Hujung minggu lepas. Selepas selesai solat subuh aku sudah bersiap-sedia untuk keluar. Telefon berdering tanda masing-masing sudah bersedia menanti di depan pintu pagar untuk menuju ke padang. Keluar seperti biasa. Keadaan sudah agak cerah walau jam baru menunjukkan jam 6:30 pagi. Itulah sebabnya kami gigih menghayun langkah untuk menuju ke padang. Tiba-tiba dua ekor anjing menderam-deram di belakang kami. Oh... kami sama-sama penakut. Kawan aku tepuk tangan berkata syuh! Aku pula libas tuala lap peluh yang ada di tangan sehingga mengeluarkan bunyi. Tidak lama baru tuan empunya anjing datang. Anjing ini menjaga tuannya berjogging. Lega... walau sebelum jogging kami sudah berpeluh. Peluh dingin sebab ketakutan:)
Pertemuan - Boleh pula satu dari anjing itu mengikut kami terus ke padang. Pokok ini pula menarik perhatian kami kerana kelihatan seperti pokok pecah beling yang kami google sebelum ini. Bila tiba di rumah aku bandingkan dengan pokok yang hubby beli, nyata bukan. |
Lebah - Baru perasan segugus lebah ada bergayut di sini. Sewaktu kami lalu di bawah pokok ini cuaca masih agak gelap. Balik jogging jam 8:00 pagi baru kami terlihat ini. Nasib baik tidak ada apa yang terjadi. |
Pokok Pecah Beling - Ini baru betul pokok pecah beling (Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus - Acanthaceae) yang hubby baru beli di nursery herba baru-baru ini. Daun yang berkilat lonjong bukan yang bulat. Belum sempat dipindahkan ke belakang rumah. Masih berkongsi dengan taman mini kami di depan rumah. |
Menurut apa yang kami sekeluarga menggoogle, daun pecah beling mampu mengatasi masalah diabetic, darah tinggi, batu karang dan agen diuretic. Mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Itu yang kami pun mencari dan cuba untuk dijadikan salah satu tanaman di rumah kami seterusanya akan kami aplikasikan dalam kehidupan kami.
~~ Berhati-hati ketika beriadah di waktu subuh gelap sebab apa-apa kemungkinan boleh saja terjadi.~~
Kakcik ni enatah bila nak start berjogging. Nak pergi seorang diri - takut! Anjing banyak juga berkeliaran...
ReplyDeletepengusaha herba di opis acik pun ada tanam pecah beling ni kakzakie
ReplyDeletesaya gemar berjogging di awal pagi sebab raas segar berbanding wktu petang cam malas je sebab seharin dah penat..tapi tulah pagi2 ni kena berjaga2 pula
ReplyDeleteye kak..paling takut di gigit anjing dan disengat tebuan la pulak!
ReplyDeleteOoo pokok ni nama macam ni ya. Saya pernah tengok dan memang dikatakan ada banyak khasiat..
ReplyDeleteBestnya dapat jogging beramai-ramai anak beranak.. mujur tak apa-apa pada hari tu ya.. Allah dah buat sesuatu tu baik, ada benda yang Allah nak kita berfikir dan ambil pengajaran. Kalau tak, tak ada jumpa beberapa benda baru pula ya..
Ada juga hasrat nk berjogging dgn anak dara saya tu,entah bila agaknya nk mula..
ReplyDeleteSalam Kak..bahaya tu ada sarang lebah!
ReplyDeleteBestnya jogging pg2..dyulu atie rajin g ngan jiran kat taman ni...skrg udah malas..hihi
kalau boleh jgn awal sgt berjogging..pukul 7 pagi tu ok lah sebab dah cerah.
ReplyDeleteberbagai dugaan kakzakie berjogging ya...xpe kuatkan semangat...tapi sya pun dh lama tak buat ...
ReplyDeletepokok pecah beling? ..nk google lah nanti
boleh tahan besar sarang tebuan tu..susah sangat panggil jer bomba setelkan kak..risau kot kena anak2..budak kadang tak tahu or sengaja carik pasal..kang dibalingnya batu, naya..
ReplyDeleteBanyak kita lihat dan baca pokok-pokok herba baik untuk penyakit diabetic, darah tinggi dan batu karang kan...kalu yakin dan rajin tak payah makan ubat hospital...boleh ka cam tu kak....
ReplyDeleteha ah..
