Monday, June 2, 2014

Duduknya di belakang rumah sahaja

Ruang tanah sangat terhad. Namun keinginan bercucuk-tanam tidak pernah padam itu yang membuat kami menanam semuanya di dalam pasu saja.

Herba - Baru di semai semula dua minggu lepas kerana sudah terlalu banyak memenuhi ruang pasu. Cepat membesar. Buat jelum kepala anak-anak bila dilanda demam panas. Ramas-ramaskan daunnya di dalam air. Ada sejenis bau yang kurang enak tetapi cepat sejukkan badan anak-anak yang demam. Banyak berjasa kepada anak-anak jiran yg memerlukan juga.
Daun kari - Sudah mula bertunas kembali dari apa yang aku cantas dua minggu lepas. Hujan yang sering turun membantu mempercepatkan tunas pokok.
Pokok cili padi - Sudah semakin tua. Lihat anak-anak pokok cili yang meriah di bahagian bawahnya. Adik yang tabur. Bila aku kata tabur di dalam mana-mana pasu. Dia pun tabur dalam pasu cili ini saja. Itu yang meriah penuh di dalam satu pasu.
Limau purut - Masak paprik, tomyam atau stim limau mesti daun limau ini akan jadi sasaran. Rendang jarang kami memasak tetapi sesekali buat rendang, daun limau ini juga jadi sasaran. Baru dua kali berbuah sepanjang berbakti di belakang rumah kami.
Pandan - Semaian baru. Hubby yang tolong. Pokok-pokok lama kami buang sebab pandan cepat membiak. Membuat sirap ros, masak nasi lemak dan kuih-muih selalu pandan inilah yang banyak berjasa.

~~ Beruntung mereka yang mempunyai kawasan tanah yang luas untuk bercucuk-tanam.~~ 


60 comments:

  1. alhamdulillah
    akeh juga yo pokok ney kak
    temen akak ki nandor pokok ei,
    nang ngumah nyong
    enek pokok2 seng arwah ibu nandor..
    kenek lah nggawei mangan anak cucu :)

    ReplyDelete
  2. Salam kak..
    kami pun kwsn rumah agak sempit..tapi dapt lah juga en suami menanam serai, kunyit, lada & daun pegaga...:)

    ReplyDelete
  3. Assalam kakzakie...baru tau pokok herba tu boleh buat jelum...selama ni saya tanam buat hiasan je ..tapi baunya agak menyengat sikit kan...

    ReplyDelete
  4. subur pokok2 akak...rajin... tempat terhad pun x menghalang akak...hihi...:)

    ReplyDelete
  5. assalam kakzakie..dirumah acik pun tak de dah tanah..nak kena tanam dalam pasu jugak..tapi cepat kering bila dalam pasu..acik keluarkan tanam ditanah tepi jalan..kemudian di buat pagar dengan plastik hitam..

    ReplyDelete
  6. tu bukan daun pudina ke kzakie, penah tanam juga, kawan cakap buat ubat sakit gigi, tapi tak taulah kalau nampak je cam sama.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...mesti tgn akak & abg sejuk ni sebab tu semua pokok menjadi ni :) jimat jugak walaupun tak bnyk kan kak..

    kalau diikutkan bnyk jugak dpt jimat..termasuk minyak motor kereta tak payah lari ke kedai kalau daun kari habis!

    ReplyDelete
  8. senang yer kak..nak guna pi petik jer belakang umah..

    ReplyDelete
  9. Inilah keadaan kalau tinggal dikawasan perumahan. Semuanya ditanam dalam pasu jer. Melihat mereka yg punya tanah (lot tepi) terasa geram jer...tapi diorang ni selalunya xsuka pula bercucuk tanam.
    Kalau dah suka menanam, tak kesahlah dalam pasu pun asalkan dapat bercucuk tanam. Tapi tangan akak memang sejuklah....segalanya menjadi!

    ReplyDelete
  10. Saya pun tanah dah habis di semen oleh en suami jadi kenalah tanam dalam pasu juga kakzakie..
    Pokok limau purut saya tu dah 15 tahun hidup dalam pasu tu tapi tak pernah berbuah, hanya meriah dengan daunnya ajer...

