Tuesday, December 9, 2014

Berhati-hatilah...

Prejudis? Betul ianya tidak baik, tetapi sebagai umat Muhammad SAW perlu ada perasaan berhati-hati. Kami hormati tindakan dan cara mereka. Kemampuan kesatuan mereka yang gigih melawat dari satu wad ke satu wad, menghulur cenderahati, mendendangkan lagu-lagu keagamaan mereka yang mendayu-dayu dan ramah-tamahnya semuanya jelas terpancar. Senyuman manis dan tanda simpati mereka amat dihormati. Mengapalah aku dan teman serta saudara-mara aku tidak mampu berbuat begitu? Alangkah indahnya andai aku dan saudara seagamaku yang datang berkumpulan begini lalu berkata "Mari sama-sama kita menadah tangan berdoa untuk kesembuhan anda". (Mungkin ini anganan aku belaka).

Berkumpulan - Sebaik meminta izin mereka mendendangkan 'nasyid' mereka. Kepada yang tidak memahami bahasa inggeris mungkin tidak merasa apa tetapi apabila dihayati benar-benar semuanya adalah 'nasyid' yang memuja ketuhanan mereka. Berhati-hatilah.....
Semua itu terjadi di hari Ahad lepas ketika aku menziarahi adik iparku di Hospital Selayang. Wad yang hanya menempatkan adik ipar dan seorang lagi warga tua berbangsa Sikh didendangkan dengan 'nasyid' mereka. Anak buah aku yang belum matang/baligh diajak untuk 'join' sama tapi segera dengan baik tidak dibenarkan oleh ibunya (adik aku). Anak-anak melihat penampilan mereka yang baik, cantik dan ramah-mesra mudah benar mahu mengikut. Apa lagi kertas alunan 'nasyid'nya ada disediakan. Berhati-hatilah.

Pemberian - Ini bukan pemberian mereka tetapi ini apa yang aku perolehi dari pelanggan syarikat. Lihatlah coklat dibungkus indah dan diagih bersempena perayaan mereka tidak lama lagi. Coklat aku ambil tapi 'nasyid' mereka tidaklah aku hiraukan. Aku boleh berbuat begitu kerana usia tuaku, bagaimana dengan anak-anak 7-8 tahun? Anggapan anak-anak mungkin ianya sekadar lagu-lagu yang indah bait-baitnya. Berhati-hatilah....
Sebagai ibu-bapa-penjaga berhati-hati dalam mendidik-lepas anak-anak. Biarlah kita dikatakan sebagai mengongkong sebab ada ketikanya pengongkongan itu perlu demi mendidik keimanan anak-anak yang masih 'putik' dalam memahami kerenah dunia licik hari ini. Jarum halus mereka amat mudah menyusup rapi tapi hakikatnya merodok dan akan memusnahkan keimanan secara tidak disedari.

~~ Cantik-mesra-habuan-lagi dan lagi mampu menjadi gula-gula yang merobek dan mencalar keimanan. Berhati-hatilah..~~


54 comments:

  1. As salam kakak... selalunya saya biasa tgk pergi rumah ke rumah.. xtau pulak di hospital pun ada..
    Saya setuju apa yg kakak sampaikan tu.. kita yg dewasa nie blh kita tidak hiraukan.. tapi bagi anak2 yg masih kecik bila disogokkkan dgn brg2 mcmtu dorang mudah terpedaya..

    ReplyDelete
  2. wahh dekat malaysia pun dah ade beda mcm ni ye kak?
    kalau kat jepun dulu ada tabligh kristian dtg ketuk pintu ke pintu tawarkan bible versi bahasa indonesia

    ReplyDelete
  3. slalu tgk kat tv je..kat msia ada jgk yee..kt duk area kg xpnh tahu tentang nii ^_^

    ReplyDelete
  4. betul kak..kita yang dewasa ni mungkin boleh faham, yang masih kanak-kanak takut terngiang-ngiang di telinga dan mula menaruh minat

    ReplyDelete
  5. Kenapa kita tidak mampu melakukan tarikan spt mereka.
    Contoh.. Kalaulah jemaah tabligh dapat berubah sedikit mengikut peredaran semasa dgn mengunjungi pesakit, rumah ke rumah dgn penampilan yg kemas, menarik bersama cenderahati, pasti menambat hati generasi muda utk mendengarnya.
    Selalunya kalau nampak jemaah tabligh jer dgn pakaian yang kusam dan wajah2 yg menakutkan anak2.
    Cuma contoh, tapi kalau ianya akan berjaya kenapa tidak?

