Belum dua minggu berada di dunia kampus sudah kena balik kerana mahu menduduki peperiksaan MUET (Malaysia University English Test). Oleh kerana pendaftaran sudah dibuat ketika duduk di sekolah lagi, oleh itu kenalah Kak Reen balik ke sekolah lamanya. Terubat juga rindu dengan kawan-kawan yang di tinggal dan masih meneruskan perjuangan di sekolah sama. Hati mama/papa yang di selatan ini dari awal sudah risau bila mengenangkan baliknya nanti sendirian.
27-07-2014 - Lihatlah bukan tiket tetapi official receipt. Tertera tempoh boleh guna. Sudah pun digunakan untuk balik pada hari Selasa lepas. Membelinya pun di dalam kampus saja. Ada yang menjual. Tidak kisah lebih sikit harga tetapi lebih mudah. Hati mama/papa pun senang. |
Tiket balik - Malam tadi berangkat semula pulang ke kampus. Detik jam 12 malam Kak Reen sendirian lagi dengan menaikai bas ke sana dan dijangka tiba jam 9:00 pagi. |
Sendirian - Lihat, bas menunjukkan ke Singapore tetapi setelah diberitahu inilah basnya. baru kami tahu bas baru balik dari Singapore. Kak Reen duduk di seat single. Kami pilih yang paling hadapan sekali dan tidaklah bimbang kena tindih seat orang hadapan yang suka merendahkan seat mahu tidur. Sayu hati pula sebaik salam-salam-peluk-cium dan bas mula bergerak meninggalkan JB malam tadi. |
Lebih kurang jam 9:05 pagi tadi sebaik aku telefon Kak Reen mengatakan sudah berada di dalam teksi untuk menuju ke kampus. Jam 11:00 pagi nanti semua siswa/siswi diwajibkan berkumpul untuk program ko-ko. Moga semuanya dipermudahkan.
~~ Masa kecil dibelai, ditatang dan hantar ke mana pun pergi-balik. Tetapi bila sudah besar dan jauh terpaksa dilepaskan sendirian terasa sedih pula hati.~~
Salam kak zakie..Alhamdulilah,kak reen dah slmt sampai.MMg hati ibu mana tak risau..tambah lak anak kita anak dara.Atie yg lpskn anak llaki naik bas pon risau bkn main.
ReplyDeletesalam singgah. bersabarlah kak. redha kan pemergian mereka demi ilmu dunia dan akhirat :)
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusannya dalam menuntut ilmu
ReplyDeletesalam kakzakie; kak reen jgk merasa begitu...teringat pengalaman sendiri..cukup sedih tinggal emak masa dah abis cuti... kena balik ke asrama,,,,menuntut ilmu perlu pengorbanan yg bukan sedikit...
ReplyDeletesama la kak..saya pun mula2 nak lepaskan anak perempuan naik bas sendirian..takut jugak..walaupun Kulim -Shah Alam ja..mmg tak lelap mata dibuatnya..tunggu sampai dia selamat tiba..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selamat smpi ke destinasi k.reen..
ReplyDeleteBegitulah pusingan hidup kan kakzakie.. sewaktu kita kecil mak membelai kita penuh kasih sayang.. skrg giliran kita terhadap anak2.. kasih sayang tiada berbelah bahagi.. ;)
dah besar2 anak akak...hati seorang ibu mmg macam tu kakzakie...teringat mak saya pun macam tu jugak masa saya belajar dulu memang tak senang duduk lah bila anak dia ni travel sorang balik dan pergi ke kampus. bila call dah selamat sampai ke hostel baru lah lega kan:)
ReplyDeleteitulah 'life cycle' nya....saya juga akan melaluinya nanti...ohhh tidaaaaakkkkkkkkkkkkkk!
ReplyDeleterisaukan..tak pe kak kita tawakal..
ReplyDeletesemoga dpt ban yg bagus utk muet tu..
penting ni..klu tak, ambil lagi..penat nti..
All the best !! :-)
ReplyDelete-Fara
Fara Menulis Tentang..
Teringat zaman blaja jauh2 dulu...mak ayah cukup risau tiap kali anta naik bas...huhu..
ReplyDeleteTakut nak naik bas jauh2 sebab dulu2 kan dengar few case rogol. Erkkk...
ReplyDeleteMoga tiada apa2 masalah yang menimpa.
Insyaallah..
Mudah2an dipermudahkanNya, aamiin....
ReplyDeleteSuka denga kata2 terakhir akak..
ReplyDeleteGitu lah perasaan seorang mak kan kakak?
ReplyDeleteAnak2 saya kecik lagi, tapi lama2 mesti kena lalui juga situasi mcm ni...
semoga dipermudahkan..sangat suka tgk org tgu bas nak prgi ke distinasi masing2..
