Sebaik turun dari kereta, mata sudah galak dengan bibir senyum puas. Dari pintu masuk hingga ke bahagian dalam satu pun tidak dipilih lagi bila semuanya memikat hati. Mata terasa puas tetapi tidak tahu mana satu menjadi pilihan. Banyak sungguh pasu-pasu bunga yang berlonggok di banyak tempat.
|
Berukir - Cantik dan memikat mata |
|
Licin - Walau licin tapi warnanya memikat hati |
|
Banyak saiz - Pilih saja mana satu yang dikehendaki. Ada yang sesuai untuk bunga kektus, bunga pokok besar, pokok kecil dan sebagainya |
|
Salah satu pilihanku - Menggantikan pasu untuk pokok kenangaku yang sudah pecah pasunya. Selesa mata memandang bila sudah dialihkan ke dalam pasu baru. Lihatlah ada batang daun kesum anak dara kecik aku menanam. Biasanya untuk menghalang dari tanah terkeluar aku tanam pokok bunga ros jepun tapi tidak sempat lagi. Lihatlah hari minggu ini. |
|
Alhamdulillah - Nasib baik tidak terencat walau pada mulanya agak layu. |
Minggu lepas aku ke nursery bagi mencari keperluan taman mini di rumah. Membeli baja untuk pokok orkid dan pasu bunga yang sudah tidak sesuai. Mana pokok yang sudah besar perlu dialih ke pasu lebih besar. Santai-santai membuang masa bila sendirian di rumah.
~~ Bunga kenanga zaman kanak-kanak aku dulu dijadikan sebagai salah satu ramuan untuk minyak rambut yang akan di pakai setiap hari sebelum ke sekolah - sedihnya.~~
sedapnya bau kenanga!
ReplyDeleteakak sama dengan mama farah, pantang nampak pasu cantik dan pantang ke nursery, mesti ada jer yang nak dibeli... hik hik hik...
ReplyDeleterajin akak tanam bunga...
ReplyDeleteoh..saya baru tau bunga kenanga boleh buat minyak rambut :)
cantik nyer pasu..dah tentu tgn akak sejuk ni sebab subur pokok nyer :)
ReplyDeleterajinnya akak berkebun..aishh...kami punya kebun dah tak nampak apa dah..bila la nak dtg semangat lagi ni..
ReplyDeleteminat akak berkebun..dok kampung lagi best cucuk tanam ni..
ReplyDeletekat sini ape jer yang boleh buat..
tanam cili pon tak lepas..
pokok kenangan ni macam susah nak jumpa dah sekarang ni,
ReplyDeletesama dengan pokok cempaka kan kak
akak permintaan nanti akak tunjuk orkid2 akak...n nak juga tgk susun atur nya...hihi tgh semangat nak ber Orkid ni....pasu! haih mmg meroyan nak yang cantik2 berukir..:D
ReplyDeleteKakak..falsya tingin nak letak pasu bunga kat umah..tppppppppppp takut bunga xtahan..
ReplyDeleteKalau balik kg..suka petik sikit bunga kenanga letak dlm keta.
ReplyDeletenak tengok taman mini akk... hehehe
ReplyDeletesalam Kak..
ReplyDeletewah! dah berganti pasu lah ni ye..hehe.. sy mcm dah lama tak nampak bunga kenanga..;)
suka tengok laman orang yg berbunga.. lama sendiri takde hihi. beli pasu takat nak tanam serai belakang umah jer
ReplyDeleteAdik tumpang pasu mama ye tanam pokok kesom..hehe..2in1..mama PC pun..Ya Allah..fanatik pasu dan pokok bunga..PC pun keliru..bila balik kampung.."mama ni anjung rumah kita ke nursery jual bunga.."setiap kali balik kampung mesti koleksinya bertambah..sambil menanam..sambil berzikir katanya..
ReplyDeleteMesti subur tumbuhnya pokok bunga kenanga tu bila dah dapat rumah baru. Akan harumlah satu rumah...:)
ReplyDeleteSejak jiran sebelah pasang awning, ruang depan dah tak boleh letak pokok bunga, sebab dah gelap, xdpt cahaya matahari mencukupi maka semua pokok dah pindah keluar tapi ruangan terhad. Ada separuh kena hantar balik kampung. Dah tiada penyeri di ruang pakir...huhu
salam ;
ReplyDeleteberapa lama dah kakzakie tanam kenanga tu? Dah mcm bonsai...seronok tgk...tentu wangi tu
rajin kak zakie tanam bunga..hobi y sihat..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteDah dekat sebulan sy x g nurseri kak. Minta suami je belikan baja. Wahh tgk kenanga akak tu lawa. Berkenan pulak saya
anak pokok kenanga kat sini dalam rm20-25 cm tu lah..teringin nak tanam tp belum jadi kenyataan..hehe
ReplyDeleteseronok kalau laman penuh pokok2 dan bunga2an ni kan kak ! KA suka..
ReplyDeleterajinnya kakzakie...tp tu la...bila dh masuk kat situ...rasa mcm2 nk beli...heheh
ReplyDeleterajin akak tanam pokok bunga.. saya teringin nak bertanam tanam.. harap ada rezeki duduk di rumah bawah tahun depan..
ReplyDeleteRajinnya akk bercucuk tanam. Best lah dok landed house. Dok apartment ni susah sket.
ReplyDeletetempat yg luas ok sgt kak...
ReplyDeleteKalau lalu nursery memang boleh buat saya giler tau kak. Huhu. Tapi kat rumah tak pulak byk pokok. Ni tengah musim malas banget ni.