    ReplyDelete
  6. Dakyah mereka sangat halus, tapi kenapa dakwah kita tidak boleh dilakukan sedemukian rupa? Kenapa kena terpekik2 dan kadangkala hingga menghina dan mencerca?

    ReplyDelete
  7. orang kita lebih prejudis bila ada kumpulan atau jemaah cuba berbuat kebaikan, dituduh dan dilabel sesat mcm kumpulan Arqm dulu, tapi bila yg datang tu dakyah halus sebegini mereka tidak pula prihatin, jadi insaniah kita sendiri kena teguh, anak-anak kita pagarlah sungguh2.

    ReplyDelete
  8. Ada ya macam ni.. ai, risau juga kan.. macam2 cara nak tarik minat dan tempat pelaksanannya pun tempat awam.
    Teringat saya pada kawan yang agama lain, ada seorang ni memang jenis baik sangat orangnya. Ayat2 yg dia cakap pun menenangkan kita. Tapi bila saya terfikir, selalu berdoa supaya bukan niat dia nk pesongkan orang lain, memang dia jenis baik agaknya

    ReplyDelete
  9. Suntikan halus yg merobek iman anak-anak kita kan kakzakie.. kena berhati-hati.. mereka ini memang aktif dihospital2 kakzakie..
    Tidak ada pulak tindakan yg dikenakan keatas kumpulan mereka kan..

    ReplyDelete
  10. Jangan sedikit pun terleka. Hidup di dalam negara majmuk begini, kita memang perlu bijak berinteraksi di samping membentengkan aqidah dalam keharmonian.

    ReplyDelete
  11. Kena juga didik anak2 kita agar hati-hati... dulu masa saya di KBMC nama baru dah lupa ada ustaz kita datang round jumpa pesakit.. beri nasihat dan sebagainya... sejuk hati ..rasanya..

    ReplyDelete
  12. setuju dengan Nor Azimah..
    kena berhati-hati, budak2 memang mudah terikut, sebgai ibu bapa @ orang tua kena fahamkan mereka

    ReplyDelete
  13. Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...
    Wah, satu experience yang menarik... tak pernah terserempak aktiviti dorang mcm ni kat mana-mana... satu pengajaran yg bagi sy adalah 'bersyukur' sebab dilahirkan dalam keluarga Islam... dgn itu mudah memahami Islam, agama yg benar... ya lah walaupun mereka beramal dan berbuat baik, namun langsung tak membantu di akhirat atau tidak memperolehi ganjaran apa-apa pon... Itulah yg mungkin sy akan bagitahu anak-anak saya...

    Dan bg sy ia adalah aktiviti gimik semata-mata, utk memperlihatkan kebaikan...tetapi hakikat tak ada matlamat yg betul. Ia pon sempena bulan perayaan mereka kan?...

    ReplyDelete
  14. betol sangat n3 kakak nih.
    mereka menggunakan cara yang halus dan disukai oleh semua orang. bg yang sudah matang memang boleh bezakan baik dan buruk. cuma pada kanak2 memang perlukan bimbingan dari ibu bapa.

    ReplyDelete
  15. BEGITU HALUS SEKALI CARA MRK BERDAKWAH DGN SANTUN LEMAHLEMBUT BERBUDI BHASA N TIDAK LOKEK MEMBERI HADIAH..DI KL/SELAYANG N BANDAR2 SEKITARNYA ITULAH FENOMENA NYA SEHINGGA MENYEBABKAN IBUBAPA RISAU DGN PERGAULAN ANAK2. MASALAH INI PERLU DIHADAPI DGN BIJAK WALAU XDPT MNGHINDARI GANGGUAN MRK YG KONONNYA SGT BAIK INI TAPI PERLU DIPANTAU KEGIATAN DAKWAH MRK PIHAK BERWAJIB JUGA

    ReplyDelete
  16. kena lebih berhati-hati nie...mungkin kita yang dewasa dapat menilai...tapi anak-anak kita...

    ReplyDelete
  17. dah lama kakzakie..puluh tahun dulu..masa abang acik masih muda..masuk wad di kl..setiap hari ada saja yang datang..akhirnya abang acik minta keluar wad..katanya kalau tak kuat iman..mau terpengaruh kerana kebaikan layanan mereka

    ReplyDelete
  18. orang2 seagama kita lebih suka dengan perhimpunan jalanan, terpekik2 memaki hamun orang lain, musnahkan harta benda orang lain untuk nak tunjuk protes...itu adalah hakikat

    ReplyDelete
  19. Terimakasih atas innfo. kena bgtau anak2 ni.

