Tuesday, September 9, 2014

Riba' dalam kehidupan seharian

Tiga hari lepas seperti biasa setiap malam Sabtu, kami berada di Masjid mendengar tazkirah dari ustaz jemputan. Kali ini ustaz jemputan adalah Ustaz yang seringkali mengingatkan aku pada ustaz Ismail Kamus. Gaya penyampaian dan iras muka mereka mengikut mata aku dan hubby, mereka ada iras yang sama. Ustaz yang aku maksudkan adalah ustaz Haryanto. Buat masa ini setiap pukul 7:30 pagi suaranya akan berkumandang di rancangan Motivasi Pagi di radio IKIM fm. Sesiapa yang suka sewaktu memandu untuk ke tempat kerja bolehlah menikmati 'hidangan pagi' yang enak di dengar itu.

Jemaah - Penuh jemaah menanti sejak maghrib tetapi ustaz bersolat maghrib di tempat lain dulu. Padat jadualnya pada Sabtu itu dari pagi sehingga penutupnya di masjid kami dari jam 9:00  hingga 11:00 malam.
Topik yang dibawa berkaitan riba dalam kehidupan seharian kita. Kepada yang masih menggunakan bank conventional sebaiknya bertukarlah ke bank perbankkan Islam. Mana yang gaji dikeluarkan dari bank conventional sebaik dapat gaji terus buat transaksi masukkan ke bank yang Islamik. Itu pesan ustaz.   

Ustaz - Bila ada bab soal-jawab inilah yang tambah bulat mata semua jemaah. Seronok kerana merungkai persoalan. Ustaz tidak berkira beginilah yang kami sangat nanti-nantikan. Kalau boleh kami sanggup tunggu hingga tengah malam tetapi memandangkan ramai yang kena bekerja pada hari Ahad akhirnya majlis ditutup juga ketika hampir jam 11 malam. Bekejar aku kerana perlu menghantar Kak Reen ke Terminal bas Larkin malam itu untuk balik. Cuti sem dia sudah berakhir.
Riba' bukan saja melibatkan wang simpanan pinjaman yang dibuat di bank. Bahkan contoh diberi zaman dulu-dulu bila musim raya atok-nenek mahu menukar duit syiling untuk diberikan kepada cucu. Dulu tukar duit di kedai. Bila syiling tidak cukup akan dikata "Aku ambil dulu berapa yang engkau ada bakinya lain hari aku datang lagi." Transaksi yang begini adalah riba'. Sebabnya pekedai sudah mengambil duit kita sepenuhnya tetapi kita baru dapat sebahagian. Untuk tidak melibatkan riba' ketika transaksi mestilah dilunaskan pada waktu yang sama dan jumlah yang sama. Tetapi scenario kedua contoh diberi. Kita memberikan duit RM 500/- kepada kawan kita yang bekerja di bank untuk tukar duit raya. Tetapi dua hari berikutnya kawan kita kata "Duit baru belum sampailah Zek, nanti kalau sudah ada baru I berikan pada you." Ini bukan riba'. Perbandingan jelas di sini bukan? Sangat berbeza. Kawan kita bukan bank, dia hanya sebagai perantara untuk menukar. Sebaliknya contoh pertama atok/nenek menukar direct dengan pekedai. (Sebenarnya ramai di antara kami pada mulanya confuse juga).

Berhati-hati dalam hal riba' ini. Emas, perak, gandum, tamar, duit simpanan adalah antara barangan yang mudah terlibat dengan riba andai tidak prihatin. Jangan sesekali sebut trade-in emas kerana mahu membeli barang emas yang baru. Sebaiknya katakan saja, "OK saya jual rantai saya ini." Kemudian ambil duit tersebut dan seandainya mahu membeli yang baru tambah saja duit kepada barang emas baru yang hendak di beli.  Tidak boleh tukar contohnya; gelang emas 20gm dulu membeli harganya RM200/- sekarang 20gm bernilai RM400/-. Oleh itu sekiranya kita kata trade-in yang lama dan tukar yang baru bayaran lebihan yang RM200/- tersebut itu adalah riba'.


Terkenang - Dulu ketika di tanah suci selalu aku membeli air ini. Ketika baru melangkah masuk masjid maghrib itu, ada hamba Allah berjualan di perkarangan masjid. Aku tinjau jugalah dengan Mak Zah. Terkenang ketika di tanah suci itulah aku membeli dua kotak. Sekotak RM9/- saja.
Jika mahu dihuraikan bab riba' dalam entri ini rasanya satu jam membacanya pun tidak terhabis mahu dihuraikan. Selain ilmu, aqad dan taklik sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kefahaman tentang riba' amat perlu dalam kehidupan seharian kita kerana melanggar hukum Allah neraka jahannamlah balasannya. Na'uzubillah himinzalik!

