Majlis doa selamat diadakan bersempena sahabat kami yang akan menunaikan ibadah umrah. Seperti biasa tuan rumah akan merisik aku. Pantas aku katakan Insya-Allah dan jangan bimbang sebab jauh di sudut hati tidak bimbang sebab aku ada 'penyelamat' jika majlis dibuat waktu cuti sekolah.Anakanda sulung aku sudah boleh menjadi 'penyelamat' sekiranya aku ABC. Jadi malam itu majlis Yasiin, tahlil dan doa selamat diimamkan oleh anak dara sulung aku. Alhamdulillah selesai dengan baik.
Manja - Dua hero ini aku kenyit-kenyit dan pancing dengan games di handset aku lalu melekat duduk dengan aku hingga selesai majlis. Waktu makan pun dia boleh tinggalkan ibu masing-masing. Mahu melihat gambar ini dari yang aku captured. Suka benar kalau boleh mahu ikut aku balik agaknya. Sebenarnya aku yang terlebih seronok. Comel kan:) |
Puan Rosyidah - Inilah sahabat kami yang akan menunaikan Umrah dan akan bertolak pada hari Ahad ini. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah. Frozen karipap, samosa, roti pizza di ekspot ke Tempines, Singapore. Doakan moga beliau dan keluarga dipermudahkan dan diberi kesihatan terbaik untuk menjalankan ibadah di tanah suci. |
Air dalam bekas - Setiap kali ada majlis begini mesti akan ada air begini diletak dihadapan aku. Kali ini duduknya di depan anak dara sulung aku. Bagi peluang dia mengendali sesekali boleh juga mama jadi makmum. |
Selesai majlis - Ramai juga kariah yang hadir pada malam itu. Syukur alhamdulillah moga doa-doa kami diterima Allah. Juadah dihidang banyak. Pilih sajalah mana satu idaman hati. |
Kami punya - Ini pilihan aku, Mak Zah, Nurienne dan adik. Yasmien sedang ABC tidak dapat turut sama tetapi kami dibekalkan berkat untuk dibawa balik. Dapatlah hubby dan Yasmien merasa juga. |
~~ Setiap kali ada majlis amal di waktu sekarang sebaiknya bersama-sama juga kita mendoakan semoga Allah memberikan petunjukNya ke atas MH370.~~
Salam Khamis KZ..Semoga beliu dikurniakan kesihatan yang baik & mambrurnya umrahnya
ReplyDeleteSemoga beliau dipermudahkan urusan dan sihat sepanjang melakukan ibadah umrah.
ReplyDeleteMudahlah akak kerana dah ada pengganti yang boleh diharapkan. :)
semoga selamat pergi dan selamat pulang
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan umrah sahabat kakzakie tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah kak long dah boleh jadi penyelamat ye :)
Bila ibubapa mendidik anak ke arah kebaikan.. insyaAllah.. baiklah akhlak anak tersebut..
semoga selamat menjalani ibadah umrah. semoga diberi kesihatan yang baik buat beliau. ermmmm... sedapnyer mee kari tu KZ.
ReplyDeletealhamdulillah..bestnya kalo jadi jiran akak..
ReplyDeletejiran pon dah macam sedara jer sumernya..meriah sangat..silaturahim utuh..
Moga Pn. Rosyidah diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah di sana serta selamat pergi dan balik hendakNYA.
ReplyDeletepsstt: comel budak berdua tu.. ;)
semoga sahabat kakzakie dipermudahkan segala urusan..selamat pergi dan kembali..:)
ReplyDeleteSalam kakak..
ReplyDeleteSejuk perut kakak mengandungkan anak yg.boleh mengantikan kakak macam tu...saya tumpang bangga & gembira akak.Semoga Allah juga mudahkan jalan yg sama untuk anak-anak saya...amin.
p/s..kakak, hampir 3 bulan kakak ilah sakit, tapi sekarang dah ok. Dlm tempoh tu, saya ambik dia duduk kat rumah. Senang nak pantau..nak harapkan mak sorang, kesian jugakkan. Dia sakit bermula 1.1.2014. Mulanya saya cuti seminggu untuk jaga kakak, lepas tu tambah lagi. Alhamdulillah kakak, berkat doa saudara mara dan rakan-rakan yg tak putus kunjungan, dia kembali sihat dan boleh berjalan dah...sesungguhnya kuasa Allah melebihi segalanyakan...yg penting usaha, doa dan tawakal..
moga dipermudahkan perjalanan kwn kak zakie disana.. amin.. mg skrg ni kalau buat doa selamat mesti teringatkan MH 370
ReplyDeletebagusnya anak sulung kakak
ReplyDeleterindu dengan majlis majlis sebegini di kampung...duduk sendiri di tempat org...jarang berkesempatan dijemput ke majlis sebegini...
