Pernah melihat bagaimana kopi itu terhasil? Makcik percaya anak-anak yang tinggal di bandar dan tidak ada kampung pasti pokok kopi pun tidak pernah jumpa. Salah duga mahu disangka buah kopi itu anggur berwarna oren:)
|
Rapat-rapat - Beginilah keadaan buah-buah kopi di atas pokok. Kalau mahu memetik sepatutnya kena pilih yang masak tetapi oleh kerana kedudukan yang rapat biasa yang hijau pun ikut sama. |
|
Besar - Baginilah keadaannya. Siapa sangka biji-biji begini akhirnya bila diproses menjadi serbuk kopi yang enak. Ada jelli menyaluti biji di dalamnya. Manis. Dulu sewaktu zaman aku kanak-kanak selepas jelli habis kami sembur keluar tapi tidak buang. Cuci dan jemur sebab yang di gunakan adalah biji di dalamnya. Kedudukan biji kopi adalah di dalam cengkerangnya. Kulit yang merah itu kita buang. Akan keluar dua biji seperti gambar di bawah. Biji ini disaluti jelli. Kemudian buang juga kulit keras berjelli barulah ada isi biji kopi di dalamnya. |
|
Berjelli - Boleh katakan setiap biji akan mengandungi dua biji seperti ini. Setelah direndam di dalam air beberapa hari jelli akan tertanggal, jemur bijinya atau sangan (goreng di dalam kuali tanpa minyak). Kemudian keluarkan isinya dari kulit yang keras seperti cengkerang dan sangan. Sewaktu sangan itulah biasa diletak sedikit butter atau margerin. Kemudian di kisar. Kalau yang suka kasar tidak perlu diayak tetapi kalau mahu yang halus ambillah yang sudah diayak. |
~~ Pokok kopi yang sudah tidak terjaga pun meriah berbuah. Seandainya pokok ini berada di bumi Palestine lama sudah tidak nampak bayangnya. ~~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKampung saya pun ada pokok kopi kakak. Mesti sedapkan kopi buatan sendiri. Rasa puas masa menikmatinya jika buat sendiri.
ReplyDeleteorg kg ni..pun x kenal..hihi
ReplyDeleteerr...1st time tgk nie kak..
ReplyDeleteSB tak penah tgk biji kopi yg belum diproses..
ReplyDeletemasa kecik2 dulu dok kampung,penah tolong embah petik buah kopi dan koko.kalau koko biasanya ina makan je lepas petik yg masak tu.kopi pulak penah gak rasa buahnye tapi tak sedap hehe
ReplyDeletekat rumah mertua saya ada pokok kopi..malah dulu2 mereka buat kopi sendiri..utk kegunaan sendiri...
ReplyDeleteMengingatkan saya masa kecik2 dulu kakzakie.. buat macam tu jugak.. hisap jely nya kemudian sembur keluar bijinya..hahha.. tapi tak puas makan kan kakzakie.. jelly nya nipis sangat.. :)
ReplyDeleteserius ni kak, memang tak prnah tengok pokok ngan buah kopi..biji pernah la tengok kat kedai yang dorang proses..
ReplyDeletedulu di rumah arwah tok saya ada pokok kopi, tapi takde org nak proses..terbiar mcm tu saja..kalau tak boleh buat starbuck sendiri..
ReplyDeletepernah tengok pokok kopi dan macam mana kopi terhasil masa bercuti kat Bali.. =D
ReplyDeletewahh! wxcited nengokkkk... mesti best ea yg ad pokok sendiri kt rmhh...
ReplyDeletesy pun penah rasa biji kopi yg dipetik terus drp pokok. Kat dusun bonda ada pokoknya.
ReplyDeletekt kampung msh ada lg pokok kopi nih, teringat masa kecik2 dulu kak, kalu dh msk buah nyer... kami kekah n isap jeli manis2 tuh... hehehhe
ReplyDeletekadang2 time cuti tmn atuk kutip biji kopi nih utk bt kopi... sgt nostalgia
Teringat masa kecil dulu-dulu. Suka sangat cium bunga kopi yang harum memutih sepanjang ranting.
ReplyDeleteassalam kakzakie..acik tak minum kopi..tapi kan..peliknya..masa acik kerja diSelangor dulu selalu masuk kebun kopi..acik suka pulak makan jeli yang ada di biji kopi tu..sedap dan manis je rasanya
ReplyDeleteDI KAMPUNG KAK BANYAK POKOK KOPI NI DI DUSUN N ORG KAMPUNG MEMPROSESNYA MENJADIKANNYA KOPI YG ENAK N HARUM...
ReplyDeletepertama kali rietta tgk nie...biasa tgk kat tv dorg proses kopi jer...
ReplyDeleteDengar org kata kopi tempatan ada yg dicampur gambir...aku pernah minum sepeket dulu..keluaran tradisi dr Kedah. Warna kopi pun gelap merah2 sikit..
ReplyDeleteumah nenek sedara saya memang ada kebun kopi belakang umah..dlu pertama kali tengok memang jakun..
ReplyDeleteArwah atok sy ade tanam kat kebun dia. Dulu kecik2, jenuh gaklah mengadap pokok kopi. Kenangan je semua tu....
ReplyDeleteKopi dan Koko..dulu byk lah ditanam oleh datuk dan nenek saya kak..la ni satu btg pun tak tinggal...
ReplyDeleteterima kasih kak zakie sebab tulis entry ni..saya baru kenal rupa buah kopi selama hidup lebih 30 tahun ni..haha..
ReplyDeletecloseup mcm ni rupanya..
