Thursday, November 27, 2014

Mengenal rasa cinta dalam diri

Pada hari Ahad lepas, selepas mengemas itu-ini jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Atas nasihat hubby tidak perlu masak dan terus saja kami bersiap menuju ke masjid. Maghrib di JB sekarang jam 6:54 petang sudah masuk waktu solat. Malam minggu itu kami ditazkirah berkaitan dengan cerita CINTA atau Al-hubbu. Buku yang disarankan untuk dijadikan pembelajaran kami itu pun belum dibeli lagi. Biasa ustaz ada membawa beberapa naskah buku yang diperlukan untuk pembelajaran tapi kali ini ustaz hanya memberi tajuk dan pengarangnya. Ada masa terluang bolehlah kami pergi membeli sebelum sambung belajar lagi.

Restoran Kesuma - Balik dari masjid kami singgah di sini. Bukan sekadar membasahkan tekak tatapi juga makan malam yang sudah agak lewat.
Terdapat tiga perkara manisnya iman dengan cinta ini. Pertama CINTA pada Allah dan rasulNya melebihi dari yang lain-lain. Kedua boleh CINTA yang lain tapi semata-mata kerana Allah juga. Ketiga CINTA pada diri dan orang lain kerana sama-sama tidak mahu dicampak ke lembah kekufuran. Saling ingat-mengingatkan demi kebaikan bersama.
Menu biasa - Siakap stim dan sup ekor yang selalu sangat menjadi pilihan kami semua.
Sayur - Dua sayuran sebagai pelangkap keenakan hidangan.
Pelangkap - Kerang bakar yang adik suka dan sambal belacan mama dan Mak Zah. Papa sudah kena elak untuk makan ini semua. Sedikit nikmat sudah ditarik olehNya.
Sesungguhnya cinta adalah anugerah terbesar dan terindah yang Allah kurniakan kepada setiap makhluk. Rugi andai ada naluri cinta tetapi tidak mahu menghargainya. Rugi juga andai ada rasa cinta tetapi tidak tahu kemana untuk diaplikasikan. Aku merenung dalam diri sendiri yang masih terlalu lemah dan jauhnya dalam mengaplikasikan rasa cinta anugerah Allah ini.

~~ Buat justifikasi diri sendiri di mana dan ke mana arah CINTA yang kita miliki.~~

48 comments:

  1. Cinta kerana Allah mengatasi segala-galanya..Sedap betul makanan yang akak letak tu, teruja saya...Dahlah lapar ni hehe

    ReplyDelete
  2. Semoga kita dpt memperbaiki dan memperbaharui rasa cinta kita pada Yang Satu..dan seterusnya sesama kita..Cinta padaNya akan membawa kita ke jalannya dengan betul.
    Sedapnya sup ekor tu..kesukaan sura laki bini:)

    ReplyDelete
  3. lain plak nampak siakap stim..selalu kuah putih jer kak..ni mesti rasa pon lain..

    jangan cintakan seseorang melebihi cinta pada allah dan rasul..sentiasa kena berpada-pada..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu kakak. Semoga semakin bertambah ilmu kakak dan pahala. Rasa cinta sangat meluas. Yang menjadi masalah ialah bila tak pandai mengawalnya dan tak tahu cara nak alirkannya sebaiknya.

    ReplyDelete
  5. YA ALLAH...terimakasih kak Zakie...mudah2an rasa cinta yg dianugerahkan tidak memusnahkan diri kita

    ReplyDelete
  6. YA ALLAH...terimakasih kak Zakie...mudah2an rasa cinta yg dianugerahkan tidak memusnahkan diri kita

    ReplyDelete
  7. Kita lebih mencintai manusia, sedangkan bila2 masa dia boleh meninggalkan kita. Kita lupa mencintai Allah sedangkan Allah sentiasa ada untuk kita...