ReplyDeletecuba call bomba.
pasal sarang lebah tu
bahaya tu..
boleh mati kalau kena sengat!
mujur la x der apa apa yg serius terjadi...lynn memang tak boleh tengok anjir mengekor nie...sbb pernah ada tragedi dikejar anjing dulu...
ReplyDeletehihihi bila kakzakie cerita pasal anjing masa berjogging ni.. teringat pulak saya kena kejar anjing waktu nak pergi kerja pagi-pagi dulu.. boleh terus panjat tembok yg tinggi .. pastu tu tak tau macam mana nak turun.. penyudahnya menangis atas tembok tu hahha..
ReplyDeleteTu yg tak berani nak jogging sorang2 takut kena kejar anjing..
Banyak kelebihan pokok pecah beling ye kakzakie.. elok juga ditanam dirumahkan boleh buat kegunaan harian..
kalau nmpk anjing dekat-dekat.
ReplyDeletebaca surah tabbat yadda.
hehe.
rajin berjogging pagi2 ya...tapi hati2 dgn keselmtn diri...
ReplyDeleteRespek lah dgn akak... Masih punya semangat untuk berjogging. Tahniah...kesihatan mesti diutamakan. Jgn jogging sorang2 ye...
ReplyDeleteKak, nak bukan sesi beriadah kaki je ni. Tangan pun sama riadah, dok snap foto sana sini ^_^
ReplyDeleteDahlah tak keluar awal pagi pergi jogging. Rasanya sejak jadi Mak ni memang null je memori part ni :D
Akak cakaplah apa pun nama daun, saya memang terkenal tak tahu tumbuhan. Eh, macamana saya boleh ambil subjek botani dulu yerk! Macam pelik pulak!
Apalah typo error pulak. Sebenarnya saya nak tulis 'ini bukan sesi beriadah...'
ReplyDelete'Dah lama tak keluar awal pagi...'
Adoi, penyakit apa saya dapat pagi-pagi ni! Ni mesti kes lapar lagi!
wow!besar nyer sarang tuh...
ReplyDeletesekali serang tuh...mau masuk spital tuh... bagus la kan klu tanam pokok2 yg boleh bagi manfaat untuk kesihatan sekeluarga..:)
tak penah dgr nama pokok tu kak.
ReplyDeletesarang lebah ke? besarnya..takut je.
bahayenye sarang lebah tu akak.. alhamdulillah.. takde ape yang berlaku..
ReplyDeleteMinggu ni genap sebulan saya tak jogging..
ReplyDeleteBalik kerja dah penat dan sekarang pulak musim hujan.. bila tak hujan rasa malas pulak nak jogging.. eemm..
org kata kalu kite anjing tu blh tau kalu kite tkt ngn dia, itu yg dia lg nk dkt ngn kite...
ReplyDeleteseram lak nengok lebah nyer sarang tu kak, bahaya klu ada bdk2 yg usik or baling ngn batu, klu kt tmpt yg org tak ramai takpe lah...
sbb tu kalu nk jogging tu biar ada kwn kan kak, klu jd apa2 mudah
lebah tu kalau dah sengat mau bengkak badan.. ade kolam tak kat situ?? bahanya ni.. alise joging dalam bilik jelah.. tak penah jogging kat taman..
ReplyDeletePecah beling ni kalau pasunya letak atas tanah akar pokok akan terus ke dalam tanah bila dia makin rimbun.. susah nak alih2 pasu.. teringat pula lebah depan rumah adik di Ipoh..
ReplyDeletewah kak Zakie jogging yea..bagus2 utk kesihatan tu.. saya de dpt skotak teh kaca Beling... tapi dah expired.. tau khasiat dia, saya bagi org huhuuhuh.... sayang laaa plak... nnt saya update kat blog la, heeee~
ReplyDeletesaya geli geleman tgk lebah yg bergayut tu hehe..
ReplyDeleteanjing tu scarry lah...xmcm org bela...hehe..
ReplyDeleteilmu baru arini..hehehe
bahaya tu..sebelum terjadi perkara yg tak diingini kena panggil bomba utk hapus sarang tebuan tu
ReplyDeletengeri jugak sarang lebah yang bergayut tu.. harap2 takde yang dicederakan nanti.. rumah kami dulu ada lebah bersarang dekat bumbung.. ayah saya biarkan katanya rezeki mudah masuk.. alhamdulillah takde pernah kena serang.. cuma kadang2 terpijak bangkai lebah mati, bengkak bengkak kaki kami adik beradik.. hehehe
ReplyDeleteanijng besar tu dibiarkan gitu jer? tak letak leash pun? bahaya la, jinak2 orang bela pun, sini yg ceninet saiz tikus pun orang letak rantai bawak jln2.
