Thursday, August 28, 2014

Semua yang kita ada pinjaman semata-mata

Anak-anak ini mengaji dengan aku. Banyak kisah suka-duka ketika perpisahan antara ibu dan bapanya dikongsikan kepada aku dan hubby sebagai tempat mengadu. Walaupun kami bersimpati tetapi sebagai orang dewasa tanggungjawab kita menasihati supaya tidak membenci samada ibu mahupun bapa mereka. Si ibu sudah pun menikah tidak lama selepas perceraian tersebut. Pernikahan ini telah membuat mereka menganggap ibu mereka menjadi punca perceraian. Si ayah pula apa yang aku lihat sangat akrab dengan anak-anak dan masih melaksanakan tanggung-jawab penuh sehingga kini usia perceraian mereka mencecah lebih tiga tahun walaupun anak-anak tinggal bersama si ibu. Semua perbelanjaan masih dibiayai oleh si ayah (betullah ini tanggungjawab ayah walau sudah bercerai). Boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti si ayah akan mengambil anak-anak ini dari rumah aku sebaik mereka selesai mengaji. Setiap kali cuti sekolah mereka juga balik ke rumah si ayah. Hari Raya juga anak-anak semua balik ke kampung si ayah.

Baru-baru ini balik dari kampung si ayah, anak sulung memberi perkhabaran mengatakan di ayah mahu menikah lagi. Anak sulung sudah remaja ini bagaikan tidak boleh menerima. Boleh dikatakan setiap kali mengambil si adik balik dari mengaji aku dan hubby pula menjadi 'pakar kaunseling' menasihatkan si kakak. Akhirnya kini si kakak sudah akur dan 'jarum nasihat' kami sudah terjahit di mindanya. Dua hari lepas si kakak memberitahu selepas makan-makan dengan si ayah dia sudah mengatakan dia restui dan redha si ayah menikah. " Y ikut nasihat mama Zakie dan beritahu pada ayah juga yang Y dan adik-adik restui kalau ayah nak menikah lagi." Sungguh aku terharu dengan anak itu walau hakikat di hatinya tidak aku ketahui.

Penuh mengharap semoga wanita yang bakal menikahi ayahnya (seorang gadis sudah berusia, mempunyai kelulusan yang baik dan punya kedudukan yang agak tinggi dalam syarikat) ini mampu menjaga anak-anak ini sepertimana si ayah. Aku percaya wanita ini juga dapat menumpang kasih sebagai ibu memandangkan wanita ini mungkin sudah tidak mampu memberikan zuriat.

~~ Berkongsi kasih-sayang sementara hidup di dunia kerana apa yang kita ada semua adalah pinjaman Allah semata-mata. Kita sebenarnya tidak punya apa andai tidak ada izin dariNya.~~

46 comments:

  1. Kadang kala anak2 terlalu muda..dan tidak mengetahui segalanya dengan mendalam..:) selamat pagi..:)

    ReplyDelete
  2. tumpang simpati dgn kisah mereka kak zakie..kesian anak-anak tersepit dlm keluarga begini. Alhamdulillah ada akak yg bagi support dan nasihat baik.

    kesian jugak kalau ayahnya tak berkahwin lagi, naluri manusia ingin berpasangan.

    ReplyDelete
  3. saya ada pengalaman anak remaja tu, tapi masa tu saya kecik lagi.memang risau ayah nak kahwin lagi, tapi Alhamdulillah bahagia sampai sekarang.

    ReplyDelete
  4. anak2 pun ada perasaan juga..kn.
    gatallah pula..pandangan nor ttp negatif psl nk kawin yg muda2 ni..klu betul ikut sunah..cer kwin dgn org susah anak ramai tu atau

    hrp bahagialah bapanya...anak yg ada ni bukan zuriat ke?..peninglah..tak kena pd kitakan..jodoh pun Allah yg tentukan..redha

    ReplyDelete
  5. Semoga mereka berbahagia selepas ini. Memang berat nak terima jika ayah nak kawin lagi. Tapi bila semuanya ok. Insyallah anak-anak pun akan mula rasa suka.

    ReplyDelete
  6. Itula dia bila jadinya penceraian ni...anak2 la jdi mangsanya...harapnya gitu la kak....ambil ayah...anak2 pun kena juga diberi kasih sayang juga...moga bahagia buat Y dan adik beradiknya...

    ReplyDelete
  7. kesian pada anak anak yang jadi mangsa keretakan hubungan ibu bapa.. semoga ibu "baru" mereka akan layan mereka seperti anak anak sendiri..