    ReplyDelete
  20. salam kak zakie,ingat di oversea buat pintu ke pintu rupa di hospital tempat orang yang lemah, warga tua ye, very clever depa ni..kan kita pernah dengar tempat singgahan benda halus tenpat orang tua yang tak brrmaya..seram pulak..baca ayat kursi untuk anak2 kalau tahu baca yang lain lagi bagus

    ReplyDelete
  21. Ada juga diamalkan di Malaysia yer.. Iye hati2 laa moga tak terpengaruh..oleh anak anak

    ReplyDelete
  22. kita tengok dan hormati je lah kan kak
    macam kat office, ada sorg amoi sabah. dia rajin agama dia. selalu pergi church menyanyi2 tu

    ReplyDelete
  23. diarang ni memang pantai berdakyah..apapun sebagai ibubapa kita kena sentiasa menjaga dan memberi kefahaman pada anak2..tq kak kerana mengingatkan..:)

    ReplyDelete
  24. Bayangkan kalau mereka ni masuk kampung, habislah orang kampung, semua seronok dengan coklat,

    ReplyDelete
  25. Mubaligh Kristian, mmg aktif, dan kreatif...Kita yg Muslim, yang menjadi MAJORITI di Malaysia, kena ambil langkah proaktif, gerakkan dakwah kita..masalahnya, kita Muslim kat Malaysia ( dan serata dunia) tak bersatu...ambik contoh jemaah tabligh. Mereka ini, ambik inisiatif utk tarbiah orang..tapi masyarakat kita? Pandang serong mereka ni..dah la tak turun berdakwah, pandang serong pulak pada jemaah2 tabligh...

    ReplyDelete
  26. ya, betul..berhati-hati dgn kumpulan2 mcm ni..

    pernah mengalami kejadian ni semasa warded di Hospital Assunta PJ awal thn 2000..orang sakit memang gembira kalau ada org dtg melawat, bawa hadiah lagi..

    ReplyDelete
  27. salams kak zakie

    wah mereka dah prg kehospital plak ya....anak2 remaja kat sini mereka akan pergi dari rumah kerumah menyanyi bagai....

    ReplyDelete
  28. erkk...1st time tau dorang wat camni kat hsptl selayang...

    hmmm bahaya..

    ReplyDelete
  29. Ada yeh kanda. Dinda tak pernah jumpa pulak... Jarang kita tengok sedara seagama kita buat macam ni kan kanda.

    Itulah risau kat anak anak ler....takut depa terpengaruh . Na uzubillah...

    ReplyDelete
  30. suntikan halus pd yg tak teguh iman...alangkah indah saudara seagama kita yg mempraktikkn spt mna mereka

    ReplyDelete
  31. takotnya kak..
    macam2 skarang cara dorang nak menyesatkan kita..
    yang pelik camaner pihak hospital boleh bernarkan ehh..takde yang report ke?

    ReplyDelete
  32. pandai mereka menarik perhatian, kite yg dh tua nih mungkin lah paham dpt bezakan yg mana betul ke salah tp kalu bdk2... msti mereka ikut je... moga kite diberi iman yg kuat dr terpengaruh ngn benda2 gini...

    yelah kan kakcik, nape jarang sgt org seagama ngn kita bt gini...

    ReplyDelete
  33. Betul tu kak kena hati-hati sangat kan...Sebagai ibu bapa kita kena alert.

    ReplyDelete
  34. berhatilah ye kak...dendangan diorgn..
    kak hospital selayang tu dkt rumah nor aje...10 minit dr sana

    ReplyDelete
  35. mereka menggunakan tarikan yang cukup menarik
    sebab tu mudah sangat golongan belia tertarik
    kalaulah orang seagama kita melakukan perkara yang serupa

    ReplyDelete
  36. Dorang buat ni sempena Krismas kot, masa saya kat Sabah dulu selalu la ada benda ni, tp dorang buat kat bilik2 diorang jer.
    Btw, yang saya rasa jaki apabila baca berita pasal Al-Kitab mereka tu, itu mmg saya tak puas hati kerana kenapa mereka fight so hard untuk edarkan Al-Kitab berbahasa Melayu kat Semenanjung bila berapa kerat jer orang mereka yang berbahasa melayu. SEtakat Sabah Sarawak cukup la, ni saya yang cukup open pun tak boleh terima benda ni kak. Have to really be careful now in Malaysia. Kalau kat sini memang kita kena always be careful pun hehehe.

    ReplyDelete
  37. Betul tu kak.. Secara tidak langsung. Masa haza bertugas kat assunta hosp, bulan 12 je ade lah team 'nasyid' diorg dtg. Haza xamik port. Lagipon diorg ber'nasyid' kat org se'raya' dengan diorg

    ReplyDelete
  38. Kak zai setuju pendapat daddy ziyyad. Orang kita seagam kita yang tak bersatu. Sebab itu orang luar senang nak masuk.

