Friday, March 14, 2014

Bebas tanpa pengawasan ibu-bapa

Minggu ini merupakan minggu agak sibuk buat aku dan hubby. Jadual harian kami bertukar serta-merta kerana Mak Zah tidak sihat. Hari Ahad aku tidak bekerja, oleh itu urusan rumah dan keperluan adik pergi-balik sekolah semuanya teratur walau tanpa bantuan Mak Zah. Masuk hari Isnin sebelum subuh mesin basuh aku sudah memulakan kerja. Hubby jadi tukang sidai. Aku bekerja 3 jam saja sudah balik rumah untuk menyediakan makan tengahari dan ambil adik dari sekolah kebangsaan. Jam 3:00 petang pula menghantar adik ke sekolah agama. Selepas Asar seperti biasa masak untuk makan malam. Hari selasa giliran hubby pula bekerja setengah hari. Makan tenghari aku sudah sediakan sebelum pergi kerja. Panaskan lauk hubby bolehlah juga. Hari Rabu giliran aku pula begitulah hingga semalam aku dan hubby bergilir kerja 3-4 jam saja. Hari ini aku bekerja penuh tapi adik tidak bersekolah dan hubby juga tidak bekerja. Aku percaya adik mesti makan di luar dengan papanya.

Rasa seronok juga dapat menyediakan semua keperluan adik makan dan pergi-balik sekolah walau baru seminggu. Dapat melihat kerenah anak-anak yang bebas dari tumpuan mata ibu-bapa. Macam-macam aku lihat gelagat anak-anak bila tanpa pengawasan ibu-bapa ketika di sekolah.

Berkejaran - Mereka bermain sembunyi ibu (hide & seek) sebenarnya. Aku boleh mengekek ketawa sendirian duduk di dalam kereta melihat anak-anak ini bermain. Ada yang bersembunyi di sebalik pokok memang tidak nampak. Ada juga yang bersembunyi di di dalam bas dan ada juga bersembunyi di belakang makcik menjual air-jajan. Dibuat makcik itu macam ibu dia. Manalah aku tidak ketawa sendirian sementara menunggu adik keluar kelas.
Santai - Sementara menunggu bas datang boleh santai-santai di bawah pokok. Tidak kisah duduk di atas rumput yg kian menguning dek kerana panas dan kering. Balik sekolah pasti si ibu hairan kenapalah seluar masing-masing kotor.
Bolos - Mencari jalan pintas menuju bas yang sudah menunggu. Tidak terfikir bahaya melanda andai terjatuh.

Anak-anak bila tanpa pengawasan ibu-bapa membuat tindakan mengikut kehendak hati. Lupa segala bahaya yang mungkin datang. Itulah sebabnya mengapa ibu-bapa dan para guru sentiasa memberi nasihat tanpa mengenal penat demi mahu anak-anak menjadi 'orang' baik-baik.

~~ Melihat anak-anak girang bagaikan terapi buat orang dewasa sebenarnya.~~

60 comments:

  1. Suka tengok gelagat anak-anak. Boleh gembirakan hati yang gudah.. :-)

    ReplyDelete
  2. Memang seronok. Tapi kalau zaman laa ni tengok depa macam tu, perhati kan jugak kawasan sekitar. Kalau tiada pengawasan atau tempat yang terbuka memang risau kalau kes penculikan berlaku.

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat Kak..
    memang seronok melihat karenah anak2 ni..kekadang tu boleh buat kita tersenyum sndiri.. InsyaAllah, sy tak pernah putus2 bagi nasihat yg baik2 pd Pa'e..moga dia membesar jd 'org' yg baik..aminnn...

    ReplyDelete
  4. macam2 gelagat boleh tengok kak..
    zee hari2 dok menunggu si along memang dah biasa tengok kak..
    yang nyaris2 eksiden pon selalu nampak kak..seriau jer rasa..bebudak faham jer la camaner..

    ReplyDelete
  5. As salam kak.

