Sasaran utama untuk keluar malam itu sebenarnya untuk mencari beg sekolah. Adik sudah lengkap segala keperluan tetapi Kak Meen yang asyik 'merayap' melihat banyak instagram akhirnya terpikat dengan bag disalah satu kedai online melalui instagram yang dilayarinya. Kedudukan kedai di Jalan Dhoby. Kalau dulu jalan inilah yang terkenal tempat lelaki berwatak perempuan, tetapi kini tidak lagi. Jalan sudah tidak suram lagi lantaran kedudukan yang agak sibuk apa lagi bila hujung minggu yang bertambah sesak dengan adanya Bazar Karat. Selesai membeli itulah kami beredar keluar untuk mencari makan yang agak jauh sikit dari bandar. Menyusur keluar menuju jalan Kolam Air kami akhirnya berhenti di Nong Chik Height gara-gara anak-anak terlihat banner butik Sincerely By Us yang akan dibuka di JB tidak lama lagi. Bergambar di bannernya kemudian hashtag kembali ke instagramnya membolehkan kita diberi hadiah shawl. Itu yang anak-anak suka. Kedudukan banner yang bersebelahan dengan Big Food yang agak dikenali itu membuat kami melabuhkan punggung di sini akhirnya.
|
Besar - Gelas dan pinggan yang digunakan besar-besar belaka. Sementara menanti hidangan dipesan adik dan Kak Meen membeli dua kek ini. Tetapi akhirnya boleh dia kata kek mama buat siang tadi lagi sedap. Aku senyum saja. |
|
Menjadi pilihan juga - Atas lasagna pilihan Kak Meen tidak habis bungkus bawa balik sebab sudah berkongsi spagheti dengan adik sebelum lasagnanya tiba. Udang butter untuk semua. |
|
Pilihan adik dan papa - Adik makan spaghetti yang lazat tetapi tidak terhabis sebab portion yang banyak lalu dikongsi bersama Kak Meen. Papa punya mutton apa entah. Licin papa makan. Sebenarnya walau apa pun pilihan masing-masing kami biasanya akan merasa juga sesudu-dua apa pun hidangan yang dipesan. |
|
Mama & Mak Zah - Kami sudah tahu hidangan disini banyak-banyak belaka oleh itu kedua-dua ini kami kongsi bersama. Nasi goreng tomyam dan ayam parmesan. Itu pun masih tidak terhabis sehingga dan boleh diagih sikit pada adik dan Kak Meen juga. |
Satu yang perlu diingat makan di sini kena membayar menggunakan duit cash. Sedikit sukar sistem kredit kad tidak disediakan. Seandainya mahu makan beramai-ramai sila pastikan duit cash disediakan.Tetapi yang pasti buat kami sekeluarga hidangannya boleh diterima kami. Kepada yang berkeinginan sila ke No. 2, Jalan Kolam Air, Nong Chik Height, JB.
~~ Benar-benar ujian Allah tidak terjangkau dek akal kita. Kalau kita diuji dengan musibah banjir yang hebat, Indonesia pula diuji dengan kehilangan pewasat Air-Asia QZ8501 semalam. Tunduk dan sedar betapa kerdilnya kita.~~
sedapnyaa tengok makanan atas tu. heeee :D
ReplyDeleteallah kak..buat saya terliur je..heheh..dah la tak sarapan lagi ni ;)
ReplyDeletebiasanyer begitu lah kak.... mmg akan ambil sesudu dua juga makanan family member yang lain... sama merasa katanyer...
ReplyDeletedugaan Allah... sampai terduduk saya d buatnyer tgk gmbr & berita mangsa banjir...
Komen yang sama dengan dak Idzwa.. tengok gambar makanan ketika belum bersarapan.. makin bergelombang dalam perut.
ReplyDeletesedap udang butter, anak-anak suka butik instagram ye, aunty dah agak remaja sekarang more to insta kan..memang terbaru barangan dari vendor insta ni. betul dugaan sangat, terpaksa start all over again.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSedapnyaa makanan2 tu semua kakzakie, terliur saya dibuatnya..
ReplyDeleteSaya merasa kerdil dengan ujian Allah ni kak..sama2 kita berubah dan jauhi maksiat serta perkara2 yang dilarang Allah. Bertaubat..insafff
Sedap2 semuanya menu pilihan tu ... kami pun sama lah kak, order hidangan yg berlainan, kemudian sama2 merasanya ... :)
ReplyDeletemencuba tempat baru memang best..kalau sedap, harga berpatutan, boleh singgah lagi..
ReplyDeleteala kak..sedapnya..belum breakfast lg ni..sura pun dah selesai beli persiapan sekolah anak2...:)
ReplyDeletesedapppnya semua menu..
ReplyDeletekak cuti di panjangkan tambah lgi seminggu berita tadi...
thun ni ada berganti ada tak..pakai yg lama pun boleh..
assalamualaikum kakzakie...sedapnya tengok...:)
ReplyDeletemenu yang sedap2 belaka
ReplyDeleteboleh la cuba nanti...tq for sharing kakzakie...
