Salah satu majlis pengantin yang dapat aku raikan bersama, bahkan turut sama turun tangan membantu majlis adalah majlis keluarga yang menyewa rumah kami. Menikahkan anak ketiganya. Pernikahan berlangsung pada hari Jumaat petang dan majlis resepsi pula pada keesokkan hari Sabtunya.
Mempelai - Moga berbahagia dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang berlandaskan hukum-hakam agama |
Apa yang membanggakan persiapan ini dijalankan dengan sederhana tetapi meriah. Dari hal-ehwal masak-memasak, barang hantaran, cenderahati tetamu dan khemah untuk tetamu semuanya dibuat secara bergotong-royong jiran dan sanak-saudara. Lihat pada singgahsana pelamin dan bilik nampak cantik sekali. Tetapi tahukah kawan-kawan bahawa yang melengkapkan keseluruhan persiapan bilik pengantin adalah si ayah yang usianya sudah melebihi 50 tahun. Beliaulah yang menjahit, memanjat dan menyusun bunga-bunga yang ada. Lebih membanggakan pilihan warna tepat sangat dengan warna pelamin yang dipilih oleh si anak. Ketika aku masuk ke bilik sebelum majlis si anak bertanya pada aku. "Cantik tak?" Mestilah aku kata "Cantik!". "Semua ni abah yang buat tau." Terharunya aku kerana tidak aku sangka abang itu pandai menjahit kemas dan cantik sekali.
Tidak rugi andai ada kelebihan begini. Sekiranya isteri tidak mahir tetapi si suami yang mahir inilah kelebihan yang perlu dihargai. Selain berjimat mereka mendapat satu kepuasan yang sukar diucap dengan kata-kata. Menurut si pengantin selepas majlis selesai, kain tirai itu akan diminta si bapa untuk dijahitkan menjadi langsir rumahnya. Beruntunglah anak.
~~ Menjalin wayar pandailah papa anak-anak ku. ~~
bertuah si anak kak...sentuhan ayahnye di hari bahagia....heheheeh...
ReplyDeleteskrang musim org berkenduri kawin kan kak...cut sekolah lah kata kan...syok sgt dpt mkn nasi kenduri...dpt rewang pun best gak kan kak heheheheeh
kak, dulu masa majlis kawen adik saya yang no.2 (adik saya lelaki), Abah saya juga buatkan pelamin tau.
ReplyDeleteDialah yang carikan karpet, cari stage, paku sana paku sini, panjat sana, panjat sini. design dan idea semua dia yg bagi.. yg tukang jahit sikit-sikit tu pulak pakcik saya (pakcik tau bukan makcik)..
Puas hati pelamin Abah buat, sebab luas dan besar, tak takut nak panjat ramai-ramai utk bergambar. Hahaha..
Seronok. Ohya, bilik pengantin pun dialah yang tlg settingkan.
Hasilnya takde la mcm lembut soft ke apa ke, tp ada la pelamin untuk diduduki.
Kalau tgk pada paras rupa Abah yang garang, kitorang pun tak sangka dia betul-betul serius bila dia bgtau dia nak buat pelamin sendiri.
Btw, selain daripada nak jimat kos, adik lelaki saya yang tu anak kesayangan dia. Haha
:)
Cantik hasil kerja ayahnda nya. Beruntung ayah sendiri yang buatkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, baiknya si ayah tu, bertuah sungguh si anak, kata org kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah berkrban apa saja.
ReplyDeleteTapi, sedih sgt kejab tadi baca katblog waazin, kisah haruan makan anak, nauzubillah..
teringat pula kat bapa saya, beliau masak ketam pada jemputan yang datang hantar tanda dan merisik, masak bila tetamu mula duduk,, hidang panas2, en hubby dan keluarga
ReplyDeleterasa dilayan baik walaupun tak biasa macam tu. eh tercerita pjg pulak, best mereka masih bergotong royong ye kak zakie, bagus.
emak risau riuh rendah kat dapur :))
ayah imm keje kebun hebat la..balik kg cakap je nak mkn sayur ape, boleh kata semua ade dlm kebun..
ReplyDeletekeje tukang2, kain2 gini mmg x tau lgsung kot hihih..
kasih seorang ayah kan....?
ReplyDeletebiras kakak saya (lelaki) dah berusia... bila saya datang ke rumahnya terpegun tengok langsir yang berlapis2 cantik designnya.. tambah melopong rupanya bila tahu dia yang jahit semua langsir2 tu...
