Kebanyakan kita berkabung atas rasa sedih disebabkan kematian. Menurut Islam berkabung atau al-hadaad yang dibenarkan disebabkan kematian suami atau isteri. Buat isteri sebaik-baiknya adalah 4 bulan 10 hari. Sabda baginda "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari kecuali kerana kematian suaminya iaitu 4 bulan 10 hari." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim). Selain dari suami dibolehkan tidak melebihi tiga hari. Inilah yang dikatakan al-hadaad dalam Islam. Walau bagaimanapun berkabung yang banyak diamalkan di negara kita tidaklah menjadi masalah rasanya selagi ianya tidak menjurus kepada melanggar etika beribadah. Tambahan pula tidak ada fatwa ulama' negara kita yang membantahnya. Sekadar bersama merasa sedih dan simpati atas apa yang terjadi.
Hari ini kerajaan memohon semua rakyat untuk berkabung di atas kepulangan mangsa pesawat MH17. Betapa sedih dan remuk hati keluarga namun ketentuan Allah tidak siapa mampu menidakkannya. Kullunafsin zaa iqotulmaut - sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Ketentuan Allah begitu cara mereka pergi menemui Allah, buat kita tidak tahu lagi. Bersyukur juga akhirnya jenazah dapat dibawa pulang hari ini. Berbanding nasib mereka di MH370 sehingga kini bagai di angin lalu. Kita yang tidak terlibat sekadar mendengar dan melihat melalui media pun meruntun sayu apatah lagi mereka yang terlibat secara langsung.
Bersama kita sedekahkan Al-fatehah dan suroh Al-Ikhlas buat mereka yang terkorban sebagai umat Islam dan kepada yang bukan Islam kita titip simpati yang tinggi. Mungkin ini lebih baik. Allah maha mengetahui akan apa yang tidak kita ketahui.
~~ Wamakaru wamakarallah, Wallahu khairulmakirin. Manusia merancang, Allah juga merancang tapi sesungguhlah Allah adalah sebaik-baik perancang.~~
*al-hadaad - lebih menjurus kepada wanita supaya tidak berhias cantik-cantik dan bergembira / bersuka-ria
Al Fatihah
ReplyDeleteSalam k.zakie...ni tengah tengok lintas siaran...sedih tengok yg mnr tinggal anak kecil lg..
ReplyDeletesedihh :(
ReplyDeleteBagus perkongsian yang Kakak tulis ini. Setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.
ReplyDeleteAl-fatihah..
ReplyDeletesedinyaa:(
semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah....
ReplyDeletesalam Jumaat,bagi ana sekadar menzahirkan rasa kesedihan dan kesayuan yg dialami oleh keluarga.kematian org2 tersayang dalam keadaan yg penuh trajis..
ReplyDeleteal-fatihah untuk semua mangsa yang beragama islam..
ReplyDeletewalaupon takde sedara mara terlibat kak namun turut jugak terkesan dihati..
salam takziah dan al-fatihah...
ReplyDeletesmlm tngk di tv ,luahan seorg ibu tua yg mngharap jenazah anknya ada brada brsma yg lain tapi kecewa...sedih sngt.kita hanya mmpu brsimpati dan doa utk mereka...al fatihah.
ReplyDeletesemoga urusan kebumi mangsa d lancarkan... amin...
ReplyDeleteAl-fatihah...Amin...
ReplyDeleteminta keluarga mereka semua tabah..
ReplyDeleteminta saudara seislam kita ditempatkan dikalngan mereka yg soleh dan solehah
minta keluarga mereka semua tabah..
ReplyDeleteminta saudara seislam kita ditempatkan dikalngan mereka yg soleh dan solehah
merasai kehilangan mereka
ReplyDeleteal-fatihah
al-fatihah
ReplyDeleteSaya tengah nengok siaran langsung ni kak, sedih rasanya..Tak tau macamana perasaan keluarga, yang pasti jenazah dapat dibawa balik..Kita sendiri tak tau macamana nasib kita kan..
ReplyDeleteSedig sgt kak dgn kejadian yg menimpa dorang. Tp janji Allah tu pasti. Tk siapa boleh menghalang. Moga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.
ReplyDeletehanya mampu tengok live streaming di pc, inshaAllah mendoakan isitiadat berjalan dengan lancar. amin
ReplyDeletebaju hitam pun..ikut sapalah..bila ikut kaum lain..sama jelah
ReplyDeleteSatu sejarah, pertama kali jenazah orang awam diberi penghormatan tertinggi negara. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan... Alfatihah buat mereka yg beragama Islam.
ReplyDeletedekat office KM ni pun di arahkan berkabung... sedihnya...
ReplyDeletesemoga ahli keluarga mangsa tabah dalam menempuh dugaan ini..
ReplyDeleteTakziah buat semua ahli keluarga mangsa...
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
Gloomy day. Sedih sangat kak. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
ReplyDeleteAlfatihah.
