Friday, July 11, 2014

Semoga ada hidayah buatnya

Lemah longlai seluruh badan aku sebaik berita bagaikan halilintar masuk ke cuping telinga. Sedih tidak terkata sehingga tanpa sedar pelupuk mata aku serta-merta luruh dengan air hangat. Sebenarnya dia tidak ada apa-apa kaitan persaudaraan langsung dengan aku. Apa lagi saudara seagama. Tetapi ikatan kemanusiaan itulah yang membuat kami akrab. Kanser tahap empat! sungguh aku bagaikan tidak percaya tetapi segera kembali bahawa kekuasaan Allah tidak ada siapa mampu menandingi.

Suara manja anak gadis yang selalu mengucapkan selamat pagi pada aku melalui corong telefon kini sunyi seketika. "Good morning kakak" Memanggil aku kakak, walau usianya dua kali ganda usia aku kerana dia anak gadis baru berusia 23 tahun yang sudah kematian ibu-bapa. Hanya dua beradik dan dia adalah adik kepada seorang abang. Mendiang bapanya seorang kaki judi meninggalkan rumah dengan bill api dan air yang jumlahnya mencecah lima angka. Rumah juga terpaksa di re-finance. Abang pula sudah tidak hiraukan rumah kerana bertugas dan tinggal di Singapura. Gadis inilah  bekerja keras membiayai hutang mendiang si ayah sehingga sanggup menjadi freelance photographer, agent insurance dan bekerja di syarikat forwarding agent yang link dengan syarikat aku bekerja. Rumah yang diduduki tiga bilik disewakan bagi menampung pembayaran bulanan rumah tersebut dengan bank.

Dua minggu lepas. Bermula dengan sangkaan gastrik dia ke hospital pakar. Dua hari selepas keluar wad sakit berulang. Mujur dia agent insurance lalu pihak atas membawanya terus ke pakar lain pula. Masuk saja di sini sebaik scan dan x-ray terus saja operation dijalankan. Tidak perlu tandatangan orang lain lagi. Kanser ovari!. Kini terlantar sendirian. Adalah makcik (adik mendiang ibunya) datang sekali sebab dia datang dari Ipoh. Menurut teman selaku supervisor agent insurancenya doktor sudah mengatakan chemotherapy terpaksa dijalankan sehingga 13 kali untuk sembuh. Kini dia terlantar sendirian di hospital. Bantuan sepenuhnya dibuat oleh pihak hospital kerana operation ovari yang baru dilalui 5 hari lepas. Baru sekali chemo kelihatan seluruh badan sudah pucat-biru tidak bermaya. Melihat senyuman yang sukar dari bibirnya sudah buat hatiku terharu tidak tertahan.

Inilah dikatakan ujian setiap manusia yang hidup tidak sama. Jadi andai berpeluang punya anak lebih usah disekat. Melihat gadis ini sendirian tanpa sesiapa disisinya, aku terfikir kalaulah dia ada adik-beradik lain alangkah lebih baik. Mesti ada yang menjaganya di dalam wad tersebut. Sedih aku melihat keadaannya. 

~~ Kasihan kepada yang zimmi kerana mereka golongan baik sayangnya belum ada hidayah. ~~



66 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Zakie, pepagi ngadap blog akak dulu, Salam Ramadan kak, rindu baca coretan blog kak zakie... kak, saya baca entry akak ni pun turut bersimpati dengan nasib gadis itu... ape pun, kite doa yg terbaik buat dia... Kak, de gudnews tau kak... nnt saya up entry kat blog saya.. heeee~

    ReplyDelete
  2. Kasihan kat adik tu kene kenser pula. Orang baik-baik jika dia dapat susah kita pun rasa kasihan. Semoga ada hidayah buatnya.

    ReplyDelete
  3. sedihnya bila sakit terlantar sendirian..
    detact sakit jer dah tahu kanser tahap 4..moga beliau tabah dan peroleh hidayah dariNYA..
    siapa pun kita, semuanya sama kak..takde beza..