    Sejuk tangan kakzakie menanam ye :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kakak.miss u so much.kak ape nama pokok pic pertama tu?ina skrg tgh minum air daun tu,rendam dlm air panas coz batuk n lelah dah berminggu tak baik2.Ni dah 2 kali minum lega sikit.cuma hr ni kena selsema pulak.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...seronok tgk hasil tanaman menjadi.

    ReplyDelete
  13. Ok la tu kak.janji adooo..sy takdooo...hihi..pakai nak masak pun bukaannya satu pohon..kalo beli plak selalu tak abis..membazir je rasanya..

    ReplyDelete
  14. meriah sangat dah tuh kakak wpun dalam pasu..yg pokok gambar pertama tuh mcm yg AAA buat balik tuk buat ubat batuk aidan tuh rsnya..kebih kuranglah tgk shape tuh..rupanya byk lg kegunaan pokok tuh kan..

    ReplyDelete
  15. mudah ada pokok2 kecil keliling rumah ni kak.. walau pun perlukan sesekali.. tapi bila perlukan tu nak kena beli jugak kan.. kalau daun pandan beli kat pasar.. banyak dibaginya daun tua.. banyak pulak tu.. sudahnya.. guna sedikit.. kering dan layu je banyak..

    ReplyDelete
  16. Rajin la akk ni. Menjadi pulak tu.

    ReplyDelete
  17. tanam dalam pasu pun elok tumbuh subur jika xlupa disiram, gembur tanah n baja sesekali.

    ReplyDelete
  18. terima kasih kak sebab share gambar ni..bg saya idea camne nak susun pasu2..apa y leh tanam,kita tanam ye tak?

    ReplyDelete
  19. tanam dalam pasu senang kak
    nampak kemas sket

    ReplyDelete
  20. rumah ada pokok pandan, pokok sirih tapi tengok pokok sirih gerun skit hehe..nak masak petik dari kebun sendiri ye kak zakie, tengok daun kari tu bagi idea nak tanam nanti :) tq.

    ReplyDelete
  21. Kalau tak rajin tak ada faedah juga,,dalam pasu pun ok janji usaha dan semangat ..:)

    ReplyDelete
  22. Rajin bercucuk tanam mmg byk faedahnya. Jimat terutamanya kan kak :)
    Betul tu kak ... untung mereka yg punya ruang / tempat utk bercucuk tanam

    ReplyDelete
  23. bagusnya kakzakie ni ..rajin..
    lagi seronok bila dapat hasilnya..:)

    ReplyDelete
  24. salam k.zakie..

    pokok herba tu pertama kali tengoknya,,oo..sama khasiat mcm daun bunga raya jg ya..

    berutung juga ada halaman walau sekangkang kera..cma umah flat.. nk letak pasu pun mkn space yg banyak.. hhuhuuhuhu

    ReplyDelete
  25. seronoknya lihat tangan kakzakie..

    pokok2 herba luar rumah tu ada tak tangan lain yang memetiknya?

    ada ruang tanah besar pun kakzakie macam rumah sewa saya di SP..kalau tangan tak reti nak menanam, tumbuh lalang juga..huhu

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah...janji ada tanah..kak..

    tambah si pandan ni..subur betul...sedap juga bt agar2 pandan

    ReplyDelete
  27. wpon dalam pasu, kalau berbakti pada tanah, InsyaAllah mmg ada hasilnyer... paling kurang pon, oksigen, kan kak...

    ReplyDelete
  28. Rajin akak berbakti pada tanah. Saya ni dok pasang impian je, tak juga tertunai-tunai impian tu. Setiap kali ke blog akak dan tengok tanaman semua, teruja semangat. Sekejap je, lepas komen balik semulalah sifat malas :D

    ReplyDelete
  29. salam kakzakie;
    rasanya lebih baik tanam dalam pasu...mudah jaga..pastu kita boleh alih-alih dan susun tempat baru...berubah suasana...seronok hehehe

    ReplyDelete
  30. pokok atas tu rasa nye kenl.
    bnyk khasiat tu..

    ReplyDelete
  31. byk juga boleh ditanam, senangkan tak yah beli..

