuh. sonok.. meriah sgt.
ReplyDeleteAlhamdulillah....
ReplyDeleteseronok membaca yaasin ramai2..
saya dulu pun segan jg nak join aktiviti mcm ni, sbb kdg2 mcm not welcome, org muda dgn geng org muda, gologan veteran cuma berborak sesama mereka..ada jurang generasi..
ReplyDeletetapi perlahan-lahan kena jg hidup bermasyarakat..
memang bagus kalau dpt eratkan silaturahim dgn aktiviti mcm ni kan kak :)
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul buat akak sekeluarga...
ReplyDeletesemoga penghayatan sebegini diteruskan....
ReplyDeletesalam maulidur rasul kak
ReplyDeleteKat taman dinda ni banyaknya lelaki je kanda....jarang geng pompuan ni....so bukan jarang mmg tak pernahlah dinda join!.... Seronok jugakkan kanda kalau sesekali ada yaasinan cenggitu!
ReplyDeleteSelamat menyambut maulid rasul.
ReplyDeleteCinta Rasul cinta Ilahi.
bagus aktiviti begini. kat surau pun setiap hari tertentu >.<
ReplyDeletesalam maulidurrasul kzakie
ReplyDeleteyang suka kata bidaah kepada amalan sebegini ialah puak wahabi, di Mekah diorang tak baca doa qunutkan? dan tempat tinggalan sejarah cam rumah baginda, banyak yang dihapuskan sebab diorang nak putuskan hubungan kita dengan baginda
Allah kabul etsin sister, maşaAllah.. Türkiye'den selamlar! :)
ReplyDeleteseronok sambut maulidur rasul di johor kakzakie..
ReplyDeletesebulan lamanya...taman, sekolah..
rindu saat2 itu..
salam maulidur rasul
yg baik patut diikut
ReplyDeletesalam maulidul rasul
assalamualaikum kakzakie...seronoknya dpt kekalkn ukhuwah sesama kita mcm ni...:)
ReplyDeletesalam maulidur rasul kak =)
ReplyDeletesebut pasal tahlil.. nanti deqla nak buat tahlil utk arwah mak lagi ni..
ReplyDelete