Saturday, July 5, 2014

Nilai toll di dunia dan akhirat

Buat teman-teman yang mungkin musykil berkaitan toll di tempat aku. Sebenarnya sudah agak lama pihak PLUS melaksanakan pembayaran toll tidak lagi dengan sistem tunai di sini. Apa yang aku pasti dua tempat terhampir dengan tempat tinggal  kami ialah di toll Perling untuk ke Gelang Patah menghala ke Tuas. Manakala satu lagi adalah toll Kempas yang menghala ke Pasir Gudang dan boleh juga menghala ke JB untuk terus ke Woodland.

Sebelum tahun ini mungkin pekerja penerima toll boleh meraih banyak keuntungan kerana adanya duit dollar Singapore (SGD) kerana ramai pengguna di sini juga kalangan dari rakyat Singapura. Oleh sebab itu ada kalanya pembayaran dibuat menggunakan duit SGD. Pekerja yang menerima SGD berpeluang untuk meraih keuntungan berganda sebenarnya. Sebelum balik bekerja boleh saja ditukarkan duit SGD dengan duit ringgit Malaysia (RM). Cuba teman-teman bayangkan seandainya dalam sehari terdapat 300 pembayar toll dari rakyat Singapore? Nilai tukaran matawang lebih dua kali ganda. Hari ini saja ex-change rate mencecah 2.5523. Bayangkan kalau seorang membayar SGD 2.10/- x 300 (pengguna) = SGD630/-.  Nilai SGD630.00 x 2.5523 (ex-change rate) = RM1607.95. Kira sajalah bakinya.

Pada pendapat aku mungkin kerana inilah pihak pentadbiran mengambil langkah semua sistem tidak menggunakan lagi sistem tunai bila mendapati duit SGD semakin berkurangan. Selain itu berkemungkinan juga bagi mengelakkan rompakan yang pernah terjadi sebelum ini. Perompak pun tahu dua toll ini punya banyak duit SGD. Bukan saja untuk keselamatan pihak PLUS, tetapi juga keselamatan pekerja yang menerima tunai yang boleh menghadapi risiko tinggi.

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun - Kullunafsin za iqotulmaut (sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui mati). Perginya beliau (Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar) ke sisi Allah dengan tenang di bulan yang mulia. Sayu rasa hati.
~~ Mahu perjalanan lancar kena membayar toll. Di akhirat kelak bagaimana perjalanan kita andai tiada persediaan bagi mengelak 'toll' kenalah kita bersedia selagi Izrael belum datang menjemput. Khususon ila ruhi Al-marhumah Sharifah Aini binti Sharifah Noor - Al-fatihah.....~~



49 comments:

  1. Al fatihah buat Datuk Sharifah Aini, moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman, aamiin..

    ReplyDelete
  2. kalau semua dah tahu tak pakai tunai takpela kak..tp buat yang tak tahu...susah jadinya kan..
    Al-Fatihah buat arwah Sharifah Aini..

    ReplyDelete
  3. Innalillahhiwainnailaihirojiun

    juga terasa sgt2 sayu..mengalir air mta, bkn menangis sbb dia meninggal dunia, tapi terharu apa yg di tinggalkn.

    meninggal di bulan mulia, meninggalkan seorang anak yg soleh dn ramai anak2 angkat hafiz dn hafazah.
    beruntungnya dia.

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..
    tol dunia,tol akhirat..

    ReplyDelete
  5. tak ada peluang lagilah pekerja nak buat duit...
    al-fatihah buat arwah sharifah aini

    ReplyDelete
  6. al-fatihah...
    baru jer tau pagi ni..
    moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

    ReplyDelete
  7. Innalillahhiwainnailaihirojiun

    semoga roh beliau di cucuri rahmat aminnn

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah buat arwah.... betul tu kak kita kena berfikir nilai tol di akhirat juga...

    ReplyDelete
  9. Nak raya nanti senang dah tahu tentang toll ni, terima kasih kak zakie, Alfatihah buat arwah, terkejut tentang pemergiannya.

    ReplyDelete
  10. Alfatihah kepada arwah setiap yg hidup pasti mati cuma waktu ajal yg berbeza entah bila giliran kita pulak akak kan. Jadi kita juga perlu sentiasa bersedia

    ReplyDelete
  11. alfatihah biduanita negara
    dijemput Allah di bulan yang mulia
    semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  12. ooo...patut la. tapi itu kan boleh di kira sebagai rezeki pekerja toll la kan? hihihi

    ReplyDelete
  13. Al Fatihah...dari Nya kita datang kepada Nya kita kembali...

