** Maaf kakak agak sibuk sehari-dua ini. Mana-mana yang belum kakak kunjungi akan kakak cuba jejaki perlahan-lahan hari ini.**
Sedikit pun tidak terlintas mahu ambil tahu. Tetapi sebaik mata terpandang situasi itu cepat saja menjadi tumpuan kami sekeluarga. Seorang wanita dalam lingkungan 30an. Berpakaian ala-kadar dan kaki pula beralaskan selipar yang aku rasa lebih-kurang selipar dalam bilik air rumah kami. Berdiri di tepi tiang yang berhampiran dengan meja yang satu keluarga duduk menikmati hidangan donut seperti kami juga. Perasaan sayu menyelubungi kami sekeluarga. Adik cepat saja bermulut celupar minta aku ajak bibik itu makan dan duduk dengan kami. Mana mungkin kerana apa pula kata majikannya. Tergamak mereka membiarkan bibiknya berdiri di tepi sedangkan mereka menikmati minuman dan donut sambil ketawa-ketawa. Kami sekadar mampu melihat tetapi tidak mampu memberi walau sebiji donut.
Tiga - Bukan donut ini yang kami makan waktu itu. Ini donut beli di warung makcik di Taman Daya. RM1/- dapat tiga ketul. Donut yang kami makan waktu itu ada banyak perisa dan warna yang pasti bibik itu mesti teringin merasa. Namun apa daya dia kepunyaan orang lain. |
Masuk ke dalam kereta dalam perjalanan pulang hubby membuka mulut. Agaknya kes-kes seperti mendera anak semua disebabkan hal-hal remeh begini. Apalah salahnya ajak bibik tersebut duduk bersama dan makan. Aku pasti bibik itu pun tahu dia tidak akan makan sehingga dua-tiga biji donut. Sedihnya bila kami nampak satu wanita (kami rasa isteri majikannya) memberi duit RM2/-. Untuk apa tidak pula kami tahu. Tetapi bibik itu tidak bergerak. Bila mereka selesai makan kami lihat bibik itu membawa beberapa beg plastik yang berisi kotak-kotak (mungkin kasut) berjalan dibelakang mereka.
Kami membandingkan dulu bibik kami sudah kami anggap bagaikan saudara. Bila aku membeli baju, bibik pun aku belikan juga. Kalau aku membeli kasut, bibik pun aku belikan juga. Memilih pun biasa kami serahkan padanya. Tetapi bibik biasa sedar, dia tidak akan memilih yang mahal atau sama dengan kita. Kami makan pun sama-sama agar dia tidak merasa tersisih atau makan sisa kami. Begitu pun layanan kami ada juga yang buat hal tetapi kebanyakan yang buat hal adalah bibik yang baru sampai. Bibik yang lama dengan kami akan mesra dan menangis bila mahu balik ke negara asalnya.
~~ Mereka pun manusia. Hargailah mereka kerana yang pasti dia banyak membantu ketika kita bekerja.~~
Salam KakZakie.. ;-)
ReplyDeletesedihnya baca cerita ni.. Zaza baca sambil membayangkan keadaan sebenar.. kenapalah sesetengah majikan kejam mcm tu ye.. bibik tu pn manusia biasa.. cuba kita ditempat dia.. apa kita rasa?? sama lah mcm bibik tu jugak.. huhu :-(
ahh! sedapnya donut, makin lapar pulak rasanya..
ReplyDeleteada majikan baik, org gaji buat perangai.
ReplyDeleteada org gaji baik, majikan ada perangai..
hidup ini tak adil..
akak jenis mudah tersentuh..
ReplyDeletezee pon..
tapi kadang2 pon kena tengok keadaan jugak kak..tak semua bibik boleh percaya tau..hal disebaliknya kita tak tahu..
hati manusia kak, kita tak boleh nak predict. diorang takde perasaan agaknya. ego dalam diri tinggi. selayaknya manusia tu dilayan seadilnya. tak kira la siapa
ReplyDeletePernah juga nampak situasi mcm gini kak.....sedih bila ada yg langsung tidak sensitif....wlupun mereka berkerja sebagai amah tp mereka tetap seorg manusia yg punya perasaan dan maruah...huhu
ReplyDeletebyk kali ketemu situasi gini, sedihkan..
ReplyDeleteItulah kak, memang tak baik kan..Tapi saya pernah nampak ada majikan ni dia bawak bibik dia masa shopping dia suruh bibik dia amik baju n seluar, bibiknya cam malu2 takut tapi majikannya beria2 suruh pilih dan beli apa jer..Suka saya nengok majikan cam tu..