    ReplyDelete
  8. nampak sedap makanan tu kak weiiii
    makan pun boleh niatkan kerana Allah

    ReplyDelete
  9. TERAPKAN RASA CINTA KPD ALLAH MELEBEHI SEGALANYA...RASA CINTA TERLALU KPD SESUATU PSTI TERUJI DGN HEBAT...

    ReplyDelete
  10. nangis nangiss terliurrr tgk entry nie...huwaa sedap nyerrr ikan stim asammm...

    ReplyDelete
  11. Mencintai Allah lebih dari segala2nya.

    Wah sedapnya...ini mesti restoren singgah selalu.

    ReplyDelete
  12. semoga husband akak segera sembuh dan tak perlukan sebarang pembedahan..amin..

    saya pun dah lama nikmat makan kerang kena tarik.. husband tak bagi makan sbb takut sakit makin teruk..tapi tak apa.. kerang tak boleh makan.. banyak lagi yang lain boleh makan kan kak.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  13. Bila kita meletakkan Cinta Allah di tempat yang pertama, InsyaAllah yang lain2 pun akan dapat kita nikmati cintanya kan kak...

    Bestnya menu makanan..

    p/s: Kak Zakie, entri seblum entri hari ini ada wajah Arif kalau akak rindu dia...hihi.

    ReplyDelete
  14. Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak. Cinta padaNYA juga yang kekal abadi.

    Kecur ailio tgk lauk pauk ni.

    ReplyDelete
  15. cinta kepada Allah kerana memberi cinta disekeliling kehidupanku..
    sedapppnya...

    ReplyDelete
  16. ramai manusia bila brcinta dgn seseorg melebihi sglanya.. bila putus p bunuh diri sebab kononnya xleh hidup tnpa org di cintainya... 2 silapnya manusia mencintai manusia lebih dari Tuhan... huhuhu kita mintak dijauhkanlah kan kakak... huhhu

    btw.. sup tulang 2 nampak sedap...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kakzakie...sedapnya selamat menikmati hidangan mkn mlm dgn gembira yer...:)

    ReplyDelete
  18. terlalu naif nak beri komen pasal cinta yang baik.

    sedangkan diri ni asyik bertikam lidah dgn suami.

    huhu.

    ReplyDelete
  19. Restoren Kesuma tu kat mana kak?

    Nanti, kak zakie share kan ya nama buku tu...:) TQ

    ReplyDelete
  20. Cinta kepada yang SATU. Cinta manusia tak boleh melebihi yang ini. pasti...

    ReplyDelete
  21. Terima kasih atas perkongsian kak zakie.. ^_^

    ReplyDelete
  22. cinta kepada apa pun hanya kerana Allah s.w.t..moga Allah memberkatinya :)

    ReplyDelete
  23. terbaik la menu2 makanan ni kak... terliur saya dibuatnya...:)

    ReplyDelete
  24. Wow mmg meriah laa tgk lauk pauk tuh..terutama ikan siakap stim..hmm.. :)

    ReplyDelete
  25. Kak, yang menu yang last sekali tu yang paling saya suka. Meleleh air liur. Nanti kalau turun ke JB memang kena take note blog akak ni, senang nak cari makan!

    Cinta pada Allah tu sepatutnya mengatasi segalanya tapi masih jauh perjalanan diri ni untuk menuju ke arah cinta yang sebenar.

    ReplyDelete
  26. lupa pada allah tu 1 kerugian besar.. cinta Dia hingga akhir hayt didunia..

    kak sedap ikan stim tu.. kat mana ye restoran nye?

    ReplyDelete
  27. saya terliur tengaok menu2..tapi saya taop tak keluar abjad ek?

    ReplyDelete
  28. masih tercari2 cara utk menetapkan destinasi hakiki cinta kerana kadang2 terabai dan terpaling arah cinta dek kerana kealpaan diri.. kerdilnya diri ni kan...