    ReplyDelete
  4. pagi2 saya dah merayau ni, kak zakie..ketuk pintu rumah orang, hee
    saya ada layan youtube ustaz abdullah khairi. cerita cikgu yap masuk islam. macamana dia menjaga ayahnya (masa tu belum islam) yang tenat dan kaum keluarga yg belum islam membiarkannya menghembus nafas sendiri (berbanding orang Islam, yg menunggu dan mengajar syahadah). aduh, meremang bulu roma saya bila ibu cikgu yap bertanya cikgu yap apa yang dibuatnya pada "arwah" ayahnya sebab ibunya bermimpi suaminya berada di suatu tempat yg cantik dan menyebut sesuatu yg tidak difahami. bila cikgu yap bertanya adakalah kata2 itu ialah "la illa ha illallah", ibu cikgu yap akhirnya juga memeluk islam dan sekarang cikgu yap telah islamkan 39 ahli keluarganya. Allahu Rabbi, kakzakie..selagi belum diambil nyawanya, alangkah bagusnya kalau kita boleh melakukan seperti cikgu yap kan..

    p.s aduhai, panjangnya komen saya. tak pe ya..

    ReplyDelete
  5. dapat bayangkan duduk kat wad tanpa ditemani oleh ahli keluarga..kesiannya dia..Moga dia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah kak.. tabahnya dia.. semoga gadis tu tak berputus asa.. :(

    ReplyDelete
  7. Kak...touching sgt kisah ni kak. Kesian pada si gadis yg terlantar keseorangan. Smoga dia di beri hidayah dan smoga terus kuat dan tabah untuk mengharungi ujian kesakitan.

    ReplyDelete
  8. sukar laluan hidup dia
    walau berlainan ugama, tapi macam akak cakap, atas dasar kemanusiaan kita pasti turut sedih
    semoga dia tabah menghadapinya

    ReplyDelete
  9. allahhurabbi..
    dugaan buat beliau.. berat! moga pintu hidayah terbuka luas untuknya dlm keadaan genting begini..
    soal anak, mmg benar.. kalo punya kemampuan, usah disekat. Anugerah yg x ternilai dari-Nya

    ReplyDelete
  10. Allah.... Kalau seorang muslim di dalam situasinya, sekurang2nya kita ada Allah walau sudah tiada saudara mara. Hidayah itu rezeki.... dan kita seharusnya bersyukur kerana di lahirkan dalam Islam..Insya Allah.

    ReplyDelete
  11. sedih nyer laluan hidup dia kak..
    semoga dia kuat menghadapi kesakitan dia kak..

    ReplyDelete
  12. sedih, nasib dia ada kak zakie untuk luahkan perjalanan hidupnya..doa nabi ayub dapat membantu...moga dipermudahkan urusannya..

    ReplyDelete
  13. sedih dan terharu baca cerita kakzakie ni..mengharungi sakit sendirian tanpa keluarga..kesiannya kat dia..moga dia kuat dan tabah..

    ReplyDelete
  14. sedih saya baca kisah akak ni..teringat hujung thn lps seorg kawan saya yg mengalami cancer jugak, berakhir dgn kematian meninggalkan seorg anak berumur 1 thn.*sedih*

    ReplyDelete
  15. tak dapat bayangkan andai saya ditempatnye..ujian y hebat telah dia tempuhi tanpa orang kesayangan di sisinya..

    ReplyDelete
  16. kesiannya dia ,masih muda lagi sudah kena kanser ovari...
    masa sya budak2 dulu ada seorg pemuda cina baik sngt dan banyk membantu keluarga kami .dah mcm saudara..trfikir juga dia akan trima hidayah tapi sayang mninggl dlm usia muda akibat kanser .

