Saturday, January 25, 2014

Mengaji di musim sejuk

Senario cuaca sejuk kini melanda negara kita dan tidak kurang juga negara jiran. Namun buat aku yang tinggal di JB ini tidak merasa sangat akan perubahan tersebut. Apa lagi kalau yang bekerja di pejabat. Pergi kerja di dalam kereta pun sudah ada pendingin hawa, dalam pejabat pun ada juga. Tidak ketinggalan di rumah pun sama. Oleh itu kalau suhu mencecah 17 darjah celcius macam di Sabah agaknya baru boleh terasa dinginnya. 

Anak-anak yang mengaji mengatakan angin di luar sejuk seronok untuk bermain basikal. Itu kata mereka. Mungkin ada kebenarannya. Ketika menulis entri ini telefon bimbit aku menunjukkan suhu di JB kini adalah 21 darjah celcius. Bererti memanglah agak sejuk.

Terlena  - Ini bukan sebab cuaca di JB sejuk tapi sebab keletihan. Sementara menanti yang lain mengaji boleh dia (Mohd Aqil Ilham) terlena di atas katil. Siap berselimut lagi sebab aku mengajar di bilik memang ada air-cond itu yang buat tambah selesa buatnya tidur. Bila si adik mengejutkan baru berpisat-pisat untuk berwuduk semula. Kerenah anak-anak macam-macam.
Kesian melihat anak-anak yang mengaji bila hari bersekolah. Nampak letih. Sebab itu sebaiknya kalau mengaji di usia awal cepat khatam. Jadi bila ada kerja sekolah banyak bolehlah mengaji di rumah sendiri selepas solat maghrib sekejap. Walau biasa sudah dipesan bawa kerja sekolah buat di rumah mama Zakie sementara tiba giliran,  tetapi anak-anak belum matang mereka tidak mahu.
 
~~ Cuba bayangkan andai Allah turunkan salji di negara kita barang 3-4 hari apa akan jadi dengan tanaman, keadaan jalan, ayam-itik-lembu-kambing di ladang, anak-anak ke sekolah, immigresen/kastam, lapangan terbang dan banyak lagi. Mohon Allah berikan kita semua perlindungan. Amin.~~


 

49 comments:

  1. Samalah kita kakzakie..nekcik pun tak rasa sejuk kat kl ni..bahang enjin kereta lalu lalang tu lagi kuat
    Besst jugak ada snow sekali srkala kakzakie...nsk rasa main snow...buat abc

    ReplyDelete
  2. cuaca sejuk kita dah tak tahan, kalau turun salji tak taula nak cakap camana pulak, agaknya ramaila orang amik cuti berkurung kat rumah je...

    Allah je yang Maha Tahu..

    ReplyDelete
  3. teringin nak merasa salji tp agak mustahil kt sini

    ReplyDelete
  4. dapatlah merasa juga ye kak..nor suka sejuk2 ni..anak la asyik bersin memanjang..semua kak..
    dh mcm2 ubat bagi vitamin dll..mujir suami nor ni sgt perihatin psl ubat2 ni..

    yelah kak kesian bdk2 terbeban byk perkara..rasanya ibubapa sendiri kena berusaha juga utk mengaji..senang ajar anak sendiri..pahala juga sgt byk..rugi rasanya kalau bg org lain ajar,sbb tangungjawab adalah ibubapanya,nti akan di soal di sana.

    apa nak buat drp sek,sek agama,mengajar mengaji semua serah pd org..bapa kena keluar mencari ilmu sampaikan pd anak2 di rumah.walhu"a;lm

    ReplyDelete
  5. nina xrasa sejuk pun sini. area KL xkot kan

    ReplyDelete
  6. Saya takut kak kalau salji turun kat sini. Memang takut. Akhir zaman macam-macam benda pelik akan berlaku.

    ReplyDelete
  7. Tak dapat bayangkan kalau betul2 ada salji kak.....cara hidup berubah sama sekali...huhu

    ReplyDelete
  8. comelnye...

    tidur sekejap...

    nnt segar bile mengaji...

