Mengisi ruang masa yang ada dengan anak-anak pada hari Ahad. Aku tidak perlu mengambil cuti tetapi en hubby terpaksalah mengambil cuti demi meluangkan masa dan memenuhi kehendak anak-anak. Kami menuju ke tempat yang tidak sampai setengah jam pun boleh tiba dari rumah kami. Kakak-kakak sebenarnya melayan kehendak si adik. Aku dan en hubby duduk menanti di cafe sambil membaca buku. Aku melayan buku Ahamd Ammar remaja yang berjaya membuka minda banyak umat Islam. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.
|
Starhill Golf & Country Club - Inilah loksinya. Pintu masuk sudah ada papan tanda ini. |
|
Sudah tiba - Menapak ke hadapan akan ditunjukkan arah di mana tempat yang dikehendaki |
|
Buah hati kami - Kakak-kakak kenalah melayan adik untuk menikmati mandi di sini. |
|
Adik - Ini adalah kolam khas untuk kanak-kanak. Puas adik menjelajah. Slide sana-sini semuanya dicuba. Kakak-kakak sekadar berendam di dalam air kolam yang lebih luas dan agak dalam. Slide pun lebih tinggi dan mencabar. |
|
Gelang - Seperti di mana-mana taman tema samalah juga di sini. Biru untuk bawah usia 12 tahun. Ini adik punya. |
|
Merah - Untuk usia 12 tahun ke atas. Harga tiket lupa pula tapi yang pasti tidak semahal di Legoland. Namun buat mama dan papa yang tidak mandi kena juga membayar walau kami tidak mandi pun. Sama di mana-mana taman tema air pun begitu juga. |
|
Balik - Bila handset menunjukkan azan zuhor berkumandang aku arahkan anak-anak bersiap untuk balik. Selasai mandi kami pulang. Lihatlah masing-masing menjinjing baju basah. |
Walaupun tempat ini berdekatan dengan tempat tinggal kami tetapi aku dan en hubby tidak pernah masuk ke dalam. Sekadar melihat dari tepi jalan saja. Biasa anak-anak pergi dengan cikgu-cikgu mereka untuk kem motivasi. Kawasan tidaklah terlalu besar tetapi jika untuk melepaskan keinginan mandi-manda dan berenang bolehlah juga. Mengasah skill berenang agar tidak hilang.
~~ Seandainya benar dikatakan PM kita yang MH370 begitu kesudahannya, bersama kita sedekahkan al-fatihah buat semua roh umat Islam yang terkorban. Takziah buat yang bukan Islam. Sedih.~~
sama lah kita kalau masuk tmpat waterworld gini..jd tukang jaga budak, jg bag. jenis takut air.
ReplyDeletesegan plk tu nak mandi.
biar budak2 je lah.
ye lah kak..kita pun sama..x penah lagipegi..sabojelah kan..dok je jb.
ReplyDeleteandai benar kesudahan MH370 ALFATIHAH untk yg beragama islam..sedihkan kak...
Seronok lah bebudak dapat mandi. Mak budak jadi pemerhati dan tukang jaga barang²...hehehe...
ReplyDeleteSedih sgt masa PM umumkan smalam. Speechless. Al-fatihah & RIP buat mangsa2 yg terlibat. Smoga keluarga mereka tabah.
seronoknya ye
ReplyDelete~ alfatihah untuk penumpang(yg beragama islam) dan salam takziah(untuk non muslim). Kuasa Allah mengatasi segalanya. Semoga Allah permudahkan pencarian MH370. Kalau betul di lautan, tunjukkanlah. Permudahkanlah Ya Allah
kat mana tu? teringin nak bawa anak2 g tapi x mau travel jauh2 sangat
ReplyDeleteMacam seronok tempatnya.
ReplyDeleteBerakhir sudah penantian MH370. Semoga di mudahkan urusan mencari puncanya pula.
semoga yang Islam mati syahid... namun masih berdoa agar mereka selamat & hidup... amin...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTentu seronok berendam, mahal tak?
-
Mama kdg2 ingin nak makan ikan asam pedas di kedai tapi selalunya mesti terbeli makanan lain!kami memang jarang mkn ikan asam pedas.
Seronoklah dak adik dpt explore semua tu ye ;)
ReplyDeleteAnak2 saya pun dah sibuk mengajak mandi water park ni..
Alfatihah buat yg Muslim..
Takziah utk nonmuslim...
Tersurat sudah pengakhiran MH370..
aktiviti wajib anak2 masa cuti sekolah kan zakie.beriadah menyihatkan badan dan minda disamping merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.