 ~~ Selagi usia masih bersisa carilah ilmu dan carilah jalan terbaik yang diredhai Allah sebelum nafas terhenti. Sesungguhnya Allah kira sejauh mana kita berusaha untuk bertaubat. Kena ada usaha. Wallahu'alam..~~


52 comments:

  1. banyak rupanya kategori riba ni..
    kena belajar lagi dalam la bab2 ni..

    ReplyDelete
  2. kak zakie, harapnya di lain entry akak boleh kupas lagi isu mengenai riba ni. salah satu cara nak elak riba adalah tak lain x bukan, kena jadi kaya, tak perlu pinjam-pinjam sana sini lagi... skrg ni semuanya dh jd keperluan, kereta, rumah, hatta duit untuk sambung belajar... huhuhu sedih betul.. :(

    ReplyDelete
  3. Ohh trade-in mcm tu pun kira riba jugak ya? Terima kasih kakZie utk info berguna ni...saya pun suka jugak dengar ustaz Haryanto tu, mcm selamba je kann..

    ReplyDelete
  4. seronok dgr ceramah ustaz haryanto tu ...
    baru tau tukar emas pun boleh jadi riba juga...terimakasih kakzakie share info kalau tak tak tau pun.

    ReplyDelete
  5. Ustaz yg makin popular...:)
    Kena hati2 juga bejual beli smua ye kak...kena gali ilmu lg ni...bnyk juga yg sy x tau ni...):

    ReplyDelete
  6. Begitu juga dalam urusan pinjaman perumahan, dan sewa beli kereta. Kebanyakan dari kita semua mengejar interest rate paling rendah, sedangkan dalam jangka masa panjang, ada hidden charges yang dikenakan dan itu adalah antara riba yang tidak kita sedari.

    ReplyDelete
  7. Mekasih atas perkongsian ilmu kak.

    ReplyDelete
  8. very good info..
    zaman ni susah sgt nk menjauhi riba..
    ada je unsur riba tanpa kita sedari :(

    ReplyDelete
  9. salam kakzakie..nekcik pun sama peminat ust hatiyanto...mmg gaya cakapnys mcm dato ismail kamus...iya kita cubalah sedaya upaya kita mnjauhi perkara perkara hsram ni..sekarang dah banyak alternstif..spt pinjaman perumah..kereta..dan bagaii

    ReplyDelete
  10. Ohh camtu ye...tq share ye kak...

    ReplyDelete
  11. owhhh gitu... slama ni x terpikir tu riba, rupanyer byk jenis...

    ReplyDelete
  12. banyak benda yang boleh dikaitkan dengan riba' nie...

    kita suka kalau dengar ustaz haryanto ni bagi ceramah..

    ReplyDelete
  13. Thanks kak..selalu kongsikan ilmu2 yg bagus..yela..btl jgak tuh..kadang2 kite hanya tahu Riba tuh rasuah,untung yg berlebih-lebihan... :)

    ReplyDelete
  14. Menarik perkongsian tentang riba ini Kakak. Salah cakap dah boleh jadi riba. Sebenarnya sama sahaja caranya. Cuma sebab salah cakap sahajakan. Terima kasih Kakak atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  15. Ilmu tidak pernah habis untuk dipelajari...

    Ya, Ustaz Heryanto bagaikan 'salinan' Ustaz Ismail Kamus. :)

    ReplyDelete
  16. salam kakzakie;
    betul la..tgk ja ustaz haryanto teringat Ust ismail kamus...saling tak tumpah kan? ingat cucu dia...hehehe

    ReplyDelete
  17. bagus perkongsiannya kakzakie perlu belajar dgn detil bab2 gini agar xmengelirukan...

    ReplyDelete
  18. Yg kita baca dan kita dengar sendiri lain kan kakzakie..bila dengar mudah utk difahami..bila,baca ni kena mabil masa dan fahamkan betul2...mmg byk benda melibatkan Riba' yg kabur kita fahami..bila akk katakan tradein brg kemas itu adalah riba'..ini baru saya tahu....Tkasih kak atas perkongsian ni...

    ReplyDelete
  19. ustaz haryanto ni dulu artis pelakon kan kak...lieya baru2 ni pasan muke die....seronok jugak dengar ceramah die....

    tu la kak, ilmu agama ni mmg byk lagiyg kite tak pelajari dan tak tahu kan....alhamdulillah akak share serba sikit bab nie...at least baru le tau bab2 riba nieh mcm mane...

    ReplyDelete
  20. humm..banyak rupnya yang saya tak tahu tentang riba' ni..terima kasih kak..

    ReplyDelete
  21. byk jugak yg falsya xtau psl riba' nie kakak...just tau yg basic2 je..kene belajar nie..riba' nie kalau boleh nak dielakkan..

    ReplyDelete
  22. takut kak bab riba ni. samalah mcm kita loan kt bank kan? pinjam 5K bayar 8K. riba la tu kan. huuuu

    ReplyDelete
  23. Terima kasih kakak diatas perkongsian ilmu tu...