ReplyDeletetersentuh dengan cerita begini...sampai hati majikanya buat begitu..tak salah berbuah baik dgn amah..layanan yg baik pasti dikenang sampai bila-bila..nasib amah tu dpt majikan yg sedemikian..:(
ReplyDeletemereka juga manusia seperti kita..ada hati & perasaan.
ReplyDeletebaiknya kakzie sekeluarga..
Assallam kakzakie..macam mana la hati dan oerasaan majikan dia kan..besar jasa bibik tu membantu meringankan beban majikan
ReplyDeletebersyukur dia nak tolong uruskan hal dalam rumah tapi janganlah sampai macam tu dilakukan pada bibik tu.. bibik tu pun manusia jugak.
ReplyDeleteish kejam nye kak.... terpacul tetibe dari mulut lieya perkataan kejam tu bile bace kisah nieh....
ReplyDeletealahai ape la salah nye di ajak dok bersame...kalo geli sgt pun dok le meja asing...jgn sampai biarkan die berdiri terkontang kanting sorang2 mcm tu....die pun malu bile byk mate memandang die....
ni laaa punca2 kalo ade bibik tu berdendam ngan majikan....
YE LAH KAK,MMG DIORG BUAT MCM HAMBAKAN..SEDANGKAN DIRI SENDIRI PUN HAMBA TAK SEDAR..
ReplyDeleteBILA KITA TGOK DGN MATA KEPALA,MMG SEDIH,MULALAH NAK MEMPERSOALKAN BEGITU BEGINI..IKTIBAR BT KITA..
sampai hati dorang yer...apa lah salahnya beri sebijik 2, org yg memandang pun rs tak sedap mata kan..kalau camtu baik jgn dibawajer shopping..duk umah lg baik..
ReplyDeletesemoga wanita itu tabah dgn ujianNYA... besar ganjaran dia d sana kelak...
ReplyDeleteSaya tak pernah ada bibik...tp ada byk cerita ttg bibik2 yg saya dgr...majikan baik bibik teruk...majikan teruk bibik baik..
ReplyDeleteTp ini kes kemanusiaan...sebelum memperlakukan pd insan lain..letakkan kita dahulu ditmptnya...saya cukup benci org yg melayan org lain sebegini...dimata ALLAH kita sama...sama sahaja...Amalan yg membezakan bukan kedudukan pangkat dan darjat..huhhh!!!...
Falsya pun penah nmpk mcm tuh kakak..terkulat2 je muke bibik tuh tgk dieorg makan..
ReplyDeleteSemua bibik yg penah keje kat umah falsya semua kiteorg layan mcm keluarga sbb dieorg pun manusia jugak..kiteorg gie mkn kt hotel pun siap angkut dieorg lg..
sedihnya..memang ada majikan mcm tu kan...prinsipnya 'kami bos, awak pekerja, don't cross the line'..
ReplyDeletewalaupun dia bibik, diambil bekerja, dibayar gaji, tapi hormatilah dia sebagai seorg manusia...kita yg tengok ni, nak makan donut pun rasa mcm tersekat kat leher..hitam putih kehidupan..
Saya bab makan ni kakzakie memang mudah tersentuh.. kesian kan..
ReplyDeleteMacam2 perangai manusia ni kan.. dulu saya ada bibik.. saya layan sama aje mcm saudara sendiri.. kesian dorang jauh dtg mencari rezeki.. bibik kedua memang baik, anak2 panggil nenek, bila dah balik indon pun telefon, rindu dgn anak2 saya.. nabilah yg cepat tersentuh.. mesti dia menangis tanya bila nenek nak dtg sini lagi..
kalau x nak dia joint sekali pun..bagilah duit..suruh dia g beli & makan sendiri..jangan biarkan dia tengok ajer kita makan & gembira...cuba selam perasaan orang yg terpaksa tengok kita makan..sedangkan dia terlalu teringin utk makan ...oh..sampainya hati manusia kan
ReplyDeleteBaguslah akak layan bibik baik-baik sama macam family sendiri :-)
ReplyDeleteAda certain orang, layan bibik dah macam layan hamba abdi.
pernah juga melihat situasi ini di depan mata....kesian bibik tu. tapi bila ada berita bibik dera bayi majikan, jadi geram pulak....
ReplyDeletesedih kisah2 manusia ni yer...mrk sua membina jurang pemisah yg terlalu dlm antara yg lain yg akhirnya akan menyusahkan mrk tanpa disedari spt komen hubby kakzakie...
ReplyDeletebaru-baru ini sy makan di sebuah rest. Ada satu family makan semeja bersama bibiknya. Ya ampunnnnn, diorang layan bibik tu macam family, bibik tu pun tak nampak kekok seolah biasa dilayan begitu. Memang kagum betul tengok.
