Thursday, December 25, 2014

Mohon doa buat YAM Tunku Jalil

Kasih sayang seorang bapa tidak ada batasnya. Melihat gambar ini buat hati aku sayu dan terharu. Begitulah kasih seorang bapa. Biarpun tinggi mana darjatnya baginda Sultan Johor tetap tidak mahu ketinggalan untuk menziarahi anakanda baginda yang sedang diuji. Tidak dapat aku bayangkan bagaimanalah perasaan sedihnya Permaisuri Zarith Sofia, sedangkan aku yang sekadar rakyat biasa pun boleh mengalir airmata apalagi bonda yang melahirkannya.

Sayu - Luruh airmata aku hanya kerana melihat gambar ini. Ini sekembalinya YAM Tunku dari China.
Kami seluruh rakyat Johor menadah tangan berdoa moga Allah memberikan kesembuhan buat YAM Tunku Jalil. Kami juga berdoa moga Tunku Panglima Johor ini diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian Allah ini. Melalui blog ini aku memohon doa dari semua yang membaca entri ini. Terima kasih.

~~ Kasih seorang bapa akan dilihat dari tindakannya walau tidak ada suara yang terluah. Sedih.~~
 

19 comments:

  1. Sayu bila tengok gambar ni.. kasih ayah tiada tandingan. Semoga YAM cepat sembuh. Aminnn

    ReplyDelete
  2. Sedihnya kak...Sama2 la kita berdoa supaya tunku jalil kembali sembuh...

    ReplyDelete
  3. kasih syg ibubpa itu tiada batasnya moga YAM putera yg dikasih cpt sembuh...

    ReplyDelete
  4. kasih sayang ibu bapa yg terbaik dlm enguatkan semangat pesakit ... semoga tengku jalil cepat sembuh ... aaamin .

    ReplyDelete
  5. kasih sayang ibubapa sepanjang hayat..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kakzakie...sayu tengok gambar ni kak...kita sebagai rakyat johor mmg turut mendoakan agar TJ akan segera sembuh dr sakitnya itu...:(

    ReplyDelete
  7. semoga cepat sembuh...sesungguhnya kasih sayang ibubapa terhadap anak2 tiada tandingannya...

    ReplyDelete
  8. sesekali diuji..moga baginda tabah dalam menghadapi dugaan Allah..moga cepat sembuhnya, aminn

    ReplyDelete
  9. Semoga Tunku Jalil cepat sembuh.Kasih seorang ayah tiada tandingannya.

    ReplyDelete
  10. Ya, semoga beliau cepat sembuh dan kembali sihat.

    ReplyDelete
  11. Semoga TJ cepat sembuh..mmg sayu pun kakak tgk gambar nie..falsya mmg follow IG TJ..

    ReplyDelete
  12. Kasih seorang bapa , semoga Tuanku cpt sembuh , amin

    ReplyDelete
  13. Ujian Allah sape kite menghalangnya... sama2 doakan... Al Fatihah...

    ReplyDelete
  14. Kasih seorang bapa....

    Walau segarang mana pun dilihat, dalam hati tetap ada perasaan kasih terhadap anak-anak.

    Moga YAM Tunku Jalil cepat sembuh!

    ReplyDelete
  15. moga baginda cepat sembuh
    kaish sayang tak memandang darjat dan kedudukan
    kalau dah nama bapa, tetap seorang bapa

    ReplyDelete
  16. kasihnya ayah
    semoga YAM Tuanku diberikan kesihatan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  17. semoga YAM Tuanku cepat sembuh seperti biasa aminn

    ReplyDelete