ReplyDeleteberuntung pengantin...
ye ke kak??waaaa kagumnya rasa...demi kasih seorang bapa kan..
ReplyDeleteBukan saja sianak yg beruntung berbapakan seorang yg pandai menjahit..si isteri lebih lagi..tak perlu bersusah payah mengupah tukang jahit..
ReplyDeletemesti seronok ayah pengantin kan, dapat menantu, tu yang sanggup memanjat pasang pelamin dan siapkan bilik pengantin.bilalah ada peluang nak bagi ayah saya rasa happy camtu
ReplyDeleteAlhamdulillah..bertuah anak sbb ayah punye tgn yg buat semua nie dihari bahagia die..beruntunf ssggttt..
ReplyDeleteBeruntungnya ada ayah yg pandai menjahit.. walaupun bkn semua ayah ad bakat mcm ni
ReplyDeletebertuah si anak semua persiapan di buat oleh ayah sendiri.... ada kenangan yang tersendiri....:)
ReplyDeleteUntung anaknya, macam ayah saya dia terror gubah bunga dari mak saya dan saya..Tangan orang berseni memang lain sikit..:)
ReplyDeletepandai si bapa menjahit..cantik dan kemas..kagum2..
ReplyDeleteseronok baca kakzakie..acik pun lebih rapat ngan arwah ayah..
ReplyDeleteYa Allah..terharunya saya. Si anak lagilah kan. Nampak beria ayah nak bahagiakan anak di hari bahagianya. Memori sepanjang hayat ni.
ReplyDeletebertuah isteri n anak2 memilik suami bapa yg ada kemahirN BGITU...HIDUP NI SALING MELENGKAPKN...
ReplyDeleteTahniah untuk pengantin..bertuah dia
ReplyDeleteJarang nak jumpa orang lelaki rajin menghias untuk majlis perkahwinan. Biasanya, orang lelaki kalau pasal persiapan majlis ni, asal ada je. Macam mana rupa, tak kisah, asalkan ada buat cukup syarat. Hehe
ReplyDeletemmg cantik lah kak, beruntung anak tuh, kt johor msh ramai lg yg bt majlis kawin ada yg rewang membantu ye kak... klu kt kl nih mana ada rewang2 sume katering... semangat kerjiranan tu dh tak seseronok mana dh... klau rewang kan seronok bt keje sama2...
ReplyDeletejarang org lelaki buat kerja tgn org pomouan..
ReplyDeletedh biasa bt kut..
kemas kerja diorg
assalamualaikum kakzakie...bestkn semuanya dibuat sendiri oleh bapa pengantin...mmg berbangga kalau dpt ayah yg boleh melakukan semuanya...:)
ReplyDeletekak dari sekarang kenalah ajar cik abang menjahit bagai..nanti kaklong naik pelamin..semua dari sentuhan ayahnda tercinta..ha..ha
ReplyDeleteTak ramai lelaki yang yang melakukan kerja2 sedemikian rupa beruntungnya sianak.
ReplyDeleterespek respek respek... jarang ada barapk yg serajin tu masa ni... tapi saya suka dengar yg pengantin bernikah pada petang jumaat... hari yg mulia tu...
ReplyDeleteSetiap insan pasti ada kelebihannya. Cuma kadang2 ditutup kerana tradisi dan pandangan masyarakat. Itulah yg kurang manisnya masyarakat Asia ni. Walhal kasih sayang itu boleh dilahirkan dalam berbagai cara
ReplyDeleteberuntunglah si anak yang mempunyai ayah yang berseni gitu,selain tu dapat juga jimat kan kos sewa2 bagai yang begitu mahal skg ni ...
ReplyDeleteayah anak2 sya nak jahit butang baju yang tercabut pun terkial2 kakzakie..
beruntunglah si anak yang mempunyai ayah yang berseni gitu,selain tu dapat juga jimat kan kos sewa2 bagai yang begitu mahal skg ni ...
ReplyDeleteayah anak2 sya nak jahit butang baju yang tercabut pun terkial2 kakzakie..
Bukan mudah nak cari lelaki yang pandai macam tu kan kak... bertuah ahli keluarganya... :)
ReplyDeleteCantik pengantin dan temanya... :)
Majlis kenduri secara gotong royong ni memang meriah. Tapi bakat di bapa sungguh terserlah! Menarik sekali hasilnya!
ReplyDeleteBeruntungnya ada bapa sangat penyayang menyiapkan segala dengan hasil tangan sendiri.