    ReplyDelete
  14. memang betul kak..pasir gudang dan senai masih lagi cash..tapi area skudai dan lain-lain dah kena guna touch n go..so sekarang nie lebih senang guna touch n go bila balik kota tinggi..
    al-fatihah untuk biduanita negara

    ReplyDelete
  15. Harap=harap perjalanan kita tak terhalang oleh Toll kan..

    Salam 7 Ramadhan KZ & Alfatihah untuk arwah...

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan...
    Al-fatihah untuk Datuk Sharifah Aini

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak zakie. kakpah datang menjengah. Apa kabar?

    Semuga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. bnyak kebaikan yang dilakukannya.

    ReplyDelete
  18. pergi seorang lagi seniman dibulan mulia..innalillah

    ReplyDelete
  19. Owh..terima kasih.. baru tahu :)

    Allahurobbi..toll akhirat tu y paling takut kak :'(

    ReplyDelete
  20. saya x tahu plak sis..
    ada tol terima duit usg..kat johor la ni.. allfatihah dan salam takziah buat kluarga kak pah

    ReplyDelete
  21. tapi kan kakzakie kesian pula bagi yg taktau atau yg dari kg , tentu nerbes juga bila dah tiba kat toll tu kalau takde kad touch n go tu.
    Al fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  22. oo mcm tu rupanya..jie pun pelik nape tol sana xguna tunai..

    ReplyDelete
  23. alfatehah...kembalinya di bulan yg suci mulia...salam takziah innalillah...

    ReplyDelete
  24. toll
    alfatehah untuk Sharifah Aini, dia dah berjumpa penciptanya

    ReplyDelete
  25. Ooohhh...itu kah kisah disebalik perlaksanaan gna Touch N Go kat kedua dua tol tu? Maksudnyanya pengguna warga Spore bayar terus guna duit SGD....mmg banyak lah yg boleh dikaut budak2 plaza toll tu...

    ReplyDelete
  26. alfatihah....sayuu rasa nya hati sebab nekcik mmg suka lagu lagu arwah...

    ReplyDelete
  27. Al Fatihah..betul kak..kita mesti bersedia agar tidak perlu membayar tol bila berada di titian sirotulmustakim..amin..

    ReplyDelete
  28. tol diakhirat..tak mungkin boleh berpatah balik..

    ReplyDelete
  29. salam kz ..
    wlupun kak pah wes lungo ketemu pengiran .. tp raeinay tetap diwerohkay ayu ..
    moga amalannay pun seayu raie nay jugak.
    alfathihah utk arwah

    ReplyDelete
  30. Al-Fatihah...
    setiap insan pasti merasai mati...
    Innalillah..

    ReplyDelete
  31. Salam, Kakzakie.. Betul ke plaza tol tu turut menerima bayaran dalam SGD????

    ReplyDelete
  32. memg byk untung tuh kak kalo sgd....al fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  33. Alfatihah...kita datang dan kembali kepadaNya.

    ReplyDelete
  34. balik KL nanti kena bayar tol...huhuhu

    ReplyDelete
  35. Innalillahi wainna ilaihi rojiuun

    akak, saya baru tahu yang tol terima duit SGD ni. noob sangat

    ReplyDelete
  36. Gitulah pssalnya ditukar semua ke TnGo....
    Cantik arwah nikan Kanda...sore oun sedap...

    ReplyDelete
  37. Moga arwah Sharifah Aini tenang di sana dan ditempatkan dlm kalangan orang yg beriman dan beramal soleh.
    Betul, kena fikir juga ttg 'tol' di akhirat nanti..

    ReplyDelete
  38. Al-fatihah untuk arwah...memang terasa sayu je hati kak zakie

    ReplyDelete
  39. oooo...patutla diubah sistemnya...

    alfatihah untuk biduanita negara...

    ReplyDelete
  40. Al-fatihah buat Allahyarhamah Kak Pah. Beruntungnya beliau ada anak soleh seperti Aliff.

    ReplyDelete
  41. salam k.zakie..

    mungkin lps ni akan implement utk semua tol? uhuh.. mmg dh standby tng dlm keta..kot2 sesak mesti guna..

    kehilangan yg mengejut..
    semoga ditempatkan dikalangan hambanya yg beriman

    ReplyDelete
  42. Al-Fatihah untuk arwah Sharifah Aini...

    Bagus juga buat sistem tol dengan pakai kad untuk elak dari keuntungan sesetengah pihak sepertimana kak zakie kongsikan..tapi masih ramai yang tak tahu pasal tol yang menggunakan kad nilai...

    ReplyDelete
  43. bagus jgk tol tak guna duit tunai dah...bile guna kad lagi sng...klu guna duit kena cari2 duit syiling time nak byr tu...

    ReplyDelete