ReplyDeletemacam adik ipar ema punya bibik. nampak luaran baik tapi tak sangka sanggup lari dari rumah tinggalkan anak-anak majikan.
ReplyDeleteLain orang lain sikapnya... Berbuat baiklah sesama manusia... kerana sesungguhnya manusia itu tiada bezanya disisi Allah swt.
ReplyDeleteKita tidak tahu, mungkin doanya mustajab buat kita.
p/s: Saya tak ada bibik dan tak pernah ada pengalaman ada bibik...Rasa pelik pula bila orang luar ada dalam keluarga...mesti segan kan mula2 tu.
siannya dia..nasib seorang bibik..smoga ringanlah penghisaban dia di akhirat kelak
ReplyDeletekesian dia
ReplyDeletesedih kan kak,
ReplyDeletekalau lah saya jadi bibik tu
sedihnya dalam hati ni,
tapi demi sesuap nasi
terpaksalah hadapinya..
saya pulak yang emo kak.. :(
membaca n3 ni saja dh buat KA sebak kak. belum lgi membayangkan keadaan, kenapalah sampai begitu jadinyer. apa salahnyer ajak aje duduk minum & makan sekali. kenapa peerlu nak beza2kan taraf majikan dan bibik yer... ! sedih sgt !
ReplyDeleteSalam Kakak..
ReplyDeletesedih plak hati nih baca citer kakak. dah ruper hati kering jer.. x de perasaan kesian ke?.. huhuhuhu
Ya Allah...siannya dia! Kenapalah takde perasaan kemanusiaan kat hati majikan. Kot takmo bg duduk semeja, duduk meja sebelah dan belikan mkn minum pun ok jugak.
ReplyDeleteCuba bayangkn kalau nasib kita camtu...jd org susah terpaksa keja bibik..org layan buruk pulak..
Salam K.Zakie..
ReplyDeletemuhasabah diri buat saya jugak..
huhu..tak salah berkongsi makanan dgn mereka. kan...
manusia ni macam-macam kan KZ..Kita pun tak dapat bayangkan orang yang suka membeza-bezakan antara kita sesama manusia..mereka juga berhak kepada kehidupan yang sempurna..
ReplyDeletebila darjat menjadi benteng,kesian..selalunya klu majikan baik,bibik buat hal..klu bibik baik,majikan pulak buat hal.macam2 dunia sekarang ni..
ReplyDeletesedihnya kak zakie, kena berbalik bagaimana kita ingin dilayani begitula sebaliknya kan.
ReplyDeletesian nya walaupun dia hanya lah bibik,masih ada hati dan perasaan...
ReplyDeleteKenyataan dunia masa kini, bukti manusia yang 'bertamadun' dan moden. Pokok pangkalnya ialah seketul daging dalam dada kita. Kalau bersih dan suci daging itu, Insya Allah. Tapi kalau berkarat dan legam, di luar jangkauan kita. Selagi boleh bantu, buatlah apa yang termampu. Menegur dengan menulis di sini juga merupakan ibadah untuk kakak. Syukran jazilan.
ReplyDeletekita ni sama2 dicipta...tiada siapa yg lebihnya...cuma kita berperanan mengikut t/jawab masing2....kita sepatutnya berterimakasih pada bibik-bibik ...sebab membantu menyenangkan tugas harian yg sgt memenatkan...bygkan jika tidak org sanggup nak ambik t/jwb tu...??? Dan bygkan jika kita ditempat mereka???
ReplyDeleteBagai terbayang dimata ni apa yang Kak Zakie perhatikan,sayunya rasa hati,antara dua darjat, kadangkala ada manusia sudah hilang rasa belas.
ReplyDeleteSalam kak zakie. Perkara biasa jd dlm hidup kita. Sedih kan.. Org islam buat insan sesama islam mcm tu. layan mcm hamba abdi pun ada gak sy pernah nmpk:(
ReplyDeletesedih nya baca kak, kadang biasa juga kite nmpak situasi ini, kalu mereka tak nmpak boleh la kite curi2 bagi kan kak... tp tak sangka di zmn skrg nih ada lg manusia yg jenis pentingkan diri sndiri...
ReplyDeleteSedihnya kak. Dapat saya bayangkan situasi itu. Siapa pon dia, tak patut di layan macam tu.
ReplyDeleteKita pun berat hati nak teruskan makan..mungkin bibik tu ada buat silap sampai kena hukum macam tu, atau dia memang tak nak makan kut..
