Cuaca panas terik ketika itu. Sebaik keluar dari kereta bahang panas yang menyucuk kulit terasa perit sekali, apalagi sewaktu di dalam kereta pendingin hawa diset yang paling sejuk. Bayangkan di pandang Mahsyar kelak, matahari berada sejengkal di atas kepala. Melangkah sambil mata masing-masing mencari gerai yang paling memikat. Aku akur saja di mana langkah hubby pergi di situ juga langkah kaki aku menapak. Gerai-gerai di tepi pantai biasalah ikan di sini semuanya segar-bugar belaka.
Masuk gerai ke tiga mata sudah terpikat melihat ikan banyak tulang yang menjadi kegemaran aku. Hubby bertanya harga dan merasakan murah kami pun setuju. Sebaik membayar harga hubby tercengang dan bertanya. "Eh! tadi abang kata RM16/-?" Si adik yang memulangkan duit baki tidak mencukupi itu bertanya kepada abangnya "Berapa engkau kata tadi?" Boleh si abang menjawab "Mana saya ada kata RM16/-". En hubby biasalah bila sudah begitu dia malas mahu bersoal-jawab. Sambil mengambil duit baki hubby berpesan juga "Lain kali berhati-hati bila letak harga pada pembeli ye bang. Harap abang tidak silap lagi." Terpinga-pinga dia dan kelihatan malu sebab kami tahu dia bersalah atau tersilap. Namun yang pasti gerai ini tidak akan kami jejaki lagi. Sebenarnya boleh dikatakan setiap dua minggu sekali kami akan ke sini kerana menjenguk anak di asrama. Janganlah kerana biasa kami terus membayar berapa pun harga diletak senang-senang pula dia mahu menipu.
Apalah salahnya memohon maaf katakan tersilap. Mungkin boleh dijawab dengan cara berseloroh tidaklah pelanggan rasa tertipu. Kami yang membeli bila berkehendak tidak kisah berapa pun harga asal saja jangan berdolak-dalik. Cara dia itu telah membuat kami serik.
~~ Niat di hati mahu membantu saudara sebangsa tapi begini pula jadinya. Hubby kata peniaga begini kena hantar ke kem motivasi:) ~~
paling tidak pon patut minta la maaf..dah memang dier yang salah..
ReplyDeletekalo kena macam ni kak, zee pon takkan gi lagi kedai tu..
jadi geram pulak..
Salam Jumaat Kak..
ReplyDeleteinilah masalahnya.. berniagalah dgn jujur.. kite ni sbnrnya tak kisah nak bayar, tpi tulah bila letak harga lain pastu bayar lain plak mmg lah rasa kesal...pastu nak minta maaf pun susah... erm! buat pengajaran pd kita...
Betul tu kakzakie.. jika rasa tersilap mintalah maaf.. lebih baik begitu daripada berdolak dalik kan kakzakie...
ReplyDeleteSaya sokong hubby akak. Pi hantar ke kem motivasi dan syarahan agama juga. Tentang halal dan haram tentang menganiaya orang semua.
ReplyDeleteTaknak mintak maaf tuh mungkin kerana taknak akui kesalahan.. kalau bersalah kena ikut seperti apa yg dikatakan tuh..tuh pasal tebal muka jer..
ReplyDeletemmg tak patut pegi lagi pun kakak kedai gitu..
Sebaiknyer peniaga kena mntk maaf sbb customer is always right... Itu ajaran ayah saya masa sy membantu dia meniaga buah d pasar malam... Tentu2 customer akan terikan & sentiasa dtg gerai kt kerana akhlak & keperibadian yg d tunjukkan...
ReplyDeleteSalam Kak zakie...atie & HB pon pernah trkena masa mkn2 kat luar...peniaga tu buat muka selamba jer.Tiada perkaataan MAAF dr dia.Serik rasanya nk masuk kedai tu lg :(
ReplyDeletetak baik tipu-tipu tau :)
ReplyDeleteBetulkan kakak..xkisah nak membayo tp yg si penjual tuh kene la merendah diri..kalau dh salah xsalah nak mintak maaf kan..kite pun boleh jd lembut hati..hurmmm
ReplyDeletenak meniaga tu kena lah jujur
ReplyDeleteAssalamualaikum kakZakie:)
ReplyDeletePelanggan..sekali dilayan kasar ,sambil lewa...apatah lagi terasa tertipu....mmg tersenarai lam 'blacklist' lah jawabnya..aduhaii..
tak jujur tu namanya..dah silap, takmo ngaku. mmg buat kita marahlah kan kak.