ReplyDeletedapat main air dan mandi-manda ni memang best, kita yang tua ni pun teringin..
ReplyDeleteYelah Kak zakie, sedih sangat, sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Salam takzaih kepada yang non muslim.
seronok adik berendam dlm kolam
ReplyDeletebestnyer sekali sekala dapat berenang....
ReplyDeleteAl-Fatihah dan takziah...
rasanya ada lalu kat tmpt tu....kawasan mana ya?mcm best je....
ReplyDeleteAlfatihah dan takziah untuk mangsa dan keluarga MH 370
seronoknya bawa anak2 bermain ditaman tema..sesekali suka2kan hati ya...kita hadiahkan alfatihah kpd saudara2 kita n turut berdukacita atas kemalangan MH370 n semua yg bersama dgnnya...salam takziah.
ReplyDeleteWah...seronoknya. Kalau swimming pool di hotel, kena pakai swimming suit. Segan lah kan kak...
ReplyDeleteanak2 Ida pun dok ajak p waterpark kak..tapi xtau nak ke waterpark yg mana...
ReplyDeletesedih dgn kesudahan MH370
Falsya tunggu qisya beso skit baru leh masuk tmpt gini..heheheh
ReplyDeleteBudak2 mmg suka pergi tempat2 begini kan Kak.. seronok rasanya..
ReplyDeletesalam takziah buat semua keluarga & penumpang MH370..sgt2 sedih, tapi semuanya kententuan Allah :(
Hahaha... acara berendam dan mandi manda ni..memang faveret budak-budak dan budak besar pon... hahahaha. Kami di Kedah ni biasanya pergi Sungai Petani kalau nak main air. Yang paling tak best sekali tak boleh bawak makanan sendiri... tapi makanan kat dalam mahal yang teramat lah..
ReplyDeletebtw kat mana Starhill Golf and Country club ni ek... tak dapat bayang kat area mana...
seronoknya mereka semua...salam takziah buat semua keluarga..mangsa MH370
ReplyDeletebestlah kakzakie...nak berendam je, tak payah memandu jauh..
ReplyDeleteteringat masa dok BP, rumah saya dekat dengan wet world di bukit pasir.
la ni..hmmmm...kena siap tol, siap kos minyak, siap bagai...
p/s alfatihah buat krew dan penumpang yang beragama Islam
kat mane tempat ni?
ReplyDeletebest la adik ye, ada kakak2 yang melayan...hihihi...memang seronok betul la sebab ada kakak2 masa cuti sekolah kan kak..
ReplyDeletesedih kan kak sbb pengakhirannya begitu..Allahuakhbar...Innalillahiwainnailaihirajiun..
bila orang tak ramai..lagi seronok..
ReplyDeletesura suka kalau orang tak ramai sangat..pening kalau ramai-ramai..:)
*Al-fatihah dan RIP buat semua mangsa yg terlibat..dan bertabahlah buat keluarga mereka..
Oh, boleh pergi balik hari saja ye! Ada tempat mandi-manda lagi. Tak pernah pulak saya tahu ada tempat begini di Johor. Wah, sesekali balik (entahlah bila agaknya) boleh juga terus ke sana ye. Nak gi Desaru ni sebenarnya kak, sampai sekarang plan tak 'lulus' lagi :(
ReplyDeleteEh, sorry! Baru saya perasan, Golf and Country Club rupanya. Macamana saya boleh baca 'resort' pulak nih!
ReplyDeletebiasalah tu kak yg dekat jrg nak pg, tp sebenarnya cuti sekolah ni mmg masa sesuai isi masa dgn anak² tak kisah dkt ke jauh yg penting kualiti masa bersama...
ReplyDeletetakziah buat keluarga mangsa mh370
Adik orang jer yer yg masih dpt berjimba2 dikolam.nanti sikit masa lagi semuanya cuma duduk2 celup kakijer..dahbesar kan...heheh..
ReplyDeletebestnyer...seronoklah budak2 tu..
ReplyDeleteselamat bercuti KZ...
ReplyDeletehadiah yang istimewa untuk anak2..slmt bercuti
ReplyDeleteAlfatehah begitulah kehendakNYA
dalam cuaca panas2 gini sedap berendam kak...janji anak2 happy
ReplyDeletesalam k.zakie..
ReplyDeleteingatkan tmpat men golf. rupanya 2 in 1..
kanak2 suka la mandi2 ni..
hasbunallah wani'mal wakil
anak2 mmg pantang jumpa air...selagi tak dikerah utk naik,selagi tak kecut seluruh badan..selagi tu la nak berendam..