ReplyDeleteleceh ye..
tk minum kopi,tapi menghargailah..
Dulu2 pernah tengok pokok kopi...skrg dah x ada...nmpk buahnya mcm sedap ja.
ReplyDeleteKak, saya kat kampung tak ada pokok kopi...tapi kami ada pokok koko. So, kami minum hot chocolate...heheheheheh. Arwah atuk saya yang rajin bancuh dulu.
ReplyDeletememang ada buat kopi sendiri ke kak? alahaiiii terliurnya sebut kopi sebab amie dah lama sgt x minum kopi ni...teringinnyaaa
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...dulu masa kat kg arwah abah ada tanam pokok kopi n koko...kalau dah musim buahnya byk petik n keringkn...lepas tu abah bawa ke kedai india di bandar Muar suruh mesinkan hancurkn...katanya kopi buat sendiri sedap...:)
ReplyDeleteAda di rumah arwah atok....lama dulu...skrng pun x nmpk bayangnya dah...rumah pun jarang dijenguk kak...sayang kan....
ReplyDeletetak pernah tengok pokok kopi lagi, tau minum ja :) tapi hari ni tau letak butter patut sedap kan.
ReplyDeletejgnkan anak2 kakak..UAA nie pun baru festime tgk pokok kopi yg kakak tayang nie lah..tapi satu lah kan, bila tengok buah dia tuh cam nenen lah gayanya...kehkehkehek...kaka jgn marah yer...
ReplyDeletefalsya xpenah tgk pokok kopi kakak..hehe..yg falsya tau, kopi dh siap pastu bancuh je..;)
ReplyDeletesaya lah antara anak bandar yang tak pernah kenal pokok kopi tu kak...hehe.
ReplyDeletesalam kenal n follow sini ye :)
cantiknya bauh kopi ni... sayang saya tak minum kopi kak sebab selalu nak terkencing...
ReplyDeletesya dulu lagi budak2 cuti sek slalu amik upah petik kopi kebun jiran ...seronok bila pokok agak tinggi panjat dan duduk atas pokok sambil petik dari atas.
ReplyDeleteskg ni sorang pun anak sya tak kenal mana rupa pokok kopi...
masa kecik dulu pernah tengok camne orang hasilkan biji kopi sampai jadi serbuk kopi..
ReplyDeletesekali tengok macam buah apa entah...lupa dah namanya...tapi masam sangat...
ReplyDeleteKat kampung dulu.. bila berbuah je pokok kopi habis saya dan adik kerjakan.. geram tengok warnanya yang kemerahan tu.. hehehe..
ReplyDeletesaya xpernah tgk pokok kopi kak hehe
ReplyDeleteowhhhh akak sebut sangan yer... saya sebut sangai ;)
ReplyDeleteummi pernh tengok pokok kopi Kak zakie, tapi tak pernah pula tengok isinya secara detail macam tu. Tq atas perkongsian, ilmu baru bagi ummi.
ReplyDeleteSalam Kakak~
ReplyDeleteZura yang dh jadik mak org nih pon x bape nak kenal buah kopi. pertama kali tengok buah kopi yang dh di belah. biji kopi yg hitam2 tuh pernah lah tgk kt tenet. hehehe.
sedap ke kopi yang buat sendirik nih kakak?
malu pulak pada diri sendiri..baru tau biji kopi camner..nasib kakzakie buat n3 ni..:)
ReplyDeleteSaya pun baru tau camni rupa dalam biji kopi.
ReplyDeletePENGAKUAN: uncle penagih kopi.
ReplyDeletePatut pun berminyak kopi nikan kanda kalau kita buat air tu..... rupanya di buh margerin...
ReplyDeleteAlhamdulillah..rumah babah mama di kampung masih dikelilingi pokok kopi peninggalan arwah atok..hehe..waktu berbunga...meriah
ReplyDeletemasa kecik kecik suka main dkt rumah jiran ni.rumah dia ada pokok kopi ni.
ReplyDeleteso, mmg pernah tgk la juga..
Pokok kopi dan buah kopi biasa lihat dan biasa buat main tapi xpernah lihat bagaimana ianya diproses menjadi kopi...huhu...
ReplyDeleteNostalgia sungguh lihat gambar2 yg akak letak...terkenang masa silam...
idah pernah tengok pokok dan biji kopi masa pergi medan... macam2 jenis ada... :)
ReplyDeletetak pernah tgk depan2 pon..
ReplyDeleteKak, saya yang dah tua ni pun tak kenal buah kopi apatah lagi pokok kopi. Tak pernah tengok lagi setakat gambar tu banyaklah. Begitu rupanya isi dalam buah kopi tu ya, ada jeli lagi. Lupa pulak yang kopi dibuat dari biji buah kopi :)
ReplyDeletenoe x pernah tengok pokok kopi tapi pernah tengok cara2 nak buat kopi...
ReplyDelete1st time tgk pokok kopi
ReplyDeleteDah lama tak tgk pokok kopi dan buahnya. Teringat masa kecik2 dulu petik kopi dirumah nenek..
ReplyDeletenostalgia untuk saya. dulu saya selalu tengok maksu dan makngah proses kopi kampung sendiri. goreng tanpa minyak sampailah dikisar halus. rasanya...memang terbaik!
ReplyDeletedulu banyak pokok kopi belakang rumah atuk.. sekarang takde dah..
ReplyDeleteKebanyakan kita bukan saja anak2...ramai tak kenal dan tak tau proses buat kopi ni...
ReplyDeleteooo mcm nih buah kopi
ReplyDelete