Apabila makan di luar, salah satu yang perlu adalah mencari lokasi selesa. Situasi tempat makan pun turut mengambil peranan untuk menambah selera makan sebenarnya. Tempat kami makan sekeluarga ini hanya bersebelahan taman saja. Biasa kami makan di dalam restorannya tetapi kali ini hubby mengajak kami makan di luar bangunan.
Sejenis pokok palm - Daunnya yang lebar mampu menutup keseluruhan meja makan. Sambil dipuput angin yang sepoi-sepoi terasa nyaman makan di bawah pokok palm ini. Nostalgia mengikut allahyarhamah mak ke kebun menerjah kembali. Sambil meneman mak kami makan bekal yang dibawa. Nikmat makan di kebun tidak dapat dirasa anak-anak sekarang. |
Penuh dengan buah - Bukan saja daunnya yang menarik tetapi buah-buahnya yang meriah tambah menarik perhatian. Kalau kanak-kanak zaman aku dulu buah ini tidak sempat membesar habis digunakan sebagai 'peluru' untuk melastik. |
Sekadar menunjuk kreativiti pengusaha restoran yang menjadikan pokok sebagai teduhan meja makan. Kami makan asam pedas ikan pari, sayur sup petola bebola ikan, sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman. Selain meja makan di bawah pokok palm ini, apa yang memikat selera keluarga kami sebenarnya hidangan asam pedasnya yang menyelerakan.
~~ Walaupun sekadar pokok biasa, seandainya kreatif menjadi tarikan pelanggan untuk berlabuh di situ.~~
Kalau balik kg, x sah kalau x makan kat pangkin bawah pokok...best..
ReplyDeleteberkelah bawah pokok...
ReplyDeleteSayu pulak bila baca akak tulis nikmat makan di kebun tidak dapat dirasa nanak-anak sekarang... nikmat panjat pokok pun dia orang tak merasa kak... hu hu hu... *dulu sy baca buku atas pokok*
ReplyDeletesedap nyer..makan saintai-santai :)
ReplyDeleteteringat zaman kanak2..guna buah tu utk melastik..main tembak2..buat pistol guna buluh...
ReplyDeleteseronok nya Kak bila makan sambil menikmati pemandangan begini.. nyaman terasa...:)
ReplyDeletewaahhh..best nih..kalau mlm2 kedai tu letak candle dah romantik giteww..
ReplyDeleteTeringat plk zaman kecik2 dulu...
ReplyDeleteKdang2 arwah abah suka bwak mkn tghari duk luar...bwah pokok...kadang atas pangkin..atau bentang tikar je...walau lauk x berapa nak sedap...suasana tu yg jadi sedapkan .....
Best ni kak. Sambil makan sambil amik angin bawah pokok.
ReplyDeletesalam pagi memang nikmat makan bersama keluarga di bawah pokok sedang angin berhembus nyaman sambil menyaksi view indah xsedar nasi dimakan bertambah-tambah...
ReplyDeleteBestnya makan bawah pokok tu kakzakie... mengimbau kembali zaman kecik-kecik makan bawah pokok getah bersama emak lepas menoreh :)
ReplyDeleteBestnya makan bawah pokok tu kakzakie... mengimbau kembali zaman kecik-kecik makan bawah pokok getah bersama emak lepas menoreh :)
ReplyDeletekalau tempat selesa & santai, kena pulak hidangan yg kena degan tekak memang best yer Kakzakie :))
ReplyDeleteSalam Kak Zakie dan keluarga apa kabar?
ReplyDeleteharap semuanye sihat sejahtera... InshaAllah..
Saya n anak2 sihat Alhamdulillah.. seadanya...