    Tengok gambar² ni pon dah buat saya tersenyum ☺

    ReplyDelete
  6. Ye kakzakie, bila anak2 tiada pemgawasan ibubapa inilah mereka lakukan, ada yg mencuit hati, ada yg membuat kita risau... ADA sekali tu mereka bermain gelongsor... kepala didahulukan. Cepat saya tegur jgn buat mcm tu bahaya nanti boleh patah leher.. aduh kerisauan saya.. ada sekali tu berlaku kemalangan depan Mata saya.. trauma saya dlm minggu tu.. anak dibawah umur 12 tahun fikiran mrk belum matang lagi.. kena ada pengawasan..

    ReplyDelete
  7. bahaya anak-anak tanpa pengawasan ibu bapa.. kita yang melihatnya pula terasa risau..

    ReplyDelete
  8. saya pon nak kata rutin harian dan melihat gelagat anank2 pegi dan balik sekolah..kadang2 seriau jugak melihat anak2 tanpa pengawasan ibu bapa time balik sekolah ni..macam2 gelagat time nak melintas tu saje jer..saya pulak yg gerung nenguknyer :)

    ReplyDelete
  9. mereka bebas bermain,tanpa mengira waktu dan keadaan,tanpa menyedari mungkin bahaya sedang menanti...hidup mereka cuma utk bergembira...

    ReplyDelete
  10. padatnya rutin kakzakie....xpelah biarkan makzah betul2 sihat.kat sini anak2 sek sllau brlumba2 brlari pergi kedai jual jajan kat depan sekolah.

    ReplyDelete
  11. Belum dapat merasai sendiri...tapi melihat gelagat kanak2 memang terasa seronok dihati. Dalam hati..."andai dapat kembali menjadi kanak2, seronoknya...tiada apa yg perlu difikirkan, hanya menikmati keseronokan dan bergumbira!"

    ReplyDelete
  12. Memang gelihati kadang-kadang bila melihat gelagat kanak-kanak riang ni. Ada-ada sahaja yang mereka lakukan. Saya cukup suka bila tengok murid-murid Tahun 1 dan 2 di sekolah Abang bila nak balik sekolah. Macam-macam gelagatnya. Ada juga yang keluar aje pintu pagar muka terus berubah dari ceria ke sedih bila tengok mak/bapak takda menunggu. Ada yang memang tak peduli apa pun, yang penting mereka happy lari sana sini ikut suka sampaikan terkejar-kejar driver bas sekolah. Yalah agaknya kalau kat rumah tak boleh buat apa suka. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau makbapak tak nampak, memang bebaslah hidup :)

    ReplyDelete
  13. salam jumaat...anak2 yg terlepas drpd pandangan mata kita terasa bebas nk buat apa saja kan n kita mengharapkan anak2 memilih kawan yg baik kerana kawan2 juga memberi pengaruh kpd perilaku anak2...

    ReplyDelete
  14. gelagat dierang ni memang gelihati sangat kadang mengerikan juga...budak2 mana fikir bahaya atau tidak dierang fikirkan keseronakan...kan kak...inilah dunia kanak2....
    bila nengok gamba akak ni terbayang abang uwais kat sekolah balik kemain baju dia kotor agaknyer gini la...dia kat sekolah...

    ReplyDelete
  15. saya juga begitu kak... tanpa pengawasan mak & ayah... mmg saya liar... cuma berpada-pada ;)

    ReplyDelete
  16. bahaya ada di mana2. jadi sebagai ibu bapa kita harus waspada.

    p/s : akak kerja 3 jam saja?

    ReplyDelete
  17. salam jumaat kak, budak-budak mana tahu erti bahaya, yang mereka tahu.. keseronokkan ketika bermain.. hihi, kita yang dewasa ni pun tergelak tengok gelagat dorang..

    ReplyDelete
  18. salam jumaat..semoga mak zah cepat sembuh.. cuaca begini memang mudah jatuh sakit..akak pun jaga kesihatan..

    kelakat campur risau tengok gelagat anak anak diluar pengawasan ibu bapa.. ye lah..tak salah berseronok.. selagi tak membahayakan keselamatan.. semoga kesihatan dan keselamatan mereka dilindungi..