ReplyDeletebetul tuu.. apa salahnyaa jemput bibik makan sekali. she's got a feeling tu. ermm harap para majikan lebih perihatin^^
ReplyDeleteOrg yg hati Batu je mcm tu kakzakie, takde perasaan, takde adab sopan.
ReplyDeleteMacam tu ada org ni..saya biasa jmpa jgk la tpi org cina dkt mcd...relex ja makn bersama bibik sambil melayan anak mereka..ada setengh ok
ReplyDeletekdg2 manusia ni dah hilang sifat kemanusiaannya...
ReplyDeleteWalau apa pun jua yg terjadi kehidupan dan kelangsunan dalam hidup perlu diteruskan. Senario ragam manusia di mana-mana pun ada. Salah silap kita memang kita tidak sedar. Namun bila ada yg menjentik harapnya boleh membuka minda dan mata hati kita.
ReplyDeleteTerima kasih semua yg memberikan komen N3 kakak ini:-
Blogger ZazaMyMoon, Blogger Norhasniza Khalid, Blogger Petak Bunga, Blogger Zee Suhaini,Blogger Fazleyatul Aini, Blogger Mia Kassim, Blogger umi alya, Blogger Nurulhuda Abdul Latip, Blogger Sura Mohd, Blogger Mar Mansor, Blogger Acik Erna, Blogger aizamia3, Blogger lieyalatif, Blogger Knor, Blogger UmmuAidan-Arissa, Blogger lia, Blogger Eye_nee, Blogger Falsya (betul Falsya, kakak pun sama dulu), Blogger nohas, Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Blogger Rizziela, Blogger Sylarius Yusof, Blogger Angah, Blogger paridah, Blogger Seri Kandi Tanah Jauhar,
Blogger Ema Johari, Blogger Bin Muhammad (kalau dah biasa tak ada apa BM), Blogger Adilah Isharudin, Blogger redza, Blogger Tihara, Blogger Kesuma Angsana, Blogger Nafira usof, Blogger Ujie, Blogger ♥ Cmª shIemª ♥, Blogger RDZ Z, Blogger Puan Kutu, Blogger babYpose, Blogger saniah ibrahim, Blogger Aziela, Blogger @na, Blogger ummiross, Blogger Lydia Miza, Blogger norhidana miswan, Blogger Fiza Rahman, Blogger che mid, Blogger Aisyah Az, Blogger zana fahmi, Blogger Sarah Talib.
Sebagai renungan bersama dan terima kasih sekali lagi buat semua.
x ptt rasanya dibiarkan berdiri ... mcm tu sdg tuannya elok ddk makan .. kalau iye pun suruhlah ddk meja lain ermmm
ReplyDeletekdg2 kena gak ada perikemanusiaan sesame kita... bak kata pepatah buat baik akan dibalas baik...
ReplyDeleteish kat rumah camna ler plak kan
ReplyDeletebila baca entry akak ni tingat masa saya ada bibik
ReplyDeletebila makan selalu ajak dia makan sama
selalu dia tolak
kecuali mak saya ada sama
kalau jalan2 saya suh dia pilih apa dia nak makan
kalau dia tak paham, saya bacakan menu tu utk dia
kalau shopping, saya belikan utk dia skali
tapi mmg dia tak la pilih yang mahal
biasanya yang berkadaran
kadang2 dia kirim brg kat saya seperti tuala wanita dll, saya tak pernah amik duit
lama2 dia malas nak kirim kat saya
katanya sebab saya tak amik duit
penyudahnya dia beli semua tu time saya bagi dia cuti sesekali
untungnya saya sebagai majikan dpt bibik mcm tu
tapi bibik tu nak balik
anak dia suh balik
sampai skang saya berhubung dengan dia dan selalu berdoa semoga dia mai balik kije ngan saya huhuhuhu
mmmm, adakah itu keluarga melayu?
ReplyDeletemyb benar apa yg dikata oleh suami kakak itu
smkalau x nak ddk smja pon izinkan lah dia dduk dimeja lain.tak salahkan..
lain org lain caranya kan
Dengan orang gaji ni memang susah sikit. Dapat orang gaji baik, majikan pulak suka buat hal. Dapat majikan baik, orang gaji pulak yang buat hal. Tapi suruh orang gaji berdiri sambil kita sekeluarga makan tu dah kira melampau. Takda perikemanusiaan tu.
ReplyDeletesedih...apa la dosa bibik tu sampai diperlaku mcm tu kan...
ReplyDeletebetol kak. sedih sangat bila tengok situasi mcm tue. dan betol kata akak. sebab dorg takde erti kasih sayang dgn org lain. sebab tue org lain tak boleh nak berkasih syg dgn ank dorg.
ReplyDelete