    ReplyDelete
  8. kesian kan kak.... dlm usia yg muda mcm ni terpakse hidup berpecah belah mcm nie....harap2 ibu baru mereka sebaik2 manusia yg boleh jaga mereka dgn penuh kasih sayang dan ikhlas....

    ReplyDelete
  9. untuk menerima orang baru dalam hidup mereka memang payah..

    semoga semuanya berakhir dgn baik dan bahagia utk keluarga tersebut..

    ReplyDelete
  10. Kanda pagi tadi dinda baru dengar motivasi pagi. Sama sebijik topik apa yg kanda tulis tu.... Kita ni tak punya apa apa sebenarnya semua adalah pinjaman dari Allah.... janganlah terlalu kecewa kalau kita tak punya apa apa....

    ReplyDelete
  11. kesian gak kan pada anak2 yang alamai masalah sebegini.. sama macam Hubby...kalau dulu dendam dia kat arwah mak dia memang menebal..tapi alhamdulilah sebelum arwah meninggal, hati Hubby agak lembut. sempat mintak maaf dan sempat cium kaki ibu nya...tapi still hati dia kita tak tau...

    ReplyDelete
  12. kenapa tiba2 jadi sebak nie,,,adeh..ape pun kak,moga pengganti ibunya nanti jauh lebih baik dan mampu memberikan kasih syang seperti ibunya sendiri...amin

    ReplyDelete
  13. sedih juga dengar kisah perceraian seperti ini bilamana anak merasa terabai. Kahwin mudah, tapi tanggungjawab itu tidak mudah. Kena sentiasa bermuhasabah, kena berlapang dada, kena terima kekurangan pasangan masing-masing..kalau tidak, kesian anak-anak menanggung derita perasaan sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  14. insyallah.. mudahan bakal ibunya akan dpt mberikan ksih syg seperti seorg ibu.. bila berkahwin dgn y mpunyai anak.. bkn sekadar trima pasangan..malahan ikhlas menerima t/jawab mjaga anak jugak. moga dipermudahkan..insyallah

    ReplyDelete
  15. Kasihan anak2...tertekan jiwa dan perasaan...mereka juga punya naluri yg seringkali makayah terlepas pandang...Tp tulah kan kak..Jodoh dan peceraian itu tidak termampu kita kekang jika sudah itu tertulis...cumanya...zuriat yg lahir dari kasih syg saat bahagianya kamu itu jagalah mereka sebaiknya teruatamannya jika berkahwin lain..pilihlah mereka yg bkan hanya mahukan kamu malah mahu juga menerima anak2 kamu ...

    ReplyDelete
  16. mudah2an bakal mak tiri nyer seoarang yg baik n syg pd anak2 tirinya

    ReplyDelete
  17. itula anak2..bila ada orang baru dalam family mesti dia ingat mak dan ayah tak sayang diaorg lagi kan..

    moga ibu baru seorang yang baik dan penyayang utk anak2 si ayah..

    ReplyDelete
  18. kesian dgn ank2 bila dh brlaku penceraian begini.mudah2an sikakak dpt terima dgn ikhlas ibu baru nya begitulah sebaliknya.

    ReplyDelete
  19. kasihan anak2 yg masih kecil diduga begitu..doakan yg baik2 buat mereka

    ReplyDelete
  20. Takut jika mengenanangkan anak2 nih kan kak.. huhu.. semoga ibubapa mereka bahagia dan tidak abaikan mrk. amin.

    ReplyDelete
  21. Dilema ini bukan bagi anak2 sahaja yang tanggung tetapi ibu bapa yang nak berkahwin juga pasti dalam dilema. Boleh ke anak2 menerima orang baru atau boleh ke orang baru menerima anak2.

    Saya doakan yang terbaik buat anak2 ini moga Allah memberi mereka ibu tiri yang baik, juga agar ibu tiri dapat mendidik mereka umpama ibu sendiri.

    ReplyDelete
  22. membacanya membuatkan kita terfikir ginilah kalau sesuatu terjadi dalam perkahwinan anaklah yang sengsarakan.. harap anak2 kuat semangatnyer.. dan tahniah kerana sentiasa ada disamping mereka untuk menanamkan nilai2 yang baik...

    ReplyDelete
  23. Salam kakak..
    tersentuh hati zura baca cerita akak nih.
    Zura pon doakan anak2 itu mendapat ibu tiri yang baik yang boleh menjaga mereka adik beradik. Amin~

    ReplyDelete
  24. saya pasti pihan ayahnya adalah yang terbaik.. semoga bahagia menjadi milik mereka, Aamiiinnn.

