Menuju bulan cuti sekolah di penghujung tahun berbagai jenis kad-kad jemputan mula diterima. Mendapat kad pula kena baca berhati-hati. Kad yang direka kreatif bukan saja untuk majlis perkahwinan, tetapi juga majlis aqiqah, berkhatan, ulangtahun perkahwinan, ulangtahun kelahiran, kesyukuran atas kejayaaan peperiksaan dan banyak lagi. Aku hampir saja terkeliru majlis berkhatan dengan majlis aqiqah.
Marhaban - Selesai mambaca yasiin dan tahlil kami bermarhaban. |
Sebenarnya aku salah anggap bila dikatakan majlis 'potong' aku sangkakan potong bermaksud sembelih kambing untuk aqiqah. Ditambah pula dikatakan ada bbq kambing golek. Mestilah tanggapan aku majlis aqiqah. Tetapi bila tiba di majlis semuanya tergelak kerana potong dimaksudkan adalah berkhatan. Makcik ini adalah ipar kepada pakcik sesusuan bapak yang baru meninggal 2 bulan lepas. Majlis dibuat untuk mendoakan keselamatan tiga cucunya yang akan dikhatan minggu depan. Ambil cuti sekolah 2 hari lebih awal katanya.
Makan - Selesai majlis apa lagi makan-makan seperti biasa |
Anak-anak yang akan dikhatankan berusia 10, 9 dan 8 tahun daripada dua ibu berbeza. Tetapi menurut makcik aku itu kalau yang 8 tahun takut mungkin tidak jadi sebab bila ditanya sekejap kata mahu sekejap kata takut. Tetapi pendaftaran kepada pihak klinik sudah dibuat untuk ketiganya. Makcik dan sepupu aku tidak mahu memaksa.
Anak-ibu - Ada juga ibu-ibu lebih selesa makan di porch kerana bimbang anak-anak yang makan bersepah. |
~~ Jika tidak ada aral melintang andai ada jemputan wajib hadirkan diri. Keluarga disayangi, masyarakat dihormati.Ukuwah terjalin pasti indah dirasai.~~
As Salam kakzakie...
ReplyDeleteingat potong apa la tadi...tu...ngeri pun ada...hehehe..
Majlis berkhatan rupanya....
Di belah utara ni majlis berkhatan biasanya di buat besar2an kak...siap ada bunga telur lagi...seakan majlis kenduri kawen...
uhh..anak saya sudah selesai dipotong..hehehe..kes bird buta tu la kak :)
ReplyDeletesalam kak zakie...hehehe...zaman skang ramai yg jemput guna kad dan kad pun dah macam kad kahwin...
ReplyDeletedah mula la majlis potong...hehehe
seram plk bab potong ni... takpe ayahnya ada utk cover..
ReplyDeleteingat azhan... ni turn mmd plk...
enth thun ni atau thn dpn...
suani nk thun ni... nor plk... mcm rasa dia kecik lgi..
maman coming soon.. next two week..
ReplyDeleteberdebar mak dia nih.. huhu
yana tgu anak buah je kna potong next week..xsabar plak nk blk kg mkn kenduri..
ReplyDeletebetul kzakie, dah tiba musim kenduri kendara ni, macam-macam kenduri kan, cuma kena banyak buat persediaan atau plan B, sebab musim kawen ni kenanya juga musim hujan, ha ha ha.
ReplyDeleteingat potong apa kz:) anak-anak kakak buat masa baby, saya tak teringat pula untuk faiq, tapi elok potong masa besar kut. pasti berdebarkan..
ReplyDeleteIman pun sibuk gak nk potong bila tengok kwn2 ...tapi kami rancang tahun depan ...
ReplyDeletedah lama tak attend majlis macam ni, ada surau/masjid yg anjurkan majlis berkhatan beramai-beramai..meriah sungguh..
ReplyDeletehihihi..
ReplyDeletenieyl pun ada anak2 buah yg akan potong hujung bulan cuti sekolah nie...:)
hihihi..
ReplyDeletenieyl pun ada anak2 buah yg akan potong hujung bulan cuti sekolah nie...:)
cerita pasal potong, saya berdebar sgt skng ni... mcm mana la keadaan Amsyar time potong nnt hu3
ReplyDeletetakde pengalaman lagi 'potong' anak punyer kak..hajat nak buat jugak si along tu tapi sibuk bulan doblas ni..cuti ibu ayah dier pon tak banyak ni..
ReplyDeleteyela kak dah hujung2 tahun ni memang majlis kenduri je kat mana2
ReplyDeletekalau 'potong' sesuainya dalam cuti sekolah la kan kak sebab takyah pegi sekolah...yg selalu nya kawan yg dah 'potong' ek aje dtg mlawat ngejek pakai kain pelikat..mentang2 dia dah selamattt...hehehe..
ReplyDeletetu la kak skrang di ambang2 cuti sekolah musim khatan kan.... tak sabo lak nak tgu turn dayyan ekekekekeek....
ReplyDeleteAlamak... Tak nak kenang semula, ngiluu dibuatnya!
ReplyDeleteSekarang ni majlis 'potong' ni agak meriah...dah macam majlis kenduri kahwin pun ada...
Tahniah kpd yg telah kena 'potong' :D
Anak buah falsya pun nak kene potong cuti sekolah nnt..siap dh mintak awal2 nak fully bius..cengeng anak buah falsya nie..
