Tuesday, October 7, 2014

Riang-ria Aidil Adha 1435H

Persediaan bermula dari malam lagi. Sebelum subuh 10 Zulhijjah mata sudah tidak mampu untuk tidur lagi. Langkah terus sahaja ke dapur sementara menanti azan subuh berkumandang. Selesai mandi dan solat sambung semula ke dapur menyediakan juadah yang patut. Kurniaan Allah itu indah kerana tiga anak dara mampu membantu semua kerja diselesaikan dengan cepat. Selain anak-anak sendiri anak-anak yang selalu bertandang ke ruamh tidak kurang membantu sambil menonton televisyen malam itu. 

Menu 1 -  Walau pun kami tinggal di JB tapi selalu juga menyediakan juadah laksa penang ini. Upah anak-anak yang tolong meyiangkan taugeh pada malam tersebut. Sebungkus laksa dikorbankan malam sebelum raya lagi buat upah anak-anak  selepas mengaji.
Menu 2 - Ketupat tidak boleh tinggal dalam keluarga kami. Menganyam tidak sampai 50 biji jadi kena tampung dengan ketupat plastik Adabi. Ayam masak merah, kurma daging dan lodeh. Ada juga sambal kacang yang tidak ada di captured di sini.
Menu 3 - Lemang, serunding dan rendang ini pemberian jiran. Pajeri nenas aku buat atas kehendak anakanda sulung dan papanya.
Kasih -sayang - Kami dipagi Aidil Adha 1435H sebelum ibadah qurban keluarga dijalankan
Bahagia - Anak-anak dengan papanya menikmati juadah selepas solat raya.
~~ Cepat masa berlalu bagaikan baru saja menyambutnya tahun 1434H sudah ditanggalkan. Tahun ini 1435H lagi sekali kita bertemu. Moga diberi peluang lagi untuk bertemu Aidil-Adha di tahun-tahun mendatang.~~

35 comments:

  1. meriah juga juadah kat johor kan kazakie, kami takdelah buat juadah berbagai camtu, kalau raya puasa tu baru masak macam-macam.

    ReplyDelete
  2. saya balik segamat raya korban kali ni..semua mak dah masak (mak sihat..alhamdulillah)..seronok rasanya dpt rasa air tangan mak..
    belah suami pula pak mertua masak nasi dagang semlam..sedap..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya kak zakie...seronok yer tgk satu family sis berjubah putih di pagi hari...sejuk sangat mata memandang...sis sedap lah lauk pauk tu...syokkkkkkk

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya haji kak zakie & family, alaaa napa tutup muka? hikssss......kempunan nak tgk akak...:):)

    ReplyDelete
  5. wahhh meraih yer kak..
    Kami kalau raya korban ni lebih kepada berkumpul sekeluarga, nak jalan2 raya pun malas sebab cuti sekejap jer...

    ReplyDelete
  6. meriahnya kak..macam2 menu ada..ni yang sedih tak balik kampung..huhuhuuu..
    pepon selamat hari raya kak..

    ReplyDelete
  7. SEMUA BERJUBAH NAMPAK CANTIK FAMILY AKK..MAKANAN PUN MERIAH..

    ReplyDelete
  8. SALAM IDULADHA KAK ZAKIE N FAMILI MAAF ZHR BTN..WAH ENAKNYA HIDANGAN RAYA...

    ReplyDelete
  9. Raya kami takde gamba pun kak. Sobs! Tak dan je msg2.

    ReplyDelete
  10. air tgn kak zakie semuanya ye..pasti sedap....sesekali turun ke medan perang senduk, juadah mesti yg terbaik..kan kak..

    enak2 semuanya...

    happy jer semua anak2 kak tu..

    ReplyDelete
  11. Keluarga Bahagia..srnok tgk..:)
    thn ni eija xde bergambar² 1 family.

    meriahnya menu hari raya..

    ReplyDelete
  12. baru perasan kami langsung takde gambar sefamili kak...huhu...mama nya melayan badan yg tak berapa nk sihat ni..

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Aidil Adha Kak..mohon maaf zahir dan batin...meriah kat rumah akk dgn pelbagai juadah yer...

    ReplyDelete
  14. wah2..meriah hidangan di pagi raya...

    ReplyDelete
  15. Salam Aidiladha buat kakak sekeluarga.
    meriah juadah raya kakak~
    Zura beraya kat shah alam jer tahun nih.. x balik tganu pon. Alhamdulillah lah.. meriah jugak beraya di perantauan nih. :)

    ReplyDelete
  16. Wah, akak. Meriahnya juadah raya kakak. Keluarga kami pula ala kadar saja. Yang penting berkumpul bersama.

    ReplyDelete
  17. Salam aidiladha tuk kakak sekeluarga..
    alahai comelnya mama sama tinggi ngan adik yer...hehehe..
    meriah sungguh juada raya tuh..mesti puas ati kan berbagai hidangan ditambah lak ngan daging korban lagi..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  18. rajinnya akak.. dah masak ketupat dengan rendang, masak laksa penang pulak. untung husband dgn anak-anak akak...

    ReplyDelete
  19. sedapnye makanan2 semua tuh kakak..nasib baik falsya tgh makan..

    ReplyDelete
  20. fuyoo kakak zakie enterframe dengan bunga sekuntum kat muka.hehe..

    selamat hari raya aidiladha juga buat akk sekeluarga

    ReplyDelete
  21. kakzakie...laksa penang letak tauge, marah orang penang nanti...heee
    (p.s tekak aku, aku punya sukalah)

    ooooo...meriahnya makan. kalaulah JB tu dekat macam jari saya...heee

    ReplyDelete
  22. Salam Aidil Adha, kak. Saya kali ni raya kat KL je. Kami berempat pun yang ada. Juadah setakat macam biasalah. Masak lebih-lebih takut tak terhabis pulak. Itupun lodeh sampai bawa sarapan esok paginya :)

    ReplyDelete
  23. Salam Aidiladha.. wahh pelbagai jenis menu tu!

    ReplyDelete
  24. semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu aidiladha yg akan datang..

    ReplyDelete
  25. Wahh banyaknya menu raya... meriah ramai2 buat kan, rindu pulak suasana tu.

    hehehewajah akak sentiasa dihiasi bunga :D

    ReplyDelete
  26. meriah betul lauk raya kak weiiiii

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum kakzakie...salam aidil adha yer..:)

    ReplyDelete
  28. Meriah sambutan aidiladha di rumah Zakie..menu pun banyak.masa inilah anak dara menguji bakat memasak dgm bimbingan mamanya ye..

    ReplyDelete
  29. Untung ada anak dara yg ringan tangan kan kak....banyak betul hidangan...semua yg SA suka...

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah rezeki dari Allah.. juadah yg disediakan sdap2 belaka... pandainya kak zaki masak, heeee~
    pst: kak zakie leh tak nak tgk muke kak zakie....heee~

    ReplyDelete
  31. byk nyer juadah yg kak Zakie masak..alhamdulillah kerana ada naka-anak dara yg boleh membantu..Alam Aild Adha kak Zakie

    ReplyDelete
  32. Banyaknya masak kanda.....kanda ramai anak dara, tak pelah kan....mereka boleh tolong masak..Salam Aidil Adha kanda ....

    ReplyDelete
  33. Bnyknya menu.. Mcm rya aidilfitri pula.. :)

    ReplyDelete