Me pun suke makan bwh pokok... jgn jatuh tai* burung dah, heee~
makan dlm suasana camni mesti selera bertambah-tambah..:)
ReplyDeleterasa yg paling utama..lokasi makan tu tarikan utama juga.teringat zaman kecik2 dulu berkelah bawh pokok sambil makan nasik.macam sama je temanya.hehe
ReplyDeleteala barujer semalam bercerita entah ke berapa kali dengan budak2ni yang dulu ibunyani kalau hari cuti sekolah pergi ke kebun tolong opahnyer... memang teringat2 makan ramai2 di kebun yang reduptu... isyh memori terindah adalah masa kecik2 dulu dengan adik beradik...
ReplyDeletememang kalau dapat makanan sedap dan suasananyapun best selera sesangatlerkan...
banyak tu kak ! menu lauk yg akak pesan..ala2 masakkan kampung rasenya..makan pulak kat bawah pokok plam ermm mmg sesuai lah tu dengan tema..hehe..:)
ReplyDeletep/s : akak makan kat mana pulak ni hehe..saje nak busy body :P
Best sebenarnya makan dibawah pokok ni kak.....udara nyaman, angin sepoi2 gitu....:-)
ReplyDeleteBila suasana bersih dan nyaman,makan pun tentu berselera kan Kakzakie, asam pedas pulak tu.
ReplyDeleteHehe..main lastik juga ye masa kecik-kecik, seronok kan ingat zaman kanak-kanak.
mana pondoknye? hehehe
ReplyDeleteapa yg menyebabkan saya suka kerumah akk ialah cerita akk yg terselit cerita2 hampir sama dgn saya...mkn dlm kebun bersama mak dan arwah ayah...kebun baru yg arwah ayah teroka penuh semak..disitu kami 4 beradik dibawa sekali...arwah ayah kata...melecet tgn kerana menebas kebun ni demi korang semua...jatuh airmata tiap kali teringatkan kata2nya...Selamat menjamu selera...sedapnya ASAM PEDAS...
ReplyDeletemakan masakan kampung di bawah pokok memang best..kalau ada pangkin boleh bersila, lagi best kot..
ReplyDeleteAssalammualaikum kak..seronok..perut kenyang,hati lapang,persekitaran selesa..alhamdulillah..dan lagi satu yang paling penting kebersihan mesti diutamakan..
ReplyDeleteRasa angin sepoi-sepoi bahasa.. bila dah kenyang makan mata mengantuk.. hehehe.. seronoknya suasana macam tu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAsam pedas belah Johor lain kan , sbb kat Perak lain , ritu g Johor singgah rnr asam pedas nye kaw btl hihi
ReplyDeletemsti best redup je... tp kalu dana tak suke duk mkn bwh pokok sbb dana tkt ada ulat jth kt bdn dana hahhahaha... dsr penakut ulat
ReplyDeletekdg2 teringin jer nak tido berembun & bercahayakan bulan..(teringat kenangan semasa kecik2 dulu semasa temani famili bercucuk tanam waktu malam..)
ReplyDeletebest makan bawah pokok ni kak..
ReplyDeletesaya kalau blk kg conpom makan atas pelenggaq(pangkin)... memang tak makan dalam rumah :)
seronoklah dgn angin sepoi2 gitu fresh je rasa kan !
ReplyDeleteassalam kak..
ReplyDeletesesekali makan bawah pokok leh la mengimbau nostalgia lama kan... dulu kat kampung makan bawah pokok atas panking tepi sawah.. fulawehhh bestnye.. :) time tu makan nasi ke.. cicah mangga ke.. makan cermai ka.. kan kan.. :) kelas la..
Nikmat makan sambil mengenang nostalgia sangat bestkan kak?
ReplyDeleteredup makan bawah pokok kak..hehee kecik2 dulu saya selalu berkelah bawah pokok depan rumah..konon p piknik le..hehee budak2...
ReplyDeletewaa best tau akak makan bawah pokok cam ni...terasa nyaman dapat pulak ader angis sepoi2 makan pulak sedap...memang menambah la makannyer kan kak...
ReplyDeletewah cantiknye pokok ni ... x sangka pokok ni pun ade buah yg cantik...