    ReplyDelete
  17. sedihnya membaca kisah gadis tu kak...moga diberikan kesembuhan dan hidayah...

    ReplyDelete
  18. sama2 berdoa moga dia diberi hidayah

    ReplyDelete
  19. sedihnya kakak dengar cerita dia..byk berkorban tuk keluarga namun dorangg tak pedulihan dia pun..Allah lebih mengetahui...inshaallah kerana adenya kebaikan dalam dirinya suatu hari nanti kita doakan agar dia mendpt hidayah jugak..ameen..

    ReplyDelete
  20. Ya-ALLAH..Ujian Allah adalah buat semua umat manusia kan kak..tak kiralah kau ada keluarga atau tidak..Islam atau Kafir...semua diberikan ujian olehNYA...Kasihan dia..mengharungi ujian segetir ini bersendirian..semoga dia tabah dan diberikan Hidayah utk hanya menyembah Tuhan yg satu...ALLAH S.W.T..

    ReplyDelete
  21. Sungguh tersentuh hati. Baru 23 tahun sudah disahkan menghidap kanser ovari tahap empat. Sendirian mengharunginya. Rasa sebak seketika. Teringat perbualan dengan mak dulu bila mana mak susah hati sebab saya lambat kahwin. Nanti sendirian di hari tua. Kasih adik beradik tak sama seperti kasih ibubapa. Itu katanya tapi saya balas semula kata-katanya itu - takpalah, kalau tiada yang menjaga, saya duduk di rumah orang tua je nanti.
    Belum kena, memang senang je mulut ni meluahkan kata-kata. Bila dah kena, barulah tahu langit tinggi ke rendah.

    ReplyDelete
  22. salam dimana dia tinggal? teringin datang melawat..bole pm sy 01123772476? jomla ssiapa yg bedekatan kita buat ziarah kasih sayang..smoga ia menjadi asbab dia sihat..dan mana tau..menjadi ISLAM

    ReplyDelete
  23. Allah.. sedihnye..
    Moga Adik tu kuat hadapi ujian Allah ini. semoga terus kuat melawan penyakit nye itu. :(

    ReplyDelete
  24. Baca cerita kakzakie pun dah bergenang air mata...apa lgi kalau kenal rapat dgnnya..kesian dia terpaksa lalui semua tu..semoga penyakitnya dpt disembuhkn

    ReplyDelete
  25. terharunya..kalau kita susah masih banyak lagi yg susah dr kita.

    ReplyDelete
  26. sedih membacanya...tabahnya dia mengharungi hidup secara sendirian...diberi pula ujian yg berat...semoga dia terus tabah

    ReplyDelete
  27. betul2 sedih sgt falsya baca kakak...sedih dgn nasib die..kesian ngan die..time2 nie la die sgt3 perlukan moral support dr family members or kawan2..rase mcm nak hug je die..

    semoga cpt sembuh..

    ReplyDelete
  28. salam perkenalan. semoga dia cepat sembuh dan terus tabah.

    ReplyDelete
  29. subhanallah..besar betul ujian nya..rupanya di luar sana ada lagi insan yang lebih malang..semoga beliau tabah menghadapi dugaan tu

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Moga dia kuat dalam melawan penyakit itu..
    Mati tu pasti.. hidup itu InsyaAllah.

    ReplyDelete
  32. Salam Jumaat KZ..

    Moga dia kuat & mendapat hidayah Allah...

    ReplyDelete
  33. semoga dia tabah dan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  34. semoga dia tabah dan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  35. Setiap insan ada ujian buatnya sendiri.. dari apa yg kakzakie tulis, nampak dia seorang yg kuat Dan tabah.. semoga dia tabah Dan cepat sembuh.. serta diberi taufiq Dan hidayah dari Ilahi..

    ReplyDelete
  36. Kesiannya kakzakie..betapa sedihnya tinggal bersendirian tanpa penjaga didalam wad. Semoga dia tabah menghadapi penyakitnya.

