Wednesday, December 31, 2014

Berlabuhnya tirai 2014

Keriangan yang panjang terpana seketika
MH370 menghilang tanpa diduga
ujian besar melanda!
pelupuk mata digenangi air
longlai tubuh yang sedia kerdil
tersedar dari lena yang panjang
menadah tangan, sujud, tafakkur
lama berperang antara percaya dan tidak
cerita-cerita rekaan berawangan tanpa sekatan



Dalam kekaburan MH370 kian menyepi
MH17 menyusul membawa cerita luka
irama yang hampir serupa
sisa luka yang belum sembuh bertambah parah
hancur berderai, putus berkecai 
apa masalah terselindung di sebaliknya
tiada jawapan pasti

Jasad terkumpul kembali ke tanahair
sanak-saudara berkabung menangisi nasib
QZ8501 menyusul membawa cerita sama
apakah ada tangan yang mahu menunjuk kuasa
menanti tindakan kita yang nyata lemah
sengaja mencari dimana ada kekuatan
terleka siapa pun tidak punya kuasa
Kunfayakun DIA siapa mampu menepis

Hidupnya insan ada peraturan
biar tinggi mana mahu mendabik dada
bila tentera Allah datang menerjah
lumpuh segalanya  bagai lautan samudera
usaha apa lagi perlu dilakukan
ayuh kembalikan iman yang luntur
amar makruf nahi mungkar
wamakaru wamakarallah
rancang sebaik mana pun
sesungguhnya perancang terbaik itu Allah

 

Kalendar tirai 2014 penuh warna-warni
membuka tirai 2015 dengan harapan
taqwa dan iman bertambah kental
sesungguhnya kami sedar bumi kian uzur
kami tidak punya apa tanpa kasihMu
mohon kami padaMu Ya Robb
ampuni kami yang sering terlalai
kasih dan sayangMu kami pohon selalu
Amin....


~~ Dalam meniti perjalanan ke depan (2015) renung ke belakang (2014) untuk bermuhasabah. Warna-warni suka-duka terlalu banyak untuk dijadikan iktibar dan pengajaran bersama.~~


* gambar diperolehi dari google

45 comments:

  1. Dari catatan akak, jelas sekali 2014 penuh dengan cerita duka. Semoga 2015 akan membawa sinar ceria buat kita semua... Namun yg pasti kehidupan akan lebih mencabar.
    Semoga kita semua dilindungi dan beroleh keberkatan dariNya.

    ReplyDelete
  2. Assalam kzakie..sebagai hamba mmg kita amat mengharapkan 2015 yg bakal tiba membawa sinar yg lebih ceria, perlunya kita bersangka baik selalu dgn Allah yg Maha Baik, dan kita berusaha pula menambah iman di dada, supaya bila terleka kita cepat sedar semula, pergandakan taubat, perkukuhkan taqwa, mudah-mudahan 2015 membawa khabar gembira utk seluruh ummat islam dengan tibanya seorang penyelamat.

    ReplyDelete
  3. 2014 membawa banyak berita duka..semoga kita muhasabah..mengingati peringatan yang Dia berikan..
    ps:dengar kat radio sinar pagi tadi DMFK

    ReplyDelete
  4. Semoga tahun baru ini memberi harapan baru untuk kita semua .. sama2 muhasabah diri dan mengambil iktibar atas apa yang terjadi ..

    Selamat tahun baru kak

    ReplyDelete
  5. 2014..banyak cerita duka..mengingatkan kita agar sentiasa muhasabah.kuasa Allah tak siapa dapat menghalang.

    ReplyDelete
  6. Mudah2an 2015 membawa sinar kebahagiaan

    ReplyDelete
  7. Tirai kehidupan yg dilalui sepanjang tahun 2014 penuh kisah suka dan duka..takkan kite lupakan... Selamat Tahun Baru 2015, moga tahun 2015 lebih indah warnanya... InshaAllah...

    ReplyDelete
  8. 2014 memang banyak kisah duka untuk diri lynn dan keluarga kak...namun kami redha...semoga 2015 memberi sinar kebahagiaan buat kita semua...

    ReplyDelete
  9. semoga yang baik baik menanti kita ditahun depan

    ReplyDelete
  10. sama2 kita berdoa semoga mh370 ditemui..insyaAllah


    selamat tahun baru 2015 kakak

    ReplyDelete
  11. selamat tinggal 2014...semoga 2015 menjanjikan yg lbh baik utk kita semua..

    ReplyDelete
  12. How time flies. Kejap jer 2014 akan melabuhkan tirainya. Tahun 2014 yang banyak dugaan. Smoga tahun yg akan datang ni membawa sinar buat kita.

    Selamat tahun baru kak.

    ReplyDelete
  13. Assalam, singgah jap nak ucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU 2015...

    ReplyDelete
  14. saya setuju dengan komen BM... cerita duka lebih banyak berbanding cerita suka di tahun 2014... Malaysia seharusnya mengenang tahun ni sebagai tahun duka... tangisan demi tangisan... dan sedihnya kita tak mampu melakukan sesuatu apa pun...

    SELAMAT TAHUN BARU 2015...

