Sebelum cuti untuk menyambut Hari Raya, keputusan peperiksaan sebenarnya belum diketahui walaupun kertas jawapan peperiksaan sudah dikembalikan kepada semua. Sebaik naik sekolah barulah mendapat surat dari pihak sekolah yang hari terbuka untuk mengambil buku rekod pada Sabtu yang baru lalu dan pada hari yang sama juga pihak sekolah menjadikannya sebagai hari terbuka beraya. Belum pernah pihak sekolah berbuat begini. Biasanya apabila hari mengambil buku rekod ada dijemput ibu-bapa atau siapa berminat untuk berjual seperti ketika pasar malam, tetapi kali ini berlainan. Pihak sekolah menyajikan hidangan ala-ala Hari Raya. Menaiki tangga ke tingkat empat di mana kelas adik berada hidung sudah menikmati aroma bau hidangan enak.
|
Pelengkap soto - Daun sup/daun bawang, kacang tanah, bawang goreng dan racikan isi ayam. |
|
Ketupat segera - Menu utamanya |
|
Satu balang - Inilah kuah sotonya. Menurut cikgu pihak sekolah membayar kepada pihak catering untuk membuat ini. |
|
Lain-lain - Biskut-biskut ini sumbangan murid dan cikgu. Ini yang ada di kelas adik. Banyak juga sebab masing-masing membawa sebekas kuih. Yogurt itu mungkin ustazah adik yang buat. Setiap bilik darjah mempunyai kuih yang bermacam-macam tetapi main course dia adalah soto ayam. |
|
No. 2 lagi - Sekali lagi adik tewas dengan kawannya Nurul. Walau 0.4% tetap adik tidak mampu menjadi juara. Kena gigih lagi. Adik dan Nurul berkawan baik tetapi dalam hal mengejar kejayaan mereka saling berlawan selalu. |
Melihat anak-anak yang hadir ke sekolah dengan berpakaian raya terasa sangat meriahnya. Anak-anak lelakilah yang paling ketara penampilan segaknya sebab berbaju Melayu siap bersamping. Anak-anak perempuan pula biasalah berbaju kurung dan maxi yang mengerlap di sana-sini. Idea bijak pihak sekolah ini sangat menarik.
~~ Sana-sini rumah terbuka, pihak sekolah pun tidak ketinggalan sama. Seronok!~~
well done.. ok la tu....
ReplyDeletememang menarik idea cikgu sekolah ni, Kakzakie. Sy rasa sek2 lain kbnykannya dah buat hari terbuka sebelum cuti (termasuk sek anak sy). Mgkin mereka sngaja lanjutkan utk dibuat sekali dgn majlis hari raya. Syabas kepada guru2 sek adik!!
ReplyDeletewahh seronok nyer sekolah jamu mcm tu...lagi seronok bila tgk adik dpt no.2 walaupun target no.1 ;)
ReplyDeletetaska airis yg umur 2 tahun pun buat majlis hari raya kak....arini la drg sambut...saya buatkan dadih honeydew je bagi drg...ngeee
ReplyDeleteyela kan nak bagi tambah meriah suasana raya..minggu depan turn tempat keje saya pulak..
ReplyDeletemasa acik memanjat tangga sekolah dah berakhir dah kakzakie..rindu saat2 tu ..
ReplyDeletesiapkan makan untuk anak bawak kesekolah
Teringat masa sekolah dulu-dulu. Hari raya pergi sekolah pakai baju raya bawa biskut raya. Seronok. Sekarang zaman tengok anak-anak pula kan kakak. :-)
ReplyDeleteHebat lah adik...dpt nombor 2 tuh dah kira bagus...terbaik...sedap yer menu raya tu...wahhhhh
ReplyDeletemeriah juga makanannya
ReplyDeletesaya suka soto
tahniah buat adik dan nurul kawannya :)
memang meriah tengok budak lelaki, kat KAFA saya mmg lengkap bersampin, yang perempuan dah biasa kita tengok baju kurung dengan tudung.
ReplyDeleteseronoknya nostalgia..hari ada jamuan raya kat sekolah, pakai baju raya, bawa kuih raya....
ReplyDeleteTahniah Adik..usaha lagi Dik...pasti akan dapat no 1 lain kali...