    ReplyDelete
  9. tak dapat di bayangkan kalau negara kita dituruni salji..jakun pon ye juga buatnya..lagi2 macam sy yang tak penah langsung tengok salji..

    JB..terasa sejuk sedikit mungkin kerana angin yg brtiup kuat..

    ReplyDelete
  10. ajar sendiri ank2 mengaji seawal 4thn,alhamdulilah thn 2 atau 3 dh khatam.

    ReplyDelete
  11. Ditempat KN ni pun sama, tak terasa sejuk sangat macam sesetengah tempat tu...
    hujan pun dah jarang...panas, seronok cuci baju..tengahari dah siap diangkat..

    tapi tak pulak terasa panas melampau sampai kemalam...biasa2 jer...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  12. Salam, suka tengok salji, bumi diselimuti :)

    ReplyDelete
  13. cuaca sejuk mmg tak terasa klu dah bias dok dlm air cond,kt rumah sy mmg sentiasa bukak sliding door,terasa betul angin sejuknya kak zakie

    ReplyDelete
  14. Salam Kak..
    kat Sabah ni mmg terasa sejuk.. nak mandi pun jadi malas..haha.. perubahan iklim kan? apapun moga negara kita di lindungi dari sebarang bencana alam..

    ReplyDelete
  15. cuaca di tempat aiza pun sejuk juga kakak..

    ReplyDelete
  16. Cuaca sejuk yg dialami kat m'sia nie lebih kuranglah musim sejuk kat sini...kat umah mak di kuala krai cecah 17darjah..bayangkan..kalau tak prepare mentally ngan selimut tebal, baju tebal..mmg boleh menggigil jdnya..mcm kami kat sini sudah biasa jdadelah preparation..kalau sejuk 17 darjah mlm2..mmg perlukan selimut yg sangat tebal..kena berstokin bagai...dpt bygkan keadaan korang kat sana...
    kalau tanam kobis menjadi tuh..hehe

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, enjoy cuaca sejuk, rasa nyaman sikit sbb selalu jg kerja luar office..

    snow ni, bestnya sekejap je, lepas tu mcm susah pulak..apa2 pun, semuanya ciptaan Allah SWT..tidak Allah jadikan semua ini sia-sia..

    ReplyDelete
  18. ye la kan kak
    kalau turun salji
    apa yang akan jadi..

    ReplyDelete
  19. Saya tak sempat rasa sejuk. Dari awal pagi sampai tengah malam dok ada kat hotel...tak tahu apa kejadian dan perubahan cuaca kat luar!

    ReplyDelete
  20. Kami pun skrg tido pun tak pasang aircond kakzakie... Sejuk sgt rasanya ;)

    ReplyDelete
  21. hehe..lena betul anak murid Kakzakie tidur, tentu sangat keletihan tu.

    Yelah Kakzakie, semalam baru bercakap dengan hubby, kalau salji turun dan kerajaan tak bersedai menanganinya, tentu jadi masalah juga buat seketika.

    ReplyDelete
  22. kat KL ni pun sama je rasanya...

    kalau turun salji...mula2 mmg la excited...bila dah lama...akan berikesan pada semua tanaman... haiwan.. akan mati kah mereka???

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum kak..sementara tunggu giliran..melelapkan mata walau sekejap cuma..refill tenaga hehe..mungkin bila balik mengaji perlu sambung buat kerja sekolah..pastinya ada hikmah mengapa Allah mengizinkan suhu sejuk melanda..moga ada iktibar untuk kita semua..

    ReplyDelete
  24. Salam kak..lama dh x ke sini...syukur Kita bukan negara 4 musim macam kt Barat klau dh sejuk sikit camni dh x tahan apalagilah suhu mcm dyorang kt sana...inilah hikmahnya Allah bg Kita rasa sikit je Dulu.

    Anak2 sy mengaji di rumah sendiri jadi mereka x perlu terkejar2 bila blk sklah petang.