ReplyDeletewah, bagusnya... Memang puas hati kalau dapat buat sendiri...
ReplyDeletePapa anak2 saya pun pandai menjahit...
Sekarang duk tgk dia survey mesin jahit....
Untunglah, tak perlu nak tempah langsir dah lepas ni :)
Assalamualaikum akak..
ReplyDeletepengorbanan seorang ayah sebagai rasa bertanggungjawab dan kasih sayang sebelum berpindah kepada orang lain. Tahniah!
Assalamualaikum kak,
ReplyDeleteHebatnya hasil tangan si bapa. Tentu ia menjadi kenangan-kenangan yang terindah kepada si anak. Semoga Allah memberkahi pasangan tersebut..
Untungnya dapat ayah yang menyediakan persiapan perkahwinan. Kalau sayalah ni, terharu sangat dah. Tak terucap dengan kata-kata rasa terimakasih pada lelaki yang bergelar bapa ni.
ReplyDeletemasya Allah.
ReplyDeletebarakallahulakuma
Istimewa untuk merealisasikan impian akak...
ReplyDeletehttp://relakssminda.blogspot.com/2014/12/satu-hari-satu-hadis-widget-hadith-sahih.html
betul tu kakak
ReplyDeleteselain dpt berjimat
tgk hasilnya blh dibuat langsit utk rumah pulak.
selamat pengantin baru smga berbahagia hndakNya aamiin
subhanallah...bertuah beliau dapat ayah yg rajin seperti itu..terharu sgt..merai hari perkahwinan anak..semoga meeka bahagia hingga ke Jannah aminnn
ReplyDeletesangat beruntungnya pengantin tu..terharu pulak rasanya..sangat menarik bila seorang lelaki berseni dalam jahitan..:)
ReplyDeletemenariknya..terasa beruntung jadi si anak dikurniakan bapa macamtu..kalau dh minat dicampur dgn seni yg ada apa2pun bole jadi kan kak..
ReplyDeletebertuah pengantin ada bapa yang kreatif n berbakat..klu sy pun bangga kak zakie..tak semua org diberi kelebihan macam ni..lebih2 lagi lelaki
ReplyDeleteSelamat pengantin baru...abah dia tu mmg penjahit profesional kot...hee3...
ReplyDeletewahh..! best ya dapat sentuhan ayah untuk majlis perkahwian.. :))
ReplyDeletememang istimewa nie..sebab air tangan seorang ayah tue yang hias bilik
ReplyDeletebanyak dapat dijimatkan kalau buat sendiri.. :)
ReplyDeleteSuka dan Sedih juga baca entri ni... anak-anak saya dah tiada abah yang masak rendang paling sedap untuk raya tahun depan..
ReplyDeleteKelas ayah ni....
ReplyDeleteSalam hujung minggu.....
ReplyDeleteberuntunglah bapa sendiri pun kreatif dan sumbang tenaga untuk perdiapan anak, sekurang2nya puas hati dengan hasil tangan sendiri dan jimat belanja....
Alhamdulillah...
http://zakiepurvit.blogspot.com/ ayah mithali..jengok blog TN ya
ReplyDeleteBertuahnya anak..
ReplyDeleteTerharu saya membaca entry ni.
ReplyDeletetahniah dan moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Selagi saya belum kawin...semua kena buat sendiri. Hihihi.
ReplyDeleteMoga pengantin kekal bahagia hingga ke syurga. Amin...
Untung nyer...
ReplyDeletebertuah si anak dapat seorang ayah yang pandai menjahit..mgubah kan...:)
bertuah si anak.. kasih sungguh ayah die pada die.. subhanAllah..
ReplyDeleteberuntunglah, kalau hasil ayah sendiri pasti yang terbaik untuk anak2 kan !
ReplyDeleteBetul kanda...barulah saling melengkapikan....ada lelaki yg minat benda benda gini. Memang tak salah, kat sini dah jimat cost kan kanda
ReplyDeleteeh sama
ReplyDeleteayah saya pun pandai menjahit
dia jahit macam2
barut saya masa kecik2 dia jahitkan dan buat sendiri
skang saya ada anak, saya guna lagi barut yang mak ayah guna utk saya masa baby
dah hampir 40 tahun kak
elok lagi dalam simpanan saya
selain dari tu ayah saya rajin masak, kemas umah, dan sangat pengemas orgnya
mai umah saya pun dia buat semua tu
hehehehehehhe