ReplyDeletedah lama x makan masaka asam pedas ikan pari....harus pi cari weekend ni....
ReplyDeletenor dulu suka duduk kat dahan rendang pokok pelam..sambil makan..dh macam..apa ntah
ReplyDeleteRumah saya takder pangkin, tapi sekali sekala sanggup jer duduk di porch rumah untuk dapatkan feeling angin sepoi2 bahasa tu. Hehehehehe
ReplyDeleteKakak, falsya suke sgt mkn kat pangkin..kene pulak pangkin bawah pokok..ngan angin2..pastu makan pulak mangga cicah2..ishhhh, bestnye..tp boleh berangan je la mcm tuh..hehehhe
ReplyDeleteMemang nikmatnya kalau dapat makan bawah pokok macam ni ye kak..Mau anak2 saya jakun tak sudah.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum kakzakie
ReplyDeleteSatu usaha yang baik oleh pihak restoran tu kan.
Terkenang juga kak tentang buah tu dimasukkan ke dalam buloh cina. Zaman dulu selalu berkelah di bukit yang mengalir sungai yang banyak ikan. Sebelum dilarang menggunakan (apa ya..jenuh nak ingatkan tapi tak ingat) kami menangkap ikan yang hanyut terapung dan masak di atas batu. Kekenyangan terjun ke sungai mandi manda..
pokokk palma Livistona rotundifolia namanya
ReplyDeleteseronok makan dalam kebun ,tak kisah pun sedap atau tidak bekalan dibawa ,pasti licin..sungguh nostalgia.
ReplyDeletemakan secara santai di bahagian luar biasanya memang lebih best jika kena dengan suasananya...
ReplyDeleteDulu kat rumah pernah ada pokok sunday palm. tengah nak membesar kena culik dengan orang. pokok tu kalau dibiarkan besar kalau jual satu pokok boleh dapat RM600.
ReplyDeleteNyaman dan tenang aje kan Kak kalau dapat makan sambil diusapi angin sepoi-sepoi bahasa. Sesekali memang best begini. Kalau nak buat kat rumah di KL ni, saya rasa lebih banyak tersedut abuk kot :)
ReplyDeleteAssalamualaikum... Seronoknya dpt mkn d bawah teduhan pokok...
ReplyDeleteNatural lagi best kan kak disamping menghijaukan bumi... cam best jer pokok tue... rasa cam nak letak 1 kat umah satu la..
ReplyDeletesalam k.zee..
ReplyDeletedihidangkan juadah yg sedap2..mkn pulak di tempat n suasana yg mcm ni mmg bertambah selera.. :)
sesekali berkelah di bawah pokok pasti menyeronokkan..
ReplyDeletePilihan pokok yg bijak. Pokok palma mudah di jaga, daun pun tak bersepah. Makan dibawah pokok...Hmmm sungguh nyaman walaupun mentari terik... :)
ReplyDeletebesarnya pokok..tempat berteduh...
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie..mmg seronok kalau dpt makan di dlm suasana yg menyenangkan hati...
ReplyDeleteberteduh bawah daun palm ni untung. sebab pakai sehelai daun je boleh cover abis! hihihi~
ReplyDeletekena lastik kat badan sakit woooo. hehe
ReplyDeletecantiknya bestnya suasana makan kat luar...
ReplyDeletecahayacinta,berhati-hati kalau ada ulat tahu ayam melepas hee..salam kenal
ReplyDeletebest jugak sekali sekala ubah angin kan kak zakie..tapi jaga2..nanti jatuh pulak buah tu kat kepala...banyak tu buah nye cik tengok..
ReplyDeleteKakzakie tak rasa makan bawah pokok durian dan rambutan....best tau. Zana dulu rajin beno panjat pokok rambutan yg rendang, dok celah dahan dan makan...haha. entah apa la yg sedapnya?
ReplyDeleteSalam kakzakie, mesti nyaman dan berangin...