    ReplyDelete
  19. Macamana kanda? seronok tak jadi separa surirumah sepenuh masa? hehe....

    Betullah kanda bebudak ni mmg suka kalau mak ayah tak de depan mata mereka , mereka boleh buat sesuka hati tiada sapa nak larang...namanya pun bebudakkan....hehe
    Moga Mak zah cepat sembuh!ringanlah sikit beban kanda yeh!

    ReplyDelete
  20. teringat lak zaman kecik2, saya sekolah kat STMI(1) tu...time balik tunggu bas mmg melepak tepi longkang atau atas rumput.

    ReplyDelete
  21. bdk2 kan kak, fikiran mereka tau nk seronok2 je... lg2 bile bersama kwn2, nsb lah tempat keje akak n suami akak boleh bertolak ansur... kalu tak pyh jgk... ni mak zah dh beransur sihat belum?

    ReplyDelete
  22. Saya pun sama kak..bila bercuti diwaktu anak2 bersekolah..bila menghantar atau menjemput Yana...saya memang akan perhatikan anak2 ini...baik perempuan mahupun lelaki..mereka berkejar-kejaran...duduk saja dimana2 yg mereka rasa suka...dunia pada mereka adalah "bermain-main"...

    ReplyDelete
  23. Betul kak. Saya hanya ada seorang anak. Tapi kalau dengar dia ketawa dan gembira, saya rasa seluruh dunia saya cerah bercahaya.

    ReplyDelete
  24. Seronik tengok keletah budak2 ni
    Moga mereka selamat selalu

    ReplyDelete
  25. begitulah karenah anak-anak..walau belum dikurniakan anak,tapi kasih sayang dari anak saudara,sudah ckup untuk menghiburkan sy kak...

    ReplyDelete
  26. hahaha...kerenah anak2...teringat mase cik kanak2 dulu...teringat mase cik sekolah rendah dulu....uuuhhhhh rindu nya....

    ReplyDelete
  27. hehehehehe.. itu jugak agaknye xtvt Anis kat sekolah.
    bila balik rumah mamanye bebel nape baju kotor mcm belacan.. hehehehe

    ReplyDelete
  28. budak2 bila ada kawan , apa pun menjadi ...

    ReplyDelete
  29. bila tengok gelagat budak-budak ni,teringat masa sekolah dulu.mcm ni la keadaan bila dok dengan kawan.seronok rasa..

    ReplyDelete
  30. bila tengok gelagat derang, saya teringat diri saya pun sama aje ngan derang masa kecik2 dulu
    yang ditegah tu la seronok buat
    rindunya zaman kanak2

    ReplyDelete
  31. btul tu akk..anak anak mmg xboleh duduk diam....tidak kenal erti letih ataw bahaya...

    ReplyDelete
  32. Salam Jumaat Kakzakie..baru berkesempatan menjenguk sini..semoga mak Zah cepat sembuh..
    Sura kalau tengok budak2 seronok main..terasa cam nak jadi budak2 balik..hihi..

    ReplyDelete
  33. kan...sgt seronok memerhatikan diaorg dari jauh sebenar nyer :)

    ReplyDelete
  34. hehehe.. teringat masa zaman sekolah dulu.. bebas seronok takde fikir selain dari belajar.. ;)

    ReplyDelete
  35. salam akak, petang baru sempat bw. gelagat anak2 mmg buat kita geleng kepala. tmpt menunggu di sek anak saya ada satu lereng bukit. kat situ dorang main menggulingkan diri mereka. balik rumah penuh rumput kering atas kepala....

    ReplyDelete
  36. macam itulah agaknya anak saya..hari pertama sekolah...kasut dan hitam legam...membebel juga...kakak ni perempuan..kenapalah tak boleh jaga kebersihan kasut ni..mungkin masa rehat dia bermain dgn kawan-kawan hingga kotor pun tak ambil kira...

    ReplyDelete
  37. memang nak main je dorang ni kan kak...huhuhu

    ReplyDelete
  38. Hihi mcm tu la dulu sy duk ulang alik ambil Adik kat sekolah...kalau time cuti semester...masuk saja kereta semerbak bau masam...berpeluh2...main kejar2 katanya...kanak2 riang!