    ReplyDelete
  37. Kita yg membaca ni sudah cukup nak merasai kesedihannya, apatah lg yg menanggung. Sudahlah sendirian.. Mudah2an dia sembuh dan menerima hidayah..

    ReplyDelete
  38. Sedihnya kisah dia. semoga dia diberi kesembuhan dan hidayah..Aaminn

    ReplyDelete
  39. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..sebak rasanya membaca entry ni.
    Moga beliau terus tabah, moga Allah SWT memberi hidayahnya, teruskan berdoa ye Kak zakie.

    ReplyDelete
  40. kesian... itu bahagian dia kak... bahagian kita tak tau la macam mana pula... semoga dia terus tabah menghadapi liku2 hidup ini...

    ReplyDelete
  41. Sedihnya. Moga dia tabah lalui kesakitan itu sendirian..

    ReplyDelete
  42. Ya Allah kak sedih ya sy baca kisaa dia..Semoga ada hidayah utk dia..Dan semoga dia kuat hadapi ujian.

    ReplyDelete
  43. salam kz ..
    23 tahun, umor yg masih muda lg ..
    namun dah terima ujian yg maha berat. moga adik tu dapat melaluinya dengan tabah ...
    ngaji romadan kiyer wes tekan juz piro ..

    ReplyDelete
  44. Tabah nya dia , semoga doa Kak dimakbulkan

    ReplyDelete
  45. semoga dia tabah mengharunginya seorg diri . mmg kesian bila baca entry ni . sakit dtg mmg x dijangka tapi family itu perlu ...

    ReplyDelete
  46. MOGA ALLAH MEMBERINYA HIDAYAH N MENGHADIRKAN INSAN2 PRIHATIN KE SISINYA N MEMBANTU KESUSAHANNYA...

    ReplyDelete
  47. Moga dikurangkan kesakitan yg dialami olehnya..kesian dia kak..moga2 Allah memberinya hidayah sbgimana diberi hidayah kepada raisyah rania..

    ReplyDelete
  48. kesiannya..semoga dia kuat..lama tk singgah sini..ape khabar kak zakie? semoga sihat je ye.

    ReplyDelete
  49. assalamualaikum kakzakie...sedihnya bila membaca n3 akak ni...semoga dia kuat menghadapi dugaan hidup ini..:(

    ReplyDelete
  50. Salam ramadan buat kak zakie...sedih bila baca...tapi setiap perncangan Allah tu ada hikmahnya kak..kita doakan yang terbaik buatnya...

    ReplyDelete
  51. Salam Ramadan Kakzakie,

    Tumpang sedih membaca kisah gadis ini! Begitu kuat dugaan yang ditanggungnya. Moga dia terus tabah menghadapi saat getir ini.

    ReplyDelete
  52. salam kakzakie, setiap kita melalui jln cerita yg berbeza kan... InsyaAllah, moga direzekikan hidayah utknya

    ReplyDelete
  53. Moga dia cepat sembuh....kesorangan dan kesunyian itu, kdg kala buatkan individu itu lebih kuat, tabah menghadapj hdup....

    ReplyDelete
  54. sedih pula baca
    semoga dia cepat sihat

    ReplyDelete
  55. Kesian kat dia kan kak. Moga bertabah la hadapi dugaan.

    ReplyDelete
  56. Moga masih ada sinar buat dia kanda....Alahai sedihnya kanda sakit tanpa sesiapa diisi. Nasiblah ada sahabat mcm kanda yg perihatn.

    ReplyDelete
  57. Doakan yang terbaik. Insyaallah.
    Jemput semua singgah sini juga.
    Life is beautiful...don't waste it.

    ReplyDelete
  58. Semoga tabah dan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  59. Allah..kesiannya.. walaupun berlainan agama. Semoga Allah sembuhkan dan beri hidayah insyaAllah.. Eish, sedihla..

    ReplyDelete