    ReplyDelete
  15. semoga tahun depan lebih baik dari tahun ni insha allah..aminn

    ReplyDelete
  16. Tahun 2014 banyak kenangannya dan pengajaran.. Moga tahun 2015 akan datang lebih baik..

    ReplyDelete
  17. Goodbye 2014, welcome 2015..

    semoga 2015 membawa sinar yg lebih baik utk M'sia dan kita semua..semoga keimanan meningkat selaras dgn peningkatan umur..

    ReplyDelete
  18. Selamat menyambut tahun baru. Jom kita muhasabah diri. Moga diri ni dan semua jadi org baik2 yg diredhai Allah, Amin.

    ReplyDelete
  19. 2014 yg penuh dugaan buat rakyat malaysia..semoga ada sinar baru 2015..
    Muhasabah buat semua..Kurangkan hiburan..konsert..segala yg mendorong kpd kemaksiatan..
    Sampaikan salam Sura buat semua yg terlibat dlm bantuan malam ni..semoga mereka semua selamat pergi dan kembali..Hati-hati dijalan raya..Bila dah masuk kelantan tu jaga2..dikhabarkan banyak jln yg rosak..tak elok..menangis terharu sura baca komen kakzakie kat n3 sura..

    ReplyDelete
  20. penuh suka duka untuk tahun ni :) moga 2015 lebih baik :D

    ReplyDelete
  21. berita yg menimpa pesawat sgt memberi kesan terhadap JM yg suka travel ni..dapat berita berkenaan pesawat QZ8501 semasa berada di Airport Surat Thani dan ALhamdulillah ya Allah JM selamat mendarat pada 29/12 yg lalu

    ReplyDelete
  22. Pelbagau ujian,dugaan menimpa kita sepanjang 2014 ni kan kak zakie...Harapnya kita semua dari segenap pelusuk pangkat & rakyat, buka mata hati...melihat dengan mata hati...

    ReplyDelete
  23. Rasanya tahun 2014 boleh dikatakan tahun kedukaan. Terlalu banyak airmata disebabkan tragedi. Semoga tahun 2015 akan memberikan sinar yang lebih baik.

    ReplyDelete
  24. moga cerita duka 2014 tak kan berulang kembali di tahun mendatang ...insya Allah.

    ReplyDelete
  25. Begitu lah kitaran kehidupan kan kakzakie.. ada suka dan duka.. semoga tahun hadapan membuat kita lebih cemerlang dunia dan akhirat..

    Selamat tahun baru 2015 kakzakie :)

    ReplyDelete
  26. tahun 2014 tahun dugaan..semoga ada sinar pada tahun baru ini...

    selamat tahun baru kak zakie..

    p/s : puisi akak sangat menyentuh hati...

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum kakzakie....tahun yg penuh dgn kenangan yg x dpt dilupakan oleh semua rakyat Malaysia khasnya...:)

    ReplyDelete
  28. yelh kak kembalikan yg luntur itu..
    mkin tua dunia ni.. makin hmpir dgn kiamat

    ReplyDelete
  29. Allah hu akbar.. dunia makin uzur.. betul kata akak.. moga bertambah iman kita di tahun baru kak..

    ReplyDelete
  30. WAH PEMUISI YG HEBAT NI...RANGKUMAN RENTETAN PERISTIWA DUKA SPNJG TAHUN INI
    TERLAKAR SEMUA...TAHNIAH.

    ReplyDelete
  31. pelbagai ujian untuk diambil iktibar~

    selamat tahun baru kak~
    ;)

    ReplyDelete
  32. pelbagai peristiwa untuk kita muhaabah, mohon dijauhkan dari bala Alllah yang lebih besar....

    ReplyDelete
  33. Banyak betul dugaan 2014 ni. Entah apa la yang boleh diharapkan pada 2015 nanti. Dengan GST nya lagi. Harap-harap harga barang tidak naik mendadak pada tahun hadapan.

    ReplyDelete
  34. selamat tahun baru kak...semoga hanya yang baik2 sahaja di tahun depan..

    ReplyDelete
  35. 2014 mmg tahun yg mencabar buat negara kite..bertimpa2 kan kakak..ini semua dugaan dari DIA..;(

    ReplyDelete
  36. sekejab jea masa berlalu . dah nak masuk tahun baru.moga tahun baru lebih baim tuk kita semua

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum kak,
    Selamat tahun baru 2015. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam..

    ReplyDelete
  38. selamat tahun baru 2015 akak...semoga tahun baru ini memberi kita sinar bahagia

    ReplyDelete
  39. Selamat Tahun Baru 2015 kanda.....
    Dinda tak ada entri menjelang pun...huhu.....Tak de moodlah kanda entah kenapa......

    Yelahkan.......yg lepas jadikan iktibar dan teladan...

    ReplyDelete
  40. Salam dan selamat tahun baru 2015 semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya insyaallah...

    ReplyDelete
  41. Salam dan selamat tahun baru 2015 semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya insyaallah...

    ReplyDelete
  42. Selamat tinggal 2014 yg penuh dugaan. ..semoga 2015 hadir memberi segunung sinaran...amin...

    ReplyDelete
  43. Semoga tahun 2015 yang hadir akan membawa lebih banyak sinar kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup kita semua. Selamat tinggal 2014 tapi memori yang ada haruslah sentiasa diingati selalu. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

    ReplyDelete