Tuesday, July 1, 2014

Bagi anak-anak menikmati keindahan Ramadhan

Selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia. Aku agak kesibukan dengan tugasan sekembali ke pejabat hari ini. Bercuti sejak hari Jumaat hingga semalam blog pun terabai sama. Sepatutnya aku bercuti pada hari Khamis tetapi oleh kerana telah ter'pergi' kerja akhirnya aku teruskan juga dan ganti pada hari Jumaat terus hingga semalam. Dapatlah membuat beberapa aktiviti dengan keluarga.

Sehari sebelum berpuasa - Di sebabkan hari Khamis cuti umum buat kerajaan Johor (JDT menang) majlis dijalankan pada hari Jumaat. Pantas dan cepat mengejar masa sebab kena selesai sebelum tiba solat Jumaat.
Jiran lama - Anak-anak ini semua memanggil aku mama lagi sebab dulu mereka adalah jiran kami. Juga mendapat anugerah cemerlang. Kedua mereka mendapat tempat pertama walau markah agak terkebelakang sedikit dari adik sebab semua mereka tidak duduk satu kelas. Masa inilah adik mula berkata mahu duduk kelas ke dua aau ke tiga boleh dapat nombor satu. Nama pun budak yang dikejarnya adalah hadiah.
Kisah Rasulullah - Ada 60 kisah yang boleh dibaca dan boleh membuat adik terleka. Walau ada cerita yang sudah diketahui tatapi bila membaca kisah di dalam buku ini boleh re-fresh kembali ingatan. Sangat sesuai buat anak-anak seusia adik. Pandai ustaz/ustazah memilih buku ini. Lagi menggembirakan tidak perlu lagi aku mencari novel buatnya di bulan Ramadhan ini.
Tambahan - Semalam belikan juga dia buku-buku ini. Tidak adalah masa senggang kata masa iftar lambat benar. Bagi adik semua ini agar tanpa sedar masa iftar sudah tiba.
Pagi semalam - Semua buku latihan adik di atas tidak sampai RM50/- selepas diskaun berbanding kalau membeli novel agaknya baru dapat dua buah saja. Jimat duit mama:)
Tidak perlulah lagi mama membeli novel baru. Cukuplah semua itu untuk melayan masa adik berlalu selama sebulan berpuasa bila ada masa lapang. Buku-buku latihan juga pilihannya sendiri. Tidak ada alasan untuk membuat adik berkata bosan. 

~~ Sebagai ibu-bapa macam-macam cara dibuat bagi membuat anak-anak lebih selesa ketika berpuasa sementara menanti masa iftar. Carilah jalan yang mana mereka suka.~~

54 comments:

  1. Salam Ramadhan Kak zakie..selamat berpuasa..tahniah buat adik...
    bagusnya adik mengisi masa dengan buku2..anak teruna sura yg sorang tu..asyik dengan psp jer..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...pengisian yang sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan kak...tahniah kepada adik2 semua kerana kecermerlangan akademik...

    ReplyDelete
  4. Betul la kak, sementara nak isi masa senggang tu bolehlah buat latihan dan membaca kan..Kalau Zarif samaada buat aktiviti seni atau main game jelah..layan jelah janji dia tak bising..

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan kak.. tahniahh.. masa saya kecik2 dulu, hadiah kecemerlangan sekolah agama diorang bagi set cawan.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Bagus cara akak ni. Budak-budak kalau dibiarkan bosan tunggu waktu berbuka tanpa sebarang aktiviti, mula lah asyik bukak tutup peti ais je. Hehe

    ReplyDelete
  7. tahniah

    selamat berpuasa kak sekeluarga..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. tahniah adik2 yg berjaya meraih kecemerlangan..
    Salam ramadhan Kak Zakie :D

    ReplyDelete
  9. bagusnya dapat buku kisah Rasulullah tu, moga dapat menambah kecintaan dan kerinduan kepada baginda.

    ReplyDelete
  10. Mcm skolah sy dulu la kak....hadiah smpingan msti buku2 berunsur islamik...tahniah adik!

    ReplyDelete
  11. Kisah Rasulullah, mg ralit baca kak. Syok ni...

    ReplyDelete
  12. tahniah adik..semoga terus cemerlang dlm pelajaran

    ReplyDelete
  13. Wah, adik dapat hadiah lagi.... Tahniah...tahniah...

    ReplyDelete
  14. bukn takat adik..
    mak2 ni pun suka hadih..
    dpt free gelas pun dah happy.

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadan Kakzakie..

    Tahniah buat adik.. dapat lagi hadiah..

    Latih tubi UPSR nak kena buat sementara waktu menunggu iftar ni utk anak saya Nabilah kakzakie.. bermula hari ni dia ada percubaan bulanan UPSR.. sekolah dia buat percubaan setiap bulan..

    ReplyDelete
  16. Anak bongsu kan... adik..thniah, seronok dapat hadiah, habiskan cepat membaca nnt minta mak belikan lagi.....

    ReplyDelete
  17. anak tingkatan 3 sedang bergelut dgn PT3..

    ReplyDelete
  18. salam ramadhan kakak..hehe...bgs laa at least sementara nk menunggu berbuka, ade la jugak yg boleh ralitkan dieorg..;)

    ReplyDelete
  19. Terisi masa terluang sementara menunggu waktu berbuka .... :)

    ReplyDelete
  20. Selamat berpuasa kak zakie...diaorg seronok sbb dpt hadiah..tu yg nk masuk kelas kedua..ketiga..hihi..