    ReplyDelete
  25. salam,

    okla tu, tido pun blh bangun lg nak ngaji :)

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum kakzakie...yer la cuaca skg ni mmg sejuk jer...moga kita di sini dpt menerima keadaan cuaca seperti skg ni dan kalau salji turun juga di Malaysia terimalah dgn redha hanya Allah saja biasa melakukan apa saja mengikut kehendakNYA...

    ReplyDelete
  27. Malaysia dilanda salji!! Walaupun 2~3 hari...rasanya lumpuh segala aktiviti, semua dok kat rumah berselimut kot...atau sibuk main salji, hehe

    ReplyDelete
  28. Macam kat tanah tinggi je rasanya kan ?? .. macamanalah kalu g Cameran pada masa ni ... *berangan jap*

    ReplyDelete
  29. Mak saya pun di JB dah lah duduk ting 5 ...kt shah alam ni suhu masih 29°C

    ReplyDelete
  30. amin......takut rasenye kalau malaysia bersalji...

    ReplyDelete
  31. Siap tertido....btul tu akk, anak anak yg di library pown, selagi rietta xsmpai, asik ngadap PC men games, FB, Youtube....xnak dorg buat kerja sekolah...

    Ps...rietta rasa, rietta xkuat nk hadapi salji, sebab dh terbiasa dgn cuaca khatulistiwa...

    ReplyDelete
  32. khatam di usia awal ye? ok.. saya ambil sebagai nasihat.

    adik saya dekat pengkalan hulu pun mengadu sejukan. katanya di sana waktu malam 17darjah celcius. sampai demam-demam skang.

    adik yang belajar di sabah. baru je balik hari ni. tak tahu lah keadaan sana macam mana

    ReplyDelete
  33. Di KUlim,Kedah ni tak terasa sejuknya cuaca...jam 5.30 pagi..saya mandi air paip ja...

    ReplyDelete
  34. Salam ziarah Kak Zakie. Sejuk-sejuk ni bukan semua orang suka. Tapi dah dapat merasa, syukur je la. :)

    ReplyDelete
  35. Salam Kak Zakie.... tak dpt bnyk kn kalau M'sia ni ade salji.... mesti bnyk perkara brubah.... Cara berpakain, waktu brkerje.. dll

    Recent Post from MQ~Live : Antara Status FB yang tak Sampai Hati Aku nak “Like”

    ReplyDelete
  36. X mustahil jika salji melanda..semunya kuasa ALLAH kn kak..tp..tu la byk yg harus kuta fikirkn jika keadaan itu bnar2 brlaku.

    ReplyDelete
  37. doa yang baik-baik sahaja, semoga kita dijauhkan dari bencana..

    ReplyDelete
  38. Kakak rasa cuaca sejuk kian berlalu di JB. Tapi menurut hubby kakak yg balik dari masjid naik motor, kalau angin bertiup masih terasa lagi sejuknya. Buat kakak memang tidaklah merasa sangat perubahan cuaca sebab lebih banyak masa di dalam rumah/bangunan yg telah sediakala sejuk.

    Budak-budak mengaji pun tidak ada pula yg dtg berbaju tebal. Masih macam biasa saja.