ReplyDeletePS...jika akak nak print gmbar kenangan boleh la guna kod rietta tu...sebab kita xboleh guna kod sendiri...
Kak,bangganya saya punya anak yg boleh mengetuai majlis2 sebegini..
ReplyDeleteAlhamdulillah akak punya anak2 yg solehah.. smoga istiqomah hendaknya.. Aminn
*mesti ibu mereka pun pun mithali* :)
tahniah untuk anak dara akak...dah boleh gantikan mamanya....
ReplyDeletetumpang bangga ngn anak dara sulong akak yg dh boleh jd imam n mengetuai bacaan yassin n tahlil.... seronok kalu kenduri doa selamat kt johor msti dibekalkan ngn berkat...
ReplyDeleteSemoga segalanya dipermudahkan...
ReplyDeletemana kuah kalau tak tumpah ke nasi ye kak..alhamdulillah..
ReplyDeletesemakin ramai anak2 muda mudi yg bijak untuk menjadi pemimpin dan memimpin.
moga dpt umrah yang mabrur...dan dilindungi Allah sepanjang perjalanan pergi dan balik...INSYAALLAH
ReplyDeleteSeusia Muda itu dia sudah boleh memimpin majlis Doa selamat ini...Tahniah KakLong..Tahniah kak..saya cukup hormat akk dlm bab2 begini...
ReplyDeleteSemoga Allah pemudahkan perjalanan dan ibadah Jiran kakzakie disana nnt....
semoga selamat semuanya
ReplyDeletePandai anak akak bantu handle majlis ni. Muda-muda lagi dah pandai pegang tanggungjawab :-)
ReplyDeleteSemoga perjalanan ibadah jiran akak tu dipermudahkan.
kalau di kedah, bila mengetuai bacaan yassin, di panggil khalifah kakzakie.
ReplyDeletep/s baguslah ada anak dara jadi pelapis. seronok saya baca. bukan senang sekarang nak cari anak gadis ke depan mengetuai..
alhamdulillah..semoga perjalanan sahabat kakzakie tu dipermudahkan.. sejuk hati baca si sulung dah boleh handle.. jadi penolong mama untuk didik adik2 sekali..
ReplyDeleteanak2 kakzakie pandai bermasyarakat n xmalu bergabung dgn aktvti masyarakat setempat bagus sungguh...semoga puan yg akan menunaikan umrah dipermudahkan urusan ibadatnya...slmt pergi slmt kembali.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah berjaya kakak didik anak menjadi penyambung legasi. Semoga lebih ramai lagi khalifah dapat dilahirkan kelak. Moga hero comel 2 orang tu juga membesar sebagai khalifah. Amin...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan ke tanah suci..
ReplyDeletemoga sahabat akak selamat menjalani ibadah umrah..
ReplyDeleteSemoga selamat pergi dan selamat kembali..
ReplyDeleteSemoga beliau selamat pergi dan balik....
ReplyDeleteManalah tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasikan kanda....senang le kanda boleh luruskan kaki dah sekarang ni hehe
ReplyDeletetumpang hepi bila kakak kata anak sulung kakak dh boleh gantikan kakak menjadi imam majlis. terasa bangga.. hehehe.
ReplyDeletemudah2an anak2 zura pon jadik macam anak2 kakak jugak.. amin~
Salam K.Zakie..
ReplyDeleteAlhamdulillah..sampai rezeki beliau nk ketanah suci..
kak zakie suka dgn kanak2 kan.. :)
alhamdulillah..mudahan majlis diberkati :)
alhamdulillah..
ReplyDeletebagus nya anak dara kakzakie....mesti kakzakie rasa bangga dgn dia...semoga kawan kakzakie..dipermudahkan segala urusan di sana
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...alhamdullilah semoga dipermudahkan semua urusan kawan akak tu...:)
ReplyDeleteTerima kasih atas segala komen sahabat-sahabat kakak semua:) Doa kami memang semoga sahabat kami dipermudahkan dan sihat ketika menjalankan ibadah di sana.
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi:)
in shaa Allah..semoga dipermudahkan segalanya..
ReplyDeleteSedapnya kak. Moga selamat pergi dan kembali.
ReplyDeleteAkak ni jadi orang kuat majlis rupanya. Untungnya kalau dapat berjiran dengan akak. Sekarang ni anak yang sulung boleh menggantikan tempat bila perlu. Alangkah bagusnya.
ReplyDelete