ReplyDeletesama dengan saya kak.. kalau jadi macam tu.. cukup hanya itu sekali saya akan singgah kat gerai dia.
ReplyDeletemacam seorang peniaga kat tempat saya ni, pernah terjadi.. dia pulangkan baki tak cukup. Rupa-rupanya sebab saya guna wang besar maka harga makanan yang biasa saya ambil tu jadi mahal..
Jadi sejak dari tu, saya takkan tunjuk berapa yang saya ada sebelum bayar, nanti dia akan charge mahal.. huhuhu..
tak susah kalau nak ucap kata maaf..salam jumaat,kak..
ReplyDeletesalam jumaat...kena hantar masuk kelas telekomunikasi betul n budibacara holistik...heh..heh..
ReplyDeleteBetul tu. wawa pon ada terkena. apalah salah meminta maaf. dua2 senang hatikan adalah lebih baik..:)
ReplyDeletetakpe kak lain kli jgn pg dah...mcm nor..ni..mmg sekli jerlh..
ReplyDeletesesetangah orang meletakkan ego tinggi melangit..
ReplyDeletekan mudah sahaja untuk mengatakan maaf..malah bertambah manis..
Satu perkara yang saya perhatikan menjadi masalah orang melayu kita berniaga... tidak cukup ilmu muamalat... saya rasa kalau seorang peniaga tahu asas ilmu muamalat saja pon dah cukup untuk jadikan perniagaannya berjaya... tapi ya lah...kat sekolah tak ada pulak ajar ilmu muamalat ni... sayang sekali.
ReplyDeleteTersilap ckp tu biasa..tp tidak meminta maaf selepas tu..itu biadap..saya pun sama kalau ada kes tak memuaskan hati saya waktu makan....itulah pertama dan akhir saya singgah kedai dia...
ReplyDeleteSalam K.Zakie..
ReplyDeletehmm.. ni lah peniaga yg suka mengambil kesempatan.. hilang dah rezeki dia dek hilangnya pelanggan tetap yg berkunjung kesana..
tak salah kalau kita meminta maaf.
kalau saya
ReplyDeletesaya blah aja!
niat dia nak untung lebih,
ReplyDeletelast2 dia hlang customer..
memang kena hanto kem motivasi ni kak
Betul kak.... nak membantu, tapi hak kita sebagai pelanggan pula dinafikan. Serba salah dibuatnya.
ReplyDeletedia tak sedar agaknya..bila menipu pelanggan akan menjauhkan diri
ReplyDeleteSikap melambangkan keperibadian. Mungkin peniaga itu untung tapi untuk jangkamasa panjang...dia akan kerugian.
ReplyDeletePengajaran buat peniaga, sekali pelanggan terkena...sampai bila2 hilang kepercayaan.
agaknya bila nampak orang berduit, dan dan tu harga jadi lain..
ReplyDeleteuntung sekejap tapi rugi dalam jangka masa panjang
Salam Kakak~
ReplyDeletebetol cakap kakak.. kalo kita berkehendakan sesuatu x kira lah berapa mahal sekali pon kita tetap akan beli. tak baik lah guna cara macam tuh bila berniaga. nanti hilang plak pelanggan. rugi dah kat situ~
berat sangat agaknya nak cakap minta maaf tu kakzakie....saya pun pernah trkena camni,
ReplyDeleteantara ucapan mudah tp susah dibuat oleh sesetengah org-ucapan terimakasih dan minta maaf..
ReplyDeleteakak banyak kali terkena Zakie.mentang2 kita selalu beli kat kedai dia..sesuka hati dia letak harga.kalu jadi kes camni memang tak jejak lagi kedai dia.suka ambil kesempatan diatas pelanggan tetap dia.
ReplyDeleteTak patut sungguh buat mcm tu kan. Ya lah kan senang minta maaf. Kita yg dgr pun sejuk sikit hati yg terkejut tu ;)
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteMcm2 ragamkan.
Sekurang-kurangnya kata maaf itu melegakan sikit hati kita kan. Bila tertipu memang akan serik untuk ke situ lagi..