ReplyDeleteMacam2 musim bila masuk hujung tahun ni KZ...musim berkhatan,bertunang, kahwin, juga musim perabih duit ...melancong sana sini bawa anak2 jalan musim cuti sekolah..
ReplyDeleteMewahnya sekarang majlis potong pun pakai kad. Kak zai dah tak ada anak nak potong tunggu cucu aje lagi hehe...
ReplyDeleteJemputan kawen kami pun, beratur panjang kak. Hahahaha! Cuma lom dpt jemputan potong je lagi.
ReplyDeletekami pun bercadang nak potong cuti kali ni.. bukan saya la.. aqil.. hehehe.. harap2 dia tak lari pulak da last minute..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...betul tu masa cuti sekolah ni lah senang ibubapa nak bawa anak2 mereka bersunat...
ReplyDeletep/s ramailah majlis "potong" bila cuti sekolah ni...:)
Salam rindu Kak Zakie, salam bertemu kembali..
ReplyDeleteSeronok bila ada majlis macam ni Kak Zakie, dapat jumpa ramai kenalan, dapat juga makan-makan :)
Bukan selalu dapat berjumpa dengan sanak-saudara bila adanya jemputan macam ni.. ;)
ReplyDeletebermulalah jemputan utk berbagai2 kenduri bersama iringan kad jemputan yang berbagai2 corak
ReplyDeletecantik2 kad kan bila kita terima
dulu2 ingat lagi
adik2 saya nak sunat
mak ayah buat kenduri besar2an
mcm nak kawin
tapi kat area umah saya
dah tak de la
kalau sunat, sunat kat klinik, udah
bestnya kat kampung
ada kenduri
mcm2 ada
meriah betul
hehehe.. betollah kakak~
ReplyDeletedah nak start cuti sekolah lah. mesti ramai yang dh mula sunatkan anak lelaki masing2.cepat sunat, cepat baik.
setakat nih zura x pernah terima kad jemputan untuk majlis 'potong' nih. hehehehe
Hehehe...ingatkan potong apa lah tadi. MEmang musim potong lah bila cuti skolah ni kak.
ReplyDeleteSaya tanya anak bujang saya tu. Nak sunat tak? Dia tak nak kak...hehehe...
Haha....kanda ni.... Tapi betul jugakkan ....potong macam macam potong ....harus keliru tu hihi
ReplyDeleteMewah nampaknya tu kanda sampai ada kambing tergolek golek....
heheheheh tgk tajuk kak zakie hari nie saya dah tersenyummmm ...:)
ReplyDeletesaya faham maksud tajuk kakzakie tu sebab dah hujung tahun ni, musim cuti sekolah memang masa yang sesuai untuk itu..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki akak dapat banyak jemputan hihi..
ReplyDeleteAnak saya umur 5 tahun beriya ajak sunat. Sebab Paklong dia kata kalau sunat nanti abah beli iPad.
sabaq je laaa
hehe...istilah potong ni
ReplyDeleteadalah istilah yang biasa dengar untuk majlis khatan
tapi memang orang sekarang buat besar-besar =)
wowwwww..kad jemputan utk majlis berkhatan . :)
ReplyDeleteAnak sulung saya, Insya Allah akan berkhatan bulan Dec ni...doakan dipermudahkan urusan ya kak zakie
owhh potong yang itu... hehehee. kat Jerman ni dorang tak benarkan potong kids until they 18years old they can decide themselves, sampai last few years muslim dan jewish sama2 berpimpin tangan protes new law ni.
ReplyDeleteTapi ada jer dorang buat senyap2.
My anak sedara umur few months tu bapak dia bawak balik bosnia potong siap2 hehehe.
cuti sekolah memang sinonim dengan musinm potong..aiman ni je penakut..klu dia nak mmg nak khatankan cepat
ReplyDeleteOwh, baru tahu maksud musim potong tu....
ReplyDeleteRamai lah yg berpelikat lepas ni... hihihi
haha.. yela..musim cuti sekolah...ramai la budak2 lelaki y akan berkhatan.. cuma klo kt belah sini..tkut bnjir..kesian lak
ReplyDeleteki sejati tu....
ReplyDeletemusim cuti skolah ni memang banyak la jemputan.. meriah dgn makan2
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteNi kak baru balik dari majlis foram pperdana 2 sessi.
Lepas ni di masjid besi pun ada majls potong beramai2.!
Dah samoai musim cuti ni..kad jemputan dh bnyk dapat..siapkan ajelah sampulnya..:)
ReplyDeletetajuk entry ni bikin panas je hehehe.. mmg musim ek kak. tkde palk area sini. jarang p kenduri potong ni. hehe
ReplyDeletesalam ukuwah....
ReplyDeleteehhehehe jarang berada dalam kenduri potong sebab anak buah tak ramai kot...anak sendiri kecik2 dah kena potong terus hehehe
Betul tu setuju.. kene baca betul2.. kang salah cara pulak dtg majlis orang hahahaha :P
ReplyDeleteDah cuti sekolah ni kak memang ramailah budak lelaki yang kena 'potong'. Saya dah tanya si Abang, katanya tunggu dia 9 tahun baru potong. Saya kata kat Adik suruh 'potong' sekalilah dengan Abang tahun depan, mencicit dia lari bila dengar nak kena potong bird.
ReplyDeletemajlis 'potong'?..ingatkan nak potong apa tadi heheheeh
ReplyDeletehihi.dah blh agak dh tadi.
ReplyDeletedh mula cuti skolah kan