    ReplyDelete
  32. kalau tanam dalam pasu lebih elok ^_^

    memang bagus tanam sendiri ,senang

    ReplyDelete
  33. Alaaa...seronoknya tgk akak menanam...sy tanam daun pandan boleh mampus..haha..

    ReplyDelete
  34. nekcil kalu tanam pokok buna moleh hidup..tansm pokok psndan dauk kesom semuanya inalilahiwainailaihirajiuun

    ReplyDelete
  35. Ok la tu....x payah beli..boleh guna waktu2 terdesak.

    ReplyDelete
  36. Samalah kita, tanam dalam pasu je.. Alhamdulillah dapat juga melepaskan sesak..

    ReplyDelete
  37. Tak kiralah dalam pasu ke...atas tanah ke...kalau ada kemahuan menjadi juga hasilnya...

    Cuma nak rajin jaga..baja ..siram dan sesekali belai dan bercakap dengan tumbuhan ini...

    ReplyDelete
  38. Salam kakzakie...Kalau rajin tak banyak tanah pun boleh tanam macam2 .

    Pokok2 kak Zai lama terbiar agak sibuk hihihi....

    ReplyDelete
  39. Salam kakzakie...Kalau rajin tak banyak tanah pun boleh tanam macam2 .

    Pokok2 kak Zai lama terbiar agak sibuk hihihi....

    ReplyDelete
  40. tengok pokok limau purut akak tu teringat kat pokok saya yg dah yassalam... anak bertuah pegi siram dengan febreeze... terus KO... huhuhu... ;(

    ReplyDelete
  41. berbudi pada tanah.. mmg murah rezekinya ... yg penting kena rajin je kan kak...

    ReplyDelete
  42. syoknya tengok pokok2 kak zakie, elok je. Saya tanam, asik mati. Tak pandai membela la saya ni kak.

    ReplyDelete
  43. malu saya kak :)
    tanah kat rumah saya ni, luas..
    saya tanam lalang aja...:P

    ReplyDelete
  44. amboih...buleh meniaga kat pasar tani tiap2 minggu!

    ReplyDelete
  45. Berbakti pada tanah tidak sia sia..asalkan rajin berusaha..hasilnya pasti ada..insyaallah..

    ReplyDelete
  46. jeles dgn pokok limau purut tu . dah byk kali tanam tapi x hidup ...

    ReplyDelete
  47. untung sape yg ada tanah luas ni..jie pun tanam dlm pasu je..ruang kecik gk..hihi

    ReplyDelete
  48. Hijau & segar KZ..walau dalam pasu..

    ReplyDelete
  49. kak kite nk tanya.. kalau nak tanam daun kari tu camne ek?

    ReplyDelete
  50. kalau nak tanam cili padi cmne> benih dr mana ek? baru nak belajo menanam nnti bile de umah sendiri. mohon la sharing

    ReplyDelete
  51. Macam-macam pokok ada kakak tanam. Inilah untung berbakti kepada tanah:-)

    ReplyDelete
  52. heheh sya pulak teringin nk tanam pokok bunya. tp tuntas slm mula. hahah

    ReplyDelete
  53. kat rumah suami saya suka menanam.sy kurang.bukan kurang memang tak pandai sebab bila saya tanam pokok2 tak pernahnya menjadi..kecewa...:(

    ReplyDelete
  54. Kalau rajin gitulahkan kanda dapat merasa hasilnya tak yah dah nak beli ....

    ReplyDelete
  55. Senang kan tanam pokok2 yg byk ke gunaan nie.. tak payah ssh2 dok cari bila na guna..=D

    ReplyDelete
  56. Alhamdulillah, berbudi kepada tanah, ada jug ahasilnya kan Kakzakie

    ReplyDelete
  57. byk juga yg kakzakie tanam...klu tanah luas...mesti lg meriah

    ReplyDelete
  58. xlist kakak ada jga yg ditanam
    yg pnting mcm pandan daun kari limau purut cili padi.mcm saya smuanya dibeli bila nk gunakannya.maklum le dduk kuarters..
    nak bercucuk tanam mmg agak sukar.
    pernah msa dijb saya tanam limau purut, daun kunyit tp x bthan lama.ntah kenapa mcm di mamah ulat..

    ReplyDelete