ReplyDeletepeniaga yg macam tu buat dia susah belakang hari....tak salah minta maaf..sepatutnya peniaga kena jujur dan berbudibahasa..dah macamni memang serik la pelanggan..besok2 takde la yg nak beli..:)
ReplyDeleteItu la attitude sesetengah orang kita nie... sanggup hilang customer dari mengaku kesilapan kecil... orang tak marah pun kalau dia minta maaf...
ReplyDeletekan... payah la kalau jenis nak kaya cepat lagu ni. Orang kita kot mmg payah nak akui silap.
ReplyDeletesusah sangat agaknya nak mohon maaf...kan dah hilang customer...
ReplyDeleteTula kalau berlaku macam tu, kita nak tarik nafas dan relax macam kak zakie, kadang tu hidung kembang kempis tah la...keep calm keep calm kan :)
ReplyDeletejujur itu sangat penting sekali
ReplyDeleteBetul tu kak, hantar aje ke kem motivasi. Kena belajar cara-cara melayan pelanggan nih. Kalau kat bank mahu dah kena panggil big boss layan pelanggan cam ni. Mahu dah dapat surat komplen :)
ReplyDeleteKak, ikan banyak tulang tu ikan terubuk ke ikan parang? Hah....kalau jawapannya ya memang samalah favorite kita nih. Aduhai terubuk bakar ... ikan parang masak asam pedas ... siapalah yang nak sediakan nih :(
payah nak ngaku dah buat salah..
ReplyDeletekita kalau org kata maaf, memang x boleh nak marh. terus sejuk.
payah sgt nak minta maaf.
Memang geram kalau kena macam ni.. bukan kite tanak bayar atau berkire benda yang dah masuk dalam perut kan.. cume tak adil berniaga macam ni.. dimana keberkatannya..?
ReplyDeletekakak beli ikan terubok ke?
ReplyDeleteikan peberet sy tu.hihi
kan hantaq motivasi baru dorng thu nk berbudi bhasa dgn pelanggan
salam kz ..
ReplyDeleteklu ikan banyak duri, tk terubuk, parang ..
angger keno ngono kuwi ..
arek bertengkar karo tuan gedeh pun isin dewek ..
seng apik, usah ngono meneh la ..
salam kz ..
ReplyDeleteklu ikan banyak duri, tk terubuk, parang ..
angger keno ngono kuwi ..
arek bertengkar karo tuan gedeh pun isin dewek ..
seng apik, usah ngono meneh la ..
ish... ish.. tak patut tu... leh plak meniaga macam tu.. dolak dalih harga..
ReplyDeleteBetul tu KZ..kalau salah dan minta maaf , tak adalah rasa terkilan sangat kan..
ReplyDeleteKadang-kadang macam ni lah. Nak tolong bangsa sendiri. tapi bila terkena rasa berat nak pergi lagi. Semoga mereka boleh berubah.
ReplyDeleteApa la salahnya mengaku tersilap dan mintak maaf kan..kalau dia mengaku hati kita pun sejuk..ikhlas kita beli..
ReplyDeletebrape harga sebenarnya?
ReplyDeleteorg berniaga ni kena jujur klu tak mmg x berkat ler rezeki tu ...
ReplyDeletebetul lah kak..kdg2 kita sengaja kan nk tlg bangsa kita,pnya la xmo g beli kat bangsa lain..alih2,kecewa ja....last g beli kat cina puas ati plak..harap2 peniaga jgn lah mcm tu kan :)
ReplyDeletesalamkak zakie..apa kaba? maaf sgt intan lama x bw dan lama x buka blog..hehe..betul tu kak..ckp la benda yg benar...susah camni
ReplyDeleteItulah yang paling menyedihkan kak..sebangsa..seagama., yang penghujungnya sumber pendapatan itu menjadi darah daging..
ReplyDeleteAda jg orang berniaga, attitude mcm ni...
ReplyDelete'sorry seems to be the hardest word',
Berat sangat kot mulut nak minta maaf agaknya..
ReplyDeleteblh pulak camtu kak...lari customer mcm tu gayanye...
ReplyDeletenak untung cara salah.
ReplyDeletentahlah kak, kdg2 susah kita nk cakap ! apa salahnya kalau mengaku saja & mohon maaf !
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...mmg x patut betul apa salahnya ckp yg sebenarnyakan...:)
ReplyDeleteTermalu le tu sebab tersilap.. tp apa salahnya minta maaf kan..
ReplyDeleteikan bnyak tulang tu terubuk ke kak? My peberet tu