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum kakzakie...menarik terimakasih dgn perkongsian info ini...sama2 lah kita jauhinya...;)

    ReplyDelete
  25. dulu jarang terima hamper, macam bapa saya berpesan kepada yang biasa memberi tu. thanks kak zakie atas ingati ini.

    ReplyDelete
  26. salam kak zakie...betul tu...sebaiknya gunalah saluran kewangan islam untuk elakkan riba'...

    ReplyDelete
  27. sekrang nama riba dah cantik.. faedah, dividen etc..
    nak kata tak terliabt langsung.. bnyk sebenarnya dlm perbanking kita.. tp kalau tnya org2 bnaking ni.. bnyk dah juga mereka buat nak elak benda ni jd riba.. ada satu garis halus yg memisahkan semua ni.. suah juga nak beza betul2..

    ReplyDelete
  28. thanks mengingatkan.. banyak benda yang kita rasa ok tapi tak okkan.. kena banyak isi kan ilmu di dada...

    ReplyDelete
  29. oh.. kalau tak diberitahu.. konfem mama tak tahu kak..

    ReplyDelete
  30. ramai yg tidak tahu mengenai riba' jika tidak diberi penjelasan terperinci..inilah kelebihan menyertai ceramah kan..

    ReplyDelete
  31. Saya pun suka dengan Ustaz ni...cara penyampaiannya bersahaja..kelakar..memang menarik minat :)

    Terima kasih atas perkongsian kak.. :)

    ReplyDelete
  32. Terima kasih kak atas perkongsian ini.. dapat menambah ilmu bagi yang tidak tahu.. ;)

    ReplyDelete
  33. alhamdulillah terima kasih kak
    suka juga dengar ustaz ni ceramah
    rindu di tanah suci tak kan pernah terpadam kan kak..rindu sangat2

    ReplyDelete
  34. Perkongsian ilmu yang baik sekali dan jelas. Kalau kurang ilmu...tanpa kita sedari yg kita mengamalkan riba.
    Selalu orang jual beli kereta secara trade in...nampaknya dah jelas riba disitu!

    ReplyDelete
  35. Ilmu baru semua ni, kak. Pasal barang kemas tu lagilah tak tahu pun. Tapi tak pernahlah kata nak trade in. Biasanya kalau nak beli baru memang jual pastu tambah duit je.

    ReplyDelete
  36. Salam Kakak~
    terima kasih atas ilmu yang berguna nih. banyak rupanye jenis2 riba yer. memang kena faham betol2 pasal riba nih.

    ReplyDelete
  37. Contoh pekedai tu br sy tahu riba juga mcm tu...

    ReplyDelete
  38. oh byk jenis riba ni ye..baru tahu..tapi mmg bahaya riba ni kan..

    ReplyDelete
  39. Kalaulah seluruh umat Islam peka dengan perkara riba ni sama pekanya terhadap isu Cadbury dulu, alangkah indahnya..

    ReplyDelete
  40. hahaha..betul tu kak zakie..saya dengar sambil driving motivasi Ust Hariyanto ni, mmg terbayang Ust Ismail Kamus

    ReplyDelete
  41. Banyak juga jenis riba ni kan Kak.. kena lebih ambil tau lah sy lepas ni...TQ kak, berkongsi :)

    ReplyDelete
  42. ooo kalau salah ucapan pon akan lain maksudnya ye kak, macam trade in tu....
    lepas ni kena berhati2 lah...

    ReplyDelete
  43. Berlawak dalam ceramah ustaz haryanto membuat tak jemu mendengar.
    Terima kasih kakzakie diatas perkongsian info terutamanya bab trade in emas.

    ReplyDelete
  44. Mmg suka sgt dgn ustaz haryanto ni...

    Apa kabar kak zakie... Rindu...

    ReplyDelete
  45. Makchaq pun baru tau tukar duit macam ti dah jadi riba... ingatkan riba ni bila berhutang dan hal2 berkaitan interest saja

    ReplyDelete
  46. terima kasih kak zakie berkongsi ilmu..banyak sy belajar dalam entry ni..:)

    ReplyDelete
  47. Perkongsian yg bermanfaat kakzakie.. benar kata kakzakie, cari lah ilmu selagi usia masih bersisa.. tersentuh kedalam jiwa nurani saya kakzakie..

    ReplyDelete
  48. Betul kanda Ustaz ni sebijik Ustaz Ismail Kamus....Selalunya lepas htr budak sekolah duk dlm keta jap dengar motivasi pagi
    Dia ni suka guna perkataan 'Makna kata" tak pun "Paham ke tidak ni?'

    ReplyDelete
  49. baru saya tahu yg trade in emas tu tak boleh...
    terima kasih, berkongsi ilmu...
    owh tak sangka akak pun org jaybee jugak.. ;)

    ReplyDelete
  50. nice sharing..aah mmg kadangkala kita tak sedar terperangkap dalam riba... sebab tu kena sentiasa tambah ilmu.

    ReplyDelete