ReplyDeletewow bestnye akak...bdk2 memang suka main air...ahmad ammar memang pejuang sejati dan boleh dijadikan teladan..kita tgk youtube dia kak..terharu kita..
ReplyDeletewahh bestnya jalan2
ReplyDeleteTmpt begini adalh feberet juga buat 3 beradik dirumah tu..nak2 si Yana...
ReplyDeleteTempat percutian yang baik untuk menenangkan jiwa dan merehatkan diri. Kalau pergi tempat-tempat yang crowded musim cuti ni, bukan dapat berehat, lagi stress dan penat adalah, sebab tersangkut dengan jemnya bagai.
ReplyDeleteanak2 kalo di bawa pergi mandi manda memang seronok sgt dh hati dorang kan.. anak2 zura pon sama.. asik duk tanya jer bila nak gi mandi kolam lagi..hehehe
ReplyDeletebest dapat berandi-manda bersama keluarga begitu..
ReplyDeletetakziah dan al-fatihah kepada semuanya.. terasa sebak pertama kali mendengar pengunguman yang dibuat oleh PM..
sesekali bawa anak2 ke tempat2 mcm ni mmg seronok kan kak.. salam takziah & alfatihah untuk MH 370 even dlm hati masi ada sekelumit harapan !
ReplyDeletelama saya tak melawat kat sini...seronok la budak2 kalau boleh mandi..
ReplyDeleteSalam kz,
ReplyDeleteBila cuti skolah, kenala atur psogram utk anak2 kan. Sronok depa tu.
Stuju dgn ayat yg terakhir,
Alfathihah utk mangsa
Mengatur cuti bila mama dan papa tidak sama memang agak susah bila anak-anak bercuti. Salah seorg kenalah mengambil cuti.
ReplyDeleteTerima kasih buat semua yg sudi memberikan komen N3 kakak ini:-
Blogger Petak Bunga, Blogger Sharifah Nadzarah, Blogger Fiza Rahman, Blogger Fazleyatul Aini, Blogger Rizziela (dekat Kempas, Johor Bahru Zie), Blogger Pokok Manggis Depan Rumah, Blogger lia, Blogger Juhariah Johari (tak mahallah kak Ju. Lebih kurang wet world kebanyakan tempat. Kalau Legoland baru mahal), Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Blogger Kak Yon, Blogger ummiross, Blogger redza, Blogger @na, Blogger saniah ibrahim (lalau Kempas boleh dan kalau dari Senai lalu Seelong pun boleh SI), Blogger paridah, Blogger Aziela, Kniedaz (terlanjur cuti ni pergilah Ida), Blogger Falsya, Blogger aTieYusof Family, Blogger Wafa Cw (betul mana-mana taman tema air tak benarkan bawa makanan dan makanan mereka mahal. Kakak seludup aje nasi lemak bungkus dan mee masuk handbang hihi...), Blogger Amanda Suria, Blogger ANIM (kakak kalau balik BP pun selalu ke wet world), Blogger :: idzwa :: (dekat JB Idzwa, lebih tepat Kempas, Johor Bahru), Blogger amirah, Blogger Sura Mohd, Blogger Mummydearie (sebab dekat aje dari rumah kakak MD. Kalau nak tidur sana pun boleh sebab ada bilik boleh sewa. Kalau Singaporean biasa mereka tidur di sana), Blogger Masya, Blogger UmmuAidan-Arissa, Blogger BUNDA a.k.a KN, Blogger RDZ Z, Blogger sud@is, Blogger Knor, Blogger ♥ Cmª shIemª ♥, Blogger ❤Kamsiah❤, Blogger cikceriacorner, Blogger Aku Penghibur, Blogger Eye_nee, Blogger Sylarius Yusof, Blogger Nafira usof, Blogger Mizz Aiza (Dunia Kecil), Blogger Kesuma Angsana, Blogger Sarah Talib, Blogger aby.
Buat semua terima kasih sekali lagi.
mcm pernah lalu la tempat ni
ReplyDeletekat mana ye?
kalau saya, bukan setakat tengok.. join sekali.. hehehe..
ReplyDeleteLama tak pergi bermandi manda ni Kanda....Sama je adik sana ngan adik sini...kalau berenang main air mmg suka sungguh....tapi tulah kakak ngan abangnya jer kurang suka...
ReplyDeleteNape kanda tak tunjuk skill jugak? hehe
Lama tak pergi bermandi manda ni Kanda....Sama je adik sana ngan adik sini...kalau berenang main air mmg suka sungguh....tapi tulah kakak ngan abangnya jer kurang suka...
ReplyDeleteNape kanda tak tunjuk skill jugak? hehe