ReplyDeleteSalam k.zakie...mkn bawah pokok mmg best...open air..sy kt Terengganu ni suka pot luck bawah pokok tepi pantai..:D
ReplyDeletesalam kz
ReplyDeletecrita makan,
tp panganannay orak ono?
Sesekali N3 makan tak nak tunjuk makanannya ok juga ye hihi... Ambil pendekatan lain. Sebenarnya pokok palm ini memang cantik sebab daunnya lebar dan bersusun bagaikan kipas. Itu yg menarik perhatian kami juga sebenarnya.
ReplyDeleteTerima kasih semua teman yg sudi menitipkan komen N3 kakak ini:-
Kisah Si Dairy (rumah kg kakak dah tak ada lagi semua ini), BUNDA a.k.a KN, KakNi Sihat Cantik (masa kita dulu dah tak sama dgn anak sekarang Ni), :: Mrs.Eady ::, ❤Kamsiah❤ (betul itulah yg kakak kata), aTieYusof Family, Ummialyaanas, asyifa mustaffa (sekarang susah nak buat macam itu lagi Syifa), Fiza Rahman, paridah, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(yati pun pernah rasa macam kakak juga ye), ZazaMyMoon, eMMe (susah burung nak singgah sini sebab pokok ini tak berdahan), Sura Mohd, Puan Kutu, Cho Zila (memori dulu memang indah utk dikenang), Roha (sebelah taman kakak - Taman Aman), Mia Kassim, ummiross (dulu anak perempuan & lelaki sama aje ummiross mainannya), NM03 (bukan pondok tapi meja makan bawah pokok ini - sengaja kakak tak nak tunjuk), Eye_nee (nostalgia kita lebih kurang ye Eye_nee), nohas, PeRdU cINta (alhamdulillah bersih tempatnya PC apa lagi dekat dgn taman permainan anak-anak), aizamia3, adyna (Johor & Melaka memang sinonim dgn asam pedas Dyna), norhidana miswan, umi alya (dah tak akan jumpa lagi semua itu UA), syiela, Kesuma Angsana, JaSSNaNi, JunAina, Aishah Jahirah, (Lizz) http://haslizalizz.com/, hajar, Amanda Suria, Knor (lebih kuranglah kita Nor hihi...), Aziela, Falsya, Nurulhuda Abdul Latip, Werdah (kenangan zaman kanak-kanak kita totally tak sama anak kita sekarang kak werdah. Kita dulu tak bimbang ada org jahat culik sebab itu bebas), sudipVSsenduk (Hihi... terbelit lidah kakak nak sebut),saniah ibrahim, Papa Mifz, t.a.t.a (ada value kisahnya ye), Mummydearie (kat bandar meamng tak sesuai langsunglah), Nasuha Puteri Nass, acik idah, ♥ Cmª shIemª ♥, Mizz Aiza (Dunia Kecil),Bin Muhammad, are_lin@yu Mas Zull, gadisBunga™, syuk shusuke, amirah, cahaya,Cik Puan, zana fahmi (kakak pun ada buat macam tu tau zana hihi...), babYpose, nadia rashid, aby (sengaja tak tunjuk makanannya aby sebab nak cerita pokoknya).
Terima kasih sekali lagi buat semua.
berkelah bawah pokok.. nak2 yg ada buah.. senang buah jatuh masok mulot jer kak.. hihi..tp jgn buah doyan lak, x psl2 jer .. hahha
ReplyDeletesaya pun guna buah ini utk aktiviti melastik tau
ReplyDeletemakan bawah pokok mmg nikmat kak
Takut pulak dinda nak makan bawah pokok kanda kang ada sedara pulak yg masuk flm ssam pedas hehe...tp mmg cantik pun pokok tu
ReplyDeletemkn bwh pokok redup jgk rsnya kang...kalau takder pak burung membuang dr atas selamatlah..hehe
ReplyDelete