Cuti bersempena menyambut kemerdekaan kali ini agak puas. Jatuhnya pada hari Ahad anak-anak dapatlah bercuti tiga hari termasuk Jumaat dan Sabtu. Aku pula Sabtu, Ahad dan semalam. Sementara Kak Reen pun masih bercuti sem kami keluar makan di Aeon, Kulaijaya.
|
Chicken Chop - Pilihan Kak Reen & Kak Meen cuma nama saja berbeza tapi kelihatan lebih kurang saja Teriyaki chicken chop dengan Baked chicken chop jadi ambil satu gambar saja. |
|
Salad - Pergilah mana pun salah satu dish pilihan mama mesti salad. Makan dengan pizza baru ngam. |
|
Air - Pilihan anak-anak dan mama juga. |
|
Adik - Pilihan adik chicken parmigiana |
|
Pizza - Pepperoni dan favourite special pizza restoran itu. |
|
Kopi Americano papa - Semua gelakkan papa bila ada seketul biskut comel di tepi piring cawan kopinya. |
|
Bill - Agak murah berbanding jika kami makan di Pizza Huts dan Secret Recipe. Service charge saja yang tetap sama di mana-mana restoran. Boleh dapat satu dish lagi. |
Mohon maaf aku agak kesibukan hari ini. Bertugas di syarikat yang 100% berhubung dengan negara luar agak sibuk sebaik naik bercuti. Bila bercuti pula jika tidak dapat berhubung di pejabat telefon bimbit kita pula menjadi sasaran mereka untuk menghubungi kita. Bila diberitahu cuti sempena menyambut hari kebangsaan negara baru mereka faham. Hairan saban tahun seringkali mereka lupa, sedangkan kita sentiasa ingat bila hari cuti negara mereka.
~~ Banyakkan sabar, hidup kena ceria. Cari kelemahan diri sendiri daripada cuba mencari kelemahan orang lain. Tetapi sebagai manusia kadang-kala aku pun lupa.~~
Syukur Alhamdulillah..enaknya rezeki..semoga akak sentiasa berbahagia bersama keluarga
ReplyDeletelain kali saya balik johor boleh kita sama2 ke Aeon Kulai kak.. rumah mak saya dekat dah tu..
ReplyDeleteheh heh heh..entah kenapa tercuit hati sy kak cerita pasal kerja.
ReplyDeletetp itulah cabaran yg kekadang jadi pengalaman yg seronok sbb bukan semua org rasa..
*feelig special*
hahhaa..
ohhh Kak Reen pun cuti ye kanda....sama dengan SA...
ReplyDeleteSeronok bila cuti sambung seharikan kanda terasa mcm panjang pulak walhal baru 3 hari hehe...
Seronoklah mama tu...anak pompuan dia berkumpul hehe
tak pernah lagi ke AEon Kulai tu kak,harga pun not bad kan kak...banyak yang order tu..
ReplyDeletesaya tertarik tgk ada kopi dlm salah satu air tu... pengemar kopi katanyer ;)
ReplyDeleteSedap nyer pizza dan kopi!
ReplyDeletesedapnya tengok makanan tu semua...:)
ReplyDeleteAgak murah bilnya ye kak. Nampak meriah makanan sempena merdeka tu :)
ReplyDeletevivo..sedap nyeah kakak..pernah nak try vivo tp mcm xberani takut xsedap..hurmmm boleh try nie..;)
ReplyDeleteNampaknya yg adik punya paling best sekali kan..kalau salad ngan pizza memang paling ngamlah kan kakak..
ReplyDeleteutamakan yg penting dl yer kakak..yg penting tak pening kepala...selamat bekerja..:)
sedapnya. alhamdulillah
ReplyDeleteterliur plak tengok salad tu..
ReplyDeleteOh akak makan kat Vivo yea, nanti saya nak try jugak la, sebelum ni ke Aeon sana saya makan kat Marrybrown jer..
ReplyDeletewah~sedapnyer tuh...
ReplyDeleteSalam K.Zakie..
ReplyDeletemaaf lama tak menyinggah.. baru nk marathon mengomen..
alhamdulillah.. cuti baru ni mmg puas bergentel2 dgn anak2.. hihi..
restoren ape kak zakie? vivo?
menarik la tgk menu2 tu
sy pun ada ke Aeon Kulai hari merdeka tu.. tak terjumpa pulak kita Kakzakie.. harap kalau ternampak sy lain kali tegurlah ya, hehehe
ReplyDeletesemuanya nampak sedap2...hehe.
ReplyDeleteKak Zakie...saje nak bagitahu, saya baru je balik bercuti ke johor sempena Merdeka. ada lalu Kulai...tapi tak singgah pun. hehehe.
Bila berkumpul seronok dapat keluar makan2 luanngkan masa dengan anak2 kan Kak?
ReplyDeletebt aunty nor kcur air liurlah adik ni..lain kali ajak le sama ye..