ReplyDeleteZura pon takut nak berjoging awal pagi kakak. banyak sangat tengok tv dan dengar berita. bukan takut pada anjing tapi sesama manusia yang mempunyai niat jahat. minta di jauhkan dari manusia seperti itu. Amin~
ReplyDeleteBanyak khasiatnya yer kak. 1st time dengar.
ReplyDeleteNgeri plak tengok sarang lebah tu.
Kak call jpa ke bomba musnahkan sarang lebah tu. Ke boleh settle sendiri??
ReplyDeleteSekarang ni sekeliling kita x selamat kan kak...bahaya ada di mana2...so kena letak extra carefull la nampaknya...
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...wah !! ada tebuan rupanya nasib baik x ada apa2 tadi kn..;)
ReplyDeleteKak zai tak tahu nama pokok ni tp pernah tengok.
ReplyDeleteMasa kak zai pergi MAHA ada pokok nama dia belalai gajah bagus untuk merawat cancer. Tak sangka pokok tu ada kat laman kak zai sampai lupa sebab tak tahu nama hehe...
memang betul, lebih lagi kalau awal pagi. saya selalu pegi taman tasik sekitar 630am untuk joging :)
ReplyDeleteakak pokok pecah beling palsu tu ada tumbuh dalam pasu bunga umah sy ni...sy dulu tertipu ingatkan pokok bunga siti zubaidah..daun nya seakan-akan
ReplyDeletenasib baik lebah tu selamba jer kan ... lebah ni biasanya klu x terusik , mrk tak mengejar ... baru pertama kali dgr nama pokok pecah beling ...
ReplyDeletenaik bulu roma falsya tgk sarang lebah tuh kakak..adehhh..
ReplyDeletefirst time falsya dgr nama pokok tuh kakak..byk jugak khasiatnye kan..
Memang bagus pokok pecah beling tu..terutamanya untuk orang yang ada batu karang.
ReplyDeletewhoaaa... info menarik ni kak zakie.. :))
ReplyDeletesbb anjing tu lah melemahkan semngat org nk jogging..aritu ank zila balik semula kak..x jd jogging..anjing punya hal..he he heee
ReplyDeletebahaya tu sarang lebah.... dah boleh panggil bomba. hehehe, takpun pegi ambik madu
ReplyDeletebahayanye lebah tu kakzakie.. kene panggil bomba buangkan, sama mcm pokok depan rumah Nurul ni dulu..
ReplyDeletePertama kali dengar pokok pecah beling ya Allah byk betul khasiatnya kak zakie...terima kasih berkongsi...insyaAllah nak cerita kt mama abah pasal khasit pokok ni kak zajkie
ReplyDeleteGeli pulak KY tengok gugusan lebah tu Zakie.Sib baik juga tamna tmpat KY berjoging takde anjing. Klau tak haru berpeluh dulu sebelum berjoging..
ReplyDeleteGeli pulak KY tengok gugusan lebah tu Zakie.Sib baik juga tamna tmpat KY berjoging takde anjing. Klau tak haru berpeluh dulu sebelum berjoging..
ReplyDeleteAmboiii kanda....diam diam berjogging yeh....nak ikut!!
ReplyDeletePecah beling?....kanda tau tak beling tu dlm bahasa jaws adalah kaca
Meriahnya sarang lebah tu. Salam kenal. Saya follow sini
ReplyDeleteSalam Kak Zakie..lama tak dengar perkatan pecah beling tu. kalau kat kampung saya pecah beling bermaksud.. pecahan kaca (botol kaca yang pecah)
ReplyDeletetetiba jadi geli geleman tgk sarang lebah
ReplyDeletedulu ada depan umah saya tau kak
saya panggil pertahanan awam kak
memalam depa mai buang
nasib baik anjing tu x ganaz..kalau JM pun peluh jantan semua keluar heee
ReplyDeletesaya dah lama tak berjogging dan nama daun tu pun
ReplyDeletesaya baru tahu, tak pernah dengar sebelum ni
mujur anjing tak paksa akak buat marathon ye =)