ReplyDeletefalsya sedih sgt kakak arinie..hati nie sebak sgt..asyik bergenang je air mata walaupun hanya dgr lagu2 sedih yg radio mainkan..Allah..
ReplyDeleteAl-fatihah dan salam takziah buat mangsa dan keluarga mangsa..;(
Moga keluarga mangsa kuat dan tabah hendakNYA.
ReplyDeletealfatihah sangat
ReplyDeletesedih sangat rasa
walau takde ikatan persaudaraan
atas dasar rasa kemanusiaan kita pasti merasa sedih tu
hati mengcengkam hari ini kak, tapi apakan daya, hanya mampu berserah menerima ketentuan..
ReplyDeleteal fatihah ..
TQ PERKONGSIAN ILMU TENTANG BERKABUNG..SELAMA NI TAHU GITU2 SAJA...TURUT BERSEDIH SALAM TAKZIAH N ALFATIHAH ..AMIN.
ReplyDeleteTurut bersedih.. memang air mata tak tertahan jua kan Kak..moga semua keluarga mangsa tabah & redha..
ReplyDeleteAl-Fatihah..
Alfatihah.
ReplyDeletesebab kita kena serang tu yañg lagi sedih, kita yang perlu pertolongan atau mintà hukuman Qisas.. Al-Fatihah.
ReplyDeleteal-fatihah...sedih sgt bila sebut pasal ni..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...betul tu...seluruh rakyat berkabung hari ini...Al-Fatihah n takziah buat mereka...:)
ReplyDeleteAl-Fatihah.
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga mangsa.... :(
ReplyDeleteAlfatihah.....
ReplyDeletemoga roh mereka dicucuri rahmat dan semoga ahli keluarga tabah dan redha dgn ketentuan ini moga diberikan mereka kekuatan.inshaallah
ReplyDeleteAl Fatihah dna takziah kepada keluarga mangsa.
ReplyDeletesedekahkan alfatihah pada yg muslim...salam takziah untuk semua ahli keluarga..
ReplyDeleteal-fatihah..sedih bila mengenangkannya
ReplyDeletedi opis ni kebanyakan yg perempuan berjubah hitam...
ReplyDeleteSedih sgt bila dgr liputan berita semada ketibaan jenazah pagi tadi
Al-Fatihah kepada mereka semua
kami pun dok confuse mulanya. adakah dibolehkan perbuatan berkabung di sisi syarak. perbuatan yang kena berhenti kenderaan ditepi jalan seketika, keliru..
ReplyDeleteDisebutkan perbuatan Nabi SAW, jenazah lalu dihadapan kita tapi kalau kita pulak, jenazah tak lalu depan kita, camna pulak eh..
saya ada membaca penjelasan JAKIM untuk lebih pencerahan.namun kalau siaran hiburan dihentikan hari berkabung...saya sokong sangat2 (kalau boleh yg melalaikan tu hapus terus)..
AL FATIHAH buat mereka dan takziah buat keluarga mangsa..
rasa sedih sangat kak
ReplyDeletesalam takziah buat keluarga mangsa,
ReplyDeletemoga dimudahkan segala urusan mereka
alfatiha buat mereka
ReplyDeletekita bergabung dngan sedekahkan banyak alfatiha kpd mangsa
saya pun x pakai baju hitam semalam cuma pakai pakaian gelap shja , tidak semestinya hitam ..
Alfatihah.. Perkongsian yg bermanfaat kakzakie.. bertambah ilmu..
ReplyDeletesemoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. Amin
salam kakzakie...
ReplyDeleteterharu dgn perkongsian ini...setiap insan akan merasai mati...giliran kita belum tahu lagi bagaimana caranya...
Al-Fatihah dan takziah, semoga dipermudahkan segala urusan..
Doa PC,, moga Allah suburkan rasa sabar yang paling tinggi untuk keluarga mangsa MH17 DAN MH370..sedih yang melihat dan mendengar sangat jauh bezanya dengan yang melalui dan menghadapinya..namun tiada yang sia sia pada setiap takdir ILAHI..Al Fatihah..
ReplyDeleteperistiwa yang tidak pernah kita terfikir akan berlaku pada MAS... sangat sedih dengan peristiwa ni.
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk mangsa
Al fatihah..memang sebak sangat2..
ReplyDeleteAl Fatihah.moga mereka tenang di sana.
ReplyDeleteBagi yang pernah mengalami situasi yg sama...faham sangat..betapa remuk redamnya hati ini...bila mana orang yg dikasihi keluar depan mata utk mencari rezki...akhirnya pulang dengan jasad yg terbujur kaku...
ReplyDeleteKetika itu hanya Allah sahaja lebih mengetahui ...berat mata orang memandang...berat lagi bahu ini yg memikul...:(
betul kak. kita yg cuma mendengar dan melihat ni pun dah remuk hati inikan pulak keluarga mangsa. moga mereka tabah dan kuat. amin
ReplyDelete