ReplyDeletechicken chop dan salad tu sedapnyerrr....
ReplyDeletesedap2 nmpak menu nyer... biasa nengok iklan restoren vivo tp tak penah lak mkn kt situ...
ReplyDeleteSaya pernah makan kat Vivo ni...not bad...sedap juga..Part " service charge" tu mmg saya pun tak suka...boleh beli mee goreng sepinggan kalau kat mamak...hahahah
ReplyDeletesemua sedap2...terliur pulak..:)
ReplyDeletesetuju rangkap last tu mengenai kelupaan mereka mengenai negara kita,sedangkan kita ingat je kalo mereka cuti..tak perlu call sampai telepon bimbit..
ReplyDeletesedap makan kat vivo kan..pernah sekali je makan kat situ..
Salam Kakak~
ReplyDeleteSonok jugak sesekali dapat cuti panjang di hujung minggu kan~
dapat lah luangkan lebih masa untuk anak2.
cuti semalam adik zura turun shah alam.. sonok sangat bila adik2 datang bercuti kat rumah. kurang sket rindu kat dorang..:)
Mahal juga service charge tu kakzakie RM14.20.. boleh tambah hidangan lain kan.. tapi tu lah bila GST telah dilaksanakan, maka tanggung lah oleh pengguna.. kena fikir panjang utk ke restoran yg seperti SR tu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..seronokkan cuti, dapat berkumpul, jalan-jalan, makan-makan sekeluarga.
ReplyDelete" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan" Ar Rahman
wahhh makan besar bersama keluarga... sedap2 hidangannya... :) setuju dengan kak zakie... SR dengan PH tu service charge mahal bebenor...
ReplyDeleteada bendera atas pizza tu...mmg nmpk patriotik la kak zakie...hehehe
ReplyDeleteMemang seronok makan ramai-ramai macam ni Kakak. Service charge belum sampai gst lagi tu. Dah sampai nanti tak tahu macam mana pula.
ReplyDeleteps: Jemput join segmen bloglist saya kakak dan semua.Terima kasih.
chicken chop tu nampak sedap amat!
ReplyDeletebab cuti memang best. bab cuti.. huwaa... cikda pun tak suka.. huhuhuhu
ReplyDeletedah lama tak ber western food, aritu suami ada ajak tapi belum berkesempatan. tengok entry akak ni. alahaiiii tergugat iman hihihi
ReplyDeleteWahhh sedapnyaa tgk makanan tuh semua.. Meriah makan anak beranak yer.. :)
ReplyDeleteHamboih? pizza pon ada jalor gemilang?
ReplyDeletesuka grilled chicken..dah lama tak makan pizza..sedapnya..belum dinner lg..
ReplyDeleteKalau ada anak2 berkumpul memang seronok bawa pergi makan2, ya kakzakie. Kalau boleh bawa tempat yang mereka suka.
ReplyDeletekesibukan hidup xpernah hbs kan kakzakie...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteWah boleh kita buat janji kat aeon kulaijaya?.Bila2lah... saya juga ada kawan kat pejabat tanah kulai.
Tengok hidangan adik tu, nampak sedap je kak
ReplyDeletehidangan yg sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah dpt cuti 3 hari, rekax balik kami.
ReplyDeletewah ,harga brpatutn ,bolehlah saya bwa ank2 mkn kat Aeon lainkali.
ReplyDeleteagaknya kalau kita seleseh bahu masa jln2 kat situ ,tak kenal kn kakzakie....
As-salam kak zakie..
ReplyDeleteWah.. makan2 merdeka.. semua makanan yg dipesan menyelerakan.. paling best dapat makan seisi keluarga.. ALHAMDULILLAH.. syukur..
Setiap kali keluar makan kat luar, lebih RM100! sudah tentu... Inilah realiti sekarang ni. Kena fikir berkali2 nak makan kat luar...siap buat budget lagi tapi sesekali kena juga, dah boring makan rumah, ye tak! :)
ReplyDeleteAlamak, kat mana hari tu saya ternampak Vivo ni. Rasa macam dekat dalam shopping mall tapi lupa. Service charge tu kalau difikir-fikir balik, memang tak mahu rasanya gi makan kat situ. Dapat extra dish lagikan. Tapi nak buat camna, kak. Kalau teringin, lupakan ajelah perkara lain :)
ReplyDeleteHidangan yang menarik ditambah dengan dapat berkumpul dengan family.. ;)
ReplyDeletesaya pun lupa memanjang, kakzakie:-
ReplyDeleteSalam kak. Boleh thn bsr gak portion makanannya ya? Sedap je tgk. Huhuhu!
ReplyDeletewestern my feberet..hehe,
ReplyDeleteitulah kalau makan dkt SR mahal sikit..
seronok bila dapat kumpul ramai2 mkn kat luar kan kak
ReplyDeletechicken chop tuh menggoda sy...
ReplyDelete