    ReplyDelete
  29. Kak Zakie, cinta kite SATU, hanya Allah swt... Cinta kerna Allah... Terima kasih Ya Allah... kerana hadirkan cinta dlm hidup kita dengan org-org yg kita cintai...Syukurnya...~

    ReplyDelete
  30. akak fokus sy terhadap tazkirah terganggu sedikit melihat makanan yg sedap-sedap tu...tengok iman ku adoi lah

    ReplyDelete
  31. Maksud yg sgt mendalam tentang CINTA....
    Alahai, sedapnya makanan2 tu... NAsib baik baca entry ni masa perut tengah kenyang...

    ReplyDelete
  32. semua nampak sedap.. paling best kerang tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  33. CINTA kepada Allah SWT... CINTA kerana Allah SWT... Dalam nak faham ni... rasa macam faham tapi belum tentu faham betul... :D
    Allah SWT jua yang tahu...
    Baarakallahu fik..

    ReplyDelete
  34. Cinta sejati adalah cinta pada Allah dan Rasul..

    Kakak, terliur tgk siakap stim dgn sup ekor tuh..nasib baik dh tgh malam baru nmpk gambau kakak nie..kalau x mau falsya heret somi gie kedai siam..hehehe

    ReplyDelete
  35. siakap steam, kerang bakar, sup ekor..sedapnya..

    cinta pada Allah dan rasul..dirasai dalam hati, diterjemahkan dalam perbuatan..'amar makruf, nahi mungkar' dalam diri, keluarga, masyarakat..

    ReplyDelete
  36. Hamboih mak sedapnya juadah malam tu... siakap stim lagi tu... kalau makan ngan member kat memana kan and then bila tanya nak makan apa lepas tu diorang suruh saya yg decide maka siakap stimlah jawabnya...

    ReplyDelete
  37. nmpk sup tulangkan..terliur la pulak..

    ReplyDelete
  38. Rugi andai ada naluri cinta tetapi tidak mahu menghargainya. Rugi juga andai ada rasa cinta tetapi tidak tahu kemana untuk diaplikasikan.

    saya suka ungkapan ini sis...suka sgt harap saya dpt aplikasi kepada keluarga saya...cinta hakiki ialah Allah...cinta sejati pada suami dan anak...sedap yer semua menu tu sis...alhamdulilah nikmat

    ReplyDelete
  39. Dengan tajuk itu, saya teringat salah satu buku Ashaari Mohammad, "mengenal diri melalui rasa hati". Yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan

    ReplyDelete
  40. Kanda seronok dapat mencari ilmu satu family mcm kanda tu...satu family merasa keberkatannya. Ikan siakap stim tu nampak mcm sedap....nampak lain le kanda....stim spa tu kanda

    ReplyDelete
  41. tentang cinta ni kak zakie, Nabi SAW bersabda Cinta Allah, Rasul selepas itu ibu, di sini ustaz menyatakan yang lain kerana Allah ye..ada tak ustaz sebut yamg ketiga tu ibu, saya
    pernah pertikaikan, ada defensive kena cinta bapa juga, (kata seorang
    isteri) kerana beliau sendiri selepas Rasul,
    suami kerana berkahwin dan mahukan suami
    juga mencintai isteri selepas Rasul bukaan ibu, bagaimana tu? Salam Jumaat Kak zakie, ada luahan
    pula kat sini :)

    ReplyDelete
  42. Perkongsian "CINTA" yang meyentuh hati, ummi pun kena banyak muhasabah diri, agar dpt mencapai cinta hakiki..dengan rahmat kasih sayang Allah swt.

    ReplyDelete
  43. Cinta Allah... Cinta yang paling agung...

    sedapnya nmpk semua lauk tu... lapar pulak rasa...

    ReplyDelete
  44. saya masih lagi belajar untuk menguatkan cinta saya
    pada ALLAH dan rasulnya
    lauk tu buat saya lapar

    ReplyDelete