ReplyDeleteTerapi minda juga tu kakzakie bila tengok tumbuhan hijau dan bunga cantik berkembang dan harum baunya..
ReplyDeleteRumah mak pun ada tanam pokok kenanga ni.. pastu mak tanam pokoko bunga rajawali.. masa balik kuang sabtu tengah berbunga lebat.. konon malam tu nak tunggu lah ia berkembang tapi dah mengantuk pulak.. pagi tengok dah layu.. pokok bunga rajawali berkembang di malam hari.. harum jer baunya.. ehe dah ke bunga lain pulak :)
bunga "wajib" utk bunga rampai
ReplyDeletepokok bunga seperti keluarga kita jugakan Zakie..bila dah membesar perlukan pasu/tempat yg lebih besar supaya selesa gitu..
ReplyDeletepokok kenanga ke ni kak??
ReplyDeleteaisyhh serba boleh akak ni...
buat baju rung pandai..menanam pokok bunga pun menjadiii
kakzakie pokok kenanga tu rasanya kena tanam pasu lebih besar...
ReplyDeletesebab tu lah org dulu2 rambutnya sehat2 je lambat pula beruban...pakai minyak dan wangian asli utk rambut.
bunga kenangan nih wangi nyer lain sikit... kalu bau time mlm2 mcm seram gitu kak.... kalu kt kampung bunga nih mak tnm kt tanah je... biar cpt membesar katanyer...
ReplyDeleteSAYA BARU TERPIKIR NAK CARI PASU BUNGA HIHIHIHI .... TGK AIM MANA YG SESUAI .. HAIH SAWAN RASANYA KALAU PG KEDAI BUNGA NI.. MAU MACAM² NAK DIBELINYA...
ReplyDeletesalam k.zakie...
ReplyDeletecantik2 pasunye..mane tak rambang mata.. :p
hehe.. cma suka bau kenanga.letak dlm bilik, harum semerbak :)
Seronoknya pandai menanam...sy ni tgn panas la kak zakie...huhu..
ReplyDeleteSalam Kakak~
ReplyDeleterajin akak menanam bunga yer~
kemain menjadik lagi bunga kenanga tuh.. zura suka bau bunga kenanga.. wangiiii sangat.. kalo zaman mengaji dulu..suka letak dl al-quran.. nanti al-quran bau wangiiii jer.. hehehe
dh lama xmemborong pasu ni...cantik semuanya nampaknya...kenanga akan tambah subur n harum setelah diganti pasu baru tu...
ReplyDeletepsstt: nanti saya tunjuk pulak pokok bunga kat rumah saya.. hehehe..
ReplyDeleteKakzakie, bercucuk tanam tu terapi minda juga kan.
ReplyDeleteBila pasu besar..bunga2 yg ditanam pun dpt membesar dgn sihat...saya byk pasu yg perlu ditukar dirumah..bunga dah lebih besar dari pasu..kasihan pulak lihatkan bunga2 tu...
ReplyDeleteaikss gila pulak nengok pasu..maklum le sy baru berjinak ngan tanah hehe
ReplyDeleteMesti wangi je lalu rumah kakzakie..
ReplyDeleteDahle bunga2 penuh luar dan dalam rumah. Hihi
cantik design pasu tu..kat Ayer Hitam byk pilihan..
ReplyDeletedulu masa kecik selalu ikut mak beli pasu... suka bebeno kalau dia pergi kedai pasutu... banyak dipilihnyer penuh bonet kereta....
ReplyDeletetapi sejak duk rumah sendiri tak ler serajin itu lagi.. isyh tengok rumah orang cam bestjer banyak bunga.. rumah sendiri alahai.. jeles kat kak zakie tau...
salam kakzakie...nekcik pun suka bunga kenanga...harum malam...dan segala pokok yg berbunga...rasa puas bila pokok yg divtanam mula berbunga
ReplyDeletemy mom fav place too
ReplyDeletemak saya kalau p nursery, paling2 sejam. ada je pasu dengan bunga2 nak di angkut belinya
kak sy rasa sy pon dah mula nak minat menanam la. nak tanam apa yg best ek. ada pasu ni kat umah tp tk pakai.
ReplyDeletesaya suka tgk bunga, tapi tak suka tanam bunga...
ReplyDeleteMenumpang kasih bunga kat taman aje la... hihihi
Salam Kak Zakie, JM pun minat berkebun tapi dek kerana duduk umah falt ni..hanya mampu beli pasu tanam pokok daun kari je :-)
ReplyDeleteMy mom pun sama KZ..peminat tegar pasu
ReplyDeletecantik kan, banyak pokok bunga dalam rumah, tapi saya ni tak pandai berkebun...haha
ReplyDeleteHubby saya tanam 2 pokok. Wangiii bunga dia kan kak...
ReplyDeletebunga ni letak atas katil..bau wangi...
ReplyDeletekak.. arwah nenek suke letak bunge ni atas katil lepas tegangkan cadar hari2.. wangi bau katil nnti..
ReplyDeleteRajinyaa.. bercucuk tanam.. :)
ReplyDeleteDulu belakang rumah dinda ada pokok kenanga ni kanda.....emak selalu selit kat sanggul. Kalau buat bunga rampai mesti buh bunga kenanga ni....Jarang nak jumpa bunga kenanga sekarang kan kanda ....kecuali kat rumah kandalah hehe
ReplyDeletebunga kenanga tu wangi kan
ReplyDeletekalau pepagi duk sebelah pokok tu harum je bau
Teringat pokok bunga kenanga yang banyak di rumah arwah atok sebelah rumah mak saya. Sekarang semua pun dah takda :(
ReplyDelete