ReplyDeleteagaknya, itulah apa yg mak ayah saya rasa masa saya naik bas nak pulang ke kampus dulu..
ReplyDeleteDemi menuntut ilmu..korban rasa perlu dilalui..suatu saat nanti..akak perlu lebih tabah bila segala tanggungjawab perlu diserah sepenuhnya pada imam yang akan bersama kak reen..moga kak reen terus cemerlang insyaallah..
ReplyDeletememang sedih berpisah dgn anak2 yg belajar jauh...
ReplyDeleteSalam . Moga dipermudahkan urusan anak2. Amirah anak bugsu saya ke Kolej islam ambil F6, UPU tak berjaya, matrik pula mcm tak nak, ke kelantan. Moga dia juga dipermudhkan. Amin.
ReplyDeleteSalam . Moga dipermudahkan urusan anak2. Amirah anak bugsu saya ke Kolej islam ambil F6, UPU tak berjaya, matrik pula mcm tak nak, ke kelantan. Moga dia juga dipermudhkan. Amin.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat sampai.
ReplyDeleteHati ibu mana yang tak risau kan Kakzakie..tapi itulah bila sampai masanya kena tabahkan hati, kena lepaskan juga, hanya pada Allah kita berharap agar sentiasa memberi perlindungan.
Betul tu kak, ibu mana yg x risau kan bila berjauhan je mesti rindu. Alhamdulullah selamat sampai. Semoga reen rajin belajar dan nanti boleh balas jasa ibu
ReplyDeleteAssalam kak...sayu pula rasanya...
ReplyDeleteJumaat lepas athirah pg camping pun sy dah rasa snyi anak2 tak complete....ni kan lg bila diaorng dah besar2 nnti bawa haluan sndiri....tk dpt bayangkan kerisauan tu mcm mna....
nyong eleng kenangan nyong mbiyen karo arwah mak,
ReplyDeletenyong turun bas waei, terus arwah sambut dan dukung dari tangga bas,
padahal nyong wes 18 tahun umur ney :)
lamanya tak naik bas... teringin la pulak!
ReplyDeletesalam k.zakie..
ReplyDeletehuhu..cik seri pegi lawatan sambil belajar ke putrajaya sehari pun dah mula rasa rindu..inikan pula akak ...
insyaallah..semoga kak reen berjaya..
anak perempuan, mana tak risau kakzakie...
ReplyDeletetapi anak perempuan pun nanti dibawa pergi oleh sang suami..
agaknya camtulah jugak perasaan mak pak kita dulu kan:-))
akka reen belajar di mana kakzakie?
ReplyDeletesemoga dipermudahakan urusan mencari ilmu
KN dah laluinya...dua anak yang besar masih ada ayahnya berkongsi kerisauan....kebimbangan...kebahgiaa
ReplyDelete....
Yang dua orang ni hanya KN jer sorang merasai suka duka dalam hati ni...
Tak kira anak lelaki ke perempuan ke...perasaan bimbang seorang ibu tu tetap sama...
alhamdhulillah kakreen dah selamat sampai di kampus.hati ibu mana yang tak bimbangkan anak gadisnya sendirian pergi dan balik menaiki bas. muga Allah pelihara sepanjang masa urusan kakreen belajar di sana..Ameen
ReplyDeletedoakan yang baik2 buat ank2..
ReplyDeletebegitulah perasaan emak kita2 dlu kan setiap kali kita2 mahu berangkat ke kampus semula..dulu2 lagi perkhidmatan agak kurang berbanding sekarang ni..
belajar rajin2 ye kakak..
lama kan masa perjalanan lebey kurang jb ke kedah.say dulu pon sllau jga naik bas ..
ReplyDeletesmga dipermudahkan buat kak reen
Nampaknya akan beginilah caranya sehingga tamat belajar nanti. Sedih pulak bila memikirkan anak yang kita belai manja selalu sekarang ni dah perlu berdikari. Mungkin anak gembira belajar hidup berdikari tapi hati ibu ni yang masih tak boleh nak melepaskan si anak pergi. Saya pulak yang rasa emo ...
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...alhamdullilah semoga dipermudahkan semuanya..:)
ReplyDeleteEh...kanda, dinda yg baca ni pulak yg sedih huhu....
ReplyDeleteIbu mana ygtak sedih kanda....anak pompuan pulak tu dilepaskan sendiri dlm perjalanan yg jauh hanya doa yg dapat dijadikan bekalan kan kanda...
Sekejap je anak akak dah membesar dan berdikari.. Jauh perjalanan tu..Moga dia dpt menimba ilmu dan dipermudahkan urusan.
ReplyDelete