    ReplyDelete
  39. gelagat anak-anak kecil mmg buat kita terhibur..tp yg aksi bahaya tu boleh buat kita mengucap panjang juga..bila tgok anak org mula la teringat anak sendiri..entah apa yg dia buat bila jauh dr pemantauan kita..padahal hari2 dah nasihat kak zakie kan

    ReplyDelete
  40. setuju kak...tengok muke anak2 hilang lara hati hehee

    ReplyDelete
  41. itulah bahaya klau x de pngawasan ibu bapa or penjaga.. tambah2 time balik skolah ..takut kita lihat kat jlan raya..nasib baik skrg ada gate skolah jaga.. amin

    ReplyDelete
  42. yang bolos ikut lubang pagar tu budak perempuan kan?

    ReplyDelete
  43. Dunia kanak2...mereka ini yang masih suci..

    ReplyDelete
  44. Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling best bagi kita KZ..Seronok sebab tak perlu fikir banyak masalah. Semuanya boleh ikut kehendak hati..

    ReplyDelete
  45. bahayanya budak2 sekarang ni. kurang didikan agaknya.

    ReplyDelete
  46. budak2 memang gitu, dulupun gitu jugak... tak memikir apa yang penting seronok

    ReplyDelete
  47. lama xsinggah jenguk akak.. terapi mindu tu kalau tgk gelagat budak2 skolah. pasti tersenyum saja kan

    ReplyDelete
  48. assalam akak..lama xjenguk akak..sihat ke??aha kan takut la bila jadi pkara y xdiingini mulanya nk mnyesal..masa tu nasi dah jadi bubur..

    ReplyDelete
  49. Salam.
    Teringat zaman kita kecil dulu!

    ReplyDelete
  50. nostalgia zaman kanak-kanak dulu...

    ReplyDelete
  51. Allah... syukur sebab dorang masih boleh bermain bebas zaman sekarang ni... sesetengah tempat dah tak bebas macam tu lagi... bimbang bila teringat kejadian jenayah ke atas kanak-kanak spt culik dsb. Saya kesian anak-anak saya dapat main kat laman rumah saja... tak macam saya dulu, masuk bendang, turun alur, teroka kebun getah, sembunyi dalam semak belukar entah kat mana jauh dari rumah... zaman berubah...

    ReplyDelete
  52. anak2 kecil kdg2 x dapat membezakan bahaya2 kecil, kitalah yg kena bimbingkan.. tpi serius seronok melayan keletah anak2 ni !

    ReplyDelete
  53. menakutkan..sebab tu SA sanggup xde kereta kat KL ni..biar abah guna senang dia nak hantar or jemput anak pi ngan balik sekolah...SA x suka situasi mcm ni la...menggalakkan jenayah kalau mcm ni...

    ReplyDelete
  54. mmg nampak sangat diaorg kalau bersama dengan kawan-kawan...tak ada siapa yg melarang

    ReplyDelete
  55. zaman kanak2 memang seronok kan, tapi memang perlu pengawasan, kanak2 ni akalnya pendek, orang tualah yang kena selalu prihatin.

    ReplyDelete
  56. Kak zakie...pandai kak zakie teliti ambik gambar keletah anak2 tuh...Umi Qi pernah melalui zaman diorg...panjat pagar...lompat pagar...hehhehe sgt nostalgia...tp zaman sekarang x seperti dulu...anak2 x boleh dibiarkan...

    ReplyDelete
  57. Budak budak skrg tau nak bebas je. Depa x tau byk masalah kat luar tu.

    ReplyDelete
  58. salam,

    hehehe... budak2... memang macam tu.
    tak da masalah pun... happy dan sincere jer mereka... kan kak...

    ReplyDelete
  59. salam k.zakie..

    hehe.. ya.. mmg terapi..
    kdg2 bila cma ke tmn bwk anak2, blh terkekeh sorg2 tgk gelagat anak2 yg kat tmn tu.. mcm2 ragam mereka..

    ReplyDelete