    ReplyDelete
  21. Betul cara membuat kerja latih tubi hilangkan rasa bosan menunggu waktu berbuka..selamat berpuasa utk akak sekeluarga

    ReplyDelete
  22. Salam Kakak~
    urmm.. idea bernas jugak tuh kakak.. zura pon nak belikan Anis buku jugak lah.. sambil2 tu dpt gak ulangkaji pelajaran kan~

    ReplyDelete
  23. Anak saya yang kecik tu, tengok drama Korea selepas habis kerja sekolah. Dah tak boleh nak larang dah sebab dah terjebak.

    Alalahai...

    ReplyDelete
  24. salam ramadhan kakzakie ...tahniah adik.Ank saya Iman tak bnyk msa sbb sek sesi ptng.wlpun blik 5.30...jap dh waktu bbuka.

    ReplyDelete
  25. salam ramadan selamat berpuasa kakzakie sekeluarga.

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah, tahniah adik..
    adik ki sukak mboco, kepenak waei kak aweh buku akeh2 mengko de ei orak boring kan sambil nanti waktu buko poso..kak jowo nyong makin berterabur dah..cikgu tata, pun kok suwi bener meneng ney :)

    ReplyDelete
  27. idea yang cantik untuk pengisian masa yang berfaedah....

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum kakzakie...slm ramadhan yer...:)

    ReplyDelete
  29. betul kan kak...kena cari aktiviti untuk dorang...kalau tak soalan mesti "dah pukul berapa?"..hehe

    ReplyDelete
  30. Salam Ramadhan, kak..

    bagus juga aktiviti menunggu berbuka..utk mak..aktiviti mcm biasa..sibuk di dapur..

    ReplyDelete
  31. salam kakzakie,
    syukur...
    selamat berpuasa dan berbuka buat kakzakie sekeluarga..

    ReplyDelete
  32. Tahniah buat Adik. Memang betul tu, kak. Hari pertama berpuasa jenuh saya melayan Abang sampai ajak main game, baca buku cerita sama-sama supaya dia terleka daripada asyik dok tengok jam.

    ReplyDelete
  33. salam ramadhan kak zakie..moga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada umat Islam semua..

    ReplyDelete
  34. Dah tiga hari berpuasa kita yer kak. Betul tu kak, nak bagi anak leka bagi dia buat sesuatu. kalau tak setiap minit akan tanya 'lama lagi ke" nak berbuka.

    ReplyDelete
  35. Salam Ramadhan kakzakie..tahniah buat adik

    ReplyDelete
  36. Seronoklah adik dapat hadiah buku...terisi masa adik sepanjang ramadhan nikan..

    ReplyDelete
  37. Bila setiap hari kita lakukan sesuatu yang Allah sukai..itu bermakna kita semakin menghampiriNYA..wahyu pertama juga Iqra'..

    ReplyDelete
  38. tahniah adik ... belanjakan duit utk buku pelajaran anak2 lbh berbaloi berbanding novel yg sekadar utk kepuasan ...

    ReplyDelete
  39. mestilah seronok adik2 tu dapat hadiah kan... kena pula ambil hadiah tu kena naik pentas... ermmm mesti akan jadi kenangan sepanjang hayat... :)

    ReplyDelete
  40. salam kz ..
    anak nak UPSR yer ..
    podo la karo farish ..
    tahniah utk anak2 kak ..
    moga dapat kekalkan kecemerlangan mereka ,,

    ReplyDelete
  41. Salam Ramadhan kakzakie, lama tak jumpa diblog skrg ni kan? Baguslah anak kakzakie pilih buku sendiri. Bujang zana tu malasnyaaaa....sakit hati. Ptg isi masa main bola, bukan nak membaca.

    ReplyDelete
  42. Tahniah adik. semoga sentiasa berjaya hendaknya.

    ReplyDelete
  43. tahniah adik! didikan yg baek dpd ibu bapa yg hebat melahirkan anak2 yg juga hebat.. :)

    ReplyDelete
  44. salam ramadhan mak zakie tuu., ehHHee

    ReplyDelete
  45. Salam ramadhan kak zakie dariSA dan family

    ReplyDelete
  46. salam ramadhan kak
    wah byknya buku
    seronok la membaca

    ReplyDelete
  47. bagus adik..bagus mama..
    si abdul saya balik mengaji quran, van hantar sampai rumah dah 6.15 petang. biasanya dah tak mau buat aoa. melepek depan TV tunggu waktu berbuka..

    ReplyDelete
  48. Tahniah Adik....wah adik pulun balik yeh....
    Rajin adik membaca yeh kanda....TLBD dia lebih suka melukis dpd membaca....banyak beli buku tp bacanya separuh jalan....

    ReplyDelete
  49. Pengisian ilmu yang baik untuk anak2 ;)
    Harga pun berbaloi...

    ReplyDelete
  50. salam k.zakie..
    alhamdulillah..tahniah buat adik ye... :))

    ReplyDelete
  51. cerdiknya adik ada cara tersendiri nak dapat nombor satu, dulu aunty, bapa tanya berapa peratus dan kedudukan seluruh kelas pulak mmm..tahniah adik :)

    ReplyDelete