    Terima kasih kepada semua yg memberikan komen N3 kakak ini:-

    NEKCIK (buat abc guna nsow hihi...), Nor Azimah, umi alya (tapi andai Allah nak buat seperti di Mesir yg lepas tak boleh kaa apa US), Knor (sejuk ok Nor tapi kalau salji macam mana agaknya ye), NinaAz, t.a.t.a (sungguh samalah macam kakak, kakak mula terasa bagaikan kiamat kian menghampiri), Mia Kassim, Rapunzel Cikilolo, Roha (betullah Roha, angin terasa sedikit kuat tak macam selalu), saniah ibrahim (betul itulah sebaiknya Saniah), BUNDA a.k.a KN (samalah dgn JB KN), babYpose, Puan Kutu (itulah sebab kakak tak rasa perubahan itu ), aTieYusof Family (itulah kesan anjakan kutub bumi yg terjadi Atie), Mizz Aiza (Dunia Kecil), UmmuAidan-Arissa (tapi sini tak lamalah UAA, tak sempat tumbuh benih kobis dan panas balik kakak rasa), nohas (negara kita pun kakak rasa belum ada persediaan rapi kalau terjadi snow), Tihara (doa moga tak terjadilah hendaknya), Uncle (itulah yg kakak rasa juga uncle tak rasa beza sebab dlm bangunan sentiasa), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(dpt jimat elektrik Yati), ummiross (letih sangat dia ummiross. Betul negara kita tak bersedia sebenarnya), n O e s u h a i m i (kena sehari pun rasanya banyak kemusnahan terjadi Noe), PeRdU cINta (sungguh kalau terjadi memang jadi pengajaran buat kita semua, doalah moga tak terjadi), Ct NoArizah Aris (kalau dah biasa tk ada masalah Ct tapi yg nyata kita belum pernah - takut tak bersedia), Areef Naim (kalau tak mengaji mesti mak dia marah cikgu), Mas Zull (betul Allah juga yg tahu Mas), Bin Muhammad (sibk main salji yg kesian binatang berbongkang mati kesejukan BM), N.A.T (tanah tinggi sejuknya mesti lebih Nat), Linda (tapi macam kakak ni tak rasa sangatlah Linda), mummY daniSha (bersama kita berdoa dijauhkan musibah), HeNRieTTa JoSe (budak tu sama aje Rietta), dhiera (kalau setakat sejuk best Dhiera tapi takut kalau salji), ❤Kamsiah❤ (kakak pun mandi air paip juga dah biasa), wanariahamiza (sejuk pakai selimut yg best hihi...), Manan Qayyim (penampilan mudah Manan tapi bab ternakan dan tanaman tu yg kena ada persiapan lebih), zila norazila (betul tak mustahil kalau Allah nak jadikan macam di Mesir tu), Norhasniza Khalid (Ye... bersama kita bedoa moga dilindungi Allah).

    Buat semua terima kasih sekali lagi:)

    ReplyDelete
  39. Bab berangin tu, Ros memang setuju kak.. Rumah ROs tingkat 4, memang tak boleh bukak pintu. angin dia sejuk lain macam kak.. kalu sidai kain pun cepat je kering..

    ReplyDelete
  40. kat KL tak rasa sejuk sangat..tp adik kat Kelantan memang dia pun tghari berselimut kak...wallahualam..moga, tak berlakunya kejadian salji kat Malaysia ni...kesian pada mereka yg kerjanya bercucuk tanam semua.

    ReplyDelete
  41. memang berangin sedap je nak main2 kat luar..tak berpeluh pun kak walaupun ada cahaya matahari..

    ReplyDelete
  42. Kat rumah saya pun tak terasa panas sangat.. biasa kalau mandi petang terasa hangat air dari tangki tapi tidak kebelakangan ni..

    ReplyDelete
  43. Kat rumah saya pun tak terasa panas sangat.. biasa kalau mandi petang terasa hangat air dari tangki tapi tidak kebelakangan ni..

    ReplyDelete
  44. Saya memang tak tahan sejuk. Kalau pasang kipas pun leh menggigil inikan pulak air-cond. Apatah lagi salji. Memang ketip bibir ajelah gigil2 dalam selimut!

    ReplyDelete
  45. Tulah tu kanda...sana sini sebok pasal cuaca sejuk....kalau turun salji best jugak yek kanda....merasalah pakai baju winter hehe....

    ReplyDelete
  46. Mula2 sekali...yg tak biasa dengan sejukle kakzakie..
    Pesakit asma , orangtua dsbnya..
    Sure tambah duit poket nak pasang heater pulak di rumah..
    La ni kat sp berangin tapi cuaca masih panas. Duk kat dewan sekolan, seksi sangat bila baju dan tudung terselak2 ditiup angin

    ReplyDelete
  47. Salam K.zakie..

    mungkin keletihan tu sampai terlena seketka.. :)
    kat pj ni mmg sejuk kak..
    hmm..salji turun dimalaysia? kunfayakun :)

    ReplyDelete
  48. cuaca sejuk skng.. tp deqla dah terbiasa ... maybe sbb hari2 beraircond kat opis... hihihii...

    ReplyDelete