ReplyDeletebestnya sambut raya kat sekolah..tringat pulak zaman kt dulu2..~~
ReplyDeleteAll the best yer dik..InsyaAllah lepas ni dpt no1 plak..usaha lg ~~
Anak saya Jumaat lepas ada open house sekolah kebangsaan Dan agama.. jadi drpd pagi hingga kepetang berbaju raya.. kakzakie.. anak2 hanya bawa air Dan kuih raya.. yg berat2 disediakan oleh sekolah..
ReplyDeleteTahniah buat adik.. usaha lagi utk dpt no 1 ye..
bagusnya sesekali pihak sekolah buat macam ni kan.. tahniah adik.. takpe.. persaingan yg sihat.. tahun depan cuba lagi~
ReplyDeletela ni musim sekolah2 buat majlis sambutan raya...suka tengok anak2 yg lelaki kacak berbaju melayu siap bersampin lagi..
ReplyDeleteselalu rumah terbuka, yang ni sekolah terbuka pula...menarik. makanan pun macam2 ada. budak2 sekolah teruja, emak ayah pun sama rasanya...hehehe.
ReplyDeletebagus gak sekolah buat camni.boleh rapatkan hubungan ibu bapa n guru.
ReplyDeleteno 2 pun dah terbaik dah tu kak...dah selalu jugak sekolah buat jamuan hari raya..semua kena pakai baju raya...yg bukan muslim pakai baju kebangsaan masing2..memang meriah
ReplyDeleteusaha tangga kejayaan dik!
ReplyDeletezaman kita sekolah dulu kalau ada sambutan raya tetap kena pakai baju sekolah... sekarang kalau ada sambutan raya kat sekolah.... seronok adik2 dapat pakai baju raya
ReplyDeletewahhh...bagusnya buat camni..mesti meriah kan kak zakie..
ReplyDeletesekolah aleesya hari khamis nanti..dia dah plan nak pakai baju yg mana..haha..
suka soto ayam..bagus sekolah ni, ambil inisiatif buat jamuan raya utk ibu-bapa..
ReplyDeletetahniah adik! walaupun tak dpt juara, sikit saja bezanya, sampai 1%..berusaha lagi kuat..cantik tulisan jawi ustazah tu..
no.2 pon dah kira antara yg terbaik tu :) teruskan usaha adik....
ReplyDeleteTahniah adik, inshaAllah lebih maju lagi, bagus buat jamuan memeriahkan bulan mulia ni, sekolah Faiq, guru bangsa lain pun bagi duit raya...
ReplyDeletebudak2 ramai tu dapat duit raya tak?
ReplyDeletebila lihat suasana begini terasa seperti mahu kembali ke zaman sekolah lah kak Zakie :-)tapi bab nak belajar tu yg malas
ReplyDeleteLama tak makan soto...dari smlm dok pikir soto...:)
ReplyDeleteTakpe...ujung tahun ni cuba lagi...insyallah adik. Persaingan sihat tu...
Minggu ni memang sibuk dengan rumah terbuka. Sana sini ada jemputan rumah terbuka. Kira dapur minggu ni memang jarang-jarang nak berasap. Hehe
ReplyDeletesoto memang menu killer org johor kan kak zakie? faveret betui la..
ReplyDelete2 dlm 1 ...bagusnya..seronok dengan majlis hari terbuka dan dpt kputusn cemerlang juga...tahniah adik.
ReplyDeletemesti budak2 tu happy kan...setahun sekali
ReplyDeleteTahniah adik..bijak dia..
ReplyDeletewah! seronok juga kak bila pihak sekolah buat mcm ni..mengeratkan silaturrahim sesama guru & ibu bapa..
tahniah adik..usaha lg..diksemptan ini nk ucap selamat hari raya maaf zahir batin buat akk n family..
ReplyDeleteWah sedapnya soto...teringin nak buat soto tapi malas nak buat bergedil...Ada bergedil barulah bestkan Kanda
ReplyDeleteTahniah adik, tahniah kanda.....tak pe nombor bukan ukurannaya....
Bagi auntie dah bagus sangat dah tu adik!
Tahniah Adik..insyaallah lepas ni juara lah pulak...amiin
ReplyDelete0.4 %..sikit je bezanya kan..huhuhuh..jgnkan sekolah kak, tadika anak saya pun dah buat majlis hari raya...hihihi
ReplyDeleteJangan bimbang. Masih boleh usaha lagi. Apa-apa pun tahniah, Adik. Masih di tangga kedua teratas.