    ReplyDelete
  39. Sebenarnya kita ada cara yang indah untuk menyampaikan mesej agama kita. Rasul kita dah pernah buat dah. Tapi dunia akhir zaman ni... yang rasul pernah buat tu dianggap kolot. Remeh. Tak up to date. Lalu mahu disederhanakan lagi dan lagi. Salah siapa agaknya...

    ReplyDelete
  40. Peringatan yg bagus kak... Halusnya cara mereka cuba menyebarkan dakwah mereka...
    Yes, penting sgt kita terapkan akidah yg kukuh pada anak2 agar mereka tak mudah terpesong... Itu yang saya pun risau...

    ReplyDelete
  41. Salam Kakzakie,

    Memang jarum mereka cukup halus. Agar semua pihak berhati-hati supaya tidak terpikat dengan 'pujukan' mereka!

    ReplyDelete
  42. betul tuh.... lebih baik berhati-hati

    ReplyDelete
  43. Allah hu akbar.. takutnya.. moge Allah menetapkan iman kita dan keluarga kak.. indahnya jika islam pon begitu..

    ReplyDelete
  44. Peringatan yang baik KZ..yang sedap itu bahaya kaedahnya..jadi kena hati-hati..

    ReplyDelete
  45. terima kasih diatas peringatan ini kak sebab saya ade anak berusia 7 nak masuk ke 8 tahun dah nie

    ReplyDelete
  46. kat PPUM ni pun ada golongan 'pelawat' ni...

    ReplyDelete
  47. teknik halus, mungkin kita boleh contohi, terkadsng kita terlalu 'protective' pasal agama..mungkin boleh buka ruang supaya ramai2 masuk syurga

    ReplyDelete
  48. Mekasih atas peringatan kak. Betul apa yg di perkatakan tu. Sampai pital dorang datang yerp. Pergerakan mereka ni memang licik. Smoga anak2 kita terpelihara akidah olehNYA.

    ReplyDelete
  49. itulah kesungguhan mereka kak
    kalau tak perasan dan hayati betul2 kita pun ikut aje nyanyi2
    tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  50. first time plak nampak diorang buat carol ni dalam ward...selalu kat rumah2 kebajikkan atau shopping compleks je..

    ReplyDelete
  51. saya pun first time tau diorang lawat hospital kerajaan.. boleh pulak ya..

    ReplyDelete
  52. Komen panjang sikit ya, kak. Anak saya Abang pernah tanya pada saya tentang Santa Claus. Dia nak tahu boleh tak dia minta hadiah waktu malam Christmas nanti dari Santa Claus! Jenuhlah saya explain elok-elok pada anak.

    Satu lagi, Abang saya ramai anak murid dari Sabah& Sarawak. Mereka ni biasanya tiada agama dianuti. Kalau ada pun, so-so ajelah anutannya. Jadi kat hostel sekolah Abang saya ni, para pendakwah di kalangan pelajar senior dan guru, sangat ambil berat tentang mereka, kebajikan mereka. Cara mereka pun sangat halus dan lembut. Jauh berbeza dengan ustaz dan ustazah di sekolah sama. Kalau nak suruh solat, warden asrama beragama Islam mengahang je marah. Siap dengan rotan. So kata Abang saya bila tengok begitu, tidak hairan budak-budak ini akhirnya memilih untuk menganuti agama Kristian berbanding Islam.

    Sedihkan!

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum.
    betul kakak.
    dekat sekitar kl ne mmg bnyk team kristian ni kat hospital menemani orang2 sakit... especialy orang2 tua yang dah sgt uzur yg family tak datang.
    so dia dok tgu sampai org tu nazak...
    dok talkin kan dengan agama dia.

    if yg sakit tu islam... mmg naya lah.

    officemate saya - ada akak tu dah pencen lah... dia jadi volunteer kat spital utk bantu orang2 islam supaya jgn diracuni oleh puak2 kristian ni.

    tapi apa nak di kata - mereka berusaha... mereka berdakwah... mereka turun padang?

    orang2 islam kita? orang2 melayu kita?
    sibuk berdegar berguling hentam kerajaan... buang masa depan wasap dan fb...

    huhuhu....

    ReplyDelete
  54. ye mmgperlu berhati2 dalam dunia sekrang ni pelbagi anasir bole di serap masuk tanpa kita sedar terutama budak2 yg belum cuko akal utk berfikir secara waras

    ReplyDelete