ReplyDeletewah lapar tengok nya
ReplyDeletesama2 la kak kita doakan untk QZ8501
Semoga selamat hendaknya
Salam..singgah pagi...
ReplyDeleteaduhai...terliur saye kak...:)
menu2 di situ nampak sedap dan menarik.... pecah air liyo saya kak...hehee
ReplyDeleteNyum3...terliur sungguh sy...samala kak kami suami isteri pn kalu makan,walau dh order makanan msg2 tp mst nak rasa gak makanan pasangan...itu antara rahsia kemesraan kot...;-)
ReplyDeleteSedapnya kak tgk makanan² tu. Kecur ailio ☺
ReplyDeletesedapnya mkn2 seleluarga setelh pnt bershopping ya...
ReplyDeletetak lama lagi orang JB boleh serang SBU lah....
ReplyDeletemenarik hidangan dia...semua pown nmpak sedap...
ReplyDeleteRasa air tangan mama tetap menang...yeayyy!
ReplyDeleteSedapnye.... Terus leleh ayolio kak.. hihihi Klu area umah haza ade restoran BIG PLATE. Serve guna oplate yg beso2..
ReplyDeletekalau portion beso
ReplyDeletegitu la kak
share2 makan, cuit sana sini kenyang
penyudahnya tapau
hehehehehe
Kt JB, jauhnya kak..
ReplyDeletemmg banyak betul dugaan tahun ni ... harap sgt tabah hadapi dugaan .. tp hati sy x mampu tahan tgk makanan huhuhuhu ... sini hujan sejuk .. lapar hahahahaha
ReplyDeleteTak pernah pulak saya try makan area2 Nong Chik tu kak...Insya Allah kalau balik JB lagi, saya pi try...hihihih
ReplyDeletemutton tu memang menarik perhatian. huhu.
ReplyDeleteKakzakie, kesian mangsa banjir di kuala krai, sampai ada yg 4, 5 hari tak makan.....semoga jgn lupa doakan mereka di saat kita enak menikmati hidangan tu...
ReplyDeletengelek idhu aku kak ndelok ke...
ReplyDeletedana klu kuar mkn ngn adik2 or ngn kwn2 pun masing2 kongsi merasa2... baru seronok pastu amik menu lain2 baru dpt tau rasa mana yg best pas2ni
makanan2 tu semuanya nampak sedap2 kak, apakan daya la saya dekat kl...kalau dekat jb, dah terjah punya tempat makan ni.
ReplyDeletepiss...novel tu saya tak berapa nak hadam sangat, tu yang cam tergantung je sinopsis jadinya :)
wow sedapnyer.. nak sikit tapi jauh ngat ler pulak.. cam kena gak ngan selerani.. kot dekat dah terjah...
ReplyDeleteNong Chik Height ni ada kena mengena dengan Raja Nong Chik Menteri Wilayah dulu tu ker? Hehe
ReplyDeleteSBU tu kedai sepupu saya kak! hihi... memang meriah..!
ReplyDeleteMakanan disitu nampak semua sedap. Nanti kalau pergi JB bolehlah mencuba.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteWah, sangat menyelerakan juadahnya, mengecurkan air liur terutama yang ada udang tu. Tapi nampak macam kolesterol je, hehe. Kalau nak difikirkan kolesterol apa pun tak boleh dimakan.
Insya-Allah, jika diizinkan Tuhan sampai ke sana nanti. Tunggulah lepas-lepas musim banjir..
Salam KZ..wah bestnya gambar-gambar makanan kat atas tu ..lapaarrrrr..he..he
ReplyDeleteSuka kan makan ramai2 mcm ni kan kak...rasa seronok plak sekali sekala makan di luar...waaa
ReplyDeleteHa! Lama tak dengar perkataan Jalan Dobi tu! haha! Baguslah...sejarah hitam jalan tu sudah berlalu!
ReplyDeleteSungai segget tu ada lagi ke? atau dah kena timbus! Dulu2...tak sanggup nak lalu dan menoleh ke sungai tu!
sedap lak aihh...
ReplyDeleteDi petang hari yang mendung ni, terasa lapar lah pulak 😊
ReplyDeleteBarulah terkenang kisah Jalan Dhoby di Johor dulu.
ReplyDeleteishh...semua mknan nampak menyelerakan lah kak Zai..adakah kerana JM baca ketika lapar
ReplyDeleteTerliur tgk semua makanan..sodap2 belaka..;)
ReplyDeleteTak pernah dengar tempat ni, apatah lagi pergi kanda. Tengoj mcm sedap jer tu, ala ala Restoren Resepi Rahsia jer
ReplyDeleteSedapnya semua mknn tu...terliur tgok udang butter...betul tu kak...ujian allah x terjangkau dek akal kita...
ReplyDeleteUdang butter tu menggugat perut betullah, kak! Saya tak dapat turun ke selatan year end hari tu. Makanya saya simpan semua itinerary dan tempat makan sedap-sedap kat Johor ni. Nanti bila nak terjah, panjanglah list saya!
ReplyDelete