ReplyDeleteBagusnya sekolah ada buat hari terbuka. Makpak pun tumpang seronok.
Singgah sini..follow jugak..:)
ReplyDeletetahniah adik..usaha lgi, insyaAllah akan dapat no.1
ReplyDeleteTahniah adik...walau no 2 tapi tetap cemerlang.
ReplyDeleteSeronoklah budak dapat makan kuih raya dgn kawan2,ada duit raya tak?
syukur dan tahniah adik..dpt makan lagi..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. dapat no2 dengan perbezaan markah hanya 0.4% sgt membanggakan~ Tahniah adik.
ReplyDeleteSekolah Anis pon dah buat jamuan hari raya. jumaat lepas raya haitu. cikgu hanya collect rm5 sorang jer. x de plak mintak bawa kuih raya~
As-salam kak zakie..
ReplyDeleteSalam aidilfitri kak.. Bagus juga aktiviti raya di sekolah kan.. kemeriahan beraya dibawa ke pekarangan sekolah.. Tahniah buat adik yang cemerlang.. semoga terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat insyaALLAH..
tahniah adik..saling berlumba tuk berjaya takpe kak..kita pon bangga..
ReplyDeletetu la, minggu ni pon tadika ada jamuan raya..minggu depan sekolah agama si along plak..zee takat goreng nugget jer pong..itu yang bebudak suka..paling cepat licin..hehe
dah lama tak makan soto..ketupat instant tu pon nampak sedap
ReplyDeletetahniah adik.. :D
ReplyDeletenampak sedap kuah soto tu.. huk..
Bukan saja budak2....parents budak2 pun tentu seronok dapat meraikan rumah terbuka itukan ?...meriah dah tentunyer...
ReplyDeleteBtl tu , sambil beraya dapat berkenalan dgn guru2 n parents kawan2 ank kan ;)
ReplyDeleteBagusnya sekolah tu, ada bajet lebih kot...so boleh la kan.
ReplyDeleteErmm sekolah ank sy Belum pernah buat camni klau ada seronok gak dpt join.
ReplyDeleteBagus jugak sekolah buat majlis2 mcmni.. mesti meriah.. =D
ReplyDeleteSek anak Amy pun tak pernah nak buat jamuan hari raya tapi tahun ni ada pulak. Hari sabtu ni jamuan hari raya + serahan buku Sarana.
ReplyDeletewahh! mesti meriah nie kann...
ReplyDeleteSekolah saya dulu tak pernah menganjurkan jamuan terbuka hari raya...maklumlah sekolah kampung, mungkin peruntukan xde. Tapi selalunya kelas2 sahaja yang buat jamuan terbuka hari raya hasil kutipan sesama sendiri dan guru-guru. Itupun dah cukup meriah.
ReplyDeleteTertinggal pula... Tahniah Adik, tempat ke 2 pun sudah amat baik namun boleh usaha lagi untuk menjadi yang terbaik!
ReplyDeleteBagus skolah adik. Buat hari report card dlm masa yg sama buat jamuan raya.
ReplyDeleteTahniah adik.
assalamualaikum kak.. soto tu menu raya pertama di rumah keluarga Ros :)
ReplyDeletesekolah anak saya tiap-tipa taun buat kak..tapi tahun ni belum ada perancangan lagi
ReplyDeletebestnya, anak mama sekolah cina.. memang takdelah open house kat situ.. hihi
ReplyDeleteTahniah buat adik.. usaha lagi.. ;)
ReplyDeleteMeriah bila dibuat macam tu kan kak.. ;)
assalamualaikum kakzakie...tahniah adik...seronoknya ada majlis terbuka di sekolah...;)
ReplyDeletejamuan raya dah jadi satu budaya sekarang nikan..
ReplyDeleteTahniah adik..lama dah tak rasa suasana sambutan hari raya di sekolah..
ReplyDeletesalam k.zakie..
ReplyDeletemeriah menunya...
huhu..s eri hari jumaat ni ada jamuan raya...
Tahiah adik! ok la tu..
ReplyDeleteIsh, teringin pulak nak makan soto.. hehe..
Wah jamuan raya.
ReplyDeleteKitorang kat klinik pulak malam ni.
usaha lg adik.. insyaallah boleh berjaya...
ReplyDeleteseronoknya...meati meriahkan
ReplyDelete