    ReplyDelete
  25. Semoga anak ini mendapat pengganti yang baik samaada disebelah ibu dan ayah....

    ReplyDelete
  26. betul KZ. Semua yang kita ada hanya pinjaman kan..bila-bila Allah boleh ambil. Jadi tak boleh terlalu berkira..

    ReplyDelete
  27. inshaAllah.. yang terbaik untuk rumah tangga kita.

    ReplyDelete
  28. kesiannye kan kakak..falsya xberani nak komen sbb falsya cukup takut bab2 kawen cerai nie..semoga ayahnye mendapat jodoh yg baik..nmpk sgt yg ayah anak2 tuh sayang sgt ngan dieorg..

    ReplyDelete
  29. In shaa Allah, tentu si ayah sudah menemui calun ibu yang terbaik buat anak-anak, sebab tu dia ambil masa yang lama utk berkahwin semula.

    ReplyDelete
  30. sayu pulak hati saya baca entry nie

    ReplyDelete
  31. tak tahu nak komen kak sebab sendiri pernah melaluinya..

    ReplyDelete
  32. teringat motivasi pagi Ust Badlishah di radio Ikim pagi...usah bersedih atas kehilangan sbb kita tak punya apa-apa...
    amat menusuk hati...

    ReplyDelete
  33. insya Allah, moga mereka sekeluarga bahagia. walau pak / mak tiri, kena sentiasa bersyukur dan macam yang kak zakie cakap la kan, tak salah berkongsi kasih sayang...

    ReplyDelete
  34. betul tu semua hanya pinjam pinjaman saja..bahagialah insan yang boleh menerima hakikat dan redha dengan apa yang terjadi.

    ReplyDelete
  35. semoga anak2 itu sentiasa bahagia, sebak membacanyer...

    ReplyDelete
  36. Ssh nak cakap la kak sbb kita x berada di tempat si kakak tu. Walau apa pun moga mereka semua bahagia sentiasa. Tiap yg berlaku itu ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  37. Ssh nak cakap la kak sbb kita x berada di tempat si kakak tu. Walau apa pun moga mereka semua bahagia sentiasa. Tiap yg berlaku itu ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  38. KITA DOAKAN ANAK2 ITU BEROLEH KEBAIKAN SETELAH MELALUI PENDERITAAN HILANG KASIH SAYANG IBU/BAPA YG DIDAMBAKAN..

    ReplyDelete
  39. Anak2 belum mengerti sebenarnya kan kakzakie.. kita sebagai yang tua ni perlu memberi nasihat yg baik kepada mereka... begitu juga dengan anak arwah Sanisah.. pada mulanya keberatan utk memberi restu ayah nya utk menikah lelaki.. tetapi apabila dinasihatkan.. dan bercerita dari hati ke hati dengan bakal ibu baru tu.. Alhamdulillah dia restu ayahnya kahwin baru..

    ReplyDelete
  40. Sian ank2.. Kdg2 mereka sgt tertekan bila fikir terpaksa duduk dgn ibu tiri. Bkn smua org nk syg budak yg bkn ank mereka kan kak.. Ank org lain xpe tp klu ank tiri mmg payah nk jmp yg jujur menjaganya. Tu yg ramai pandang serongbpd tittle ibu tiri tu

    ReplyDelete
  41. Kesan dari perceraian anak2 menjadi keliru. Kalau dapat pengganti yang lebih baik anak2 akan bernasib baik tapi kalau sebaliknya. Itulah yang dikuatiri. Semoga pengganti ibu mereka dapat memberikan kasih sayang yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  42. eloklah ayahnya berkahwin lain..bina hidup baru...lama kelamaan, anaknya akan faham jugak..Insya Allah

    ReplyDelete
  43. Kesian pada anak-anak mangsa penceraian ibubapa ni. Nak kata tidak, tak sampai hati. Nak kata ya, terluka hati. Tak dapat nak bayangkan nasib mereka. Insya Allah, wanita pilihan si ayah seorang yang baik dan bertanggungjawab hendaknya.

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum kakzakie...yer la betul tu kesian anak2 bila ibubapa mereka bercerai...tapi kalau dpt mengisi kekosongan kasih seorang itu mmg bagus...ada juga tempat mereka mencurahkan kasih sayang...

    ReplyDelete
  45. lama kelamaan anak2 akan faham masalah ibu bapa mereka..dan merestuinya.beruntung anak itu dapat nasihat dari zakie..kalau tidak kemana nak dicurahkan perasaannya..

    ReplyDelete
  46. Salam K.Zakie..
    alhamdulillah..semoga adik y terus memahatkan pesanan kak zakie tu..

    ReplyDelete